TOTAL VISITORS FROM 2008:

MASA DEPAN UMNO 11

1. Pada Pilihanraya Umum 2008 sesuatu yang
tidak pernah berlaku dalam Pilihanraya Umum sebelumnya telah berlaku.
Sebilangan yang tidak kecil daripada ahli dan penyokong biasa UMNO
telah undi parti lawan atau merosakkan undi atau tidak mengundi.

2.
Hasilnya Barisan Nasional telah kalah di lima buah negeri dan satu
wilayah. Di lain-lain negeri di Semenanjung kemenangan Barisan Nasional
adalah tipis. Walaupun Barisan Nasional menang di peringkat pusat
tetapi gagal mendapat dua pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat seperti
yang biasa dimenangi sejak merdeka oleh Perikatan dan Barisan Nasional.

3. Umum akui bahawa ada mesej yang hendak dihantar kepada
Barisan Nasional dan pemimpinnya oleh pengundi. Tetapi hingga sekarang
ternampak jelas bahawa pemimpin Barisan Nasional terutama Presiden UMNO
dan Pengerusi Barisan Nasional, tidak dapat memahami mesej yang
dihantar atau tidak tahu mentafsir mesej berkenaan.

4.
Ini sudah tentu mengecewakan mereka daripada ahli UMNO terutamanya yang
dengan hati yang sedih dan tangan yang menggeletar mengundi parti
lawan. Tetapi kekecewaan ini tidak terhad kepada mereka sahaja.
Kekalahan UMNO yang teruk telah mempengaruhi ramai orang Melayu yang
lain. Dan sikap baru di kalangan orang Melayu ini akan menghakiskan
lagi sokongan kepada UMNO.

5. Hari ini orang Melayu terbahagi kepada empat kelompok.

6.
Yang pertama ialah mereka yang akan bersama UMNO walau apapun yang
terjadi kepada UMNO atau negara. Golongan ini adalah yang terbesar
dalam UMNO dan sokongan mereka menyakinkan pimpinan UMNO bahawa mereka
selamat dan UMNO selamat.

7. Kumpulan kedua ialah mereka yang
pada Pilihanraya Umum ke 12 telah undi parti lawan atau merosakkan undi
atau tidak mengundi.

8. Kumpulan ini terkejut dengan hasil
tindakan mereka. Mungkin ada yang menyesal. Tetapi lebih ramai daripada
mereka yang kecewa dan semakin marah kerana “pengorbanan” mereka tidak
mendatangkan hasil yang di harapkan.

9. Kumpulan ini akan
berusaha menyampaikan mesej yang lebih keras. Jika tidak juga di hirau
mesej mereka, sikap mereka akan diperlihatkan pada Pilihanraya Umum ke
13 dengan mengundi parti lawan terus.

10. Kumpulan ketiga
ialah mereka yang telah undi parti UMNO tetapi kecewa dengan sikap
pemimpin yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan parti,
yang menafi parti kalah, yang menyalahkan orang lain, yang tidak mahu
mendengar pendapat ahli, tidak membenar ahli mengkritik, tidak benar
ahli dengar pendapat orang lain, yang tidak mahu membenar pindaan
kepada kuota, yang larang EGM (Extraordinary General Meeting),
yang sering berkata ekonomi kukuh dan baik sedangkan rakyat menderita,
yang kata inflasi hanya 5% sedangkan harga minyak naik 40%, harga ayam
100%, harga beras sekali ganda dan lain-lain lagi, yang semuanya jauh
lebih mahal dari 5%. Mereka bosan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin
yang mendakwa benda yang tidak benar berkali-kali.

11. Mereka ini sudah tidak lagi berminat untuk menyokong UMNO dalam pilihanraya.

12.
Pemimpin UMNO tidak dapat mengenali mereka kerana mereka tidak
memperdengarkan rintihan mereka dan mereka bukan ahli Jawatankuasa
Cawangan atau Bahagian yang sering mencium tangan pemimpin, yang boleh
di arah oleh pemimpin.

