TOTAL VISITORS FROM 2008:

The Ex-Gratia Payment 5

The Malaysian Government of Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi recently decided to pay certain judges ex-Gratia Payments.

Clearly
the Government felt contrite over what had happened to these judges
many years ago, and felt a need to make amends, but not quite enough to
apologise as was suggested by the de facto Minister of Justice, Dato
Zaid Ibrahim.

In fact if newspaper reports are to be believed
the Cabinet rejected the proposal by the new Law Minister. Nothing was
decided about the ex-Gratia payment.

But a dinner was held by
the Bar Council which rumours say was paid for by the Government during
which the Prime Minister announced two things which must gladden the
hearts of members of the Bar.

(Edisi Bahasa Melayu di bawah)

The announcement were;

1) A commission would appoint judges

2)
Ex-Gratia payments would be paid to Tun Salleh Abbas and the six judges
who tried to frustrate the work of the first tribunal.

I will
not elaborate on the Tun Salleh case reserving this for the future. But
in my blog, the question was asked whether the ex-Gratia payments
constitute contempt of the Tribunal.

Not being a lawyer I cannot
really say with certainty but I understand the rules and procedures
which apply to the courts do not necessarily apply to the Tribunal. So
they may not be in contempt.

But the fact remains that the
payments imply that the Government does not quite agree with the
decisions of the properly constituted Tribunals. Perhaps it is because
the quality of mercy was not exercised. Perhaps it is because the
judges suffered from financial losses because of the findings of the
Tribunals.

I would like to clarify here, and I stand to be
corrected of course, that on appeal by the Attorney-General, I agreed
that all the judges be paid their full pensions.

Again if I am
not mistaken Tun Salleh Abbas was entitled to and accordingly draws two
pensions; one when he reached the age of fifty-five and another at the
end of his term as Lord President following his dismissal.

It is possible that as a former State Councillor he also draws a pension.

The
other judges were also paid their pensions and where they fulfilled the
Malaysian pension scheme they too would receive two pensions.

Maybe
I should mention here that I am not so fortunate since I was never paid
any pension when I attained the age of 55. Instead I only received my
pension when I stepped down in 2003, at the age of 78.

I mention
this only for the purpose of comparison. I am not seeking any pension
or ex-Gratia or whatever payment from the Government upon reaching the
statutory age of 65.

It was reported in the newspapers today
that as Petronas Adviser, I am paid RM15,000 a month, not by the
Government but by Petronas. I would like to state that this income is
taxable and a sum of RM4,500 is deducted monthly.

I also serve
as Adviser for Proton, the Langkawi Island Development Authority (LADA)
and the Tioman Island Development Authority. For these three entities,
I do not receive any form of payment nor do I seek any. If it is felt
that the Government can ill-afford the allowance I receive the
Government can always stop paying. I will continue to serve even if I
am paid nothing.


EDISI BAHASA MELAYU

Bayaran ex-Gratia

Kerajaan
Malaysia di bawah pentadbiran Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru
ini mengambil keputusan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada beberapa
orang hakim.

Jelas sekali kerajaan berasa bersalah terhadap apa
yang berlaku kepada hakim-hakim ini dan merasakan perlu untuk menebus
kesalahan itu, tetapi tidaklah sampai ke tahap meminta maaf seperti
yang dicadangkan Menteri yang dipertanggungjawabkan ke atas hal-ehwal
undang-undang Dato Zaid Ibrahim.

Jika laporan akhbar hendak
dipercayai, Kabinet telah menolak cadangan Menteri Undang-Undang yang
baru. Tiada keputusan yang debuat berkenaan bayaran ex-gratia.

Tetapi
Majlis Peguam telah mengadakan satu acara makan malam yang menurut
khabar angin, ianya dibiayai pihak Kerajaan, di mana Perdana Menteri
telah mengumumkan dua perkara yang sudah tentu menggembirakan
sebilangan ahli Majlis Peguam.

Pengumuman tersebut adalah;

1) Suruhanjaya untuk melantik hakim

2) Bayaran ex-Gratia kepada Tun Salleh Abbas dan enam hakim yang telah cuba menggagalkan tribunal yang pertama

Saya
tidak akan huraikan kes Tun Salleh Abbas sehingga satu masa lain.
Tetapi di dalam blog saya ini ada yang bertanyakan samada pembayaran
ex-Gratia tersebut boleh dianggap sebagai menghina Tribunal.

