TOTAL VISITORS FROM 2008:

UMNO yang bukan lagi UMNO 28

Saya ucap terima kasih kepada beberapa ahli UMNO yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya
sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana
Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, UMNO tidak pernah layan saya
sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.

Dari
awal lagi Menteri-Menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dilarang
daripada berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana
saya mungkin berucap.

Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengecam dan mengeluar kata-kata kesat kepada saya.

UMNO
tidak dibenar menjemput saya dan jika sesiapa cuba jemput juga, mereka
dipanggil oleh Menteri Besar dan juga polis supaya tarik balik
jemputan. Selepas 14 jemputan dipaksa tarik balik tiada siapa yang
berani jemput saya lagi. Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa
majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.

Ahli
Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah
dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil
Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.

Timbalan
Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya
dedah perkara ini. Kemudian barulah beliau dibenar berjumpa saya.

Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.

Sikap
dan layanan terhadap diri saya selepas saya letak jawatan jelas
menunjuk bahawa sebenarnya saya bukan sahaja bukan ahli UMNO tetapi
saya adalah musuh UMNO.

Justeru itu keluarnya saya daripada UMNO hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli UMNO.

Ini
semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO. Sebab saya keluar
ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan
Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan
Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama
Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam
negeri.

Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di
kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat UMNO sehingga kalah
dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Pemimpin UMNO membiarkan
negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke
tangan parti lawan – termasuk Kedah negeri saya sendiri. UMNO dan BN
tidak menang 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat, UMNO tidak lagi
dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.

Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai UMNO tetapi sebenarnya sudah tidak lagi UMNO.

Arah tuju UMNO ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada UMNO mesti dipertanggung-jawabkan kepadanya.

Kerana
saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO
yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli
dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO maka saya
terpaksa keluar daripada parti ini.

Saya sedih bukan sahaja
kerana meninggalkan parti tetapi kerana ahli-ahli UMNO rela terima
segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina
oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan
Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference)
dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement).
Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita
sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat. Kita tidak lagi
berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya kita membisu.

Saya
percaya selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO
dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka
tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada
parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.

28 thoughts on “UMNO yang bukan lagi UMNO

  1. Online Bachelor Degree Dec 19,2009 12:38 AM

    Dulu lain, skrg dah lain..
    harap UMNO yg dulu akan muncul..

  2. ~CheDetIdolaKu~ Jan 16,2009 8:31 AM

    Hanya di era ayahanda…UMNO cemerlang, gemilang dan terbilang…tp kini…smuanya sudah kehilangan seri…lakukanlah sesuatu ayahanda…

  3. moderato Oct 26,2008 9:47 AM

    Dearest Tun,
    Walaupun apa terjadi saya akan pilih BN pada PRU 13. Ini kerana apa Tun telah buat memang disanjungi tinggi oleh semua kaum di Malaysia. Kekalahan BN pada PRU 12 adalah disebabkan DSAAB, KJ dan pemimpin parti komponen BN, termasuk juga pembangkang, yang tamak, gila kuasa, gila duit, membangkitan isu perkauman tanpa membela maruah, pepaduan, kekayaan dan nasib Raja2 Melayu dan rakyat Malaysia. Yang paling menyedihkan, mereka ini bukan sahaja tidak mengenang budi atas jasa Tun selama 22 tahun malah juga menjatuhkan Tun dengan kelakuan yang terlampau.
    Apa yang Tun kata adalah benar dan saya faham perasaan Tun. Semua pemimpin2 di BN under DSAAB memang buat saya benci dan kecewa. Ini adalah perasaan saya sebelum saya membaca article ini. Saya pernah rasa macam mana mereka ini hipokrit, suka tunjuk kuasa tanpa fikir kita adalah rakyat yang memberi mereka kuasa untuk membela dan memajukan negara, mereka ini hanya syok diri, menghina rakyat dan “show-off” kekayaan mereka masing2. Kepada rakyat, sesiapa pun boleh kaya, kita tak cemburu dan tamak atas kekayaan mereka. Kita cuma kecewa dan ingin memberitahu mereka yang kuasa dan kekayaan yang dinikmati mereka adalah diberi oleh rakyat, dan ini telah tertunjuk pada PRU 12.
    Jadi, saya memang tak nak Pak Lah, KJ dan koncu2 masuk campur hal urusan negara dan BN pada PRU 13. Semalam I baca Star online yang KJ dah layak masuk pertandingan utk Pemuda UMNO. well, good luck to him. Kalau DSAAB, yang tak layak, membidas Tun boleh menyoal “Siapa Tun”, saya sebagai rakyat yang layak tanpa membidas DSAAB, juga boleh tanya “Siapa Khairy”?
    One of Tun’s blogger jumpa Tony Fernandez datang ke open house raya Tun, bila I baca, hati saya berbisik, memang hipokrit orang ini. Wahai anak2 Malaysia, Tony Fernadez popular dan kaya adalah kerana bossnya KJ yang telah menyalahguna hak dan undang2 negara. Bila KJ jatuh, nilailah apa akan berlaku kpd diri Tony Fernandez.
    Tun, once again I thank you for everything and I believe that evil will always be the loser.
    To Dato’ Mukhriz, work hard and be careful with KJ, dia mungkin akan mengunakan tactic kotor. I sincerely hope KJ will be kicked out in the next PRU 13.
    Don’t stress yourself Tun.

