TOTAL VISITORS FROM 2008:

The Racist Card 16

[EDISI BAHASA MELAYU DI BAWAH ARTIKEL INI]

It
is strange that whenever people like Param Cumaraswamy accuse others of
being racist they end up by exposing the racist in them. For them you
are racist only if you talk about Malays and their need to catch up
with other races. If you talk of the imagined plight of other races in
Malaysia, and make ridiculous statements that the Tamil Indians in
Malaysia are facing “ethnic cleansing” when you know that no such thing
is happening, it is not racist.

It is only in Malaysia that
people of immigrant origins, so identified by their insistence on being
linked race-wise with their countries of origin, are actually accepted
as citizens.


In other countries including the much-admired
democracies of the West, citizens are not linked to or classified by
their countries of origin. They speak the national language habitually,
go to schools where the national language is the medium of instruction
and adopt the culture of the indigenous people, or at least the people
who originally founded these countries (the indigenous people having
been systematically wiped out).


But
in Malaysia although the national language is the language of the
indigenous people, many Malaysian citizens cannot speak the language,
much less use it habitually in their homes and with fellow citizens.
Whenever some foreigner speak Bahasa Malaysia to them, they would reply
in English. Foreigners cannot understand why they seem to downgrade
their national language. And yet these citizens question why there is,
for practical purpose, no Bangsa Malaysia.

Schools using
languages of the countries of origin are not only permitted but are
actually financed by the Government. Try and find such schools in South
East Asia or in the so-called liberal developed countries where they
claim there is no racial discrimination. There are actually more
Indians in the United Kingdom than in Malaysia. But there is not a
single school where the teaching medium is in any of the Indian
languages.

People like Param would not notice all these. Instead
he sees the effort to bring up the indigenous people to the level of
the non-indigenous people as racist. Arrogantly he seems to want the
indigenous people become the deprived in their own country.

I
admit that I spoke on “Ketuanan Melayu” in Johor. The Malay
intellectuals have been talking about this for a long time. There was
no suggestion about them being racist or that they should be detained
under the Internal Security Act (ISA).

I spoke on this issue
critically as I consider that claiming to be masters when you are not
is ridiculous. How can the Malay driver driving a car belonging to
someone else regard himself as the “Tuan” and the owner of the car as
inferior to him? Actually it is the owner and his employer who is the
“Tuan”.

In my speech my advise to the Malays is to acquire
knowledge and skills and use them to enrich themselves for only then
can they be regarded by their servants and employees as “Tuan”.

Is this seditious or near seditious? Is speaking about Malays and their needs seditious?

On
the other hand let us consider the Hindraf memorandum to the British.
Most people including Indians have not read it. To gain the support of
the Tamil Indians, Hindraf demands that the British compensate every
Tamil Indian in Malaysia one million pounds sterling (about RM 7
million). That should tempt even middle-class Indians. Surely Indian
workers would fall for it.

The Hindraf memorandum also contains the following extracts which are obviously racist;
1)
“Commonwealth ethnic Indian peace loving subjects in Malaysia
persecuted by Government backed Islamic extremist violent armed
terrorist who launched a pre-dawn violent armed attack and destroyed
the Kg Jawa Mariamman Hindu temple at 4.00am this morning (15.11.07)”.

2) “Appeal for United Kingdom to move emergency United Nations Resolution condemning “Ethnic Cleansing” in Malaysia”.

I
will not quote other highly inflammatory remarks found in the Hindraf
memorandum. However I would like to mention the threat made by Hindraf
in its conclusion;

“We fear that the peace loving Indian
community of Tamil origin having been pushed to the corner and the
persecution getting worse by the day may be forced into terrorism in a
matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils”.

Is Hindraf planning to make Malaysia a Southeast Asian Sri Lanka?

I
don’t believe the majority of the Tamils in Malaysia would agree with
the picture painted by Hindraf. Unfortunately, like the Malays, few of
them read the actual memorandum. And so they support Hindraf blindly.

But
if you read what I have quoted would you not conclude that Hindraf and
Param Cumaraswamy, who objected to their detention under the ISA as
racist especially as his desire to have me detained under the Act for
telling the Malays to realise that they are not “Tuan” when they have
to clean the shoes of others. If they want to be “Tuan”, then they must
acquire the skills and knowledge to succeed in life. And when they
succeed they would be highly regarded whether they are called “Tuan” or
not.

It seems that according to Param Cumaraswamy talking about Malays is seditious.

Who is racist; Param Cumaraswamy or Dr Mahathir?

I am not going to call for his detention.

