TOTAL VISITORS FROM 2008:

Oil Price 9

(VERSI BAHASA MALAYSIA DI AKHIR ARTIKEL INI)

The
price of crude oil has increased by 400 percent in the last three
years. It follows that the price of products must increase, sooner or
later. In other countries petrol prices had already increased. In the
United Kingdom one litre of petrol sells for more than one pound
sterling or RM7. In the United States it is about RM5.

That the
price in neighbouring countries has gone up is shown by the rush to
fill up by Thai and to a lesser extent Singapore vehicles.

The
Government has now announced an increase in petrol price by 78 sen to
RM2.70 per litre, an increase of more than 40 per cent.

I
may be mistaken but there seems to be less vehicles on the road today.
But obviously that is not all that will happen. All other consumer
goods, services and luxury goods would increase in price.

The cost of living must go up. Put another way there will be inflation and the standard of living will go down.

Obviously
our increase in petrol price is far less than in the United Kingdom or
the United States. But our per capita income is about one-third of
theirs. In purchasing power terms our increase is more than in the UK
or the US.

The increase hurts but the pain is greater not just
because of the increase percentage-wise is higher than in developed
countries but because of the manner the increase is made.

A few
days ago the Government decided to ban sale of petrol to foreign cars.
It flipped. Now foreign cars can buy again. Flopped.

Knowing
that in a few days it was going to raise the price and foreigners would
be allowed to buy, why cannot the Government just wait instead of
banning and unbanning.

But be that as it may what could the
Government have done to lessen the burden on the people that results
from the increase in petrol price.

In the first place the
Government should not have floated the Ringgit. A floating rate creates
uncertainties and we cannot gain anything from the strengthened
Ringgit. Certainly the people have not experienced any increase in
their purchasing power because of the appreciation in the exchange rate
between the US Dollar and the Ringgit.

Actually the Ringgit has
increased by about 80 sen (from RM3.80 to RM3.08 to 1 US Dollar) per US
Dollar, i.e. by more than 20 per cent. Had the Government retained the
fixed rate system and increased the value of the Ringgit, say 10 per
cent at a time, the cost of imports, in Ringgit terms can be monitored
and reduced by 10 per cent. At 20 per cent appreciation the cost of
imports should decrease by 20 per cent. But we know the prices of
imported goods or services have not decreased at all. This means we are
paying 20 per cent higher for our imports including the raw material
and components for our industries.

Since oil prices are fixed in
US Dollar, the increase in US Dollar prices of oil should also be
mitigated by 20 per cent in Malaysian Ringgit.

But the
Government wants to please the International Monetary Fund and the
World Bank and decided to float the Ringgit. As a result the
strengthening of the Ringgit merely increased our cost of exports
without giving our people the benefit of lower cost of imports.

This
is not wisdom after the event. I had actually told a Government
Minister not to float the Ringgit three years ago. But of course I am
not an expert, certainly I know little about the international
financial regimes.

I believe the people expect the increase of
petrol price. But what they are angry about is the quantum and the
suddenness. The Prime Minister was hinting at August but suddenly it
came two months earlier, just after the ban on sale of petrol to
foreigners.

If the increase had been more gradual, the people
would not feel it so much. But of course this means that the Government
would have to subsidise, though to a decreasing extent.

Can the
Government subsidise? I am the “adviser” to Petronas but I know very
little about it beyond what is published in its accounts. What I do
know may not be very accurate but should be sufficient for me to draw
certain conclusions.

Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.

Three
years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today
it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in
the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure
profit.

Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).

But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.

By all accounts the Government is flushed with money.

But
besides petrol the prices of palm oil, rubber and tin have also
increased by about 400 per cent. Plantation companies and banks now
earn as much as RM3 billion in profits each. Taxes paid by them must
have also increased greatly.

I feel sure that maintaining the subsidy and gradually decreasing it would not hurt the Government finances.

In
the medium term ways and means must be found to reduce wasteful
consumption and increase income. We may not be able to fix the minimum
wage at a high level but certainly we can improve the minimum wage.

Actually
our wages are high compared to some of our neighbours. The investors
who come here are attracted not by cheap labour but by other factors,
among which is the attitude of the Government towards the business
community and the investors in particular.

From what I hear
business friendliness is wanting in the present Government – so much so
that even Malaysians are investing in other countries. There are
rumblings about political affiliations influencing decisions. Generally
Government politicians are said to be arrogant.