  4. mad teropong Oct 21,2008 9:00 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya bangga dengan Tun walaupun orang anggap Tun dictator. Pada saya Tun mempunyai misi dan halatuju yang jelas untuk rakyat dan orang Melayu khususnya, saya rasa Tun patut bersikap seperti itu kerana menteri2 dan orang bawahan Tun ketika itu tidak faham tentang apa yang tersirat dalam jiwa Tun.
    Pada hari ini kita tengok Pak Lah orangnya lembut, tak bijak, tak guna otak dan dipermainkan oleh menantunya serta kuncunya. Apa sudah jadi, dah kena halau oleh orang2nya sendiri belum pun panas kursi PM yang didudukinya. Katanya wara’ tapi bini sendiri pun tak pakai tudung.
    Saya sedih dengan keluhan Tun tentang Pak Lah dan menteri2nya tak datang jumpa Tun selepas bersara. Orang pencen macam itulah Tun, saya pun pencen juga, sekarang ni buat ibadatlah, kawan dengan tok2 haji, orang mesjid dan orang surau saja.
    Sekarang ni Tun, saya rasa sekelumit pun takdak yang betul2 pemimpin yang ikhlas nak tolong rakyat kerana Allah. Hanya kerana harta kekayaan yang mana tidak boleh bawa mati dan kemudian dijoli oleh anak2 sampai habis. Saya syorkan supaya sistem pendidikan di Malaysia patut diubah supaya subjek duniawi dan akrawi diseimbangkan supaya mereka menjadi betul2 orang beriman.
    Sekian, jumpa lagi

  5. moderato Oct 19,2008 10:17 PM

    Derest Tun,
    Because of money, kekayaan, power, dan mcm-mcm lagi, Pak Lah lupa diri, lupa jasa Tun dan juga PM yang telah membina BN selama 51 tahun. Ex-boss saya juga adalah seorang yang mempunyai sikap seperti Pak lah, suka menonjol mukanya yang baik, sopan…., yang kelakar bila dia ingat duit rakyat itu duitnya, ha… ha… I disliked Pak Lah when he was your Timbalan PM. He was accompanied by 10 bodyguards wherelse Tun has 2 persons with you and the purple Perdana Proton No. 1. I like your style, thus whenever people talked bad about Tun, I always tell them Tun is always my favorite and we Malaysian should be like Tun. We should love our country and our nation like Tun regardless of race. But it took 5 years to get rakyat to know his true colour. Tun I salute you for your patience, love, persistancy for the country.

  6. k.m.kamaaruddin Oct 18,2008 5:13 PM

    Salam….Selamat Hari Raya maaasf zahir @Batin kepada Tun And Fly,
    Saya Syukur kepada Allah.wst kerana negara kita mendapat seorg pemimpian yg dapat majukan bangsa yang negara drp Zero kpd disanjung tinggi olen semua negara dan bangsa.Ramai sahabat sy dpd luar negara akan selalu ckp yang kita bertuah dapat Tun sebagai PM.Kalua ada peluang mereka nak Tun lahir di negeri mereka.Tetapi kita selalu jadi bangsa yg cepat lupa jasa dan juga perjuangan seorang sebab itu lah negara dlm keadaan skg..Ini merupakan satu Bala Allah swt deri kpd rakyat yg tak erti Syukur atas nikmat kita pernah ada dhl.Tok Guru Nik Aziz pun kata beliou hormat Tun dlm kebijaksaan Tun dlm urusan negara dan Agama.Kita mula hina and tak hormat org yg memberi landasan yg betul utk kita maju dpg bangsa lain tetapi kita sebaliknys…..Saya berDoa kpd Allah swt semoga Tun dan keluarga dalam keadaan sihat @ wafiat biberkati allah.Amin.

  7. FAIZOL Oct 10,2008 4:46 AM

    smga ayahanda & bonda dlm keadaan sht walafiat..
    anakanda terlalu merinduimu ayahanda..
    terlalu besar pngorbanan yg tlh dcurahkan oleh ayahanda tuk sebuah MALAYSIA…
    anakanda sntiasa mndoakan smga ayahanda sntiasa dberi kekuatan tuk hri2 mndtg…
    xdpt dbyngkan betapa agungnya dri ayahanda..
    SATU DLM BERJUTA2..terlalu kagum dgn smgat ayahanda TUN..
    betapa besar kerngt&bakti yg dicurahkan…
    sma2 anak MALAYSIA mendoakan kesjhtraan ayahanda & bonda…aminnn..