He should as a lawyer who understands the law, decide whether he is a racist and should be detained or not.

*************

[EDISI BAHASA MELAYU]

Perkauman Sebagai Modal

Adalah
agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh
orang lain bersifat perkauman kata-kata mereka mendedahkan sifat
perkauman mereka sendiri. Bagi mereka, seseorang itu “racist” (bersifat
perkauman) cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan
mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain.

Tetapi,
jika mereka bercakap mengenai masalah kaum lain yang tidak berasas dan
tidak benar seperti membuat kenyataan karut bahawa kaum India Tamil di
Malaysia menghadapi “penghapusan etnik” yang masyarakat tahu ianya
tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman.

Cuma di
Malaysia sahaja orang daripada kaum pendatang, atas kehendak mereka
sendiri dikenali dan dikaitkan dengan negara asal mereka, telah
diterima sebagai warga negara.

Di negara-negara lain,
termasuklah di negara Barat yang demokrasi mereka begitu dikagumi,
warga negaranya tidak dikaitkan mahupun diklasifikasikan mengikut
negara asal mereka. Mereka juga selalu menggunakan bahasa kebangsaan,
negara berkenaan, bersekolah dimana bahasa kebangsaan menjadi bahasa
pengantar dan menerima adat resam bangsa pribumi ataupun bangsa yang
mula-mula menubuhkan negara itu (apabila bangsa pribumi telah
dihapuskan secara terancang).

Tetapi di Malaysia walaupun bahasa
kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak
boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak
menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang
lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan
menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa
mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri.
Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa
Malaysia.

Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal
mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba
cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju
yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum.
Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom
daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna
bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.

Orang
seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat
sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya
setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman.
Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya
mengemis didalam negara mereka sendiri.

Saya mengaku saya
bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu,
cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya.
Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun
ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA –
Internal Security Act).

Saya bercakap mengenai isu itu secara
kritis kerana saya menganggap mendakwa diri kita sebagai tuan bila kita
bukan tuan adalah aneh. Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang
memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya “Tuan” dan
pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? “Tuan”
yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya.

Di
dalam ucapan saya, saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu
dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri
mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap
“Tuan” oleh orang suruhan dan pekerja mereka.

Adakah ini hasutan ataupun menghasut? Adakah membicarakan mengenai bangsa Melayu dan kepentingan mereka menjadi satu hasutan?

Sebaliknya,
cuba kita teliti memorandum Hindraf kepada pihak British. Ramai
termasuk kaum India tidak membacanya. Untuk mendapatkan sokongan kaum
India Tamil, Hindraf mendesak pihak British supaya membayar gantirugi 1
juta pound sterling (lebih kurang RM 7 juta) kepada setiap orang kaum
India Tamil yang terdapat di Malaysia. Ini sudah pasti berupaya
mempengaruhi bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga
golongan pertengahan dari keturunan Tamil India. Sudah pasti golongan
pekerja kaum India terpengaruh.

Terdapat juga didalam memorandum Hindraf sedutan-sedutan seperti berikut yang jelas bersifat perkauman:

1)
“Kaum India Komanwel yang merupakan rakyat yang mencintai keamanan di
Malaysia ditindas oleh Kerajaan yang didokong oleh pengganas bersenjata
kelompok ekstremis Islam telah dengan ganasnya melancarkan satu
serangan bersenjata sebelum subuh dan memusnahkan Tokong Hindu
Mariamman di Kampung Jawa pada pukul 4 pagi ini (15.11.07)”.

2)
“Memohon kepada United Kingdom untuk membentangkan satu resolusi
tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk “Penghapusan Etnik”
di Malaysia”.

Saya tidak mahu menambah lagi lain-lain kenyataan
yang begitu mengapi-ngapikan perasaan perkauman yang terdapat didalam
memorandum Hindraf tersebut.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut mengenai ugutan yang dibuat oleh Hindraf didalam kesimpulannya;

“Kami
risau kaum India berketurunan Tamil yang cintakan keamanan setelah
dipinggirkan dan ditindas, semakin hari semakin teruk, akan pada satu
ketika, secara terpaksa mengambil langkah keganasan sebagaimana yang
terjadi kepada kaum Tamil di Sri Lanka.”

Adakah Hindraf bercadang menjadikan Malaysia sebagai Sri Lanka di Asia Tenggara?
Saya
tidak percaya majoriti orang Tamil di Malaysia bersetuju dengan
gambaran yang dibuat oleh Hindraf. Malangnya, seperti orang Melayu,
cuma beberapa orang sahaja yang membaca memorandum yang sebenarnya.
Jadi mereka menyokong Hindraf secara membuta-tuli.

