TOTAL VISITORS FROM 2008:

Pengumuman Keluar Dari UMNO 24

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan
ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh
62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan
Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union,
memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan
Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara
membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk
menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan
serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan
negara.

Kepimpinan Dato Seri
Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional,
UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di
Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan
jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang
menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli
parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya
adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai
Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak
dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir
apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau
penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai
pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang
menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk
UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang
didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah
sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti
lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan
yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak
disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh
Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar
diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor
dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta
mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli
UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan,
oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62
tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak
bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya
akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana
Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

24 thoughts on “Pengumuman Keluar Dari UMNO

  1. Ainaq Apr 3,2010 11:26 AM

    APA KATA AN WAR
    Keluar Umno
    post info
    By Admin
    Categories: Anwar
    60 Comments Maka lengkaplah sudah urutan Presiden Umno yang meninggalkan parti dari era Dato’ Onn Jaafar hingga Tun Dr. Mahathir
    Alasan terkini adalah demi bangsa Melayu, tetapi jika PM Abdullah berundur, beliau akan menyertai Umno semula.
    Arakian tambah berkecamuklah Umno. Pemimpin saling berebut dan bercakaran dan rakyat tidak terbela.
    Kepada rakan dan taulan, tingkatlah amal, pastikan Parti mantap, program utuh dan agenda membela rakyat terlaksana.
    Politik bukan arena sepak terajang tetapi wadah perjuangan!
    ANWAR IBRAHIM
    Ayam berkokok buntut bergelumang tahi. Dia dulu UMNO tidak kah dia mencetuskan perpecahan dalam UMNO ,pepecahan dan Umat Islam Malaysia,Umat Melayu
    Bukan dia tak suka UMNO tapi UMNO tak suka dia……..Tersingkir or Tersungkor what ever. Lepas tu tubuh parti mata lebam!!!!
    Satu lagi Hisyamuddin Rais penyokong kuat dia. Tak ada sumbangan apa pun pada rakyat sejak 1974 sehingga sekarang……….cakap cakap sahaja

  2. megat komeng Nov 29,2008 6:46 PM

    salam,Tun dan keluarga
    Tun, saya amat merasakan kehilangan tun dalam arena politik.Walaupun sy bukan kerabat politik namun sy cukup bersemangat dan merasa sangat bertuah kerana negara Malaysia pernah mendapat kepimpinan yang sy sifatkan sebagai cukup berdaulat di zaman Tun memimpin dulu.
    Tun, saya adalah salah seorang warga malaysia yg miskin diantara jutaan rakyat miskin di Malaysia ini ingin sekali mengucapkan jutaan terimakasih pada Tun kerana pernah memberikan satu kepimpinan yang betol betol kaw, sehingga sy tak terasa bahawa sy seorang yg miskin di bumi Malaysia.Pekerjaan sy adalah sebagai pemandu pelancung.sy mula menjadi pemandu pelancung pada tahun terakhir Tun jadi perdana menteri Malaysia.Di zaman tun sy amat bangga membawa pelancong asing mau pun pelancung dlm negeri sewaktu kunjungan mereka ke negeri sy. Tapi sekarang sy agak terasa(tersinggung) dan kekadang segan jugak bila pelancong asing bertanya keadaan masa kini di Malaysia.
    Tun, saya amat bangga dengan hasil kerja Tun sepanjang zaman pemerintahan Tun. Sy amat berpuas hati walaupun miskin tapi sy merasa masih dpt sedikit lebih di zaman Tun. Tapi sekarang semua amat terasa serba kekurangan dan sy rasa itulah yg di hadapi rakyat lain yg sama taraf hidup mereka dgn sy.Harapan sy Tun perturunkanlah ilmu Tun memimpin agar dapat terus di guna pakai oleh anak Tun dan menjadi ikutan pemimpin lain supaya kepimpinan kerajaan Malaysia terus mendapat daulat dan disegani oleh negara lain
    Saya amat teringin untuk bersalam dengan Tun
    salam.