Malaysia is
short of manpower. The labour intensive industries are not benefiting
Malaysians. Foreign workers are remitting huge sums of money home.

The
industrial policy must change so that high tech is promoted in order to
give Malaysians higher wages to cope with rising costs of living.

The
world is facing economic turmoil due to the depreciation of the US
Dollar, the sub-prime loan crisis, rising oil and raw material prices,
food shortages and the continued activities of the greedy hedge funds.
The possibility of a US recession is real. In a way the US is already
in recession. The world economy will be dragged down by it.

Malaysia will be affected by all these problems. I wonder whether the Government is prepared for this.

We
cannot avoid all the negative effects but there must be ways to
mitigate against them and to lessen the burden that must be borne by
all Malaysians. I am sure the Government will not just pass all these
problems to the people as the review of oil prices every month seem to
suggest.

*****

Harga Minyak

Harga
minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat
laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain
harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual
pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika
Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak
di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan
Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya
mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di
jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja.
Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami
peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah
kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United
Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita
adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli
kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan
ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan
dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju,
tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari
lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada
kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar
membeli semula. Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan
harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli,
kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan
dan kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya,
Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan
ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa
keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak
menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai
Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya
Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke
RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika
Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit
pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh
dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20
peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga
barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar
20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan
komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam
Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya
dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi
Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan
telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit
hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada
rakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikan
selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri
Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah
saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim
kewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerima
kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah
jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini
seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya
datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan
kepada orang asing.

Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak
akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri
subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

Mampukah Kerajaan
terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit
sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam
akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat
tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga
tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini
ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di
dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung
bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita
pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh
bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain
minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang
400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga
mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah
tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di
dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan
menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat
menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan
sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi
berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik
bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk
sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya
pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga
amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga
melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik
mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan
sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri
yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia.
Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi
industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan
untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos
sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan
ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman
sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan
dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya
resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika
Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut
ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada
semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk
menghadapi semua ini.

Kita tidak boleh lari daripada akibat
negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang
terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan
tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti
ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.

9 thoughts on “Oil Price

  1. keluarga Oct 19,2008 4:34 PM

    SALAM AIDILFITRI BUAT TUN DR MAHATHIR SEKELUARGA.SEMOGA DIBERKATI ALLAH & DIPANJANGKAN UMUR. TUN SEMEMANGNYA SEORANG YANG MAHA BERANI, MAHA PINTAR, MAHA PERKARA, MAHA BIJAK DAN SATU-SATUNYA PM YANG TERBILANG. JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA KEMAJUAN DAN KEJAYAAN JUGA PENGORBANAN YANG TELAH TUN CURAHKAN. TUN ADALAH IDOLA KAMI SEKELUARGA. JAGA DIRI BAIK-BAIK oleh MARIANI taman desa skudai,Johor

  2. azli Oct 14,2008 10:03 AM

    Dear Tun,
    This is my first time in posting support and comment in your blog.I would like to thank you for your genious and responsible comment on the present government. I have been your supporter all along and that choice has not regret me till now.
    I felt pak lah had failed to bring the nation unity. I predicted he is just a follower rather than a true leader. WE NEED A LEADER TO LEAD MALAYSIAN AND MALAYS. HE FAILED US.
    Please continue to write for the good of the nation. Hope to see another ‘MAHATHIR’ in the near future. Hopefully Mukriz will do.
    Thank you.
    Azli

  3. SAT4 Sep 29,2008 5:10 PM

    “Malaysia is short of manpower. The labour intensive industries are not benefiting Malaysians. Foreign workers are remitting huge sums of money home.”
    Dear Tun,
    Referring to your comment above, i believe we should look at allowing/making it easier for more foreigners to take up Malaysian citizenship as this will help us in the long run, similar to how america has developed over the last 2 centuries riding on the vast no. of foreigners who came there. Off course security, racial harmony and other issues need to be addressed in order to make this a success.
    Also it will help us in order to increase our internal market (with increase population) not only for consumer goods as well as for housing etc..
    Last but not least Selamat Hari Raya to You and your Family and do send my salam to Tun Dr Siti Hasmah, who i respect whole heartedly for the person that she is.