13. Seperti kumpulan yang telah undi
parti lawan dalam Pilihanraya ke 12, mereka berdiam tetapi akan
bertindak di Pilihanraya Umum ke 13 dengan tidak mengundi UMNO atau
tidak mengundi langsung atau rosakkan undi.

14. Kumpulan
keempat adalah golongan muda dan yang berpelajaran termasuk ahli
professional. Kebanyakan mereka ini bukan ahli UMNO dan bosan dengan
UMNO. Mereka berpendapat samada UMNO tidak relevan atau UMNO adalah
kumpulan pengampu yang hanya ingin mendapat sesuatu bagi diri mereka,
justeru itu tidak ikhlas walaupun semasa cium tangan.

15.
Ramai mereka ini berpendapat UMNO adalah parti perkauman yang sudah
tidak berguna lagi. Malaysia adalah hak semua rakyat berbilang kaum
Malaysia. Justeru itu tidak mengapa jika mereka pilih parti pelbagai
kaum walaupun ternampak jelas yang parti-parti ini sebenarnya
diperalatkan oleh kaum tertentu.

16. Kumpulan (2), (3) dam (4)
mungkin tidak sebesar kumpulan (1) jumlahnya tetapi mereka menjadi
kumpulan penentu. Dalam pilihanraya kemenangan atau kekalahan di
sebabkan oleh sebilangan yang kecil sahaja daripada pengundi. Jumlah
pengundi mungkin besar tetapi perbezaan antara yang menang dengan yang
kalah biasanya tidak sampai pun 5% daripada jumlah pengundi yang
mengundi.

17. Jika jumlah kumpulan (2), (3) dan (4) hanya 5%
daripada jumlah pengundi dan mereka tidak mengundi parti yang menang
dahulu, parti itu akan kalah. Jika mereka memberi undi mereka kepada
parti lawan, parti berkenaan tetap akan menang.

18. Dalam
Pilihanraya Umum ke 12 kelebihan undi pada Barisan Nasional amat kecil
peratusannya. Jika kumpulan (2), (3) dan (4) tarik keluar hanya sedikit
sahaja daripada undi mereka jika mereka beri kepada parti lawan,
Barisan Nasional tetap kalah.

19. Jika tidak ada usaha untuk
menawan hati kumpulan (2), (3) dan (4) Barisan Nasional tetap akan
kalah pada Pilihanraya Umum ke 13.

20. Pemimpin Barisan
Nasional, terutama Pengerusi Barisan Nasonal, dan Presiden UMNO boleh
berseronok sekarang dan bermegah-megah dengan apa yang dipercayai
sebagai sokongan tidak berbelahbagi dan cium tangan ahli-ahli UMNO.
Tetapi ingatlah ramalan untuk sapu bersih semua negeri dan memenangi
2/3 Parlimen Pilihanraya Umum ke 12 sebenarnya adalah khayalan,
penipuan diri kerana asyik dengan sandiwara-sandiwara yang diadakan
oleh mereka yang hanya ingin membodek pemimpin.

21. Ingatlah
apabila UMNO tidak relevan lagi dan hancur berkecai, orang Melayu
dahulu, sekarang dan yang akan datang akan kutuk mereka yang kerana
kepentingan diri, kerana takut, kerana tamak telah menghancurkan UMNO
yang mereka sayangi.

11 thoughts on “MASA DEPAN UMNO

  1. kasturi bukit enterprise Nov 2,2008 4:07 AM

    Ingatlah apabila UMNO tidak relevan lagi dan hancur berkecai, orang Melayu dahulu, sekarang dan yang akan datang akan kutuk mereka yang kerana kepentingan diri, kerana takut, kerana tamak telah menghancurkan UMNO yang mereka sayangi.
    YANG NI MEMANG SAYA SOKONG HABIS…..
    INSPIRASI TAMING SARI BAGI SAYA TUAHSIJEBAT…

  2. Mohd ismail Jul 19,2008 11:38 PM

    Salam Tun,
    You are the best………….. HIDUP TUN, HIDUP TUN, HIDUP TUN….. Semoga ALLAH akan sentiasa merahmati kita semua…….