  3. daud Nov 22,2008 10:04 PM

    salam,tun dan isteri;
    apakah akan terjadi kepada kita ;melayu dimasa akan datang?dengan keadaan sekarang yg tidak menentu dari segi politik/ekonomi.
    pemimpin sekarang sudah lalai/leka dlm menaikkan bangsa sendiri.
    saya bukannya ahli politik,tetapi dlm keadaan sekarang, saya merayu agar Tun dapat kembalikan bangsa melayu/malaysia seperti zaman
    kegemilangan semasa pemerintahan Tun dulu.
    salam

  4. maj z Sep 24,2008 8:37 AM

    Assalamualaikum Tun
    Saya adalalah anggota tentera yang pernah bertugas di Lebanon samasa misi saya di sana kebanyakan rakyak lebanon mengenali Tun. Bila sebut malaysia nama yang keluar dari mulut mereka adalah Mahathir Mohamad,,walau pun saya menghapi masalah bila sebut nama Tun mereka akan membantu saya sebaik mungkin.Walau pun Tun di kriktik oleh ahli UMNO dan para menteri malaysia nama Tun tetap harum di bumi Syria dan Lebenon.Tun sabagia pejuang umat islam masa kini. Zaman Tun kenaikan harga barang tidak ketara tapi sekarang cukup menyesakan walaupun kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak harga barang asas tetap tidak turun, saya berharap suatu hari nanti Tun boleh di lantik semula sebagai penasihat ekonomi negara supaya kesakitan yang di hadapi rakyak dapat di ubat.Salam sejahtera dan selamat hari raya aidil fitri.

  5. azhar8888 Sep 17,2008 12:58 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Apa khabar?…diharap Tun sihat sejahtera hendaknya. Frankly ..if i may express…im not an ardent believer or seseorg yang meminati politik tanah air kita tapi .. tapi kebangkitan Tun untuk masuk semula UMNO really had my mind thinking again.Our nation needs your crediability …our malays need you.Tun saya tak pernah mengundi seumur hidup saya…dan saya fikir apakah relevannya saya membuang undi..because saya rasa negara kita semasa dibawah pemerintahan jagaan Tun amatlah baik.dan stabil.You had won malaysian hearts to help to rule Malaysia.Hmmm sekarang ni I had made eforts to buy newspaper to read about malaysian politics…our malay comunity politics, Barisan Nasional ….things which never cross my mind..(hehe im not a newspaper reader anyway in the past.)
    Tun you have won my heart and …would you still be our Prime minister again for the 2nd time?Please….

  6. sharifah ika Sep 14,2008 3:54 PM

    salam tun..
    moga tun dan keluarga sihat..
    tun mmg idol sy..since sy kecil..n tak penah berubah..
    saya harap tun dapat masuk semula ke dalam UMNO.
    perbetulkan apa yang dilakukan oleh PM kita sekarang.
    ahli UMNO sendiri ramai yang dah kecewa dgn UMNO dan MT UMNO sendiri.
    semuanya politik wang..Saya rindukan kepimpinan malaysia di bawah
    pimpinan tun..saya juga mahu tun ajar anwar..hanya tun yang layak untuk berdebat dengan dia..anawr cuba nak musnahkan perpaduan dan keharmonian malaysia..

  7. mzh Sep 7,2008 12:51 PM

    Saya kagum dgn Tun.Pemimpin la ni pulak bercakap kurang pandai, mudah jemu kalau kita dengar pemimpin sekarang berucap.ekonomi nampak gaya macam tak cekap.sudahnya orang kampung panggil parti BN …… BARANG NAIK.La ni semua barang naik.beza zaman tun .NAK PROTES PUN 5 THN SEKALI….MASA P/RAYA.Tunggu pilihanraya seterusnya baru tau tinggi rendah langit.Semoga Tun sihat sejahtera.