Tetapi jika
anda membaca apa yang telah saya nyatakan tidakkah anda akan membuat
satu kesimpulan bahawa Hindraf dan Param Cumaraswamy, yang membantah
penahanan mereka dibawah ISA bersifat perkauman, terutama di atas
kehendaknya supaya saya ditahan dibawah Akta itu kerana menyatakan
kepada orang Melayu supaya menyedari yang mereka bukan “Tuan” apabila
mereka terpaksa mencuci kasut orang lain. Jika mereka ingin menjadi
“Tuan”, mereka mesti menimba ilmu dan kecekapan untuk berjaya didalam
kehidupan. Dan apabila mereka berjaya martabat mereka akan meningkat
samada mereka dipanggil “Tuan” ataupun tidak.

Nampak jelas menurut Param Cumaswamy , bercakap mengenai orang Melayu adalah satu hasutan yang berbau perkauman.

Jadi siapa yang bersifat perkauman; Param Cumaraswamy atau Dr Mahathir?

Saya tidak akan meminta supaya dia ditahan.

Sebagai
seorang peguam yang memahami undang-undang, dia perlu menilai dirinya
samada dia seorang yang bersifat perkauman dan perlu ditahan atau tidak.

16 thoughts on “The Racist Card

  1. noryblo Dec 7,2009 2:32 AM

    The very idea of a ‘master-slave’ relationship is primitive and backward in today’s society, to say the least. You must remember, Dr. Mahathir, we built this nation together from its inception. We (our forefathers) were all here when it was founded. We did not come here to ‘steal’ your land! Then your so-called ‘slaves’ had their children born on this land too, continuing to work the land, contributing to its growth. The Chinese contributed so much in commerce, the Indians on the labour intensive sectors, while their ‘masters’ just goyang kaki and taxed people and passed laws and special rights on paper? You have to set one thing straight. It is MALAYSIA we are talking about here, founded on 31 Aug 1957 with all the early settlers in it. It must not be mistaken with the classic MALAYA that a lot of you must be refering to still. Where is your sense of fairness in equality? I am appalled and disturbed by this type of mindset. Social stratification is a product of this kind of idealogy while collective advancement and cooperative opportunities and benefits are the costs it ramifies. I hope you see my sincere point.

  2. pija Apr 7,2009 12:38 PM

    apela nak jadi.. menakutkan betol!

  3. bakat Dec 3,2008 11:03 PM

    hemm… they just sanggup kata apa2 asal dapat populariti tanpa kisah apa perasaaan org lain
    http://gi.la

  4. The Rat Nov 21,2008 3:43 PM

    Racism is often confused to what it actually is.. Ryana adakah kamu orang asli? Anyway, I dont see racism anywhere around me, my best friends are malays standing behind me right now reading Che Det and they dont agree with a lot of things many of you say.. and neither do I. I dont care about Hindraf, I dont care about UMNO, I dont care about MIC, I care about Malaysia…. and maybe everybody else should too… To Tun I have always admired you and your mind. You are an exceptional person.

  5. Ryana Oct 30,2008 3:46 PM

    Adakah kaum2 sebegini tidak teringat dari mana asal mereka? saya bukan nak merendah2 kan negara asal mereka, tetapi mereka seperti tidak bersyukur berada di malaysia. bayangkan jika mereka masih di negara asal mereka, adakah mereka akan mendapat kesejahteraan hidup seperti di sini?