  4. Sall3hSalam Aug 12,2008 5:21 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dan pada kadar(sangat tinggi)40% menyababkan kos bahan mentah lain di malaysia meningkat. Tambang bas pun akan naik melebihi 40%.
    Jika kos bahan mentah lain dan kos product dari Malaysia meningkat, sudah pasti negara yang mengimport product dari Malaysia akan mengurangkan import mereka dan mencari dari negara jiran yang lebih murah kos bahan mentahnya. Eksport Malaysia kurang pendapatan(Wang masuk) Malaysia pun kurang.
    Kenaikan minyak tidak sepatutnya pada kadar 40%, 30% mahupun 20% terutamanya minyak disel. Lebih 90% penggunaan disel dalam bidang pengangkutan dan industri berbanding induvidu. Sepatutnya kenaikan pada kadar di bawah 15% ataupun dinaikkan secara berperingkat sebanyak 2%-3% setiap tahun. Dengan cara ini kenaikan kos bahan mentah yang lain dapat dikawal. Begitu juga dengan inflasi.
    Harga minyak mentah sekarang berada pada harga lebih rendah dari apa yang perlu kita bayar sekarang. Kerajaan menjanjikan akan membuat semakan harga pada setiap bulan, ini bermakna pada setiap 1hb akan ada kenaikan dan penurunan. Mengikut pada pada harga minyak mentah sekarang, kemungkinan petrol dan disel akan turun 10%-15%. Tetapi ini tidak bermakna barangan runcit yang lain akan ikut turun(kecuali yang dikawal kerajaan).
    Harga minyak mentah pada 12/08/08 telah turun pada harga USD113.29
    http://www.oil-price.net/
    Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkahi Tun Dr. Mahathir
    dan sejahtera selalu. InsyaAllah.

  5. haffiz yusof Jul 19,2008 8:09 AM

    Salam Tun,
    Kenapa kalau Oil crude naik secara tidak langsung kerajaan akan menaikkan harga minyak malaysia ..sekarang rasa dah tiba masanya kerajaan menurunkan harga minyak di malaysia kerana Harga minyak dunia telah turun sehingga bawah US130.
    maaflah ayat saya tak tersusun maklumlah tidak pernah berpolitik,
    cuma ingin memberi cadangan yang sedia ada tetapi tidak pernah digunakan oleh kerajaan..Saya nak memberi cadangan tetapi tidak tau di mana salurnye..
    Kenapa kerajaan tidak menggunakan Mykad untuk mengawal penjualan minyak kepada rakyat negara luar.
    bermakna sesiapa yg mempunyai mykad akan mendapat harga minyak subsidi apa bila memasukan kad mykad di Pam dan sesiapa yg tak menggunakan mykad di Pam akan dikenakan harga minyak tanpa subsidi.
    sekeping idea.

  6. Marhain Sepi Jul 17,2008 6:33 AM

    Tun,
    Saya amat bersetuju dengan pendapat Tun tentang KADAR kenaikan harga minyak yang dibuat oleh Kerajaan terlalu tinggi. Memang benarlah harga pasaran dunia meningkat sehingga lebih 400% dalam masa tiga tahun, tetapi peningkatan sepatutnya dibuat secara berperingkat bagi membolehkan rakyat dan golongan peniaga membuat pelarasan yang manasabah.
    Kadar kenaikan harga minyak mempunyai kesan yang sangat besar kepada rakyat dan golongan peniaga kerana semua barangan memerlukan penghantaran dari kawasan pengeluaran kepada pengguna. Menaikkan harga minyak pada kadar 40% akan menyebabkan taraf kehidupan terpaksa dikurangkan sebanyak 40% dalam masa yang sangat singkat dan ini merupakan perkara yang hampir mustahil dilakukan.
    Satu lagi perkara yang menyebabkan rasa terkilan semua golongan ialah kenaikan dibuat selepas pilihanraya tanpa peringatan awal kepada golongan yang tidak mampu menjangka kenaikan harga yang begitu besar. Jelas sekali langkah ini dibuat untuk mengelak kehilangan undi. Soalnya ialah kenapa Kerajaan yang mempunyai sebegitu ramai Menteri, Timbalan Menteri dan “Pemikir” tidak dapat berfikiran lebih proaktif?
    Tidakkah mereka ini patut merasa malu apabila seorang bekas Perdana Menteri yang telah berusia lebih 80 tahun seperti Tun terus MEMBEBEL bagi membetulkan masalah? Saudara saudari diluar sana…fikir2kan perkara ini.
    Wassalam