  8. zaac Sep 6,2008 11:46 PM

    assalamualaikum Tun yang amat kami kasihi..
    ada antara kawan2 mentertawakan apabila saya amat menyanjungi Tun.. tak apa…saya tau sbb kawan2 saya tu masih bebal… tapi sebagai rakyat Malaysia yang bersyukur dan tahu berterima kasih..saya tau sanjungan saya kepada Tun tu kena pada tempatnya 🙂

  9. FAIZOL Sep 1,2008 1:16 AM

    salam ramadhan ayahanda & family..
    syukur alhamdulillah..sy doakan ayahanda Tun &isteri shat dlm mngharungi ibadah puasa..
    sy amat kagum ngn diri ayahanda..
    begtu kuat semangat &tabah dlm mngharungi hari2 yng pnuh politik kotor hr ini..
    Sy ank M’sia amat bertuah krn dbsarkan dbwh kuasa TUn dlu..
    amat kagum ngn nama MAHATHIR MOHAMAD..
    tp hr ini? knp ini berlaku ayahanda..sy amat sdih99.
    amat tkut ngn keadaan M’sia…knp UMNO bgtu lemah.
    sy kagum ngn cara ayahanda lakukan ini…
    tp syg… knp PM hr ini xbka mata?
    slam rindu ayahanda & isteri,
    anakandamu…

  10. Ainaq Aug 15,2008 4:24 PM

    Saya cadangkan Tun tumpu kepada memimpin OIC
    Kerana pemikiran Tun dan Strategi di Perlukan oleh Negara Islam
    Kalau Yahudi menghasilkan Protokol of Zion
    Saya cadankan Tun ujudkan Masterplan tindakan yang lebih baik
    untuk Kemanusiaan Sejagat dari Sudut Islam
    Bagi menjamin kesinambungan kejayaan umat secara tersusun
    di segala pelusuk Dunia.
    Pengaruh Yahudi dalam bentuk Kolonilaism,Farsism,Sosialism,Komunism,Kapitlism,Imperial Democrasism sudah gagal di Dunia walaupun telah berjaya menghancurkan kekuatan dan ekonomi banyak negara
    Sadam Hussin dan Iraq adalah satu contoh kegagalan Sosialism dan Pan Nationalism di Dunia Islam.
    Kita perlu rukun tindakan ummah bagi memakmurkan Dunia sebagai tanggung jawab Muslim.
    Kita ada segala sumber Air,Minyak,Tanaman ,Tenaga Solar sudah sampai masanya kita membimbing Dunia dari kehancuran Zionism,Imperilism ,Kapitalism dan Democrasism yang menimbul banyak kemusnahan manusia sejagat dan menjauhi perintah Allah

  11. pemikir Jul 25,2008 12:10 PM

    salam tun..
    bg saya tiada “kemenangan didlam kekalahan”..
    cuma kt yang mampu memujuk diri sndiri untuk menidakkan “hakikat”.
    hendaknya tun akan sntiasa mncari jawapan disegala kemelut yang melanda UMNO pada hari ini. semga “pengalaman” itu bole di”warisi” untuk generasi “cemerlang, gemilang & terbilang” yg akn datang. InsyaALLAH.
    mungkin tidak pd hari ini.. ttapi ianya pasti akan tiba seperti mana “mereka” mengeluarkan “duri dlm dalam daging” terhadap tun “kini dan selamanya”.

  12. williamhoo81 Jul 23,2008 4:59 PM

    i understand why pak lah says he won. although he lost in PRU12, he will definately win back all those states in PRU13.
    the strategy he uses is by discontinuing the projects in lost states (you know which state i mean). this is his ‘way’ he thought he could win back citizen’s trust in next election by threathening tactics. it’s quite offencing using the word threathening but i couldn’t find any other word to replace it.
    the project has been running for some time, before the huge increase in fuel. if they really care for all rakyat, don’t they need to consider all the consequences before increasing the petrol price? now their childish reason is increase of cost, therefore they would need to abandon the project. this is a scenario for my colleague from bangkok who said the so called menteris are brainless.
    i agree why my colleague said so. when government wants to do any decision that affect rakyat, they need to give suffice reason and not a childish reason where all ordinary rakyat knows. if their reasons are so ordinary, that means they are not smart. why we need those not smart people to rule our beloved country?
    really headache with the current ruler, who cares for their own ‘groups’ and never cared for rakyat.