  6. nur nabilah Sep 16,2008 11:56 AM

    kalau kita bersikap ‘racist’, kita tak akan setuju dengan kerakyatan jus soli seperti yang tercatat dalam perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948.
    kalau kita ‘racist’, tidak akan tercatat kebebasan beragama dan penggunaan bahasa lain dalam perlembagaan Malaysia.
    ordinan pelajaran 1952 mendapat tentangan daripada kaum india dan china kerana bimbang jika bahasa ibunda mereka terhapus. adakah kaum-kaum ini dilabel sebagai ‘racist’? TIDAK
    sebaliknya kita guna Penyata Razak bagi memuaskan hati mereka.
    jadi apabila seseorang pemimpin bercakap tentang kemajuan bangsanya, khususnya bangsa melayu dan bercakap tentang bahasa melayu, itu tidak wajar dilabel sebagai ‘racist’… pemimpin tersebut dikenali sebagai pencinta bangsa..
    salahkah kita memikirkan tentang kemajuan bangsa?
    salahkah seseorang pemimpin itu memikirkan nasib dan masa depan bangsanya?
    pemimpin-pemimpin sebegini bertindak sedemikian kerana berusaha memajukan bangsnya dan bertindak sbg pemikir bangsa..
    kaum india mahupun cina sendiri, dalam minda mereka, perkara yang paling utama adalah nasib bangsa mereka sendiri,
    mana ada orang yang meletakkan kepentingan bangsa lain di tempat yang lebih atas daripada bangsa sendiri?
    apabila tun sendiri bercakap mengenai nasib bangsa dan bahasa melayu, saya rasa tindakan tun adalah wajar,
    walaupun kita merupakan kaum peribumi, masih diberi keistimewaan, subsidi, dan bermacam-macam bantuan, ekonomi bangsa kita masih ketinggalan jauh berbanding kaum cina dan india,
    bukankah tindakan memikirkan cara untuk menaikkan taraf bangsa sendiri merupakan tindakan yang terbaik?
    kalau bukan pemimpin melayu yang memikirkan nasib bangsa melayu, siapa lagi?
    bukannya tindakan kita memperjuangkan nasib bangsa bermaksud kita merancang untuk menindas atau memijak kaum lain..
    jika sama-sama memikirkan nasib bangsa, bukankah akan wujud suasana yang lebih kompetitif?
    tidaklah sesuatu bangsa itu ketinggalan dan mewujudkan jurang.
    tindakan Param Cumaraswamy mempersoalkan tindakan tun bagi saya merupakan tindakan ‘racist’ yang sebenar
    tindakan beliau menghalang tun membicarakan soal bangsa tun sendiri seolah-olah mahu menyekat kemajuan bangsa kita..
    jika tun digelar malay ultra sekalipun, tindakan tun adalah wajar..
    teruskan perjuangan memajukan bangsa kita..
    sesungguhnya perjuangan kita belum selesai…

