TOTAL VISITORS FROM 2008:

KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR 53

1. Di antara kegagalan saya semasa menjadi Perdana Menteri ialah pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

2. Setelah mengumumkan rancangan Kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru KL, beberapa masalah timbul berkenaan dengan pemilikan tanah dan harga tanah.

3. Ramai penduduk Kampung Baru yang asal telah pun pindah dari situ kerana mereka setelah mencapai kemajuan mendapati Kampung Baru sudah tidak lagi selesa bagi mereka.

4. Di masa yang sama ramai tuan tanah telah meninggal dunia dan siapa pewaris mereka sukar dikesan.

5. Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi. Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu.

6. Jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka akan hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di KL.

7. Untuk menentukan penduduk Kampung Baru terus berada di situ maka satu syarat yang telah dikenakan kepada pemaju ialah penduduk Kampung Baru bukan sahaja dibayar harga tanah tetapi mereka akan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang akan didirikan. Syarat ini boleh menjamin orang Melayu yang sekarang berada di situ akan terus berada di situ. Mereka tidak akan terusir keluar.

8. Tetapi sekali lagi syarat in akan menaikkan kos pembanguan. Pemaju Melayu mungkin tidak berminat. Bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah. Hari ini pun banyaklah tempat kediaman dan kedai yang diperuntuk kepada orang Melayu tidak dapat dibeli oleh mereka.

9. Oleh sebab ini pembangunan Kampung Baru KL gagal dilaksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri.

10. Saya berdoa Kerajaan kini akan berjaya membangunkan semula Kampung Baru supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri. Di tengah-tengah ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit, yang moden dan mewah terdapat kampung setinggan Melayu dengan rumah kayu berbumbung zink karat.

53 thoughts on “KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR

  1. azharmorkramly Mar 11,2011 10:19 AM

    Saya rasa Kg Baru perlu dibangunkan tetapi pampasan mestilah diberikan dengan yang setimpal.
    Lokasi Kg Baru bukanlah di tepi hutan belantara. Lokasi Kg Baru terletak di dalam segitiga emas Kuala Lumpur.
    Alasan pemaju mengatakan yang harga tanah ditetapkan oleh tuan punya tanah di Kg Baru adalah melampau amatlah tidak di persetujui oleh saya.
    Sebab-sebab saya tidak setuju jika pampasan diberi tidak setimpal.
    1.Lokasi Kg Baru bukanlah di tepi hutan belantara. Lokasi Kg Baru terletak di dalam segitiga emas Kuala Lumpur.
    2.Harga yang di letakkan oleh tuan tanah di Kg Baru adalah mengikut harga semasa pasaran tanah dan dinilai oleh jurunilai yang di iktiraf.
    3.Pemaju akan membeli tanah Kg Baru, dan memindahkan penduduk di situ ke rumah flat. Kenapa rumah flat? Dan selalunya flat yang diberikan, saiz flat tersebut amat kecil.
    4.Jikalau nak bangunkan kg baru, sila beli tanah kami dengan harga pasaran semasa. Tanah di luar Kuala Lumpur pun mahal, Takkan la nak beli kg baru dengan harga murah?

  2. superyusrie Feb 6,2011 4:52 AM

    I heard they launched a 40 storey tower project today. Strange since I’ve not heard of a masterplan being agreed upon yet. They should have at least invited the public to preview the masterplan and opened the floor for suggestion.
    Anyways, I have no objection to such mega development projects just like I had always supported ayahanda Tun’s various mega projects before. Just that I hope they will consider preserving some of the scenic views toward the KLCC twin towers & KL Tower that was so nostalgic and synonymous with modern kampung baru lifestyle many of us had come to know and appreciate. It was common to be enjoying your Tom Yam & Siakap Tiga Rasa in full view of those shining towers on a moonlit night. Hope it’ll still be common after the new developments have taken place. Maybe the segments of Kampung Baru land close to Chow Kit can host high rise developments while the rest should host some low rise luxury condominiums only…oh I don’t know… maybe something similar to that Kampung Warisan? Kondominium on Jalan Jelatek (opposite Setiawangsa LRT stn) 😉
    I, like many other Malay out-of-towners in the 90’s started off discovering cosmopolitan KL from the shanties of Kampung Baru. So, needless to say, that place command a special longing in our hearts. From the hustle & bustle of Jln Raja Alang and the Chow Kit wet market to the serenity of the Masjid Jamek…from the delicacies of the numerous Pattani Tom Yam stalls to the all too famous Nasi Lemak Antarabangsa. From the luxurious Naza sports car show room to the cheap jamu vendors on Jln Raja Bot…from the delightful ramadhan bazzaar to the tasty bubur lambuk…all conjures up special memories for most of us. It’s not unusual to bump into Malay tourists from all over the world in the streets of Kampung Baru on any given day. Melayu Cape, Melayu Champa, Melayu Thai, Melayu Sri Lanka, Melayu Brunei, Melayu Singapura, Melayu Indonesia semua boleh dilihat disana…selain umat Islam dari serata benua yang sering bertanggak & bersembahyang di masjidnya. Begitulah popular & istimewanya Kampung Baru yang nampak “daif” itu. 😉
    Daripada banyak cadangan yg di ajukan di board ini, saya amat bersetuju dgn cadangan dari Ir. Syarizan, saudara adi5707 dan saudara Zulkiflee_ariff. Dalam usaha membangunkan Kampung Baru biarlah kita berpegang pada matlamat utama kita iaitu untuk memastikan penduduk Melayu dapat hidup kekal di tanah asal mereka di ibukota dan kota2 besar yang lain tanpa dihantui rasa tertekan. Asalkan kita tidak tamak dan terlalu penting kan diri sendiri, tidak mustahil perkara ini kita boleh lakukan, bahkan ianya boleh dijadikan satu “norm” dalam penempatan masyarakat kita di bandar2, bukannya satu “exception”. Kita memegang tampuk kuasa…kita berhak membuat apa2 undang2 yang boleh melindungi kaum kita sendiri… tanpa perlu menzalimi hak kaum lain. Duduk berbincang dan cari penyelesaiannya ! **Hint:- Taraf “Malay Reserve” itu boleh dijadikan “advantage” kepada kita, bukan lagi dilihat sebagai satu “handicap” seperti zaman dulu ! ;)**
    Orang Melayu mesti menguasai kota sama seperti mereka menguasai tanah2 desa di pendalaman jika mahu ketuanan Melayu kekal milik mereka di tanahair tercinta ini. Bandar adalah pusat berkembangnya ilmu, tamadun dan kebudayaan selain pusat perniagaan. Oleh sebab itu sudah sewajarnya kita senantiasa mencari jalan mengekalkan kedudukan kita di bandar. Jika tidak, apa yg berlaku di Singapura akan berulang melanda kita lagi tanpa ada penghujungnya. Lihat saja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang sekarang…amat menjengkelkan ! :@
    Untuk penyelesaian masalah di Penang itu, ingin sekali saya menyeru kepada badan2 kerajaan yg diamanahkan menjaga kemaslahatan bumiputra (cthnya UDA, MARA, PNB dll), elok lah lakukan apa2 yang patut sebelum semuanya terlambat. Kepada tabung2 zakat & wakaf Islam ingin saya bertanya…diantara kepentingan membina masjid2 hiasan yg mahal2 di merata ceruk rantau, dengan mencari inisiatif mengekalkan penduduk Melayu Islam di bandar, yang manakah yang lebih penting pada kalian ?? Tidakkah sebahagian dana yang dipungut itu boleh digunakan utk membantu ummah menghadapi hidup getir di bandar2?? Ada penduduk, baru lah ada masjid !! Kalau takde penduduk apakah gunanya masjid yang besar & indah2 ?? Bukankah begitu?? Jangan lah asyik menghabiskan wang membantu perjuangan warga negara luar yang belum tentu hujung pangkal kebenarannya sedang saudara mara di bawah hidung sendiri terang terangan diusir dari kampung halaman sesuka hati, tidak kamu bela ! :@
    Pembangunan yang mahu diperkenalkan di Kampung baru ini sepatutnya akan menjadi “precedent” kepada arahtuju & masa depan kampung2 tradisional Melayu yang terperangkap di tengah2 bandar besar yang lain di seluruh negara. Harap2 lah ianya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin…adil, saksama dan dapat memuaskan hati semua pihak.
    Jangan peduli cercaan org luar. Ini tanah milik kita(bukan tanah TOL)…terpulang kepada kita lah bagaimana cara kita mahu memajukannya mengikut acuan & kepentingan orang kita ! ADA APA NYA kalau geran tanah itu geran merah ?? Adakah selama lamanya umat Melayu di Nusantara, dianggarkan ada 300 juta orang kini, perlu sentiasa bergantung dengan bangsa asing untuk menjayakan perniagaan ?? Biarlah perniagaan keropok lekor, batik atau herba tradisional sekalipun, asalkan ianya milik kita ! Apa orang lain nak sibuk ??
    Selain itu saya kira wajar diingatkan kepada pemaju2 projek di kampung baru bahawa mempopularkan produk pelancungan yang unik juga dapat melonjakkan taraf dan nilai sesuatu tempat, bukan setakat mengadakan “shopping mall” saja, seperti kata saudara adi5707. Akhir sekali, tolong lah ambil para arkitek, akitek lanskap, jurutera, juruukur bahan (jgn nak kulikan jurutera dgn kerja ini ! :@ ) dan kontraktor yang mahir saja untuk projek2 mercutanda penting seperti di Kg Baru ini. Don’t be cheap ok !
    Sekian, terima kasih ayahanda Tun.
    Superyusrie –**Nama nie Bill Gates yang bagi…bukan ceq mintak ! ;P **
    http//:Blogs.Fanbox.com/rapturerecipes
    FindMeOnFacebookFolks !