  13. eiman Jul 17,2008 3:16 PM

    asm Tun,
    this is the first time i read your blog…
    cuma nak bagitau tun, i was born in 1977. dah 2 kali mengundi . masa sekolah dulu, i did send tun a hari raya card dan tun reply my card, i was 15 at that time.masa umur semuda tu pun, saya sudah suka dan admire kepimpinan tun…masa tun buat pengumuman nak letak jawatan masa perhimpunan agung umno, i cried…setiap tahun, saya akan tunggu 2 perkara, ucapan pergulungan presiden umno ( tun ) dan ucapan tun semasa pembentangan belanjawan.
    tapi, dengan kerajaan sekarang, dah tak ada feel yang sama…rasa dah bosan dengan bermacam kelemahan…
    tun,
    please give them some medication…saya yang golongan muda ini cukup risau dengan keadaan semasa. semoga tun dan keluarga akan terus di beri kesihatan yang baik

  14. MelayuKecewa Jul 9,2008 5:47 PM

    Assalammualaikum Tun dan semua pembaca blog Tun…
    Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku terhadap dunia politik kita kini… Saya mengaku bahawa saya bukanlah seorang penyokong politik yang kuat bahkan saya amat tidak mengemari dunia politik… Tetapi saya amat sedih melihat perlakuan mereka yang tidak sedar diuntung ini… Saya ada sedikit pendapat yang ingin saya luahkan…
    Saya suka dengan idea demokrasi ini tetapi demokrasi mempunyai banyak kelemahan… Tidak ada negara yang mengamalkan demokrasi ketika ini saya lihat bersatu-padu… Demokrasi sering memecah-belahkan rakyat didalam sesuatu negara… Saya amat menyukai dengan sistem Agong dan Raja di Malaysia ini… Kenapa sistem ini amat lemah sedangkan sistem ini patut diberi kuasa veto supaya Ketuanan Melayu dapat dipertahankan…
    Dan ada satu pepatah jika tidak silap saya jika salah tolong betulkan… “raja yang zalim kita sanggah” jadi rakyat juga mempunyai kuasa dalam menolak raja atau sultan yang zalim…
    Jadi pendapat saya adalah tidak salah jika institusi raja ini diperkukuhkan untuk mempertahankan ketuanan melayu ditanahnya sendiri…

  15. Amran Jun 29,2008 10:46 PM

    Yang berhormat
    Adalah mendukacitakan apabila mendengar keputusan yang berhormat telah keluar daripada UMNO. Kami orang melayu Singapura adalah penyokong kuat pada yang berhormat. Yang berhormat adalah melayu contoh pada abad ini dan menjadi idola kami. Moga-moga yang berhormat dan keluarga akan sentiasa berada dalam sihat sejahtera dan dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.
    Hidup Dr Mahathir…….Melayu akan sentiasa maju…..

  16. Amran Jun 29,2008 10:43 PM

    Yang berhormat
    Adalah mendukacitakan apabila mendengar keputusan yang berhormat telah keluar daripada UMNO. Kami orang melayu Singapura adalah penyokong kuat pada yang berhormat. Yang berhormat adalah melayu contoh pada abad ini dan menjadi idola kami. Moga-moga yang berhormat dan keluarga akan sentiasa berada dalam sihat sejahtera dan dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.
    Hidup Dr Mahathir…….Melayu akan sentiasa maju…..