  7. True Son of The Soil Sep 9,2008 3:39 AM

    KAUM CINA DAN INDIA DI MALAYSIA SERING MENJADI BISING APABILA BERLAKU KETEGANGAN, SERING MENGATAKAN MEREKA BUKAN “TAMU” DI NEGARA INI. MAKA SENTIMEN KAUM SUDAH TENTU AKAN CENDERUNG KEPADA KAUM TERTENTU. HINDRAF, PENGHINAAN LAGU NEGARAKU DI YOUTUBE, MENGIKTIRAF CHIN PENG YANG MEMBUNUH RIBUAN RAKYAT SELAMA BERPULUH TAHUN SEBAGAI WIRA NEGARA DAN MACAM-MACAM LAGI MENJADI PEMANGKIN KEPADA KETEGANGAN INI. DAN LEBIH MALANG KEPIMPINAN NEGARA YANG LEMAH TIDAK PUNYA IDEA UNTUK MEREDAKAN KETEGANGAN HUBUNGAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA.
    PADA SAYA ISTILAH TAMU INI BUKAN LAH ISTILAH PERKAUMAN. KITA BERKONGSI WAWASAN YANG SAMA. SESUNGGUNYA MANUSIA INI BERBEZA-BEZA. TIDAK MUNGKIN ORANG INDIA AKAN MENJADI KADAZAN. TIDAK MUNGKIN ORANG MELAYU MENJADI CINA. KULIT KITA BERBEZA. DARI SEGI FIZIKAL KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI SEBAGAI PERKAUMAN ATAS PERBEZAAN ITU. NAMUN KITA SEMUA TIDAK MAHU MENJADI PERKAUMAN. KITA SEMUA TAHU IANYA MEMBAWA KEPADA KEBENCIAN DAN PEMUSNAH NEGARA.
    SUDAH TENTU BENAR SEKALI KAUM INDIA DAN CINA SEPERTI KAUM LAIN DI MALAYSIA MEMILIKI KAD PENGENALAN BIRU MY KAD. MEREKA JUGA MEMBANTU DALAM PENINGKATAN EKONOMI NEGARA. KEJAYAAN MEREKA TERCATAT DALAM SEJARAH MALAYSIA UMPAMANYA KAPITAN CINA BERNAMA YAP AH LOI MEMBUKA KUALA LUMPUR. ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA JUGA BERKONGSI KEBANGGAAN ITU. HAK PARA “TAMU” SEBAGAI WARGA NEGARA TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN.
    NAMUN MEREKA BERULANG KALI MENGATAKAN MEREKA INI BUKAN TAMU TETAPI PEMILIK BERSAMA. BUKAN WARGANEGARA KELAS 2- ISTILAH YANG DICIPTA OLEH MEREKA SENDIRI. PENDEK KATA SAYA FIKIR MEREKA MAHU MENJADI “CINAPUTRA” ATAU “INDIAPUTRA” IAITU SUATU ISTILAH BARU YANG MEREKA CIPTAKAN.
    ISTILAH YANG DICIPTA UNTUK MENDAPAT HAK-HAK SAMARATA YANG DIBERIKAN KEPADA KAUM BUMIPUTRA SEDANGKAN MEREKA TAHU IANYA SUATU PERSETUJUAN ANTARA KAUM YANG MENJADI TIANG NEGARA. DAN SAYA FIKIR SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA TIDAK KIRA APA PEGANGAN DAN KETURUNAN MEMAHAMI TENTANG KEPERLUAN ITU. NAMUN PADA SEGELINTIR ORANG CINA DAN INDIA, MEREKA TIDAK KENAL SEJARAH, MEREKA TIDAK MENGHARGAI KONTRAK SOSIAL MALAHAN MEMBENCINYA. MEREKA INI ORANG CINA LUAR DAN ORANG INDIA LUAR YANG MASIH CHAUVINISTIK.
    SAYA PERCAYA BUMIPUTRA DAN ORANG MELAYU TIDAK MEMBENCI KEPADA ORANG CINA DAN INDIA.
    JADI BAGAIMANA WUJUDNYA ISTILAH “TAMU” INI? APAKAH IYANYA SUATU PERKATAAN HINA YANG DI CIPTA SEKADAR SUKA-SUKA? SUDAH TENTU ISTILAH TAMU TIDAK DATANG DENGAN SENDIRI – ISTILAH “PENJAJAH” YANG DI TUJU KEPADA ORANG YANG DATANG MENJAJAH – PORTUGIS, BELANDA & INGGERIS. ISTILAH “TAMU” BEGITU SOPAN NAMUN BAGI KAUM CINA DAN INDIA IANYA SINIS DAN HINA.
    JIKA ISTILAH “PENDATANG” DIGUNAKAN IANYA ADALAH KASAR WALAU MAKSUDNYA BETUL. TIDAK PULA DIGUNAKAN ISTILAH “PENDATANG HALAL” KERANA BARANGKALI BUNYINYA LUCU. SUDAH TENTU MEREKA BUKAN “TAMU” DI NEGARA INI DARI SEGI UNDANG-UNDANG. SEMUA KAUM DIJAMIN HAKNYA SEBAGAI WARGA NEGARA.
    NAMUN DARI SEGI BAWAAN KEBIASAAN SEJAK SEKIAN LAMA MEREKA TETAP TAMU SAMADA SUKA ATAUPUN TIDAK. DAN BARANGKALI BAWAAAN INI HANYA BERUBAH SELEPAS RATUSAN ATAU RIBUAN TAHUN. SEHINGGA SUATU KETIKA PERIBUMI MELAYU DAN BUMIPUTRA TIDAK LAGI TERBIASA DENGAN BAWAAN “TAMU” KEPADA ORANG CINA DAN INIDA.
    NAMUN SEPERTI YANG SAYA KATAKAN TADI ISTILAH TAMU INI TIDAK WUJUD DENGAN SENDIRI. SEJAK RIBUAN TAHUN KERAJAAN-KERAJAAN YANG DIIKTIRAF SEJARAH TELAH WUJUD DI MALAYSIA SERTA GUGUSAN KEPULAUAN MELAYU. KAUM-KAUM NYA BERUPA SATU RUMPUN. DAN APABILA DATANG BANGSA LUAR YANG BERDAGANG MAKA MERKA INI DI PANGGIL TAMU KERANA MEREKA BERLAINAN DARI PENDUDUK NUSANTARA. PADA MEREKA TAMU HARUS DILAYAN BAIK DAN DI HORMARTI.
    DAN BUDAYA INI ADALAH BAWAAN TURUN TERMURUN. IANYA PANDANGAN TURUN TEMURUN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA KEPADA ORANG CINA DAN INDIA. TAMU PADA MEREKA PATUT DISAYANGI DAN HARUS DIHORMATI DAN DALAM MASA YANG SAMA MEREKA MENGHARAPKAN KAUM INI JUGA MEMAHAMI DAN MENGHARGAI KERANA MEREKA DI TERIMA DI KALANGAN PERIBUMI. DI SINI LAH POKOK PANGKALNYA WUJUD ISTILAH TAMU. DAN APABILA RASA HORMAT KEPADA TAMU TIDAK DIHARGAI MALAHAN DI CABAR MAKA DI SINILAH AKAN MULA WUJUD ISTILAH SEPERTI “PENDATANG” ATAU “PENUMPANG”.
    SEMUA PENDUDUK DI KEPULAUAN MELAYU TIDAK KIRA JAWA, BUGIS, PATANI, KADAZAN, IBAN, ACEH DAN LAIN-LAIN LAGI AKAN MENYEBUT NOMBOR 5 SEBAGAI ‘LIMA’ WALAU BARANGKALI LOGHATNYA SEDIKIT BERBEZA. KAUM-KAUM INI WALAU SATU KETIKA BERLAKU PERANG SAUDARA DAN BUNUH MEMBUNUH ANTARA SATU SAMA LAIN, MEREKA TETAP SATU RUMPUN. ORANG DI LUAR KELOMPOK RUMPUN INI ADA LAH TAMU PADA MEREKA KERANA MEREKA BERBEZA DAN SEHINGGA SEKARANG SEPERTI SAYA KATAKAN AWAL-AWAL TADI ANTARA BUMIPUTRA, MELAYU SERTA KAUM CINA DAN INDIA ADALAH BERBEZA.
    SUDAH TENTU BERDASARKAN KEPADA BAWAAN SEKIAN LAMA, ORANG CINA DAN INDIA MALAYSIA MENJADI TAMU KEPADA PENDUDUK PERIBUMI. UNTUK MENGELAK KAN KETEGANGAN YANG MELUAP-LUAP, SAMA-SAMA LAH KITA MENGHORMATI BAWAAN ITU KERANA KITA BERKONGSI NEGARA, WAWASAN DAN NILAI-NILAI MALAYSIA. SUDAH TENTU HAK KITA SEMUA TERJAMIN WALAU TIDAK SEMUA KAUM AKAN BERPUAS HATI.
    IANYA KENYATAAN. SEMUDAH ITU UNTUK DI FAHAMI.