  3. azuddinjudismail Feb 3,2011 11:37 AM

    Pada Hemah Saya Org Yg Boleh Memajukan Kampung Baru Ialah Datuk Seri Ali Rustam, Lihat Bagaimana Dia Developed & Kekalkan Kg Morten Di Melaka. Few People May Disagree, But Go & Visit Melaka.

  4. det kecik Feb 3,2011 3:34 AM

    Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
    Tuan Dr Mahathir,
    1) Sebelum kerajaan bercadang untuk memulihkan dan membangunkan Kampung Baru KL, usaha memulih dan membangun budaya/akhlak bangsa melayu perlu didahulukan keatas setiap penduduk di Kampung Baru itu.
    2) Katakanlah kerajaan berjaya pulih dan bangun Kampung Baru saperti yang di rancangkan, tetapi penduduk tidak menzahirkan budaya melayu serta pengamalan ugama dalam muamalat, kemasyrakatan dan akhlak akan hodohlah Kampung Baru itu.
    3) Kerajaan Pusat pimpinan Melayu Nasionalis harus tertumpu kepada pembangunan insan (Islam) dalam diri bangsa melayu dan kesedaran pemulihan dan pembangunan Kampung Baru akan lahir dengan sendirinya.
    4) Saya yakin wujud ketidakadilan dalam usaha pemulihan dan pembangunan Kampong Baru KL, sebab itulah Allah tidak izinkan walau pun Tun sendiri secara peribadi menumpu kepada projek tersebut semasa masih berkuasa sebagai Perdana Menteri.
    5) Pemulihan dan pembangunan Kampong Baru bukan cara kapitalis tetapi cara kerajaan Islam yang prihatin terhadap rakyatnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
    Kerajaan yang cadangkan, maka pampasan perlu dibayar ikut pasaran dan janganlah sebab tuan tanah bukan cina/india, pampasan dibayar secara “zalim”. Tetapi macam mana pulak sekiranya pemilik tanah Kampong Baru adalah elitis UMNO ?
    6) Kegagalan Tun itu tercatat dalam sejarah negara. Kemiskinan bukan kehinaan, kekayaan harta bukan kemuliaan. Dan sebaik-baik orang kaya yang berada depan pintu rumah orang miskin, dan seburuk-buruk orang miskin berada depan pintu rumah orang kaya.
    7) Progress in economy is not measured by Per Capita Income only, but it has to be over the deciding factor “D”…..desire.
    8) InsyaAllah, sebelum Tun memejamkan mata buat selama-lamanya akan dijadikan impian Tun untuk Kampong Baru KL itu realiti.

  5. zikri Jan 16,2011 11:49 PM

    cuma yang diperbaharui ialah infrastuktur, sistem jalanraya yang lebih sistematik, kalau nak dikatakan memang selalu jammed kat situ… hujung minggu lagilah.. mungkin perlu dibuat jalan sehala.. itu sahaja.

  6. Riffzam Jan 16,2011 2:11 PM

    Assalamualaikum YABhg Tun..semoga Tun sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarga tercinta.
    Sebenarnya Tun, Tun tidak gagal membangunkan Kampung Baru tetapi Tun tidak sempat dalam membangunkannya.Dan kini insyaALLAH, pemimpin sekarang dan masa hadapan seperti saya akan cuba untuk mempertahankan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur ini dan membangunkannya.
    http://riffzam.blogspot.com/

  7. Saghir Jan 16,2011 12:11 PM

    Salam YBhg Ayahanda Tun,
    terlebih dahulu saya berdaoa ke Hadrat Ilahi semog Allah SWT berkati Ayahanda, panjang umur.
    Di Malaysia ada banyak Menteri tidak ada Menteri yang dapat banding dengan Ayahanda, sebab tidak ada Menteri yang mengaku kegagalan mereka saya sangat bangga dengan Ayananda kerana Menteri yang saya minat adalah seorang yang(saya tak tahu apa ayat yang perlu saya gunakan) Perdana Menteri yang amat saya bangai
    Saya tak berani nak comment banyak
    Salam Ayahanda

  8. FAB Jan 15,2011 8:40 PM

    Salam.
    Saya agak tertarik dengan isu mengenai kampung baru ni kerana saya sendiri ada pengalaman yang lebih kurang sama dengan situasi kampung baru.
    Saya seorang lelaki yang akan menginjak 25 tahun pada pertengahan tahun 2011. Dulu semasa kecil saya dibesarkan di kawasan Kampung KENANGAN BUKIT LANJAN dan sekarang dikenali dengan nama baru yang cukup gah iaitu DAMANSARA PERDANA. Tak perlulah saya ceritakan bagaimana orang2 dahulu dan juga ibu bapa saya membanting tulang untuk membuka kawasan BUKIT LANJAN untuk dijadikan kediaman kami 30-40 tahun dahulu. Yang menariknya tentang BUKIT LANJAN pada zaman dulu ialah kami hidup berjiran dengan ORANG2 ASLI suku Temuan. So aktivi kanak2 saya dan rakan2 memang berkaitan dengan kehidupan orang asli. Tiap petang kami main bola bersama, main lastik, guli, sumpit dan macam2 lagi. Tapi bukan tu yang saya nak kongsikan..
    Kalau Tun masih ingat, dulu sewaktu saya kecil Tun pernah datang ke kampung kami untuk lawatan ke Pusat Giat Mara JHEOA semasa pilihan raya. Ketika tu memang kampung kami meriah dihiasi dengan bendera2 BN dan PAS. Tapi selepas beberapa tahun kami mendapat notis untuk berpindah kerana difahamkan rumah yang diduduki dikategorikan sebagai rumah setinggan. Saya rasa Tun pun masih ingat bagaimana reaksi yang diterima oleh pihak pemaju ketika itu sehinggakan berlarutan beberapa tahun. Yang menariknya pada kisah BUKIT LANJAN ialah kami sebagai orang Melayu telah dinafikan hak untuk menetap di kampung kami sendiri dan kami diberikan pilihan untuk berpindah ke rumah FLAT yang diberi diskaun separuh harga. Manakala masyarakat orang asli yang sama2 berjiran dengan kami diberikan pampasan dan BANGLO setingkat yang terletak di Damansara Perdana sekarang. (sungguh bertuah rasanya masyarakat orang asli di Malaysia sehingga digelarkan orang asli terkaya)
    Kami sebagai orang melayu terasa seperti dipinggirkan ketika itu untuk memberi jalan kepada pembangunan yang sudah tentu jelas sekarang dimonopoli oleh bukan bangsa Melayu. Dan sekarang setiap kali saya melalui lebuhraya LDP pasti saya akan menoleh ke arah Kampung Halaman saya suatu ketika dulu yang meninggalkan sungguh banyak kenangan kepada saya dan rakan2. Tapi apa yang membuatkan kami terkilan ialah kawasan Kampung kami dahulu tidak pun dibangunkan tetapi dijadikan sebagai kawasan mengorek pasir atau lebih tepat lagi sebagai kawasan kuari dan yang lebih menyedihkan lagi apabila melihat jiran kami iaitu Kampung Sungai Penchala sekarang telah menjadi seperti Negara Indonesia Ke-2.. Di harap kerajaan dapat mengatasi masalah ini sebelum keadaan menjadi semakin parah..
    -Saya Anak Melayu-