  3. karlor~hiuno Jun 26,2008 1:31 PM

    Ke Makam Bonda
    Oleh Usman Awang (Tongkat Warran)
    Kami mengunjungi pusara bonda,
    Sunyi pagi disinari suria,
    Wangi berseri puspa kemboja,
    Menyambut kami mewakili bonda.
    Tegak kami di makam sepi,
    Lalang-lalang tinggi berdiri,
    Dua nisan terkapar mati,
    Hanya papan dimakan bumi.
    Dalam kenangan kami melihat,
    Mesra kasih bonda menatap,
    Sedang lena dalam rahap,
    Dua tangan kaku berdakap.
    Bibir bonda bersih lesu,
    Pernah dulu mengucupi dahiku,
    Kini kurasakan kasihnya lagi,
    Meski jauh dibatasi bumi.
    Nisan batu kami tegakkan,
    Tiada lagi lalang memanjang,
    Ada doa kami pohonkan,
    Air mawar kami siramkan.
    Senyum kemboja menghantar kami,
    Meninggalkan makam sepi sendiri,
    Damailah bonda dalam pengabdian,
    Insan kerdil mengadap Tuhan.
    Begitulah bakti kami berikan,
    Tiada sama bonda melahirkan,
    Kasih bonda tiada sempadan,
    Kemuncak murni kemuliaan insan.

  4. karlor~hiuno Jun 26,2008 1:25 PM

    ERTI KEMERDEKAAN-DR MAHATHIR MOHAMAD
    PUISI PATRIOTIK 2000
    ERTI KEMERDEKAAN
    Dan jatuhnya hanya beberapa hari
    lalu terbelenggu 400 tahun
    suatu tempoh yang amat payah dan panjang
    pengabdian dan kehilangan yakin diri
    43 tahun kita berdiri menebus maruah
    merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
    masih mahukan harga itu diperjudikan?
    Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
    di tangan kita masih panas
    keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
    menghayun langkah membina wawasan
    waspada harimau di matahari terbenam
    tidak akan hilang belangnya
    mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat
    yang lemah longlai
    yang gagah gergasi
    akan meruntuhkan segala sempadan rimba
    atas nama membina perkampungan dunia
    mahukah kita biarkan
    mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini?
    Rimba tanpa sempadan
    atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir
    hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan
    ‘kasih alam
    ketelusan hukum
    keadilan timbangan
    kesatuan warga dunia
    kebebasan mutlak’
    lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
    dengan sorak sorai
    ‘runtuhkan sempadan!
    runtuhkan sempadan!
    runtuhkan korupsi
    runtuhkan kolisi’
    dan di belakang mereka tidak melihat
    bayang-bayang belenggu halimunan
    yang lebih ganas daripada segala yang ganas
    kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
    mengapa diundang mereka
    dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
    Kita telah bangun dengan segala kepayahan
    membuka belantara dan mempertahankan warisan
    kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
    merdeka kita dengan fikiran
    dan kita pertahankannya dengan fikiran
    dunia sudah melihat kita
    dunia sudah menghormati kita
    Timur dan Selatan mengharapkan kita
    mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini
    perlindungan dan erti hidup
    mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
    dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
    dan hanya sesekali menjulangnya
    mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
    Bijak pandai pernah berpesan
    ‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
    dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
    sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
    akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
    mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?
    Nasib kita genggam
    dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
    kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
    kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
    maruah bangsa kita julang ke mercu alam
    kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
    di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
    di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
    dan bukan alat peperangan
    dunia belajar erti merdeka sejati
    mempelajari dan menerima segala perbezaan
    merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa
    Di sini kita yakin segalanya boleh
    Di sini kita yakin segalanya boleh
    Itulah erti kemerdekaan
    Perjuangan ini mesti diteruskan.
    DR. MAHATHIR MOHAMAD
    mymail: satumemory@yahoo.com