  8. Anak Orang Kampung Sep 7,2008 11:55 PM

    Salam Buat Tun dan Keluarga,
    Kita orang-orang melayu jangan cepat melatah apabila dicuit atau disergah dengan isu-isu begini. Apabila kita melatah, akan keluar kata-kata yang menjerat diri kita sendiri dan itulah yang mereka mahukan kerana mereka-mereka yang tertentu itu telah bersedia untuk membalas dan mengambil kesempatan. Kita memang mempunyai “Hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan”, tapi jika kita hanya bersuara untuk mempertahankannya tanpa usaha, itu semua lama-kelamaan tidak akan memberi makna, jika kita gagal memanfaatkannya.
    Buka-bukalah mata dan lihat sekeliling kita, mat dan minah rempit rata-ratanya anak-anak kita. Tapi yang mengaut untung saban hari dan minggu adalah penilik-pemilik bengkel motor yang bukan dari kalangan kita. Penuh sesak dengan belia-belia kita di bengkel-bengkel ini membuat persiapan untuk berlumba. Akhirnya siapa yang kaya? Tak percaya? luang-luangkanlah masa melihat keadaan ini dengan mata.
    Anak-anak sekolah menghidu gam. Dari mana datang sumbernya? Mereka apa kira, kerana yang membeli bukan anak bangsa mereka. Sampai kini belum ada undang-undang bagi penharaman penjualan gam pada para remaja kita. Akhirnya siapa yang kaya?
    Jangan menyalahkan mereka kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Tapi tanya diri kita apakah usaha kita? Tak perlulah bercita-cita mahu menyelamatkan seluruh negara, cuba-cubalah dulu yang dekat dengan kita.
    Alangkah baiknya sekiranya setiap dari kita dapat membantu seorang dari anak-anak kita itu menjadi hakim, peguam, jurutera dan doktor atau sekadar insan berguna yang hidup dari rezeki yang halal.
    Berfikirlah secara terbuka kerana apabila tiba masanya, anak-anak ini sedia mempertahankan haknya secara professionalnya dan bukannya terhegeh-hegeh meminta maaf hanya kerana.