  9. Kamarul Doll Jan 14,2011 5:33 PM

    Salam Ayahanda Tun;
    1. Pertama sekali saya amat kagum dan teruja dengan sifat mulia yang Tun paparkan apabila memperakui kelemahan dan kesilapan Tun….Amat susah sekali untuk seseorang itu mengakui kelemahan diri sendiri.
    2. Saya ingin mengesyorkan bahawa Tun menggunakan hubungan baik Tun dengan Kerajaan Malaysia untuk memberikan cadangan bernas ke arah pembangunan semula Kg Baru Kuala Lumpur ini.
    3. Sekiranya pandangan dan cadangan Tun itu relevan maka diharapkan Kerajaan mempertimbangkannya. Jika cadangan itu memerlukan pengubahsuaian atau penambahbaikan saya harap Tun mampu menerimanya demi kebaikan dan kebajikan penduduk asal Kg Baru.
    4. Disamping itu untuk merealisasikan itu semua kerjasama serta tolak ansur kesemua pihak amatlah dituntut….
    5. Bulatkan tekad dan yang paling penting kita semua ikhlas untuk itu dan murnikan jiwa demi pembangunan dan nama baik semua. Semoga kerja2 yang dilakukan itu dirahmati Tuhan…

  10. Khairul-Dean Jan 13,2011 1:26 PM

    Dear Ayahanda Tun Dr mahahthir Mohamad,
    Salaams
    2. Setelah mengumumkan rancangan Kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru KL, beberapa masalah timbul berkenaan dengan pemilikan tanah dan harga tanah.
    When I think about this unusual article of admission of guilt of no crime I hear the klopperty-klip-klop of horses’ hooves.
    I love santanyana; george: learn from the past.
    So should the government stop all that is in the Kampung Baru Developement planning works? What happens now?
    If some people living on malay reserve land refuse to have anything to do with the developement of their land what would you do?
    Force developement?
    Has their situation changed with respect with the intention to ‘clean up’ a shanty town retained in respect of Saweto and in memory of standing up to Tun Dr Mahathir?
    What will change the situation, Ayahanda Tun?
    Why they announce and then fail to do what they announce – again?
    Yes, sound of horses…and the smell, too.
    And by the way, was there ever a final drawings on the conceptual idea of how the place will look like after the developement – even if just malay houses and chickens running loose in the street of a kampung authentic and organically melayu?

  11. ilah09 Jan 12,2011 11:59 PM

    Inila first time sy lihat antara Yang Berhormat@ PM mengaku kesalahan nye..Yang lepas biar lepas..Tok sah fikir sgt pasal keje Tun..Banyak-banyak berehat.

  12. checker Jan 12,2011 5:46 PM

    Salam Tun & fellow bloggers,
    You’ve not actually failed but man of your standing, making such a statement is indeed a man of great courage and wisdom. Just looking around, not many but if there is, only small number who can say such a thing. The downfall of an empire, a government, an organisation and even family units are caused by 2 main factors; EGO and GREED. Hope that majority ( there are Malays who still do want to admit that they are Malays ) of the Malays will take note the example that you have shown in line with the slogan during your administration.. Lead by Example.
    I fully agreed with comment from “swimmer” on 11th Jan on his observation of the Malays. This happen because he/she have been been living abroad, so am I. You have also admitted that you have failed to change their mindset. No need to take too hard on such matter perhaps there must be “hikmah” behind it, only Allah knows.
    Malays have to go forward ONLY through the practising of the true teaching of Islam based on Quarn & Hadith. It is indeed unfortunate that Islam currently have been hijacked as political tool based again on EGO & GREED for political power if not wealth.
    May Allah bless & protect us from TTS ( tentera-tentera syaitan )

  13. maa Jan 12,2011 6:41 AM

    Assalamualaikum,
    Menaiki bot di Cambridge menyusuri bangunan membuatkan saya geleng kepala. Lumut yang melekat di bangunan-bangunan lama pun diiktiraf sebagai warisan yang perlu dipelihara dan dikunjungi pelancong. Malah, melihat airnya yang keruh dan gelap gelita membuat saya tepuk kepala sendiri berbanding negara kita.
    Kg Baru elok dijadikan kampung dalam taman dengan suasana yang lebih segar dan bersih. Bangunkan industri bunga-bungaan, cenderamata yg melambangkan sejarah Kg Baru juga pusat komersial orang Melayu. Segala keistimewaan yang dimiliki dikenalpasti misalnya bazar makanan dinaiktaraf dan dikekalkan.
    maa

  14. amin tan Jan 11,2011 8:22 PM

    Salam Tun,
    Saya berpendapat Tun tidak lemah dan tidak gagal dalam pentadbiran 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia walaupun Kampung Baru, Kuala Lumpur gagal dibangunkan seperti Jalan Sultan Ismail atau Jalan Ampang. Masalahnya memang tidak boleh diselesai. Bukan semua perkara di dunia ini boleh diselesai ikut selera sesuatu pihak. Cuba kajilah masalah projek terbengkalai, kekusutan masalahnya lebih teruk dari ternampak pada zahirnya. Tun telah pindah tumpuan ke Putrajaya dan Cyberjaya dan yang lebih hebat MultiMedia Super Corridor, Technology Park dan lain2 yang tidak terlibat dengan politik dan pihak2 yang tidak puashati sepanjang masa dan yang menghasut.
    Samalah masalah sengketa arab israel. Sampai kiamatlah masalah berpanjangan. Maaflah jika ada pihak yang tersinggung.
    amin tan

  15. Bellachan90 Jan 11,2011 5:27 PM

    salam….
    disini sya ingin berterima kasih pda tun kerana berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber. Tanpa tun siapa lah kami ini iaitu rakyat malaysia yang berjaya mengecapi nikmat sebagai rakyat malaysia….
    pada pendapat saya kampung baru tidak memerlukan perubahan drastik kerana saya sendri amat selesa tinggal di kampung baru walaupun kampung baru kelihatan seperti kampung yang daif….yang masih beratapkan zink kerana kawasan disini memberikan kelainan dri tempat lain yang ada di kuala lumpur…..
    apa yang perlu hanyala projek naiktaraf yang amat diperlukan bagi memelihara kampung baru dari hilang dalan arus pembangunan….kerana tak semestinya dengan membuat perubahan drastik akan memberikan 1001 kebaikan tetapi kadang kala juga boleh memberi 1001 keburukan

  16. Ir. Syahrizan Jan 11,2011 2:39 PM

    Dear Tun,
    Not just Kampung Baru in Kuala Lumpur, Kampung Penchala (KL), Kpg Paya Jaras, Kpg Kubu Gajah (Sg Buloh, Selangor), dan banyak lagi kampung-kampung seluruh Malaysia dari hujung Perlis hingga ke hujung Sabah semuanya nak diroboh demi ‘pembangunan’ yg kita tahu sebenarnya tidak seimbang dan berat kat satu kaum kiasu itu sahaja.
    Orang Melayu/Bumiputera dihumban semakin jauh dari tempat asal (jauh dari bandar) nenek moyang mereka, ada yang sampai beli rumah kat hujung ceruk dunia itupun jual mahal gaks dan diberi pampasan yang terlampau sikit. Yang Datuk-datuk, Menteri-menteri boleh beli rumah tanah murah, beli kereta tanpa AP dan banyak lagi kerosakan yang mulanya berlaku kat atas sana.
    Tolong jgn dengar sgt cakap-cakap Kiasu Kapitalis dan Pembelot UMNgok yg tahu main kroni dan untung sahaja.
    I strongly suggest that Kpg Baru (and the rest of the Malay/Bumiputera kampungs) to be preserved as much as possible or the landowners to be compensate according to market price. This is what we called as “adaptation engineering” literally means engineering and development will have to adapt and go parallel with its locality and not to overwrite each other.