  17. elisebelle tears Jun 29,2008 9:07 PM

    assalamualaikum Tun,
    saya lahir pada 1981 dan sejak itu saya membesar di bawah kepimpinan Tun. Saya tidak minat pada politik dan secara jujur saya tidak pernah mengundi selama 27 tahun saya hidup kerana saya tidak percaya pada ahli politik. Tetapi saya mahukan pemimpin, bukan sekadar ahli politik yg cakap kosong. Saya hanya percaya kepada kepimpinan Tun dan apa yg saya capai dan ada sekarang ialah hasil usaha Tun. Tun telah memberikan saya inspirasi untuk menjadi seorang melayu yg rajin, drive yg tinggi untuk mengubah hidup, bukan lagi tipikal melayu yg kuat merungut dan sentiasa meraih subsidi tanpa mahu berusaha kuat dan bersaing dgn kaum lain. Terima kasih atas usaha Tun selama menjadi Perdana Menteri Malaysia.

  18. SayangKatTun Jun 28,2008 12:51 PM

    Assalamualaikum Ayah Tun
    Saya x kisahlah org nak cakap apa kat Tun. Apa yang saya tahu dalam Malaysia ni saya hanya yakin dengan kepimpinan Tun Sorang je. Seingat saya hanya Tun seorang sajelah celebrity yang saya sanggup merempuh lautan manusia, sanggup bersesak sekadar untuk bersalam dan melihat muka Tun dari dekat ( masa tu saya kat UIA Tun )
    Masa belajar kat sana dulu ramai pelajar2 luar negara yang memuji Tun, mereka memang tabik dengan kepimpinan Tun, mereka kagum dengan idea2 Tun.
    Dulu kalau pukul 8 malam memang x pernah tinggal nan tengok berita, sebab nak tengok Tun bercakap nak dengar hujah bernas Tun. Tapi sekarang rasa letih nak tengok TV sebab tiap kali keluar muka Pak Lah nak kena tukar channel lain. X tahulah kenapa, tapi memang suka, x nampak kaliber dia selaku pemimpin, lagi2 kalau nak tengok muka menantu dia berucap lagi mual rasa tekak.
    Tun, saya doakan agar Allah melindungi Tun dan keluarga, dalam hati saya ni saya berharap sangat lah yang anak2 Tun akan ada yang boleh ikut jejak langkah Tun untuk memimpin Malaysia ni, terutamanya Mukhriz. Secara jujurnya Tun selepas Tun, saya memang x nampak sapa sapa menteri kat Malaysia ni yang bole memimpin, yang ada ni semua saya x suka, saya teruja nak tengok Mukhriz bangkit dan bakal menerajui negara ni satu hari nanti
    Ok lah Tun, ada keje nak sambung sikit ni, Tun jaga diri elok2 salam sayang buat keluarga Tun semua.

  19. brother pubs Jun 27,2008 9:53 AM

    TUN U ARE THE BEST,KEEP IT ON UR SPRIT..

  20. anaknegeri Jun 26,2008 5:55 PM

    assalamualaikum Tun,
    Saya adalah salah seorang peminat Tun, malahan boleh dikatakan Tun adalah sumber inspirasi saya dalam meneruskan perjalanan hidup di dalam Malaysia yang semakin hari semakin kucar kacir angkara kerja-kerja orang yang tidak bertanggungjawab (tidak perlu dinyatakan lagi).
    Saya berasa amat kecewa kerana baru sahaja saya mendaftar sebagai ahli UMNO, Tun tidak lagi bersama kami rakyat yang sedang ditindas secara halus oleh beberapa pemimpin yang tidak langsung ada kepala dan fikiran.
    Saya amat berharap yang akan Tun terus ada bersama kami kerana saya dalam kebimbangan dan agak melampau saya katakan saya tidak sanggup kehilangan Tun di bumi Malaysia ini.
    Generasi Anda,
    anaknegeri

  21. pemuda berjiwa bangsa Jun 25,2008 9:23 PM

    kirik salam pada isteri tun. pesan dgn “kak siti” (“ckp saya pesan iye tun”) supaya jaga kesihatan tun.. saya antara rakyat MALAYSIA yang paling amat risau kalau tun masuk hospital. dahlah nak pergi melawat tun kat IJN pun susah.. saya dan seluruh keluarga amat teramat menyayangi tun. walaupun hanya dlm blog sahaja, tapi saya rasakan seperti dekat dgn tun..