  9. dal Aug 31,2008 1:47 PM

    Izin Tun;
    Kepada tetamu-tetamu blog ini;
    Di sekolah dulu, anak-anak murid saya diasuh supaya tak perasan kulit berlainan warna. Mereka dibawa barbahas sama, jungle tracking bersama, berenag bersukan di laut yang sama. Tapi kita perasan juga ada murid seperti Param Cumaraswamy dan Hindraf. Mereka sangat seronok bila berjaya menguji kesabaran guru disiplin. Lagi mereka seronok bila mereka bergusti dengan peraturan dan undang-undang sekolah. Itu aja. Segelintir mereka aja.
    Yang lain malah mendapat markah tertinggi dalam karangan bertajuk umpama “Jiran Ku Mamat dan Samy” dll yang bertemakan keharmonian kaum.
    Hari ini keturunan orang jenis hindraf (hindraf saja, yang lain tidak) menyebarkan pembohongan agong untuk kepentingan sempitnya. Racist … ratu racist. Keturunan orang macam param pula cuba melobi mengeluarkan keturunan hindraf keluar dari ISA … bergelut dengan perundangan negara. Dulu bergusti dengan peraturan sekolah.
    Ringkasnya orang jenis ini (jenis ini saja, yang lain tidak, apa bentuk dan warna pun… yang lain tidak seperti dia) … orang ini saja nak memaksakan cara dia, undang-undang dia, hukum dia, tanpa mempedulikan di mana dia, dengan siapa dia, tak kira apa asalkan ajenda dia saja.
    Kalau gitu, tempatkan dia (dia dan dia), di bilik-bilik kosong, di sudut-sudut gelap; mana-manalah aja asalkan dipisahkan dari orang ramai, supaya penyakitnya tal menular dan merebak.
    Keharmonian yang sedia ada tak perlu kepada viros-viros ini. Kalau viros-viros ini bermaharajalela;
    anak-anak tak dapat kesekolah,
    di pasar tak ada orang berjual,
    peruncit tak dapat bekalan,
    pekebun kecil dan nelayan kehilangan peraih,
    suara rules-of-law tak kedengaran,
    anarchy menjulang sepanduk,
    bunuh … bunuh … bunuh …
    Malaysia mati sebelum good citizens nya habis.
    Saya tak mahu anak cucu saya membesar dalam suasana begini. Bagaimana dengan anak cucu Samy? Ah Chong?
    Sanggup Malaysia balik ke 13 Mei, atau zaman lepas Jepun? Zaman bintang-tiga? Zaman balai polis Kepong diserang dari hutan?
    Sungguh chelaka (ini sumpah) tangan, yang kerananya jiran tidak aman.
    Rasanya Rasulullah saw ada bersabda yang mafhumnya demikian.

  10. aya78ulukelang Aug 28,2008 10:22 PM

    Saya ingat lagi waktu kecil2 dulu…bila saya tengok orang india..orang cina saya x pernah menganggap mereka ni berlainan bangsa dengan saya. pada saya mereka itu kawan, jiran…. Sehingga sekarang ini pun saya tiada masalah bekerja dibawah satu bumbung dengan bangsa cina.Malah saya juga pernah mempunyai majikan berbangsa india yang pada saya seronok kalau dapat bekerjasama dengan mereka-mereka ini kerana setiap bangsa itu mempunyai suatu keunikan mereka tersendiri.Dan mereka agak teruja bila dapat mengetahui sesuatu yang baru tentang kita orang melayu.
    Malangnya sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kelompok yang cuba menegakkan kepentingan bangsa masing2 hingga terlupa perpaduan kaum adalah melibatkan semua bangsa kerana kita adalah rakyat Malaysia.We have no choice. bangsa India ka…Melayu ka…Cina ka… we have no choice that we live under one roof and we must work together, take care of each other supaya semua dapat hidup dengan aman sejahtera. Selamat menyambut hari kemerdekkan yang ke 51. Sesungguhnya Perpaduan kaum bermula dari diri kita terdahulu. Semoga Tun dipanjangkan usia dan terus menghasilkan idealisma2 extraordinary Tun. Salam~

  11. thebigdipper Aug 14,2008 11:06 AM

    Yang Amat Berbahagia Tun,
    Of course Param Cumaraswamy is a racist. And there are many of his ilk in the Bar Council. All those many others who support HINDRAF blindly are also racists by default; not bothering to read the HINDRAF Memorandum. The Malays have always been so accomodating to the others races to the extent that they are now the deprived majority.