  7. brother pubs Jul 1,2008 4:44 PM

    salam..
    tun this is what we called leadership…u hav all kind of knowldge eventho just a little bit..but its very halpful.compared to the others, which know how to talk but not to solve..
    ini la dia kerajaan yg d pimpin oleh pak lah yg tak mau blah,ilmu cket..mmg takda ciri2 pemimpin..bukan d segani malah d caci..dia akur saja pada ckp menantu antu dia tu..dasar org luar tak sedo diri.KJ ni mmg spy s’pore..jual harta m’sia kat sna..bukti pun ada, tp smua kabur je..
    harga minyak mmg terlalu tingi bg negara yg ada pengeluar minyak..
    dulu naik cket pun dlm nilai sen2 oun masih untung la..tp ni berlipat kali ganda,tak masuk akal..tak lama lg minyak di jgka habis..masa tu ntah mcm ane dgn glngan2 yg berpendapatan rendah..
    dulu stiap pemimpin trkenal dgn pembaharuan yg di bawa..mcm tun dulu
    BAPA PEMODENAN M’SIA
    TP DIA…BAPA KEHANCURAN M’SIA
    cemerlang,gemilang dan temberang(PL)
    HELP US TUN WITH UR BRILNT IDEA

  8. talksense Jun 23,2008 8:00 PM

    YAB TUN,
    Sememangnya apa ynag TUN ceritakan itu benar sebagai Bekas Perdana Menteri yang berpengalaman selama 22 tahun memegang pucuk pimpinan Kerajaan malaysia…jadi tidak ada orang yang berkelayakan untuk mempertikaikan kebenarannya…Syabas TUN!!!
    Saya ingin memberikan pandangan mengenai tindakkan yang di lakukan oleh Dato Shahril sebagai Menteri di KPDNHEP yang mengura-urakan penjualan minyak menggunakan dua pam yang berlainan di setiap petrol kiosk di sekitar sempadan negara…
    Tindakkan itu sebenarnya kurang bijak dan teramat bodoh jenis pendekatan yang di ambil, dan sebagai Kerajaan saya lihat langkah itu mencerminkan kebodohan Menteri yang bertanggungjawap dan jemaah KABINET jika meluluskannya…KENAPA???
    KERANA langkah itu akan meningkatkan lagi belanja untuk membina atau mengasingkan pam-pam untuk warga asing dan rakyat Malaysia…KENAPA pihak Menteri tidak memikirkan langkah yang lebih ringkas dan tepat TANPA PERLU MENGELUARKAN BELANJA LEBIH???
    SEPERTI:-
    Mensyaratkan setiap warga asing yang ingin membeli minyak dengan plate kenderaan negara mereka UNTUK MENGGUNAKAN KAD PENGENALAN mereka sebagai SYARAT UTAMA untuk membeli minyak di negara ini.
    Kedua, setiap warga asing yang membeli minyak itu harus membayar harga minyak TANPA SUBSIDI di CASHIER yang telah di PROGRAMKAN untuk HARGA TANPA SUNSIDI tersebut…
    Tidak kiralah berapa peratus yang harus di tokok untuk warga asing, tetapi untuk warga Malaysia ianya di tetapkan dengan subsidi…
    Saya berpendapat, langkah ini lebih practical dan tidak akan menyusahkan rakyat Malaysia…
    Apa komen TUN…

  9. Sepupu AntiMamak Jun 23,2008 3:07 AM

    Yang Berbahagia Tun,
    Management in Crisis, Now what the present government is trying to do is so called ‘Damage Control” by giving further subsidy to all those who complained, especially from Sabah Sarawak.
    It is being done week to week basis and by the time before the year ends, the total amount of money dished out will be more than what the original amountsupposed to be spent on subsidised fuel with weaker economy and higher than expected inflations.
    Eventually most of the allocations will go to Sabah Sarawak and nothing much left behind for the Peninsular Malaysians.( to prevent “lompat katak” Politics )
    In the anology, a scenario say ,
    a week before a By election, I will burned down my dilapidated and rundown house and mengadu nasib to the up and coming Wakil rakyat. KABOOM !! got a new house( + astro lagi, tapi electricity poles belum ada lagi )in just 3 days handshaking with the Wakil Rakyat ( macam signing MOU )with a mock key grinning in front page newspapers and and prime news coverage.
    yang mengadu,

Leave a Reply