TOTAL VISITORS FROM 2008:

RAPID KL 5

Yang Berhormat Dato’ Bung Mokhtar Radin
(Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat
berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.

Bas-bas
ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah
diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah.
Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh
Rapid KL. 

Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh
untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian
syarikat-syarikat ini. 

Kenapa?

Kenapa?

Apakah
Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil
daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk? 

Rapid
KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu
yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan
wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai.
Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung
besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas
yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah
yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih
keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh
Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu
banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada
pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk
menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai
tujuan yang sama?

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid
Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh
sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin
besar negara? 

Katanya pesanan untuk bas baru oleh Rapid KL
adalah begitu banyak sehingga Scomi tidak dapat membinanya. Oleh itu
Scomi dibenar import bas dari China. Apakah harga import dan harga
jualan kepada Rapid KL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru
dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?

Disiarkan
gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn
Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu
dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)



Penceroboh boleh ditembak
Bas-bas Rapid KL yang tersadai

Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi

Kita
juga dengar khabar angin bahawa Scomi juga dapat kontrak membekal
unit-unit monorel untuk projek monorel di Pulau Pinang. Sekali lagi
Scomi hanya akan membekal unit monorel sahaja dan tidak akan terlibat
dengan pembangunan dan pengurusan sistem monorel di Pulau Pinang. Umum
tahu pembangunan dan pengurusan tidak memberi keuntungan. Menjual unit
monorel tetap untung terutama jika tidak ada tender atau tender di buat
dengan spesifikasi yang hanya jenis unit monorel Scomi sahaja yang
boleh menepatinya.

5 thoughts on “RAPID KL

  1. Rozy Sep 23,2008 11:25 AM

    Yang Dikasihi Ayahanda Tun…terima kasih diatas keterangan berkenaan RAPID….memang teruk pembaziran wang rakyat. Pak Lah kata anaknya kerja Luar Negeri KONON! TAPI PENYAGAK KEBANGSAAN! SENANG LENANG KAYA DENGAN WANG RAKYAT! Dah teruk sangat keadaan negara ni…Tambah dengan ‘Peralihan kuasa” Tak pernah terjadi dalam UMNO begini TUN! Pemimpin no. 1 n 2 ni petingkan diri masing2….Walaupun.PM NI CUCU ULAMAK BELUM TENTU BAIK…DAN DIUJI DGN KUASA N HARTA DUNIA…SANGGUP HANCURKAN BANGSA! SEMUA AHLI UMNO TUNDUK PADA KEDUA2NYA….HARAP TUN N RAKAN-RAKAN YANG BERPENGARUH JUMPA RAJA2 N BERUNDINGLAH CARI JALAN TERBAIK….DAH LAH ANUAR IBRAHIM TU …PATUT MASUKAN DALAM ISA…PUCA EKONOMI JATUH N PELABUR TAK YAKAN MELABUR SPT ZAMAN YG DIKASIHI TUN!

  2. is Sep 7,2008 12:25 AM

    terima kasih Tun,
    Pendedahan yang di buat ini merupakan masalah yang tak sepatutnya berlaku kerana masyarakat / rakyat sesungguhnya memerlukan pembelaan setelah undi yang diberikan kepada kerajaan dalam pilihanraya. Mungkin kos bagi memyelenggara bas yang terbengkalai tu memakan jutaan ringgit, kenapa ini semua harus berlaku? Sesungguhnya kemusnahan bangsa melayu akhirnya di tangan orang melayu sendiri….

  3. Marhain Sepi Jul 17,2008 6:03 AM

    Tun,
    Tahniah kerana mendedahkan satu lagi pembaziran nyata! Saya menganggar nilai bas-bas yang tersadai ini sekurang2nya RM100 juta. Kalau Rapid KL mendapati tidak sesuai lagi menggunakan perkhidmatan bas-bas ini, sepatutnya ianya dilelong secara tender terbuka dengan SEGERA bagi menampung kos pembelian bas-bas “Gas” yang akan dibeli dari China itu. Sekurang2nya langkah ini dapat juga mengurangkan beban yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh golongan marhain.
    Wassalam.

  4. moli Jul 10,2008 2:10 PM

    Tun, Harap sihat dan selesa.
    Tun mengapa KJ dapat keutaman, adakah AAB tidak yakin dgn dirinya dan terpaksa memegang tanggan KJ untuk terus memimpin Malaysia dan tidak ada yg bertauliah & berkaliber utk menguruskan perniagaan selain dari KJ.
    Rapid,Monorail dll jadi milik satu manusia yg baru muncul tanpa sebarang usaha,Indahnya Malaysia syurga KJ.Rakyat perlu bertindak dgn pantas utk menghapuskan Virus KJ jika tidak ingin menderita selama-lamnya.
    Teruskan Tun perjuang demi rakyat.

  5. IIAPL Jun 24,2008 12:38 PM

    Thank you for the information Tun, I am quoting your post in my blog with due credit. Thank you.

Leave a Reply