Saya
bukan peguam, jadi saya tidak boleh kata dengan muktamad samada ianya
menghina atau tidak, tetapi saya juga faham bahawa undang-undang dan
prosidur yang bersangkutan dengan mahkamah tidak semestinya boleh
digunapakai oleh Tribunal. Jadi mungkin ianya tidak sampai ke tahap
menghina.

Hakikatnya bayaran menunjukkan yang Kerajaan tidak
begitu setuju dengan keputusan Tribunal, walaupun Tribunal tersebut
ditubuhkan mengikut prosidur. Mungkin juga kerana faktor prihatin atau
mungkin kerana hakim-hakim tersebut mengalami kerugian kewangan
berikutan keputusan Tribunal.

Saya ingin nyatakan, dan jika saya
bersalah maka saya perlu diperbetulkan, bahawa setelah mendengar rayuan
Peguam Negara, saya bersetuju bahawa semua hakim-hakim tersebut dibayar
pencen penuh.

Sekali lagi, jika tak silap saya, Tun Salleh Abbas
berhak dan telahpun menerima dua pencen, satu setelah umurnya sampai ke
tahap persaraan wajib (waktu itu) pada umur 55 dan satu lagi setelah
tamat tempoh khidmatnya sebagai Ketua Hakim Negara setelah beliau
dipecat.

Sebagai bekas Wakil rakyat juga beliau menerima pencen.

Hakim-hakim
yang lain juga dibayar pencen mereka dan dimana mereka layak mengikut
skim pencen Kerajaan Malaysia, mereka juga menerima dua pencen.

Mungkin
saya patut sebut yang saya tidaklah bernasib baik seperti mereka kerana
saya tidak mendapat pencen semasa mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya,
hanya menerima pencen setelah bersara pada tahun 2003 pada umur 78
tahun.

Saya sebutkan ini hanya sebagai perbandingan. Bukanlah
saya hendak menuntut bayaran pencen, ex-Gratia ataupun apa jua bayaran
daripada kerajaan bagi diri saya setelah mencapai tahap umur persaraan
wajib pada 65-tahun.

Saya juga ingin menyebut bahawa di dalam
laporan akhbar hari ini, sebagai penasihat Petronas saya dibayar
RM15,000 sebulan, bukan oleh Kerajaan tetapi oleh Petronas. Saya ingin
nyatakan yang pendapatan ini tidak seperti pencen, tidaklah bebas cukai
dan sebanyak RM4,500 ditolak setiap bulan.

Sebagai Penasihat
Proton, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) and dan Lembaga Pembangunan
Pulau Tioman saya tidak mendapat apa-apa bayaran, dan saya pun tidak
menuntut apa-apa bayaran. Jika dirasakan yang Kerajaan ini tidak mampu
untuk membayar elaun tersebut, maka Kerajaan bolehlah menghentikan
bayaran. Saya akan tetap berkhidmat walaupun tidak dibayar apa-apa.

5 thoughts on “The Ex-Gratia Payment

  1. anakbudu Sep 19,2008 10:41 AM

    Assalamualaikum Ayahnda,
    quote:
    ‘Sebagai Penasihat Proton, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) and dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman saya tidak mendapat apa-apa bayaran, dan saya pun tidak menuntut apa-apa bayaran. Jika dirasakan yang Kerajaan ini tidak mampu untuk membayar elaun tersebut, maka Kerajaan bolehlah menghentikan bayaran. Saya akan tetap berkhidmat walaupun tidak dibayar apa-apa.’
    I read n cried when i came to the last part of your writing…why cant anyone see your sincerity???
    Wassalam. Luv you, always.

  2. Anak Orang Kampung Sep 11,2008 1:40 PM

    Salam Buat Tun dan Keluarga,
    Saya sokong penuh kata catwoman diatas. Semuga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah sentiasa dirahmati dan berkati Allah SWT.

  3. Omar Kader Sep 10,2008 11:13 AM

    satu je yang saya boleh komen terhadap kerajaan sekarang….
    kerajaan sekarang PENAKUT…..
    kenapa saya cakap begitu??
    yelah,asyik ikut je telunjuk orang….
    masa Tun perintah negara dulu,tak pernah pulak saya dengar benda2 macam nih…..

  4. catwoman Jul 26,2008 2:09 PM

    takpelah pak tun… nanti dapat ‘exgratia’ kat ‘sana tu’….insyaAllah…
    kat dunia ni bkn betul sangat…..

  5. thebigdipper Jul 25,2008 4:50 PM

    Aslmkm Tun, ALLAH bless you.

Leave a Reply