TOTAL VISITORS FROM 2008:

“Duri dalam daging” 20

Saya telah ikuti laporan berkenaan
keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb
Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun,
apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 – 87 dahulu?
Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun
telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO
kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti
oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai
Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk
jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut
Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya.
Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh
ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum
itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden
dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah
UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya
Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai
perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh
terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas
Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

Satu
lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar
UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil
dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan
saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru
datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali
ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama.
Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju
Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat
sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah
komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.

20 thoughts on ““Duri dalam daging”

  1. autoboy Oct 11,2010 6:41 PM

    Dear Tun,
    1. hahaha i’m so fascinated with your words..whether it is in front of media or inside text.
    2. Actually i’m just start reading your blog. Before i was always following your talk/interviews..via youtube..there were a lot about you and it was hard to get bored hearing your talk and seeing your expression. I’m seeing it because i like your english pronunciation, very neat and clear..Of course your talk was full of massage but i’m really like the funny part..the audience there was full of laugh..me also.hahaha.
    3. The truth is i was never get interested in politics. At least until u stated that million of indonesian workers may become Malaysian citizen someday..if we lost our power inside politics. Hope the truth Malaysian leader like you will born again soon.
    4. i’m in my 4th and final year of engineering study. Next year i will fight inside this industry. Just to say i’m going to become one among many other that following WAWASAN 2020 lead by you before. is that a self-praise?no..i’m stating the fact.hehe just borrowing some of your words..
    5. here i want to express my gratitude to you for developing this country..i owe you for where i was now. Thank you Tun Dr. Mahathir.
    Also i’m sorry for making this text like a letter to ex-PM.
    May Allah bless you:)

    Sangat cepat kereta Kelisa,
    Harap sempat Tun baca.

  2. shaniece Jan 7,2010 11:44 AM

    Dear Dr. Mahathir,
    Salam,
    Hm…there a lots of people out there who seems to be ‘setengah tiang’…and some of them are those who we call ‘Ministers’…
    To keep things brief, I totally support you and nice pantun dua kerat at the end…Keep on moving, we are all with you 🙂
    Yours truly,
    Shanisah @ C.E.Nong

  3. moderato Nov 2,2008 11:11 PM

    Salam Tun,
    Shahrir informed that the rebate for vehicles untuk next year required to continue because ramai rakyat bising.I sebagai rakyat tak bising pun kerana memang harga minyak petrol dah turunlah 4 kali dari RM2.70 hingga ke RM2.15 (kurang RM0.55/ 20%)/liter. Thus, the government should reduce the price maybe by early next year, if possible, to RM1.92/liter depending on the world pricing. I do not support the rebate to be continued next year, why must it continues unless he has some personal interest.
    Just read Star online, wow, Air Asia share price has dropped from RM1.35 to RM0.80 (40% turun) since lauching. This carrier must be in big trouble now, without MAS’s subsidies and Singapore is in technical reccession, and how can Air Asia survive? Mungkinkah ini adalah satu sebab mengapa Pak Lah tidak dapat berundur sekarang? His son and cronies (Tony Fernandez & Lim Kian Onn) are the major shareholders and definitely needs him as the PM to bailout using the rakyat money especially in the world financial crisis. Is it fair to the rakyat?
    Good night Tun.

  4. moderato Oct 19,2008 10:45 PM

    Dearest Tun,
    Before I read the article, I never seems to like Tun Musa Hitam and Tengku Razaleigh, I think their looks are not so sincere like Tun.
    I am sure Shahrir has read this article, no wonder dia mengaku dirinya dah tua, tak larat nak bertanding, rupa-rupanya dia tau macam mana dia dibawa masuk UMNO.
    Tun, I thank you again for educating us online to differentiate who is good and who is bad. I believed in whatever Tun wrote. Thank you.