  17. L_J Jan 11,2011 2:23 PM

    Tun,
    Lagi2 pembahas2 tertentu dalam blog Tun menjerit2 tentang hak Melayu dan menggesa supaya wang cukai yang dibayar oleh semua pembayar cukai (termasuk orang bukan Melayu) digunakan untuk membangunkan Kampung Baru (KB) (hakikatnya kampung itu sudah lama dan uzur) tetapi bukan seincipun untuk manfaat orang bukan Melayu. Kalau in bukan suara2 rasis, saya tidak tahu apa lagi boleh digelar sedemikian. Tetapi dalam blog Tun perkara semacam ini nescaya lazim dan remeh.
    Berkenaan kedaifan orang Melayu di KB (dan juga di seluruh Negara: Bukankah sebab itu NEP diteruskan, kononnya?), seharusnya ditanyakan siapakah yang bertanggungjawab atas kedaifan orang Melayu yang berterusan ini (malahan di KL pun) selepas 53 tahun bermerdeka dan 40 tahun berNEP? Ini biarpun hampir segala sumber2 negara, hampir semua perkerjaan kerajaan dan bermacam2 jenis kestimewaan2 telah di curahkan ke atas orang2 Melayu (dan bukan bumiputera yang lain pun), khususnya sepanjang pentadbiran Tun. Akan tetapi, apakah hasilnya? Sesungguhnya, amat sedikit, memandangkan hakikat dan kemungkinan bahawa jikalau keistimewaan2 yang dicurahkan ke atas orang Melayu ditarik balik, kelas menengah Melayu akan meruntuh.
    Jadi rakyat berfikaran sedia bertanya mengapa wujudnya keadaan begini. Mungkinkah ini kerana suatu kedaifan inheren dalam DNA orang Melayu? Ataupun mungkinkah ia kerana 5 dekad kemanjaan dan ditebat telah mengakibatkan kewujudan suatu bangsa Melayu yang memang daif yang tidak mampu bertanding dengan bangsa2 lain baik di Malaysia mahupun sejagat? Ataupun mungkinkah amalan rasuah di Negara telah menghisap darah hidup bangsa Melayu. Dalam keadaan semacam ini tak malukah orang2 UMNO & PERKASA (yang Tun begitu sayangi) meneriak slogan (dan ke manakah)

  18. lanmohamad Jan 11,2011 1:46 PM

    Salam Tun,
    Pendapat saya, kita tak perlu buat pembangunan dari segi infra kat merata kolumpo atau mana bandar buat masa sekarang. org merata pekan ni bukannya dok sokong+undi Kerajaan Barisan Nasional pun. Lebih baik kita beri kenikmatan, pembangunan, kesenangan dan kesejahteraan hidup kepada masyarakat di kampung dan luar bandar. Golongan ini lebih memerlukan segala jenis pembangunan dan ianya nyata berbaloi. Saya fikir masyarakat luar bandar lebih rasional dan global pemikiran mereka. Kalau dah naik, tengok org bawah. kalau dah maju ke hadapan, tengok juga di belakang. Kebanyakan masyarakat yg rasa diri dah hebat tak sensitif keadaaan sekeliling.

  19. difefu Jan 11,2011 1:45 PM

    Dearest Tun,
    Somehow, I’ve the feeling that many of the cucu-cicik of the original land owners there have already migrated and become citizens of other countries. I wonder.. do we really want foreigners to benefit from the policy of our country.
    If the government can secure the land, I suggest we propose to build an olympic sports complex (with underground mega carpark for the city folks with direct smart-tunnel-like access to the surrounding highways, and have underground people mover to move people around the city efficiently), and start bidding for hosting the 2020 summer Olympic games. With the beautiful KL skyline and convenient trasportation which includes the underground hub, I am confident we can have a very high chance of securing the games.
    2020 means something to us, isn’t it..
    Thanks Tun.

  20. Jamal Jan 11,2011 1:40 PM

    Salam Tun,
    O ya..satu lagi…Mungkin UMNO, PAS dan PKR boleh bersatu hati dan bergabung untok usaha INI degan mengadakan wakil di badan ini dan badan ini di ketuai olih Wakil dari Istana Negara.
    Baru lah Parti2 ini boleh di katakan Parti yang memperjuangkan orang Melayu Islam.

  21. Jamal Jan 11,2011 1:35 PM

    Dear Tun,
    Ini bukan kerja mudah, terutama nya sebarang campur tangan kerajaan di dalam mencari penyelesaian akan di POLITIK kan.
    Walaubagaiman pun kita perlu cuba…
    Pertama sekali kita perlu jelas apa matlamat utama yang kita hendak mencapai dengan USAHA ini.
    Dari itu kita perlu kaji semua matlamat dan pandangan dari mana2 pehak yang ada hak, minat dan kepentingan Usaha ini. Pehak seperti, pemilih tanah, pemaju tanah, NGO2 Melayu dan pelabur.
    Dari situ kita dapat mencari jalan yang akan memuaskan banyak, jika tidak semau pihak.
    Apa yang saya fikirkan ada lah matlamat seperti;
    1) penjualan tanah pada harga pasaran
    2) mengekalkan tema atau ciri2 kemelayuan di kawasan ini
    3) memastikan orang melayu kekal memiliki tanah di kawasan ini atau mendapat manafaat dari tahan ini
    4) memaksimakan pulangan dari sebarang pembanguan di sini
    5) mecantikkan kawasan ini
    6) memastikan kawasan di perlihara dengan baik
    7) dll…
    Mungkin satu badan Pembanguanan Kampung Melayu di tubuhkan sebagai badan Kerajaan untok menerajui Usaha ini.
    Semoga apa yang di inginkan tercapai.

  22. khairuddin Jan 11,2011 12:24 PM

    YABhg Tun,
    Salam hormat. Kegagalan usaha usaha membangunkan kawasan Kg Baru sebagai pusat pembangunan kediaman dan komersil yang moden sejak dari dahulu lagi berpunca dari sikap pemilik pemilik bangunan/rumah dan tanah di Kg Baru sendiri yang enggan kawasan Kg Baru dibangunkan. Maka tinggallah kawasan tersebut menjadi harta dan tanah pesaka yang tidak boleh diusahakan. Mampukah Kerajaan sekarang? Isu dengan Maju Holdings pun menjadi masalah besar. Sama sama kita berdoa

  23. mgpunya Jan 11,2011 11:55 AM

    YABhg Tun,
    …it only shows that as a dictator….
    ..you have failed..!!!!

  24. mazlan Jan 11,2011 11:49 AM

    Assalamualaikum.
    Kampung baru merupakan salah satu nostalgia dalam hidup saya. Suasana kampung sentiasa menjadi pengubat rindu kepada kampung halaman. Walaupun kotor dan tidak teratur berbanding kawasan lain ianya amat menyeronokkan tinggal di sini. Makanan, penduduk (walaupun ramai indon) dan yang syahdunya boleh dengar kokokan ayam dan suara azan di pagi hari.
    Saya rasa penduduk kampung baru berada dipersimpangan antara pembangunan dan nostalgia. Mereka ingin pembangunan tapi tak nak kehilangan identiti dan nostalgia. Mungkin pembangunan boleh dijalankan mengikut zon dan fasa. Contohnya kawasan sungai baru boleh dimajukan dahulu kerana berhampiran dengan stesen lrt dan flatnya juga sudah usang, seterusnya kampung paya, kawasan flat pkns dan sekitarnya. Jadikan kawasan ini penempatan moden yang teratur dan bersih. Wujudkan medan selera dan bazar yang teratur untuk peniaga melayu sahaja. Jika kawasan ini berjaya dimajukan dan ditadbir dengan baik, saya percaya pembangunan dikawasan lain akan menyusul dengan sendiri.
    Pernah juga ketika menaiki monorel saya melihat ke kawasan kampung baru, sedih juga melihat pemandangan kampung baru yang begitu dhaif dari atas tetapi saya rasa itu lebih baik daripada kehilangan ataupun terlepasnya kampung baru ke tangan kapitalis. Tiada lagilah bazar ramadhan di kampung baru taupun raja alang andainya ini terjadi. Biar genting daripada putus, walaupun ini bukanlah penyelesaian tetapi itulah penyelesaiannya andai tiada yang lebih baik mampu diusahakan. Pertahankan juga keramat tetapi usahakanlah pembangunan yang lestari sesuai dengan kehendak penduduk dan negara. Dua kawasan ini jika tergadai maka merempatlah melayu di kuala lumpur.
    Maaf kerana emosi menguasai komen ini.

  25. adi5707 Jan 11,2011 11:33 AM

    Masalahnya pemaju kat Malaysia ni tak kreatif. Bila sebut pembangunan je, dalam kepala otak diorang ingat ‘shopping mall’, ‘hotel’, ‘kondo’ dan apa-apa lagi yg mewah-mewah je.
    KL dah sarat dgn benda tu semua. Cukup lah BBGS korang sodok buat Pavillion. Jangan musnahkan Kampung Baru (KB) lagu tu.
    Kalau nak bangunkan KB ikut nilai hartanah nak bina tu semua sekarang, memang la org melayu tak mampu. Kalau ikut gaya tu la, satu Singapore dah kena sodok buat bangunan. Tapi org Singapore pandai preserve apa yg patut.
    Kekalkan suasana KB macam kampung. Preserve rumah lama, buat taman sekeliling rumah, banyakkan pokok, cantikkan ruang siar kaki. Pendek kata, buat open muzeum. Kalau nak buat hotel pun biar konsep homestay, dok rumah kampung. gali telaga ke.. main layang2 ke.. Lepas tu buat jambatan atau laluan pejalan kaki (bawah tanah contohnya) hubungkan Bukit Bintang dgn KB. Ini utk hadkan kenderaan masuk KB utk kawal pencemaran udara dan elak jam. Dan bina bangunan tempat letak kereta di luar KB utk orng gi gerai bazar ramadhan. Rasanya kos takkan cecah RM5 billion punye, macam Menara tu.
    Ini semua buka idea baru pun. Kat Melaka tu Kampung Morten boleh buat. Kat overseas lagi la banyak. Jenuh nak buat kajian.
    Ni satu lagi masalah org kita. nak buat apa-apa semua nak tengok macamana org negara lain buat. Kita buat cara kita dah la. Biar org ikut kita. Kata nak jadi negara maju.