  8. Ainaq Oct 3,2008 10:52 PM

    UMNO bukan lagi UMNO
    Persoalannya Bagaimana UMNO yang UMNO
    Dalam Islam kita istilah Bidaah atau Inovasi
    Inovasi di buat atas keperluan tertentu atas matlamat tertentu
    Kalau UMNO tidak lagi UMNO tentunya kerana
    a. Matlamatnya telah tersasar
    b. Inovasi nya tidak menjadi
    UNTUK ITU kita Perlu kembali kepada Sejarah Perjuangan UMNO
    1. Menentang Malayan Union : sama dengan menentang PKM,PAP , DAP dan PKR dan akhir ini terserlah Gerakan kerana ideologi nya sama
    Malayan Malayan = Malaysian Malaysian = Penafian Islam Ugama Rasmi,Kesultanan Melayu,Bahasa Kebangsaan dan Keistimewaan Bumi Putra.
    2. Merdeka : Merdeka dari pentadbiran British,Merdeka dari Kongkongan Negara Asing dan Pribumi Merdeka dari penindasan ekonomi,peminggiran ekonomi,merdeka dari kemiskinan,merdeka dari teknanan asakan monopoli.
    Oleh itu kemerdekaan itu satu proses yang panjang bermula pada 1957 bersambung 1963 dan masih berterusan sehingga pribumi bebas benar bebas dan merdeka.
    Oleh itu wadah UMNO ialah perjuangan dan pengorbanan
    Melaksanakan amanah tanpa mementing diri tetapi mumusat kan kepada kejayaan bangsa dan agama
    Semasa UMNO miskin pejuang pejuang adalah orang yang menyumbang tenaga ,harta dan fikiran tanpa memikir kepentingan dan keutungan diri tetapi masyarakat keseluruhan nya. Itu lah ciri pada pemimpin terdahulu.
    Mereka tidak lah kaya raya selepas besara. Tetapi bangsanya bertambah makmur dan bermaruah.
    Bila kita maju dan kekayaan melimpah ruah fenomena yang berlaku di zaman Khalifah Othman berulang,Phenomena di Zaman Khalifah Muawiyah berlaku. UMNO di susupi organised sindiket apa yang di panggil politik wang. Sindiket tidak salah (orang China ada kongsi gelap ,perstuan senh dan kaum )tetapi matlmat tergelicir kerana bukan lagi untuk kebaikan dan daya saing bangsa tetapi kepentingan kumpulan Timbulah Geng Musa,Geng Ku Li dan Geng Anwar kerana semua meramalkan laba bila ketua mereka menjadi PM. Timbulah istilah kroni itu kroni ini.
    Opportunist menyusup UMNO perjuang di rais kesampingan.
    Kalau kita lihat Tun Razak kroni nya ialah anak kampung yang menerima cabaran jadi Lembu Kerajaan Tengah Panas (LKTP (FELDA)yang di tohmahkan oleh PAS) . Ujud lah FELDA estate bumiputra yang boleh kita banggakan!
    Ujud Majlis Amanah Rakyat maka bercabang biak lah peluang pada anak bangsa tersebar lah pengetahuan hingga satu keluarga mesti ada dua tiga graduan.
    Melimpah lah multiplier effect kepada masyrakat kampung dan desa dari sumbangan anak pinak yang berjaya.
    Apabila kita di beri kereta,talipon,minyak dlln kita lupa kita adalah wakil kepada bangsa dan agama ……..kita ingat milek keluarga jadi tak melimpah lah sebagaimana tuah FELDA.
    Ujudlah kelas Atas Melayu yang jauh dari masyarakat maka mudah lah di adu domba oleh propagandis seperti DSAI
    Berpecah belah lah. Sekarang Melayu tidak bangga dengan kereta,talipon,minyak melayu tetapi dia nak goyangkan dengan bagai bagai tohmahan palsu dan dangkal.
    UMNO perlu membetukan kembali paksi dan matlamat perjuagan.Baru UMNO kembali Jadi UMNO. Perjuangan itu pengorbanan dan bakti tanpa mementingkan kelompok dan diri.Terima Nasihat dan pandangan dari orang bijak pandai dan ikhlas.