  22. pemuda berjiwa bangsa Jun 25,2008 9:16 PM

    saya doakan agar tun dan keluarga akan sentiasa sihat dan sejahtera selalu, serta panjang umur. perjuang tun demi memartabatkan kedaulatan negara dan bangsa melayu saya amat sokong 100%. dan saya berharap anak2 tun terutamanya mokhriz mempunyai sifat2 atau mewarisi perjuangan dan kebijasanaan tun. saya tak akan lupa sampai bila2 bagaimana tun menyelamatkan ekonomi negara dari kegawatan pada tahun 1997 dulu. pada masa itu saya bernasib baik kerana tidak tergolong dalam rakyat yg dibuang kerja. saya akan pastikan anak2 sehinggalah ke seluruh turun temurun keturunan saya kenal siapa perdana menteri MALAYSIA yg paling hebat menerajui negara. saya pohon tun teruskan berjuang supaya NEGARA YANG AMAT SAYA CINTAI INI SENTIASA AMAN DAN MAKMUR. kerana saya berharap supaya nanti anak2 cucu saya tidak akan menjadi seperti “pendatang dibumi sendiri”. tapi pesanan saya tun kena pikirkan sekali kesihatan tun. saya sebagai rakyat MALAYSIA bawahan, akan sentiasa menyokong serta berjuang bersama tun walaupun diperingkat akar umbi. tun masih ramai lagi penyokong..

  23. noriyati Jun 25,2008 6:11 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Sy rasa sgt sayu & sedih sungguh sehingga mengalir airmata bila mbaca tulisan Tun tntg betapa tidak mengenang budinya mereka terhadap Tun. Walaupun ini bukan kali pertama sy mbacanya kerana sblm ini sy tlh menulis komen pd url Tun sblm ini.
    Mmg wajar tindakan Tun. Tetapi hati mrk telah mjadi hitam dan bebal. Langsung tidak merasa malu dgn protes Tun..
    Sy & suami 100% akan terus menyokong Tun. Semakin sayang pd Tun dr masa kesemasa.
    Setiap hari telah mjadi kewajipan bg sy utk buka blog Tun. Jika tidak sy rs tk lengkap hari sy. Sblm ni sy tk pernah mcmni. Skrg sy dh pandai sikit dgn internet… Macam2 ada rupanya.
    Kalau dulu sy byk tk faham dgn apa yg terjadi & mungkin kurang ambil peduli sbb tk faham..skrg ini sy dh mula fahami isu semasa dan mpercayainya sbb Tun menulis dgn cara yg paling senang utk sy fahami.. Yg pentingnya, saya percaya dan yakini apa yg Tun tulis.
    Teruskan perjuanganmu Tun. I LOVE U!

  24. R2D2 Jun 25,2008 4:14 AM

    Assalamu’alaikum Tun,
    Saya berasa agak terkilan apabila mendapati url blog asal Tun disekat dan semua komen-komnen pembaca terdahulu tidak lagi disiarkan. Blog Tun amatlah berguna kerana ianya memberikan satu tempat bagi orang awam seperti saya untuk berhubung terus dengan Tun dan meluahkan hasrat yang terpendam selama ini.
    Komen-komen yang telah dibuat oleh pembaca-pembaca juga amatlah berguna kepada pembaca yang yang lain kerana ianya memberikan satu gambaran terhadap pendapat orang kebanyakan secara amnya.
    Dengan itu saya amatlah berharap supaya semua komen-komen dahulu dapat disiarkan semula agar ianya boleh dikongsi dengan pembaca-pembaca lain yang baru mula melayari blog Tun ini.
    Wassalam,
    R2.

Leave a Reply