  26. difefu Jan 11,2011 11:20 AM

    Dearest Tun,
    Kegagalan?
    I have met people overseas who told me how you had worked so hard in engaging their companies to invest in Malaysia to create jobs for the people.
    Tun, you have done enough for the country already.
    Please take a good rest and enjoy life.
    Thanks Tun.

  27. nazaraza Jan 11,2011 11:08 AM

    Salam Tun,
    Pada pendapat saya kampung baru adalah salah satu aset negara, kita b0leh kekalkan identitinya cuma mungkin perlu di cantikkan. Boleh dijadikan sbg kawasan kampung di dalam bandar menjadi tempat tumpuan pelanc0ng bg mengetahui masyarakat melayu dahulu. Tidak perlu pelancong ini berjalan jauh, di KL pun ada tempat yang boleh dituju. Cuma, yang penting kawasannya harus dicantikkan. Melalui sektor pelancongan ini, mungkin masyarat di situ juga boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan taraf hidup yang tinggi di tengah2 bandar. Kampung Baru terkenal dengan makanannya yang sedap. Tidak perlu difikir untuk menggantikan kampung dengan bangunan pencakar langit yang mana rakyat Malaysia atau pelanc0ng sendiri sudah jemu melihatnya, KLCC pun dah ada. apalah salahnya kita kekalkan kampung baru dengan imej kampungnya cuma kita cantikkan lagi sebagai satu WARISAN NEGARA.
    Saya doakan Tun dilindungi Allah dan mendapat shafaat Nabi S.A.W di akhirat nanti krn budi Tun terhadap orang ramai terutamanya umat Islam terlalu tinggi.
    Salam Assalamualaikum & selamat sejahtera.

  28. swimmer Jan 11,2011 11:01 AM

    Salam buat ayahanda & bonda,
    1.Saya adalah warga Malaysia yang telah bekerja di luar negara hampir selama 15 tahun.
    2.Salah satu kepincangan yang saya dapat lihat di Malaysia adalah dari segi penyelenggaraan(maintenance) dan sikap (attitude).
    3.Malaysia dapat membina pelbagai kemajuan tetapi gagal dalam penyelenggaraan bangunan,perkhidmatan dan sistem.
    a.Bangunan – lihat sekeliling anda dan cuba lihat adakah bangunan atau infrastruktur yang di bina di pelihara dengan baik? Usah lihat yang kompleks, cuba lihat pada tandas. Adakah ianya masih baik dan tidak berbau? Pelancong asing melihat negara kita sebagai model sebuah negara islam tetapi tandas kita tidak mencerminkan keislaman yang mementingkan kebersihan.
    b.Perkhidmatan – Adakah kita berjaya dalam perkhidmatan pengankutan? Jawapannya tepuk dada tanya selera. Malaysia terlalu lembab bergerak.
    Jangan pandang jauh ke timur, tunduklah ke selatan dan buang keegoan dan belajarlah dari Singapura. Banyak lagi jenis perkhidmatan yang boleh di tulis di sini. Saya yakin para pemimpin Malaysia juga mampu berfikir tetapi hairan kenapa terlampau lembab. Mungkin sibuk berpolitik sampai lupa benda-benda asas yang rakyat inginkan.
    c.Sistem – Banyak lori dan bas yang tidak layak di jalan raya masih bergerak. Di mana pincangnya sedangkan ada sistem PUSPAKOM,JPJ and polis trafik. Masalahnya kembali kepada rasuah dan gagal pada penyelenggaraan yang baik.
    4. Akhir sekali sikap(attitude) warga Malaysia yang mengaku beragama tetapi masih tidak mementingkan hidup bermasyarakat dan sayangkan tanah tercinta ini. Lihat pengilang mengotorkan udara dan sungai.Lihat pada yang tidak mematuhi peraturan, contohnya merokok tidak kira tempat dan membuang puntung rokok merata-rata. Banyak yang ingin di perkatakan, cuma menaip apa yang terlintas di fikiran sekarang.
    5.Jikalau attitude orang Melayu berubah, insyaallah Kg Baru dapat di bangunakan. Tetapi biasalah orang melayu dengan sikap ingin cepat kaya tanpa berusaha. Masih ramai orang Melayu yang mengikuti skim cepat kaya dan juga berlindung di sebalik syarikat atau koperasi yang kononnya berniaga tetapi hakikat sebenarnya bermain Forex.
    6.Baru-baru ini saya membaharui pasport. Tahniah pada Jabatan Imigresen yang saya lihat semakin cekap. Mungkin perlu di tambah kakitangan atau sistem yang lebih canggih supaya dapat menampung lebih banyak permintaan pembaharuan dan pasport baru. Jangan berhenti di sini, teruskan dengan kemajuan jabatan anda.
    Sekian, wassalam.

  29. usj Jan 11,2011 10:58 AM

    Yab Tun tidak perlu menyesali kegagalan membangunkan Kg.Baru.
    Membangunkan dan memajukan Kg Baru, pihak berkepentingan peribadi tidak perlu memaksa pemilik hartanah Kg Baru menurunkan harga jualan sekaki persegi mengikut citarasa dan keperluan mereka atau mengadakan akta menghalalkan pengambilan alih hakmilik hartanah Kg Baru atau menakutkan pemilik Kg Baru hanya jalan terbentang untuk Kg.Baru boleh dibangunkan dan dimajukan.
    Inikah jawapannya.
    Kita menyokong penubuhan ASB dan menunggu 12 bulan dengan hanya pengumuman berita ooohhh..pembayaran dividen kita melebehi dividen simpanan tetap di Bank tahun demi tahun.
    Yab Tun. Kg Baru boleh dibangunkan dan dimajukan tanpa pelupusan hakmilik.
    Sebenarnya keikhlasan pemerintah diperlukan untuk Kg.Baru.

  30. annafis5211 Jan 11,2011 10:33 AM

    Salam TUN,
    ALANGKAH BIJAK JIKA KERAJAAN MENGELUARKAN SEDIKIT PERBELANJAAN UNTUK MENGEKALKAN KAMPUNG BARU, JADIKAN KAWASAN INI SEBAGAI KAMPUNG WARISAN,
    BINA KAWASAN INI SEPERTI KAMPUNG MORTEM DI MELAKA……….PASTI RAMAI PELANCONG YG AKAN LIHAT BAHAWA WUJUD ORANG MELAYU DI IBUKOTA….
    JANGAN BIARKAN KAMPUNG INI DIBANGUNKAN HANYA UNTUK KEPENTINGAN KEWANGAN, JADIKAN KAMPUNG INI DIBANGUNKAN DENGAN PERUNTUKAN SEBAGAIMANA KERAJAAN KELUARKAN BUDGET UNTUK MEMBANGUNKAN LITTLE INDIA…..DI BRICKFIELDS….
    KAN BAGUS BEGITU…INDIA DIBANTU…KENAPA MELAYU TIDAK…
    MAAF TUN SEKADAR PENDAPAT….