  12. dospenang Jul 26,2008 1:25 PM

    SALAM TUN,
    SAYA ingat TUN pernah cakap ini satu ketika dulu:
    In a press conference on 7 June 2006 at the Perdana Leadership Foundation, which he heads, Mahathir said that Abdullah Ahmad Badawi was not his first choice as successor but it was the current Deputy Prime Minister, Najib Tun Razak, instead. He said that he felt hurt by allegations that he
    “finished all the government’s money, and that the government was bankrupt” because of the mega-projects initiated by him during his tenure as prime minister.[55]
    Mahathir added that he has “…a habit of choosing the wrong
    people”
    source : Wikipedia
    Tapi TUN, dari masalah yang timbul tu, TUN kena fikir untuk mencalonkan semula pemimpin yang dapat bekerja untuk rakyat dan Malaysia untuk hari ini dan masa depan.
    Saya tak kisah mengenai siapa pemimpinnya dan berapa ramai yang kita ada tapi yang pasti kita ada beberapa pemimpin yang mampu menggantikan tempat PAK LAH..
    SAYA PASTI………
    TUN tidak boleh jadi penghibur yang hanya pergi berucap di tempat2 yang dijemput tanpa ada hasil.
    Tiap-tiap kali TUN berucap memang menarik perhatian orang tapi tiada perubahan berlaku, jadi sebaliknya……………….
    ‘TUN kena bekerja untuk calon pilihan TUN dan mendapatkan sokongan mereka ini di UMNO EGM akan datang’.
    “Satu lagi boleh tak bincang pasal calon2 yang ada dan UMNO EGM.”
    APA-APA PUN TERUSKAN MENGUNDI MENOLAK PAK LAH SUPAYA MELETAK JAWATAN:
    http://www.PetitionOnline.com/PakLah/
    VOTE SEGERA DEMI MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!
    WASALAM…………

  13. DelimaMasamManis Jul 18,2008 5:33 PM

    Asalamualaikum wbt,
    Kalau nak di huraikan lagi modal perkauman, tun tentu lebih arif..
    walau bagaimana pun kita jangan terlepas pandang atau lihat objectif atau niat sebenar orang seperti (p.cuma)itu.
    Kalau boleh kita hendaklah lihat dari berbagai sudut sama ada dia nak buat kacau bilau kan negara atau nak tarik perhatian sahaja.
    Kesian kepada orang tertentu yang telah berusaha kuat untuk menyatupadukan kaum di negara ini yang mempunyai kaum yang pelbagai, Saya cuma berharap janganlah kita meloby atau melebel seseorang berdasarkan apa sekalipun kerana kita semua berasal dari nabi adam.(cucu cicitnya)
    Bagi yang diloby dan di label mereka faham..rasa pahit dan manis.
    Tun DR.M.. saya nak penadol satu pekej..
    Terima kasih,

  14. Anotherme Jun 25,2008 10:34 PM

    Assalamualaikum Tun,
    First of all I would like to congratulate you on your brave decision to quit UMNO conditionally. It takes a really brave person like yourself to make such decision. It really shows that there should be no compromise on issues concerning party. This also proved that you have always noted for your consistency and breadth of principle.
    This is the precise article that should be published to clear the cunfusion that HINDRAF had brought to the whole nation. I’m very much sure that not many people has had the opportunity to read the content of the HINDRAF memorandum to the British including the highly inflammatory remarks that can be found in the memorandum. This will at least prompt the people to read the memorandum and discover other inflammatory remarks.
    In my opinion, Tun should consider writing about the guidance to achieve the ultimate goal of achieving BANGSA MALAYSIA and the related processes that the current government should undertake.
    For example, strongly encourage the most important element to achieve to ultimate goal which is to throne BAHASA MALAYSIA back to it’s highest point.
    To be fair, not many Malaysians are fluent speaking Bahasa Malaysia compared to their mother-tongue. How is it possible for us to achieve BANGSA MALAYSIA when we don’t even speak the same language?
    I just hope that Tun can come up with a creative mechanism to achieve BANGSA MALAYSIA in the future.
    Thank you

  15. noriyati Jun 24,2008 11:36 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Inilah masalahnya bila kita terlalu baik.. Org2 yg tk tau mengenang budi ni jadi melampaui batas. Kurang ajar, biadab, tk sedar diri, tk tau nk bersopan jauh sekali berbudi bahasa..
    Nama negara “MALAYsia”.. bukan CINAsia atau INDIAsia.. Sedar2lah sikit betapa untung tinggal dlm negara tercinta & unik ini..
    I LOVE U Tun.. please keep on posting..

  16. Muhammad Azli Shukri Jun 23,2008 1:46 PM

    apabila orang menuduh Tun sebagai pemimpin yang bersifar perkauman, mereka lupa (pembangkang) bahawa parti-parti mereka sendiri, DAP umpamanya juga memainkan isu perkauman. Malah PKR lagi teruk menjadi talam dua muka. dengan orang Cina mereka kata lain, dengan oranf india kata lain..

Leave a Reply