  9. fazmyn Sep 10,2008 1:28 PM

    Assalamualaikum TUN.Saya baru pertama kali menurunkan komen di blog TUN ini walaupun dah berbulan melayari blog TUN yang sangat mengujakan ini.Pada hari pengisytiharan TUN keluar dari UMNO,saya rasa bukan saya seorang sahaja yang kecewa dan menitiskan airmata tapi beribu-ribu lagi penyokong UMNO yang turut bersedih.Setelah berbulan saya menjadi pengikut setia blog TUN,barulah saya dapat menyelami hati kecil seorang PEMIMPIN terulung yang saya kagumi dan sanjungi sejak DULU,KINI dan SELAMANYA.Walaupun saya hanya mengenali TUN dari jauh sahaja tapi sedikit sebanyak jiwa kecil saya dapat menyelami duka lara yang TUN tanggung selama perletakan jawatan TUN sebagai PM sehingga membawa ke pengunduran TUN dari UMNO.Dalam melayari kehidupan dalam satu organisasi tak kira kecil atau besar, kita tidak akan terlepas dari menjadi orang yang diminati dan dibenci oleh rakan lain dalam organisasi tersebut.Saya faham kenapa TUN sanggup mengambil keputusan keluar dari UMNO setelah berpuluh-puluh tahun TUN berjuang untuknya.Susah payah, jerih perih semua sudah TUN rasa sepanjang bersama UMNO.Keputusan itu dibuat atas dasar prinsip dan bukan kerana faktor emosi.Saya pernah melalui situasi yang sama di mana, saya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab sukan yang sangat saya minati dan cintai.Juga kerana atas dasar prinsip.Kesetiaan saya tidak berbelah bahagi terhadap kelab.Masa,wang dan tenaga saya curahkan sepenuhnya untuk kelab.Tetapi sayangnya,pandangan dan idea saya ke arah kebaikan kelab dan kemajuan pemain langsung tidak diambil peduli oleh jk tertinggi.Malah sentiasa menganggap segala tindakan mereka betul dalam segala hal walaupun pada hakikatnya salah.Bertahun-tahun saya cuba bertahan tapi bila sudah sampai ke kemuncaknya,saya akhirnya mengambil keputusan keluar dari kelab kerana merasakan tidak ada peranan lagi jika saya terus setia bersama walaupun hati berat untuk melakukannya.Setelah meninggalkan kelab,saya masih lagi mengikuti perkembangan kelab dari jauh dan dapat disimpulkan bahawa makin lama kelab itu menuju ke arah kehancuran.Prestasi pemain makin merosot dan gelaran johan hanya tinggal sebagai satu sejarah.Hati kecil saya berbisik “Aku dah jangkakan keadaan ini pasti berlaku”.Tapi saya masih mengambil berat dan masih berhasrat untuk membantu pihak pengurusan untuk sama-sama memulihkan kembali prestasi pemain dan melicinkan pengurusan kelab.Itulah yang saya katakan atas dasar PRINSIP.Saya yakin TUN juga begitu.Sebab itulah walaupun TUN berundur dari UMNO,Tun masih mengambil berat akan UMNO dan mahu kembali ke pangkuan UMNO untuk membetulkan keadaan yang sudah jauh terpesong.Kini, sayalah orang yang paling gembira tatkala mendengar khabar TUN akan kembali menyertai UMNO.Syabas diucapkan kepada TUN kerana berjaya mempertahankan prinsip perjuangan dan atas prinsip jugalah TUN kembali kepada UMNO.UMNO always need u kerana TUN sudah sebati dengan UMNO begitu sebaliknya…….I LUV U TUN!!!HIDUP TUN DR.MAHATHIR

  10. FAIZOL Sep 9,2008 6:50 PM

    kami mnyokong perjuanganmu ayahanda tersyg…
    peluang msih ada….
    celikkan kmbali mata2 anak melayu ayahanda..
    i lov u 4evr…..

  11. Suara Bebas Sep 4,2008 1:43 PM

    Assalamualaikum Tun. Saya ingin merujuk kepada komen saya mengenai tajuk “UMNO Yang Bukan Lagi UMNO” pada 4 Sep 08 ia itu mengenai ayat…” kalaulah saya dilantik sebagai PM dulu….. ” saya maksudkan bahawa kalaulah saya diberi peluang seperti DSAAB, saya akan melaksanakan apa yang sepatutnya beliau lakukan sebagai menghormati serta membalas segala jasa dan juga pengorbanan Tun kepada rakyat, bangsa dan agama. Pada bacaan saya, saya berpendapat bahawa Tun belum bersedia untuk melepaskan jawatan PM kepada sesiapapun ketika itu. Akan tetapi Tun terpaksa berbuat demikian oleh kerana desakan atau ugutan musuh musuh politik tertentu dan juga demi untuk menyelamatkan keadaan politik didalam UMNO. Sudah tentu ada perjanjian lisan yang telah dipersetujui diantara Tun dan DSAAB ketika itu akan tetapi telah tidak dikotakan oleh DSAAB. Bersabarlah Tun dan teruskan perjuangan. Allah s.w.t. akan sentiasa berpihak kepada orang yang benar dan kebenaran akan timbul kelak. Saya akan sentiasa mendoakan semoga Tun dan kak Siti Asmah akan sentiasa dilindungi Allah s.w.t., dipanjangkan umur diberkati olehNya. AAmiin!