  5. karlor~hiuno Jun 26,2008 1:18 PM

    Melayu Mudah Lupa
    Dibacakan oleh
    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
    di akhir ucapan penggulungannya
    pada Perhimpunan Agung UMNO
    di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya dipijak
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya retak
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya teriak
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya haprak
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya kelas dua
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya hina
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya sengketa
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya derita
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya kerdil
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya terpencil
    Melayu mudah lupa
    Tiada daulat
    Tiada maruah
    Tiada bebas
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Sejarah bangsanya yang lena
    Tanah lahirnya yang merekah berdarah
    Ingatlah
    Ingatlah
    Ingatlah
    Wahai bangsaku
    Jangan mudah lupa lagi
    Kerana perjuanganmu belum selesai…

  6. Hookamania Jun 26,2008 12:01 PM

    Salam sejahtera YAB Tun,
    Mungkin sebab tertarik dengan artikel dan pandangan YAB Tun selama ini, saya ingin meluahkan perkembangan politik yang diamati berdasarkan pengetahuan saya..
    Kemenangan besar yang diraih UMNO sebelum ini adalah kerana YAB Tun… Saya memangkah kerana sedih tidak dapat bersama memperjuangkan UMNO dan BN ketika zaman YAB Tun. Dan ramai lagi meluahkan pendapat bahawasanya kami memangkah pada Pilihanraya 2004 kerana YAB Tun telah meninggalkan pimpinan tersebut kepada Dato’ Seri Abdullah sebagai menghormati sejarah gemilang pemimpin Negara.
    Pilihanraya 2008 saya tetap memperjuangkan UMNO dengan harapan yang satu. Melihat kalangan daripada pemimpin UMNO yang lain yang boleh untuk dijadikan sejarah gemilang pemimpin Negara berulang kembali.
    Walaupun YAB Tun telah keluar daripada parti, saya masih mengharapkan sejarah gemilang pemimpin Negara UMNO berulang kembali. Agar harapan saya tidak berkubur…..

  7. karlor~hiuno Jun 25,2008 5:09 PM

    REEZEL MERICAN tikam belakang dato suhaimi ibrahim.
    dato suhaimi ni pun bukan lah baik sgt orgnya.tapi tak lah jahat juga. adatlah manusia. dia ni org anwar, reezel ni org khairy. TAPI KHAIRY N ANWAR NI PUN KONGSI ASPIRASI Y SAMA… tapi dlm politik ni baik ka, tak baik ka, semua sama… kan kita ni manusia y tak pernah lari dari kesilapan. bezanya org y mengisafi, org y mengulangi dan org y tak sedar2kan diri…
    islam melarang kita membenci sesama saudara. cuma benci pada perangai tak pa… tu kena paham na.
    reezal n suhaimi ni sama dlm gpms. time tu suhaimi ni presiden. special la gpms ni coz penasihat n penaung nya hanya perdana menteri. suhaimi ni kira senior la… saya kiranya kenalan tak berapa rapat datuk suhaimi la. time pemilihan umno awal mellinium dulu tu, reezal still fresh. jadi s/u dato shahrizat. time tu suhaimi ni dok bawa reezal kesana kemari introduce n promote pada member2 dia. termasuk lah saya. tak pa lah…
    alih2 beberapa tahun lepas tu jadi krisis kepimpinan n rebut jawatan dlm gpms.. hmm hmm. paham lah. tak payah la saya cerita panjang.
    apa y reezal dah buat pd suhaimi, satu hari nanti dia juga akan merasa.. insyaAllah… dunia ni bulat.
    WHAT U GIVE , IS WHAT U GET.
    khairy, reezal, norza n d geng… masa anda akan tiba.
    VETEREN UMNO DAH BERPESAN, DLM POLITIK, KALAU CEPAT NAIK, CEPAT LAH TURUN & SEBALIKNYA. WALLAHUALAM…
    komen please.
    by the way, ni mail saya : satumemory@yahoo.com