  31. TuaCheng Jan 11,2011 10:08 AM

    6. Jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka akan hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di KL.
    7. Untuk menentukan penduduk Kampung Baru terus berada di situ maka satu syarat yang telah dikenakan kepada pemaju ialah penduduk Kampung Baru bukan sahaja dibayar harga tanah tetapi mereka akan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang akan didirikan. Syarat ini boleh menjamin orang Melayu yang sekarang berada di situ akan terus berada di situ. Mereka tidak akan terusir keluar.
    8. Tetapi sekali lagi syarat in akan menaikkan kos pembanguan. Pemaju Melayu mungkin tidak berminat. Bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah. Hari ini pun banyaklah tempat kediaman dan kedai yang diperuntuk kepada orang Melayu tidak dapat dibeli oleh mereka.
    Honestly speaking, this is 1 small failures from your tenureship as Premier, Mr.Mahathir.
    1st thing, if their is development to commercial center, there will not be Malay-only commercial center. Business is global, you can’t somebody buying and selling.
    It depends on the ability of the enterprenuer himselves.
    Non-Malays (could foreigners/Malaysians Indians-Chinese or etc), will depends whether it is profitable or suitable business to purchase.
    For example, in Penang, many projects in Batu Maung/Relau/Sungai Ara, not really booming, as Malays were not impacted at all. Basically, that place were un-attractive.
    Secondly,you’ve stated the terms, that the land has to paid and business premises provided, will make the cost very high.
    Honestly, is it so costly or basically it is plainly un-strategic and un-attractive location for any posh complex or up-scale business center.
    Honestly I would not agree to having a Starbucks right beside Burger stall…this wholely in-appropriate. On the spot, while a bunch SPM rejects hanging around smoking and lepaking, would be pretty woeful business enviroment for up-scale.
    So cost in fact are not a factor. Composition of societies and education is the main factor to change a slum to sub-urban enviro.
    Lastly, they should not be interested or un-interested Pemaju Melayu. Afterall they feed from NEP and grown from NEP. By NEP they should give to the rightful receiver of NEP.
    In fact, if that zone is developed onto only Malaysian Malay own business center, it will not be an issues.
    NEP feeds this contrators/developers and feeding the rightfully displaced fellow Malaysian Malays are in fact meritable.
    But probably non of these so-called NEP Contractor were interested knowing they had fork out monies 1st.
    Ultimately, any business, will requires a sustainable business volume, so it shall be seen by then, who can survive.

  32. zulkiflee_Arif Jan 11,2011 10:00 AM

    Assalamu’alaikum Tun,
    kita harus kekalkan kesucian Kampung Baru.itu adalah tanggungjawab Kerajaan.sudah banyak bagian bumi kita di cemari oleh anjing dan khinzir yg berkeliaran merosakkan kesucian Negara ini,tak kan lah kawasan sekecil Kampung Baru pun tidak berupaya kita pertahankan?
    Saya tidak menentang arus pembangunan.tapi perubahan itu hendak lah yg menguntungkan Agama dan Bangsa.kita tidak mahu melihat sejarah seperti Singapura berulang lagi dimana negeri jadi kayaraya sedangkan anak-jati,bangsa peribumi,Bumiputra Singapura tidak memiliki walau satu peratus pun kekayaan nya.dan tidak punya hak atau apa-apa suara yg bermakna.agama Islam dan Bangsa Melayu yg punya kedudukkan istimewa dalam perlembagaan nya dipinggirkan dgn begitu mudah oleh bangsa pendatang (yg terus-terusan membawa datang kaum sejenis nya dari seberang laut),pimpinan Lee kuan yew,menjadi bangsa kelas terendah jauh dibelakang bangsa China yg menguasai 99.9 peratus segala-gala nya,kemudian orang berduit dari negara lain,di ikuti dgn bangsa India.
    dan pelik nya pemerintah Singapura berjaya melegalisasikan ke-terpinggiran Melayu-Bumiputra nya sebagai sebuah meritokrasi yg sempurna,yg tak ada cacat-cela nya.
    ini yg kita tak mahu berulang lagi walau dimana juga di Negara kita dan di seluruh Kepulauan Melayu.dalam pada kita menawarkan keharmonian kaum kpd pendatang-pendatang asing ini dan anak-cucu mereka yg lahir dibumi kita,kita juga amat perlu memastikan yg mereka-mereka ini tidak menjadi ancaman kpd penakatan kita sebagai sebagai Bangsa yg mempusakai seluruh Kepulauan Nusantara Melayu.
    sebagai Bangsa yg tinggi budi pekerti,tidak salah kita menghulur salam perdamaian terhadap orang-orang asing yg tiada persamaan apapun dgn kita.tapi kita amat sangat perlu bersungguh-sungguh berwaspada jangan sampai seinci pun bumi kita ini menjadi piala rebutan mereka seperti yg terjadi di Singapura.harap-harap Kerajaan berpegang teguh lah pada pesanan Datuk Laksamana;
    “Buat baik berpada-pada….”
    jangan lupa kita ada Agama Suci yg perlu kita pelihara dan mengekalkan kesucian Agama kita adalah tugas yg hampir mustahil ditengah-tengah dunia yg hiruk-pikuk dgn kebencian terhadap Islam ini.ini lah ujian getir bagi kita.tanpa pertolongan Allah Azzawajalla,tidak mungkin kita menang menentang kekuatan hebat persyarikatan tentera kafir kaum musyrik penyembah batu dan kaum mulhid yg bertuhankan nafsu yg teguh bersatu saling bantu membantu dibawah pimpinan Iblis Laknatullah.
    Kampung Melayu bukan saja perlu dibangunkan malah perlu diperluaskan.dibangunkan dgn lebih canggih untuk jadi kebanggaan Negara.tapi kita jangan bersikap perkauman membataskan nya untuk orang Melayu saja.yg penting,ia perlu Islam.seratus-peratus.kalau orang Melayu tak mampu,di Nusantara ini pintu untuk menjadi Melayu melalui Islam sentiasa terbuka luas.tawarkan saja kpd umat Islam lain yg sanggup dan berupaya.ini meritokrasi yg lebih terpuji antara sesama Islam,ia-itu orang-orang yg sama-sama mengakui bumi ini milik Allah,Pencipta dan Pemelihara.
    terimakasih Tun..

  33. eanisazman Jan 11,2011 9:28 AM

    Salam Tok Det and Bloggers,
    In my opinion, Kg Baru in some form, symbolises Malays in general. Truthfully, it seem a little pathetic to me. I don’t want to be known as weak, poor and not advancing. Well, I know a bit about spiritual achievement and I wasn’t contesting about it but I also likes to achieve advancement.
    Did the Malays proud with what they have today? What do they have? Kg Baru? So what?
    All in all, what is bigger than Kg Baru is that, many Malay villages looks exactly like Kg Baru. Whilst others is not so shameful, Kg Baru in turn is almost at walking distance to KLCC.
    Opportunity still exist for the Malays including me to re-unite, establish a unified objective, work hard to achieve it and become civilised and invent something beneficial for the world.
    Actually, what I call for is to stop Malay division and to unite. All of us is actually the same no matter how good we think we are. Stop political crap. If we continue to talk crap, we will continously get a lot of craps.
    Just my 2 cents..

  34. parameswara 2 Jan 11,2011 8:25 AM

    Dearest Tun
    1-Kg Baru is in the heart of Kl in the neighborhood of the KLCC.The whole land is worth billions.But to develop it is problematic for reasons Tun have already mentioned.
    2-Kg Baru has it strengths that could offer us with some opportunities. Its a kampong in the middle of a city.It offer us a refreshing change of scenery with a character of its own.It reminds us a lifestyle of the days gones by when dad was still around and life that is not so stressful and relax.Maybe a vacation life!The kind of life you can’t get anywhere in any other modern cities of the World but what we already have right in our ‘heart’.So no we must not lose this for anything in this world. Kampong Baru must stay.
    3-To do so we must see how we can ‘maintain’ that lifestyle .Let us turn the whole of Kg baru into an integrated resort city.At the periphery of it build service apartments,international class hotels,resorts or residential apartment at par with those found in the vicinity of KLCC.
    4-In the centre in most of the original Kg Baru kampong,which we may expand to include Kg Keramat as well ,all alongside the Kelang River, is preserved and even enhanced to make it even more Kampong than it is already now.
    5-Make it a living Kampong musuem of sort and think tanks can expand on this.Obviously the basic theme parks with 4D halls,water parks cinema halls,etc too just to further value add.Maybe the Kelang River could be dammed so that we could introduce the Klang upriver cruise that starts from city centre near Masjid India that goes all the way up to Kg Keramat and beyond.Introduce street shopping by the river banks or even on boat shops.Think Tanks to further crack their heads.
    6-How about a KG Baru Zeppelin ride.A chance to view Kg Baru and the surrounding by new generation safer Zeppelin planes imported from Germany.A genting-Kl express by this mode of transportation centred at Kg Baru.This zeppelins could also be used for advertismenets.Talking transportation,no cars are allowed within Kg Baru region use only public transportation,bicycles,tut-tut,jeepneys,bullock and horse carts for a more unique environment and society friendly.
    7-Introduce a Kg Semerah padi civilization in KG Baru.Why not,maybe Kg Baru could be made an autonomous region with its own Govt, own police,etc,etc.It will have its own constitution that showcases the Medina charter.They will practise the latest best researched Syariah laws.
    8-In short it must be Kampong baru preserved for the 21st Century and not be just turned into another residential or commercial property of Kuala Lumpur.A Kg Baru the kind the world has never seen before.A Kg Baru that can make Malaysia proud.
    9-We have think tanks don’t we?
    Thanks Tun.