  12. mad teropong Sep 4,2008 7:59 AM

    Salam Tun
    Saya orang UMNO dan rasa benci dengan orang UMNO sekarang. Ramai yang korup dari perengkat bawah hingga yang paling tinggi. Tambah2 lagi kroni Pak Lah badawi tu. Kalau boleh ‘pancung saya pancung’. Tapi apa nak buat saya ni orang kampung.
    Pak Lah ni memang kacang lupakan kulit. Nampak lembut tapi dok kena kat dia dan anak menantu dia. Menantu tak dak kerja pun jutawan, baru la ni ada kerja MP.
    Pilihanraya kecil baru ni pun bukan orang suka sangat dengan Anwar Ibrahim tapi itu saja yang ada. Pak Lah ni, orang Penang sendiri pun tak mau. Tu pun tak sedaq2 lagi.
    Kalau ada pilihanraya baru pun saya rasa Anwar boleh jadi PM secara gentlement. Bukan macam dia rancang sekarang ni. Wallahualam.

  13. Suara Bebas Sep 4,2008 4:37 AM

    Assalamualaikum Tun. Saya bersyukur bahawa setelah sekian lama mencuba dan mencuba akhirnya saya berjaya untuk melayari blog YBhg Tun pada hari ini. Mulai hari ini juga saya akan membantu mengeluarkan pendapat saya yang tulus dan ikhlas terhadap setiap tulisan YBhg Tun melalui blog ini. Buat pertama kalinya, biarlah saya mengemukakan pandangan saya terhadap tulisan Tun bertajuk ‘UMNO BUKAN LAGI UMNO’. Tidak silap sekiranya saya nyatakan disini bahawa setiap komen yang telah Tun perturunkan didalam tulisan Tun mengenai UMNO sekarang adalah benar semata mata. Pertamanya, saya ingin memaklumkan disini bahawa UMNO telah tergelincir dari landasan perjuangannya. Ianya diibaratkan seperti gerabak gerabak kereta api yang tergelincir disebabkan oleh jurumudinya yang tidak cekap. Samalah juga dengan sebuah kapal yang tidak sampai ke pelabuhan yang dituju disebabkan oleh Kapten Kapalnya yang mungkin ‘mabuk laut’ atau ‘mabuk…???’. Pak Lah dan UMNO bukan setakat gagal untuk mengemudi ‘gerabak keretapi’ atau ‘kapal’ yang membawa penumpang penumpangnya ke destinasi yang sepatutnya dituju bahkan beliau dan UMNO turut gagal untuk menghormati ‘jurumudi’ atau ‘kapten kapal’ yang telah banyak berjasa membimbing mereka bagaimanakah caranya untuk mengemudi ‘gerabak keretapi’ ataupun ‘kapal’ tersebut agar sampai ke destinasi yang dituju walaupun landasan berliku liku atau kapal terpaksa menentang ombak dan badai. Sikap tidak menghormati Tun sebagai orang yang telah banyak berjasa terhadap agama, bangsa dan negara tercinta ini tidak boleh dimaafkan dan mereka harus dipertanggungjawabkan. Saya adalah penyokong setia Tun sejak dari awal tahun 1982 lagi sebab semenjak itu saya telah dapat memahami asas perjuangan Tun untuk membawa negara ini ke arah kemajuan, kemakmuran dan keseterahjaan. Semua ini telahpun dibuktikan oleh Tun semasa memimpin kerajaan dahulu hinggalah kesuatu ketika yangmana Tun harus menyerahkannya kepada DSAAB oleh kerana tiada pilihan lain ketika itu. Ramai yang tidak tahu bahawa tak semua orang boleh jadi pemimpin dengan ertikata sebenarnya. Kalaulah saya dilantik oleh Tun dahulu, langkah pertama yang akan saya ambil adalah untuk mencadang, mengyakin dan mendapatkan persetujuan UMNO dan BN untuk melantik Tun sebagai Penasihat kerajaan ataupun Menteri Terkanan dalam kerajaan. Yang kedua, beliau, UMNO dan BN tidak seharusnya mengsisihkan langsung khidmat atau diri Tun dalam pentadbiran kerajaan dan negara. Secara peribadi, saya amat kecewa dengan setiap tindakan dan gelagat beliau selama menjadi PM. Saya tak hairanlah sekiranya setiap menteri dari UMNO dan BN membutakan mata dan memekakkan telinga selama ini akan tetapi saya tidak akan berdiam diri membiarkan anak cucu dan cicit saya yang akan hilang tempat bergantung dan kemungkinan hak dan negaranya sendiri dimasa yang akan datang nanti. Saya tidak hairan dan terkejut apabila Tun keluar dari UMNO sebab saya juga turut merasakannya. Kalaulah pemimpin pemimpin UMNO yang ada sekarang ini tidak dapat nak memperjuangkan dan mempertahankan hak bangsa melayu, saya fikir elok kita kumpulkan setiap pemimpin NGOs yang berwibawa dan berkeupayaan untuk bersatu dan mengambil alih peranan politikus yang sudah tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan hak bangsanya lagi. Oleh itu wahai Tun yang dikasehi dan dihormati, sudah nyata yang Tun tidak akan berjuang bersendirian. Dengan yang demikian, teruskanlah apa jua perancangan Tun dan kami akan sentiasa dibelakang Tun. Kami yang sentiasa menyokong Tun akan mendoakan agar diberikan olehNya kesihatan yang berterusan dan semoga Tun dipanjangkan umur. I love you Tun and I love and thank kak Siti Asmah too for looking after and standing by you through thick and thin eversince. Salam hormat dari saya.