  8. Mat_Kilau Jun 24,2008 12:43 PM

    YYBhg TUN,
    Semamangnya sejak kebelakangan ini media cetak dan elektronik arus perdana tidak lagi memaparkan slot pandangan rakyat atau orang ramai tentang sesuatu isu seperti dulu. Kalau dahulu kita akan dapat mendengar rintihan atau keluhan dan pendapat orang ramai mengenai sesuatu isu semasa tetapi kini ruang tersebut sudah diisi oleh wakil-wakil rakyat atau menteri-menteri untuk menyatakan sokongan mereka tentang sesuatu isu. Peluang ini memang tidak akan dilepaskan peluang oleh mereka-meraka yang cuba menonjolkan dan memberitahu “Orang atas” bahawa mereka adalah penyokong setia.
    Bimbang kalau dikatakan “kurang menyokong” atau berpihak condong ke arah bertentang dengan apa yang di sarankan, mereka ini akan cuba sedaya upaya memberi komen apabila diberi peluang. Dalam kegairahan ini ada juga yang “melalut, mengarut dan memberi gambaran TERUK” mengenai wakil-wakil rakyat atau menteri zaman sekarang. Sikap “Menjaga hati pemimpin melebehi hati rakyat” akan mengundang bencana kebencian rakyat yang kelak akan menghancurkan UMNO itu sendiri.
    Tidakkah mereka sedar bahawa jawatan yang dipegang itu ditentukan oleh rakyat melalui undi yang diberikan setiap kali pilihanraya diadakan. INGATLAH ” Bahawa PEMIMPIN tidak boleh mengekalkan jawatan mereka tanpa SOKONGAN rakyat tetapi RAKYAT boleh mengekalkan mereka sebagai wakil rakyat walaupun tanpa sokongan PEMIMPIN.
    DEMOKRASI memberi kuasa PEMIMPIN kepada RAKYAT. Jika kamu melupakan PEMIMPIN di masa kini kelak PEMIMPIN akan lupa untuk melantik kamu sebagai PEMIMPIN di pilihanraya akan datang. SEDARLAH WHO’s IN CHARGE DAN SIAPA PEMIMPIN KAMU SEBENARNYA.
    Semoga sihat dan dirahmati ALLAH selalu TUN bersama keluarga.