  35. tehwah Jan 11,2011 7:56 AM

    Raise capital through sukuk issuance. Form spv to dev. I am not rich but I wouldn’t wwant to miss d opp to b part of dev. Potential is huge.

  36. HBT Jan 11,2011 7:47 AM

    Good morning Ayahanda Tun,
    Copy-paste from thestar online on Kampung Baru…..
    A. Tuesday January 11, 2011
    Kampung Baru one of my failures, admits Dr Mahathir
    By TIFFANY LEONG WENYI
    newsdesk@thestar.com.my
    B. KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Moha-mad says that one of his failures during his 22 years as Prime Minister was his administration

  37. jalil7 Jan 11,2011 3:48 AM

    Salam Tun,
    Saya teringat suatu dokumentari yang amat menarik pernah saya tonton, tetapi akan terlupa saya di mana lokasi tempat tersebut.
    Dokumentari itu menceritakan tentang sebuah Hotal lima bintang yang masyur yang membina hotel nya di sebuah badar sekililing sebuah rumah lama di diami seorang nenek tua berumur lewat 90 tahun yang enggan menjaul tanahnya kepada hotel tersebut.
    Lalu hotel tersebut membina semua bilik mereka di sekilling rumah nenek ini, menjadikan rumah nenek sebagai center garden. Para tamu ke hotel semua akan pasti melalui tepi dan melihat rumah nenek ini untuk ke lobi kemudian seterusnya ke kamar. Bisnes hotel ini laris, dan tetamu dari seluruh dunia menanggap rumah nenek sebagai sebahagian hotel, sesuatu yang menarik, mungkin sebagai ‘exhibit’ selain exhibition sebenar yang mereka datang.
    Bukan soal wang buat nenek ini. Bila di tanya, dia kata dia sudah hidup di rumah itu dari keci lagi, dan pada usia lanjut, dia tidak ingin kemana2 lagi. Hotel tersebut dan rumah nenek adalah sebuah bandar didalam negara yang bukan berbahasa Inggeris, mungkin Sepanyol atau Portugis atau Amerika Latin.
    Penyelesaian yang unik dan sungguh kemanusiaan ini saya amat kagum.
    Entah lah apa kena mengena nya dengan hal Kg Baru, saya sendiri tak pasti, tapi saya ceritakan sahaja Tun, kerana mungkin ada pihak lain yang boleh mendapat idea dari kes atau contoh hotel ini.
    Sekian, Terima Kasih Tun.

  38. wikibochor Jan 11,2011 1:47 AM

    A’kum Tum dan Tus Siti Asmah,
    I thinkk Tun has done all u can for Malaysian, so its about time u take a good rest and let the younger blood think what is good for them. Nobody will blame u if anything goes wrong in the feature. They should be thankful to u and your administration for puting Malaysia where it is today. I am proud to be a Malaysian due to your capable leadership. No body in their correct mind can deny that, only a blind man or people envoius of your achivement will try to discredit you. Thanks once again Tun for leadership and sound management.

  39. ekompute Jan 11,2011 1:23 AM

    Dengan syarat-syarat yang diturunkan untuk membangunkan Kampung Baru, siapakah yang boleh berjaya? Ini adalah kes klasik makan kueh dan menyorokkannya pada waktu yang sama.
    Bagi saya, senang sahaja. Tetapkanlah tujuan utama lebih dahulu. Nak menjaminkan kawasan Melayu di KL supaya KL tidak kelihatan kedaifan orang Melayu atau nak cari keuntungan. Kalau tujuan pertama lebih penting, janganlah cakap tentang untung rugi. Rugi pun bikin juga.
    Tentang masalah mengesan pemilik tanah, kan itu masalah Pejabat Tanah? Jika tuan tanah tidak mendaftarkan hartanah mereka dengan Pejabat Tanah, maka mereka adalah setinggan. Walau jika selepas 53 tahun bermerdeka, setinggan masih dikira pemilik tanah yang sah di kawasan Melayu, biarlah mengesan mereka melalui televisyen, radio, dan akhbar. Tetapkan tempoh tiga tahun untuk berbuat demikian. Selepas tiga tahun, tutuplah kes dan mulakan pembangunan. Siapakah yang boleh menyalahkan kerajaan kemudian jika kerajaan berbuat demikian dengan sedaya upaya?
    Tentang tuntutan harga oleh tuan tanah yang terlalu tinggi, tidakkah kerajaan mempunyai Akta Perancangan Bandar dan Desa serta akta pengambilan wajib yang sering dikenakan ke atas orang bukan Melayu. Mengapakah akta-akta itu tidak berdaya apabila berhadapan dengan masalah orang Melayu? Gunakanlahnya tetapi bagilah pampasan yang tiga empat kali lebih tinggi daripada harga pasaran. Wang tak ada masalah. Kan projek ini amat sangat penting daripada segi konteks kemasyarakatan, iaitu soal hidup atau mati orang Melayu di KL? Justeru, kosnya perlu dibiayai oleh orang bukan Melayu menerusi penggubalan undang-undang yang kreatif.
    Maka saya tidak faham mengapa masalah Kampung Melayu tidak dapat diatasi jika benar-benar ada keazaman yang kukuh. Projek yang lain seperti pembinaan monorel malahan menara berkembar tertinggi di dunia boleh dilakukan dengan lancar tetapi projek Kampung Melayu tidak berjaya. Ketawa aku!

  40. NASH Jan 11,2011 12:55 AM

    Salam Tun,
    Jika Kg Baru dimajukan dengan kekalkan pemilik kpd orang Melayu, maka pada satu masa nanti ianya tergadai juga kepada org bukan Melayu.
    Secara yg lain ialah menubuh beberapa banyak korporasi Melayu bagi memiliki harta harta Kg Baru. Soalnya sama ada penduduk setuju atau tidak menubuh korporasi.Bagi tanah yg tidak tahu tuannya, pihak Amanahraya mengambil alih.

  41. redzuank Jan 11,2011 12:05 AM

    Salam Tun,
    Saya rasa Tun patut lihat balik artikel tun bertajuk ‘HOUSING’.
    Pada pendapat saya:
    1. Tak payah la ganggu tanah Melayu di Kampung Baru.
    2. Tak perlu bagi apa2 alasan kerana nak menguntungkan segelintir pihak
    3. Sekiranya tanah tersebut dibangunkan maka dah tentu x wujud lagi kampung di situ. Kampung apa kalau rumahnya rumah flat bukan rumah kampung.KAMPUNG BARU kena tukar nama ke BANDAR BARU nanti. Tak ke Mat Saleh kompious nanti. “Owh, so this flat house is Malaysian Village?”
    4. So nanti xperlu bina muzium perkampungan Melayu kat tengah2 KL
    5. Apa kata duit kerajaan yang ada bangunkan tempat2 yang luar dari KL
    6. Kalau nak majukan KL bina Jalan Raya tanpa tol 6 lorong sehala supaya kereta2 Malaysia keluar masuk KL tak jalan macam siput dan membakar petrol subsidi kerajaan dengan banyak.
    7. Tambah pengangkutan awam yang lebih efisien. Kalau gaya macam sekarang x sanggup kami nak naik (Macam tin sardin)
    8. Mintak tolong Tun tanya kerajaan sekarang agak2 bila nak bina lebuhraya KL-K.Lipis-G.Musang-Kota Bharu. Kalau sebab2 politik bina la setakat jajahan BN dulu. Bukannya nak suruh buat lebuhraya free pun.
    Secara ikhlas saya merasakan helah2 untuk membangunkan Kampung Baru tidak lebih satu muslihat untuk menghalau penduduk asal Melayu keluar dari Kota KL berdasarkan alasan2 seperti Tun nyatakan. Apa pendapat Tun?
    Saya tidak menolak pembangunan, namun tidak sanggup membakar subsidi petrol atau jadi ikan sardin di jalanan.
    P/S: Sangat tertarik dengan warisan rumah tradisional Melayu.
    Sekarang rumah kayu lagi mahal dari rumah batu.