  14. dal Sep 1,2008 10:07 PM

    Salam Tun;
    Nampak jelas kroni As Sykt di dunia sebelah sini ialah Jepun, Korea Selatan dan Singapura.
    Naik sahaja PM, DSAAB berkunjung ke Singapura. Kebanyakan pemimpin baru dunia, apabila naik tahta, negara pertama dikunjung hormat mesti As Sykt. PM kita ke Singapura cukuplah, cukuplah simblik setakat itu. Cukuplah jadi keroni kepada keroni.
    Kemudian segala projek yang tidak dipersetujui Singapura dihentikan. Rugi sedikit puluhan juta sapsapsoi loo. Tak pa lah cincai.
    Kemudian hantar runner kepada LKY, sampaikan salam, semua dah beres. Salam berbunyi, “Sir, I have fixed him good.” LKY tak dengar tu, tapi Che Det dengar. (….. macam sengaja menjatuhkan air muka bekas PM tertentu ….)
    Kalau inilah mission utama … itulah yang dikatakan PM kepada semua rakyat.

  15. FAIZOL Sep 1,2008 2:15 AM

    ayahanda..
    amat sdih n ht sy tlah mmberontak.
    knp busuknya hti pemimpin hr ini..
    buta & jijiknya ht mrk…
    tergmak mlakukan sbgni kpd dr ayahanda yg tlh berkorban utk mltkkan M’sia sbuah ngr mmbngun n t’bilng…
    knp kerasnya ht pak lah..
    krn PM egonya mmbuak2 n kononnya yg t’bk…
    apakh sbnrnya yg mahu dbuktikan oleh pak lah?
    mnjd pemimpin bkn perkr mdah..
    pemimpin negara?..bkn negeri..bkn daerah…bkn kampung.
    Hidup ayahanda TUN…

  16. rissa Aug 30,2008 8:54 PM

    akum tun,selamat hari merdeka…terima kasih kerana telah membawa kami semua rakyat malaysia sejauh ini…saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi atas kepimpinan tun selama ini…hidup melayu!!

  17. smerahpadi Aug 26,2008 7:03 PM

    Salam Tun,
    Saya sebagai ahli umno yg selama ini berjuang dengan ikhlas tanpa memikirkan wang ringgit merasa amat kecewa dengan sikap peringkat bahagian dan mt.
    1. Didalam mesyuarat cawangan ahli-ahli umno dikunci mulut untok bersuara dan memberi pandangan didalam ucapan penutup serta pemilihan jawatankuasa bahagian telah dicalonkan oleh ketua cawangan dan ajknya dengan alasan kami ahli-ahli cawangan tidak mengenali rakan2 dari peringkat bahagian.Kami ahli-ahli cawangan hanya boleh berkata “Sokong”atau Mencadangkan “Cadangan ditutup” Pengerusi Tetap pun mengumumkan nama2 calon dan bolehlah ajk bahagian ni bertapak lagi dan menjadi ahli majlis dalam tangan.
    2.Tun lihatlah nanti apabila diperingkat bahagian pula akan mencadangkan DSAAB sebagai Presiden dan Tim.Presiden DSNTR.sama juga diperingkat cawangan pencalonan ditetapkan oleh Ketua Bahagian yang keseluruhannya YB-YB belaka.
    3. Saya pernah membawa usul keperingkat Bahagian agar semua jawatan dipertandingkan tetapi jawapan yang saya terima “Usul Ditolak Tanpa Bahas”
    4. Maka benarlah kata pembangkang UMNO means U Must Not Objected.