  5. Me-layu Oct 1,2008 9:43 PM

    askum Tun? saya baru saja melayari laman Tun ni,memang tepat apa yang Tun berikan pandangan berkenaan Negara hari ini,apa yang saya nampak kejadian hari ini lebih banyak,mereka2 yang mengampu saja dalam kabinet ni…tapi yang pasti nya lama-kelamaan mereka2 ini akan sedar tapi ketika maruah melayu telah TERGADAI!!!!

  6. EzaqFarid Sep 21,2008 9:36 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Selamat berpuasa & SHRAidilFitri
    Beberapa bulan lalu saya ada mendengar bahawa Tun ada mencadangkan DS Muhyiddin utk bertanding Presiden UMNO sekali gus melayakkan diri sebagai PM.
    Jika benar dakwaan itu saya teramat bersetuju…DS Muhyiddin dilihat sebagai seorang pemimpin yang berani. Berani bersuara yang benar biar pun pahit. Kelantangannya persis diri Tun…
    Secara jujurnya antara PLah, Najib…saya pilih Din…

  7. seroja Sep 19,2008 9:22 PM

    Assalamualaikum wr wb Tun,
    Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Adil Fitri, semoga Tun dan keluarga berada dalam keadaan sehat walafiat hendaknya sepanjang menjalankan ibadat puasa ini.Amin.
    Tahniah dan selamat kembali ke pangkuan AMNO, Tun adalah idola saya dan keluarga saya. Saya sangat berbangga dengan Tun yang satu-satunya anak jati melayu mempunyai suara lantang, berani dan punyai idea2 yang bernas. “Syabas!!!!! Teruskan dengan comment2 Tun yang membina itu selagi nafas masih ada demi anak bangsa dan Negara.
    Saya amat bersetuju dengan kata Tun bahawa “Melayu mudah lupa”, dan bagi pendapat saya bukan saja lupa tapi masih lagi berkhayal walaupun Negara sudah mencapai 51thn merdeka. Apakah mereka tidak mahu membuka mata dan melihat keadaan dunia islam diluar sana yang diperbodoh-bodohkan dan diadu domba oleh pihak2 yang tertentu? Malahan kalo ada bangsa sendiri yang menegur dan mengejutkan mereka dari berkhayal mereka tanpa berfikir dulu terus saja mencop orang itu seperti musuh, duri dalam daging, nyanyuk atau apa2lah demi menutup kelemahan dan kesilapan mereka.>>> wahai!! Bangsaku bangunlah, bertindaklah sebelum terlambat, sebelum bangsa mu diperhambakan dinegara sendiri..JANGANLAH KITA JADI “MELAYU MUDAH LUPA DAN SOMBONG BODOH”.
    Saya yang amat kecewa dengan keadaan sesetengah orang melayu hari ini,
    Wassalam.

  8. Ct_ai Sep 19,2008 9:28 AM

    Assalamualaikum…
    Tun,
    Fikirlah baik2 ttg nasib org melayu kini…
    Hanya Tun yg mampu menstabilkannya…sebelum terlambat..
    Benar kata tun ‘MELAYU MUDAH LUPA’
    Dalam keadaan sekarang pun xmampu nak buka mata..
    Dengan apa yg dibuat oleh ANWAR…
    Jgn nanti dah jd melayu singapura baru nak nangis..
    Tun…….
    SELAMATKANLAH KAMI…SELAMATKANLAH MALAYSIA INI..

  9. Rozy Sep 16,2008 4:12 PM

    tahniah dan selamat kembali kepangkuan UMNO. Kami rakyat Malaysia merasa LEGA dengan kepulangan Yang Dikasihi Tun. Doa kami rakyat Malaysia di Bulan
    ramadhan yang mulia ini dimakbulkan Alhamdulillah. Yang Dikasihi Tun lah Penasihat terbaik untuk UMNO dan BN. Harapan ketegangan Kaum akan berkurangan dan kelantangan Pakatan Rakyat akan gerun! Selamat Berpuasa n Selamat Menyambut Aidilfithri Yang Mulia untuk Tun seisi keluarga yang dikasihi..Ameen!