  42. sadir Jan 10,2011 11:57 PM

    yang amat dikasihi TunDmm,
    Gagal di kg baru mungkin ada hikmah.lihatlah kg melayu pasir panjang,
    geylang dan byk penempatan ditelan kemajuan di singapura.
    melayu tinggal merata tidak lagi setempat.divide and rule.
    biarlah anak cucu kita masih berpeluang menikmati suasana kampung.
    maju mendalami islam akan kekal dari maju ditanah yang akhirnya akan
    membawa kealpaan,maksiat dan berbagai yang akan mengundang musibah.
    muga TUN panjang umur dan sentiasa sihat.
    we all love you so much……………..tq

  43. sadir Jan 10,2011 11:55 PM

    yang amat dikasihi TunDmm,
    Gagal di kg baru mungkin ada hikmah.lihatlah kg melayu pasir panjang,
    geylang dan byk penempatan ditelan kemajuan di singapura.
    melayu tinggal merata tidak lagi setempat.divide and rule.
    biarlah anak cucu kita masih berpeluang menikmati suasana kampung.
    maju mendalami islam akan kekal dari maju ditanah yang akhirnya akan
    membawa kealpaan,maksiat dan berbagai yang akan mengundang musibah.
    muga TUN panjang umur dan sentiasa sihat.
    we all love you so much……………..tq

  44. bluesgang Jan 10,2011 11:46 PM

    Sekali sekala silap takpala Tun. Kalau Tun betui semua, buat semua kerja, Tun ni dah bukan manusia. Kedua, Perdana Menteri2 yang akan gantikan Tun takda kerja sangatla, sebab Tun dah buat semua. Tang kampung Baru ni, biaq Najib pikiaq la pulak.
    Nak harap Nuaq, dia ni dah jadi anugerah tuhan, lepaih ni dia nak naik ke langit pulak, tak pikiaq dah pasai kampung baru huhuhu

  45. cucu nenek Jan 10,2011 11:46 PM

    YBhg Tun,
    Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai isu Kg Bharu. Keluarga saya telah menetap di Kg Bharu ini lebih dari 80 tahun dan kami, seperti juga jiran-jiran kami bukanlah setinggan dan tidak juga kami menghuni rumah kayu berbumbung zink karat. Memang diakui keadaan di Kg Bharu di setengah bahagian tidak tersusun dan teratur. Tetapi pihak mana yang sebenarnya bertanggung jawab atas keadaan Kg Bharu sekarang? Semasa dahulu, Kg Bharu ditadbirkan oleh M.A.S. Setelah diambil-alih oleh DBKL, banyak perkara tidak menuruti peraturan, seperti pembinaan bangunan yang kurang 10 kaki dari sempadan (bangunan milik syarikat otomotif yang terkenal seperti contoh), penambahan kepada bangunan dan berbagai perkara lagi yang menyumbang keadaan yang tidak teratur. Dan memang ada penghuni asal yang telah berpindah, termasuk juga pemilik tanah yang telah tertipu oleh usahawan yang licik yang telah menggadai tanah-tanah mereka.
    Saya merasa bertuah dibesarkan di Kg Bharu. YBhg Tun tentu masih ingat bagaimana Kg Bharu telah menjadi tempat persinggahan pemimpin-pemimpin kemerdekaan negara ini. Ramai anak-anak Kg Bharu telah berpeluang bersekolah di Victoria Institution, St John’s, Convent Bukit Nanas, St Mary dan telah menjadi orang-orang ternama dalam pentadbiran dan perniagaan, menyumbang tenaga kepada negara sebelum dan selepas merdeka. Anak-anak Kg Bharu dahulunya telah dapat menikmati hidup di bandar tapi masih dibesarkan di dalam kampung.
    Namun begitu saya tidak menolak pembangunan. Akan tetapi percubaan pentadbiran sekarang untuk membangunkan Kg Bharu tidak memberi keyakinan kepada saya. Hanya pendapat pihak-pihak yang tertentu sahaja yang diambil sedangkan kebanyakan kami tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku.
    Sesungguhnya suatu perancangan boleh dibuat yang memberi peluang kepada pemilik-pemilik tanah Kg Bharu supaya dapat terus mempunyai hak terus ke atas tanah mereka.
    Tiap keluarga sepatutnya digalakkan menukarkan hak tanah mereka ke dalam sebuah syarikat milik penuh keluarga dengan tiada bayaran cukai setem. Syarikat milik keluarga ini boleh membangunkan tanah mereka dengan syarikat-syarikat pembangunan yang terpilih, mengikut pelan yang teratur. Sebahagian dari pembangunan boleh dijual untuk membiayai pembangunan, dan sebahagian disewa. Pembiayaan dibuat dengan secara Islam, tanpa riba. Kerajaan boleh menyumbang dana kepada satu badan yang membantu pembiayaan awal pembangunan. Pemilik tanah digalakkan untuk membangunkan tanah mereka bersama dengan jiran-jiran. Bukan senang tetapi pemilik tanah Kg Bharu perlu pihak yang boleh dipercayai untuk membangunkan bersama tanah kami. Malangnya Kementerian bertanggungjawab dan DBKL tidak membangkitkan perasaan percaya di antara kami.
    Sesungguhnya saya yakin ada cara membangunkan Kg Bharu, tetapi cara itu mestilah ikhlas dan bukan menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja.
    Salam dan semoga YBhg Tun sihat walafiat.

  46. hati.malaysia Jan 10,2011 9:30 PM

    Tun,
    Saya cadangkan kerajaan BN develop kawasan in biar apa-pun kos, kalau Orang Melayu tak mampu beli, kerajaan akan subside 99.9% harga…
    Tolong pastikan yg bukan melayu jangan beli satu inch-pun…. in Kampung Melayu…
    Ini adalah hak Melayu….

  47. jufairiy Jan 10,2011 8:50 PM

    Salam Ayahanda Tun,
    Semuga apa yg didoakan oleh Ayahanda Tun supaya Kampong Baru di KL akan dibangunkan semula akan menjadi kenyataan.
    Take care Ayahanda Tun.

  48. ainol118 Jan 10,2011 8:43 PM

    Salam Tun,
    Satu isu yang sangat menarik dan boleh dipolitik oleh pihak-pihak tertentu. Masyarakat melayu di Kampung Baru adalah ironi kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Harap Melayu tak hilang di Malaysia.

  49. sykes Jan 10,2011 5:32 PM

    Tun,
    Bangunkan Kampong Baru saperti “kampong baru” dengan rumah-rumah baru serta frasarana yang tersusun. Kedai-kedai runcit “kampong” bukan megamalls atau pencakar langit, suasana kampong tetapi modern living. Rumah-rumah ini dibuat berfasa-fasa, parit-parit dan longkang2 dijadikan kembali saperti parit asal dengan pokok renek ditanam ditepinya. Oleh itu kos pembangunan boleh dikurangkan kerana ianya bukan mega projek dengan “sidekick” berjuta-juta yang menguntungkan segolongan manusia yang dah memang kaya.Kita tidak perlu lagi “uptown” atau “downtown” di Kampong Baru yang kita `perlu gracefull living macam seksen 5 Petaling Jaya,

  50. Hajar Jan 10,2011 5:16 PM

    Salam YAB & diKasihi Tun,
    1. Tun telah mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan penduduk Kampung Baru, tetapi, biasalah majoriti orang Melayu memang amat sukar untuk berubah fikiran/pendirian walaupun pendirian mereka merugikan diri sendiri. 22 tahun bukan masa yang cukup untuk mengubah sesuatu kaum. Tun tidak gagal, cuma masa yang diberikan masih tidak mencukupi.
    2. Tapi LUCU pulak bila Tun tulis ayat,

  51. hariskasim Jan 10,2011 3:44 PM

    Salam Tun,
    Saya tertarik dengan para 10 yang berbunyi:
    “Saya berdoa Kerajaan kini akan berjaya membangunkan semula Kampung Baru supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri. Di tengah-tengah ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit, yang moden dan mewah terdapat kampung setinggan Melayu dengan rumah kayu berbumbung zink karat”.
    Saya amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Pada hemat saya ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, pemaju dan tuan punya tanah sewajarnya sama-sama berkompromi dalam memajukan Kampung Baru. Jangan ada mana-mana pihak yang hanya teruja untuk mengaut keuntungan atas nilai pasaran tanah kampung tersebut.
    Kampung Baru bukan sekadar Kampung Baru. Bukan satu dua sejarah yang berlaku di kampung tersebut. Ada banyak kenangan pahit manis yang berkait dengan bangsa Melayu di situ. Kalau boleh biarlah orang Melayu terus hidup di Kampung baru tetapi dengan nafas yang baru.
    Pengorbanan semua pihak perlu kerana ia bukan sahaja melibatkan hal kebajikan dan keuntungan, tetapi ia lebih kepada maruah bangsa Melayu itu sendiri. Kalau bangsa lain boleh berkompromi demi kemajuan bangsa mereka, kenapa tidak bagi bangsa yang bernama Melayu.

Leave a Reply