  18. sherynjaafar Aug 22,2008 9:44 AM

    Assalamualaikum.
    Yg Berbahagia Tun.
    Saya amat mengagumi dan menghargai jasa-jasa Tun yg amat besar kepada negara yang tercinta ini. Saya amat sedih atas kerosakan besar yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO sekarang hingga ramai yang berpaling meninggalkan UMNO. Lebih sedih lagi ramai yang menyokong Anwar secara membuta tuli.
    Kepada penyokong Anwar, cuba fikirkan secara mendalam 2 soalan ini.
    1. Mengapa Anwar tidak mahu bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak bersalah?
    2. Mengapa Amerika begitu kuat menyokong dan membela Anwar?

  19. pemikir Jul 29,2008 1:39 PM

    salam tun,
    “zaman sudah berlalu”…. “berilah peluang org lain untuk menguruskan negara & jangan ganggu kerajaan sekarang”… “itu dimasa zaman tun’.. tak sama seperti sekarang & tun’ boleh kata ape sahaja”… “duri dalam daging sudah terkeluar”…
    itu adalah kata2 yang jelas ditujukan kpda tun’ oleh “mereka2” yg bergelar menteri membuat kenyataan apabila tun’ kerap mengkritik kerajaan sekarang.
    yg hairan, kenapa semua itu ditimbulkan ataupn dinyatakan apabila tun’ tidak mempunyai kuasa sekarang?? mgkin secara teorinya mereka takut ataupn tidak mahu hilang kuasa semasa tun’ masih berkuasa..
    saya juga tertanya2 kenapa & mengapa mereka tidak mahu mnjadi pengkritik yg membina semasa pemerintahan tun’???????
    tidak kah mereka tahu… bahawa yng keluar parti dahulunya pun sudah menjadi Perdana Menteri yng “Cemerlang, gemilang & terbilang” skrang???
    Cuma kekecewaan sy jelas pd “mereka” yg tidak “memahami” pesanan yg disampaikan semasa PRU12 baru2 ini.
    Mungkin “mereka” cukup yakin bahawasanya JUN 2010 “nafas” baru itu cukup kuat untuk mmbina UMNO yg semakin terhakis. persoalannya mudah.. mengapa tidak sekarang??? & adakah “pelan” itu cukup untuk mmbuat mereka terpaksa “setia” kini & selamanya??????

  20. dospenang Jul 26,2008 1:25 PM

    SALAM TUN,
    SAYA ingat TUN pernah cakap ini satu ketika dulu:
    In a press conference on 7 June 2006 at the Perdana Leadership Foundation, which he heads, Mahathir said that Abdullah Ahmad Badawi was not his first choice as successor but it was the current Deputy Prime Minister, Najib Tun Razak, instead. He said that he felt hurt by allegations that he
    “finished all the government’s money, and that the government was bankrupt” because of the mega-projects initiated by him during his tenure as prime minister.[55]
    Mahathir added that he has “…a habit of choosing the wrong
    people”
    source : Wikipedia
    Tapi TUN, dari masalah yang timbul tu, TUN kena fikir untuk mencalonkan semula pemimpin yang dapat bekerja untuk rakyat dan Malaysia untuk hari ini dan masa depan.
    Saya tak kisah mengenai siapa pemimpinnya dan berapa ramai yang kita ada tapi yang pasti kita ada beberapa pemimpin yang mampu menggantikan tempat PAK LAH..
    SAYA PASTI………
    TUN tidak boleh jadi penghibur yang hanya pergi berucap di tempat2 yang dijemput tanpa ada hasil.
    Tiap-tiap kali TUN berucap memang menarik perhatian orang tapi tiada perubahan berlaku, jadi sebaliknya……………….
    ‘TUN kena bekerja untuk calon pilihan TUN dan mendapatkan sokongan mereka ini di UMNO EGM akan datang’.
    “Satu lagi boleh tak bincang pasal calon2 yang ada dan UMNO EGM.”
    APA-APA PUN TERUSKAN MENGUNDI MENOLAK PAK LAH SUPAYA MELETAK JAWATAN:
    http://www.PetitionOnline.com/PakLah/
    VOTE SEGERA DEMI MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!
    WASALAM…………

  21. adeq Jul 25,2008 9:02 AM

    salam Tun..
    sy sebagai generasi muda amat sedih dgn situasi sekarang.,
    kenapa pak lah sggp buat Tun mcm tu setelah dilantik oleh Tun sendiri sbg PM…menteri2 kabinet yg dilantik oleh Tun jg seperti menurut kata je..smpai sggup kata mcm2 dkt Tun…mereka semua bkn pejuang bangsa dan agama..kami menyokong sekiranya ada pimpinan baru yg dpt menikut jejak Tun…