  10. Omar Kader Sep 10,2008 8:34 AM

    Assalamualaikum Tun…..
    biasalah tu….
    dulu Tun jugak pernah cakap….
    Melayu Mudah Lupa kan….
    biaq pi lah depa nak buat apa pon….
    nak kutok Tun ke,ape ke….
    sabar jela…..

  11. FAIZOL Sep 5,2008 5:20 PM

    salam…
    ayahanda smga cht hndkNya dsmpg isteri…..
    “Melayu mudah lupa diri”
    org yg plg sy bnci adlh org yg kutuk TUN..
    hti mereka busuk + hitam..
    apa MALAYSIA tnpa penat jerih TUN MAHATHIR MOHAMAD..
    bljrlah syukur n erti terima kasih…

  12. jack fadzli Aug 13,2008 11:01 PM

    Saya sgt sayang Tun..

  13. hayy_abidin Aug 7,2008 8:16 AM

    Assalamu`alaikum Tun
    bayangkan selama 22 tahun Tun memerintah dan dengan apa yang bukan untuk negara, melainkan untuk diri Tun, Bill Gates jatuh no 2.
    manusia ada 4 kategori BODOH
    1. bodoh yang mau belajar
    2. bodoh yang mau diajar
    3. bodoh tak masuk ajar
    4. bodoh kurang ajar
    Salam bahagia buat Tun, lebih baik Tun relax ataupun melancung daripada memikirkan karenah melayu yang sudah hilang arah, tapi saya percaya Tun takkan mampu melakukannya, saya takut Tun mati celik memikirkan nasib bangsa
    wasallam

  14. ayuchen Jul 30,2008 10:51 PM

    hi Tun…
    always have faith in you!
    may god bless you..aminnnnn~

  15. pemikir Jul 25,2008 11:37 AM

    salam tun,
    benarlah kebenarannya… bila berkuasa semuanya tiada yg timbul..
    mgkin duri dlam daging terkeluar skrang..
    tp yg menghairankan kenapa semuanya tdak cuba untuk mnjadi pengkritik yang membina semasa kerajaan tun. mungkin dan kemungkinan
    ini adalah luahan rasa membara yg disimpan untuk dikeluarkan pada apabila ianya sesuai.
    “melayu juga mudah marah” tun..
    semoga tun akan lebih memahami.

  16. na_sihat Jul 24,2008 2:46 PM

    asalamualaikum.Tun dah lunch?.teruskan ide dan komen Tun untuk pertibangan rakyat Malaysia k.

  17. catwoman Jul 21,2008 11:31 PM

    aslamualaikum tun…
    saya masih suka iklan ni……
    ‘zaman dah berubah….dunia dah maju…
    …saya nak jaga badan…
    … kecil.. mantap… dan ramping….’
    ‘format baru’…meoww…meeowww..
    miss u …. uhukk…uhukkk…
    sekarang ni bukan ‘lebih lebih’ je serpihnya…
    tapi hura hara dan pastinya haru ‘BIRUUU’…
    itulah ‘warna warna persahabatan…’….TUN….
    kenapa??? tak percaya ke??

  18. DelimaMasamManis Jul 17,2008 8:13 AM

    Asalamualaikum wbt,
    Alhamdulilah nampak sihat dan ceria.. masa keluar kat tv3..(kimma)kalau tak salah saya lah.
    saya yakin tun tetap rasional dalam membuat keputusan tun tak nyanyuk pun seperti mana yang orang2 yang di pacak kat tepi sawah padi tu tuduh..nyanyuk.
    ini adalah cara mereka dan cara yahudi untuk memberi tekanan kepada umat islam atau pun individu tertentu.
    bilalah umat islam nak bersatu..
    OIC = Ohh i see only..
    wasalam,
    terima kasih

  19. Gia Jul 5,2008 12:37 PM

    Haha…Tun, so cute with the pantun dua kerat at the end!

  20. wanlat Jun 23,2008 11:20 AM

    Dear Tun, saya baru follow your blog.. hmm best la sekarang kena baca semua.. start from bulan 5.

Leave a Reply