TOTAL VISITORS FROM 2008:

UMNO – 62 Tahun 2

Pada 11hb Mei 2008, UMNO mencecah usia
62 tahun. Ditubuhkan sebagai parti yang demokratik UMNO telah mencapai
kejayaan demi kejayaan.

UMNO dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah menewas rancangan Malayan Union, British.

UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra telah berjaya merebut kemerdekaan daripada British.

UMNO
dibawah tiga Perdana Menteri yang berikut telah berjaya menstabilkan
negara dan membangunkannya sehingga menjadi negara contoh kepada
negara=negara membangun yang lain.

Kepimpinan parti campuran
(Perikatan dan Barisan Nasional) oleh UMNO memperolehi kemenangan
dua-pertiga tiap pilihanraya Parlimen melainkan pada 1969. Kerajaan
Malaysia yang didirikan semuanya kuat dan dihormati di dalam dan di
luar negeri.

Tetapi dalam pilihanraya 2008 Barisan Nasional di
bawah pimpinan UMNO kalah di lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan
dan tidak mendapat dua-pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Pada
ulangtahun ke-62 UMNO dilahirkan ahli-ahli dan pemimpin bawahan UMNO
perlu memikirkan tentang keadaan parti pada hari ini. Bolehkah mereka
gembira dengan prestasi UMNO sekarang? Bolehkah mereka percaya mereka
masih kuat dan relevan seperti dahulu?

Pengasas UMNO memilih
sistem demokrasi untuk parti kerana mereka percaya jika pemimpin UMNO
menyeleweng, ahli boleh dengan hanya mengundi menukar pemimpin dan
memulihkan keadaan.

Malangnya undi perwakilan UMNO boleh dibeli, justeru itu ia tidak dapat menjamin kepimpinan yang dipilih adalah cekap dan baik.

Percubaan
dibuat supaya sistem pemilihan tidak mudah disalahguna. Dengan adanya
sistem kuota, calon perlu mendapat pencalonan yang besar sebelum dapat
bertanding. Sogokan kepada jumlah yang besar dipercayai sukar dilakukan.

Hari
ini sistem kuota ini disalahgunakan dengan cara lain. Kali ini yang
menyalahgunakannya ialah pemimpin besar UMNO sendiri. Kerana kuasa yang
ada padanya, pemimpin besar dapat menghalang ahli melalui pelbagai cara
supaya tidak mungkin mencalon selain darinya dengan cukup bilang untuk
bertanding.

Ini boleh dilakukan kerana perwakilan ke Mesyuarat
Agong UMNO termasuk pemimpin bahagian lebih mengutamakan kepentingan
diri mereka daripada perjuangan parti, perjuangan agama, bangsa dan
negara.

Hari ini yang sanggup disogok akan mendapat sesuatu bagi diri mereka. Jika cara ini berterusan dua perkara boleh berlaku;

1)
Wakil Rakyat dan Kerajaan akan dimiliki oleh orang yang sogok mereka.
Mereka akan bekerja untuk orang ini dan bukan untuk UMNO dan
perjuangannya.

2) Pengundi biasa dalam Pilihanraya akan menolak
calon dari parti UMNO dan BN dan dengan itu parti lawan akan mengganti
BN sebagai Kerajaan. Pada masa itu ahli biasa, pemimpin kecil dan
besar, bahkan yang bakal menjadi Perdana Menteri pun tidak lagi akan
mendapat apa-apa bagi diri mereka. UMNO akan menjadi tidak relevan dan
akan hancur bersama parti-parti sekutunya. Contohnya dapat kita lihat
sekarang. Gerakan, MIC ditolak oleh rakyat.

Sejarah akan kutuk
orang yang menghancurkan UMNO. Mereka akan dianggap sebagai pengkhianat
kepadanya, pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Sudah tentu
orang Melayu yang akan kembali menjadi bangsa yang dihina dan dijajah
dengan duit akan kutuk orang yang menyebabkan kecelakaan menimpa kaum
bangsa mereka.

Pemimpin UMNO, terutama yang tertinggi yang
memimpin parti ke arah kecelakaan ini akan dianggap pengkhianat yang
terkutuk. Mereka yang turut sama kerana ingin mendapat sesuatu bagi
diri sendiri juga akan dikutuk.

Inilah hasilnya apabila pemimpin
dan ahli UMNO sudah lupa akan tanggungjawab mereka terhadap parti,
terhadap bangsa, agama dan tanahair, tetapi sebaliknya menjadi tamak
untuk mengisi temolok diri sendiri sahaja. Na’uzubillah

2 thoughts on “UMNO – 62 Tahun

  1. pemikir Jul 29,2008 1:13 PM

    Salam tun,
    Mugkin pemimpin2 tertinggi UMNO masih dibuai dengan “kemenangan” didalm PRU12 baru2 ini.
    Walaubagaimna pun “syabas” kerana kerana telah “menyerahkan” kepimpinan lima buah negeri kepada pembangkang & seterusnya “mencipta” sejarah untuk parti UMNO itu sndiri.
    Namun.. jawapan yg masih belum “kelihatan” terhadap segala persoalan diatas kekalahan buruk ini..
    Sbagai ahli UMNO yg cetek pengalaman ddlam politik ini msih tertanya2.. adakah kita masih “cemerlang, gemilang & terbilang ” lagi???
    atau.. UMNO “terpaksa” mnunggu shhgga 2010 untuk mndapat “nafas” baru didlam pemerintahahanya..
    atau pun.. UMNO “pasti” kepimpinan “baru” itu mendapat cukup masa untk menentang “arus” pada PRU13.
    atau.. UMNO “terpaksa” meneruskan “kecemerlangan, kegemilangan & keterbilanganya” kerana “pilihan” kepimpinan “baru” itu belum ckup “bersedia”…
    dan.. UMNO hanya tanggal nama…
    namun.. itu hanya “kemungkinan” yg harus direnungi oleh pemimpin2 UMNO sekiranya mereka terus mengeluarkan “duri dalam daging” terhadap org lain atau pun UMNO terus mencari “tongkat” bersama pemimpin2 pembangkang untuk membina kerajaan.
    wallahhualam tun…

  2. Aysha Jun 26,2008 7:12 AM

    Salaam Tun.
    Saya 100% yakin majoriti rakyat Malaysia mahu Tun menjadi seperti Dato’ Onn Jaafar 62 tahun dahulu; memimpin bangsa Melayu menentang sekeras-kerasnya Malayan Union yang digagaskan oleh British. Tapi bagi kes sekarang, Tun Dr Mahathir memimpin rakyat Malaysia menentang penipuan, penyelewengan, korupsi yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri; Pak Lah and his people.Period.
    Akhir sekali, saya betul-betul yakin PEMIMPIN YANG TERBAIK adalah mereka yang BERPENGETAHUAN SAINS.

Leave a Reply