  22. Adila Ahmad B Awang Jul 9,2008 8:05 AM

    terima kasih Tun
    1)Sebagai generasi muda yang membesar mengikut acuan Tun saya turut bersimpati dan faham kekecewaan yang Tun alami.
    2)Secara jujur dan ikhlas kami generasi muda meluat, muak dan benci pada corak pemerintahan terutamanya DSAAB PM yang langsung tidak dihati rakyat.
    3)Setelah pengunduran Tun dan perlantikan DSAAB saya merasakan Malaysia sudah kehilangan Seri, gaya hidup rakyat yang bersemangat sewaktu era Tun sudah hilang entah kemana.Kini rakyat seolah-olah kehilangan momentum untuk bersama-sama menajukan diri dan negara.
    4)Saya percaya rakyat tanpa mengira kaum amat mengharapkan sentuhan Tun sekali lagi untuk memulihkan imej negara.Sewaktu era Tun ramai rakan-rakan saya dari bangsa lain senang dan gembira dengan pentadbiran Tun. tetapi sekarang kedaan sudah jauh berbeza,mereka semuanya benci dengan PM sekarang, walupun perkataan benci pada PM secara sepintas lalu boleh dianggap perkara kecil. tetapi jika dilihat dari sudut masa depan negara, seolah-olah negara bergerak menuju kehancuran.
    5) Tolong lah kami TUN
    Tolong lah kami TUN
    Tolong lah kami TUN
    Tolong lah kami TUN
    Tolong lah kami TUN
    kami generasi muda amat memerlukan pemimpin yang mempunyai wawasan dan inspirasi seperti TUN bukan DSAAB
    SELAGI DSAAB MENJADI PM KAMI TIDAK AKAN MENYOKONG KERAJAAN.
    BUATLAH SESUATU TUN UNTUK MENGANTIKAN DSAAB SABAGAI PM, APA SAHAJA YANG TUN LAKUKAN KAMI AKAN MENYOKONGNYA. PINTALAH KAMI BERBUAT SESUATU NESCAYA KAMI AKAN MELAKUKANYA DEMI KEBAIKAN NEGARA.

  23. che paah Jul 6,2008 12:13 PM

    Assalamualaikum Tun, che paah nak minta Tun buat parti baru.
    Che paah dan kawan2 di Langkawi menyokong penuh Tun.Tun habag ja bila pasti kami sampai….

  24. poknikkayel Jul 1,2008 5:28 PM

    YABhg Tun..
    Dapat saya rasakan kesedihan bila mana selepas PRU12 UMNO telah menyerah tampuk pemeritahan di 5 negeri. Saya bertanya sendirian apa sudah jadi dengan UMNO yg begitu kukuh dan mantap yg telah diserahkan oleh Tun kpd Abdullah Badawi tiba2 menjadi terkulai layu dan tidak bermaya. India dan Cina mengambil kesempatan itu sekarang dari kelemahan UMNO(kelemahan ketara Abdullah Badawi/Khairi/Kamaluddin ( kerajaan 3 beranak)) dan kebodohan PAS/PKR utk terus terusan mengungkit perkara2 yag sensitif dan menjadi keistimewaan orang2 melayu/bumiputra.
    Apa akan jadi pd anak2 cucu2 kita nanti..apakah meraka akan hanya layak menjadi “pemandu” dan “bodyguard” kpd tokey2 C dan I…
    Wallahuallam…
    Kota Bharu

  25. the_none Jun 27,2008 5:40 PM

    Salam Tun,
    Bukan kah UMNO yang ada sekarang ni diasaskan semula oleh Tun setelah diharam dulu?

  26. brother pubs Jun 27,2008 9:42 AM

    salam..tun saya ni pun yg bru bleh mgundi pada plhnraya bru2 ni pun tak mgundi kerana meluat tgok muka badawi ni,apethat lagi tali barut kita..menantu dia sendiri.gase k**l je.sbgai jenerasi muda,padfa thap awal sudah brfikiran begini..bgai mana dgn yg lain?..rasa nya kebnyakkn generasi muda mgambil lgkah sama sperti saya..shngalah la ada pemimpin yg sama mcm tun bru la generasi muda akan mgundi..plez tun help us..
    yg paklah tau GEMILANG,CEMERLANG DAN TEMBERANG..

  27. noriyati Jun 24,2008 7:29 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Sy dpt rasakan kesedihan dlm hati Tun melihat senario politik dlm negara skrg. Sy turut sedih dan kesal kerana ianya melibatkan masadepan orang Melayu & generasi akan dtg.
    Sekiranya UMNO sudah tidak relevan lagi, apakah dpt kita ujudkan satu parti lagi..?

  28. Muhammad Azli Shukri Jun 23,2008 1:52 PM

    saya bersetuju sangat bahawa, perjuangan UMNO sudah lari daripada landasannya..tiada lagi yang berani bersuara dan bercakap benar..

Leave a Reply