  9. rizalrotinan Jun 24,2008 10:50 AM

    Good Day Tun….
    1.PEMERINTAHAN TUN VS PAK LAH
    Perbezaan yang ketara dari segi membuat keputusan
    Tun – Tegas dan berwawasan
    Pak Lah – Dolak Dalik
    DOLAK DALIK BREAKDOWN:(Hari ni ok besok dah lain cerita)
    – Isu Jambatan
    – Isu Dakwat (pilihanraya)
    – Isu Tarikh pilihanraya
    – Isu Minyak tarikh kenaikkan
    – Isu gaji 2 bulan sekali
    – Isu Subsidi untuk kenderaan 2000cc naik ke 3000cc
    – Isu minyak kepada orang luar (singapura & Thai)
    – Mungkin akan banyak lagi keputusan yang dolah dalih akan menyusun.
    Setelah lebih 100 hari pemerintahan BN, rasanya ibarat Christmas sudah tiba di mana Mr.Santa akan memberi apa jua permintaan anak kecil yang meringik inginkan satu satu benda idaman hati mereka.
    Tetapi Mr.Santa dalam episod ini hanya pandai memberi kepada sesorang atau negeri yang bakal mengancam kedudukannya sebagai Mr.Santa no:1 di malaysia. Tapi hanya janji sahaja…setiap kali turun ke negeri tersebut bukan kecil-kecil pemberian, semua bermula dengan belion (figure).
    Bagaimana agaknya sekiranya semua negeri di bawah pemerintahan MR.Santa ini bermasaalah seperti di Sabah. Adakah Mr.Santa ini juga akan menabur janji berbelion belion pada negeri tersebut.
    Wahai MB-MB Barisan….inilah masanya untuk anda anda semua bangun dan memasaalahkan negeri anda supaya Mr.Santa akan turun dan menabur janji dan akan memperuntukkan berbelion belion kepada negeri anda.
    Buatlah keputusan cepat sementara Mr.Santa tengah bermurah hati atau atas rasa playsave…..
    Buat Tun…..
    Walaupun semasa pemerintahan tun dulu isu pancung memancung orang bawahan tun di anggap STANDARD tapi saya tetap hormat dan respect tun kerana cara tun memancung mereka mengunakan pendekatan yang diplomasi dan bukan C.O.D (cash on delivery)seperti apa yang berlaku pada Dato Yong SAPP. Tabik Tun….
    Cuma yang terkilan sikit….maaf ya Tun – Isu isu pancung tun dulu baru sekarang terkeluar pulak dah kena bayar pampasan sebagai ganti rugi….duit sapa yang mereka bayar pada mangsa-mangsa tun yek….
    Masa tun set-up Putrajaya dulu ada ke dana untuk kes kes macam ini kalau belom atau tiada dana lagi saya rasa tun punya wawasan yang tun laungkan dulu ada kecacatan sedikit kerana tun tidak memikirkan apa akan berlaku selepas tun bersara seperti sekarang.
    Orang yang tun hand over dulu ingatkan mr.yes boss rupa-rupa dah jadi Mr.Santa kesiannya tun sekarang…..tak per lah tun banyakkan bersabarlah ya…..senang-senang dulu bersusah-susah kemudian.
    Saya tetep ucapkan syabas pada TUN DR.MAHATHIR

  10. absh Jun 23,2008 7:44 PM

    Dear Dr,
    Since you have touched on the many categories of Malays, I would like to touch on the many categories of UMNO members.
    The first group is UMNO members who are loyal to the party. This group will support UMNO regardless who its leaders are. During good or bad times, their loyalty to UMNO is unquestionable. To them, the leaders can come and go but UMNO must remain forever. We know who they are!
    The second group is UMNO members who are loyal to its leaders. They are in UMNO because they like the leaders. If the leaders leave UMNO, they will follow suit. If the leaders decide to destroy UMNO because of the power struggle within the party, they will execute the plan to the end. We know who they are!
    The third group is UMNO members who join the party for financial gain. This group is never bothered about ‘perjuangan UMNO’. As long as they continue getting government projects, they are happy to be in UMNO. The last few years, we saw many of them in UMNO. Of late, due to UMNO losing its strength and possible power transfer to the opposition, we don’t see many of them anymore. Perhaps, these opportunists are making themselves comfortable in the opposition camp. We know who they are!
    The forth group is UMNO members who join the party for personal gain. This group always think they are cleverer than the rest of UMNO members. Their ultimate objective is to become leaders in the party, hence the government. They think only they deserve to be wakil rakyat, exco and minister. They will do anything to ensure their personal ambition is achieved. We know who they are!
    The fifth group is UMNO members who are neither loyal to the party nor the leaders, and neither for financial nor personal glory. They are in UMNO because they are asked to join in during recruitment drive and their yearly fees are paid for by someone. They never attend branch meeting, never get involved in party’s activities and never bothered about what is happening in the party. We know who they are but they are way too many! It is very hard to predict who they vote for in the election. This group can make or break UMNO.
    For the future of UMNO, current leadership must pay serious attention to all categories of UMNO members above.
    To you Dr, keep on fighting for the betterment of the Malays and Malaysia.
    ABSH

  11. Jembalang Tanah Jun 23,2008 5:17 PM

    Salam Tun,
    Sebagai orang yang berpengalaman luas dalam bidang politik tanah air, kami rakyat Malaysia bergantung penuh kepada Tun dari segi corak pentadbiran dan pemikiran, jika ada pilihanraya bagi mencari pemimpin negara, pasti kami akan mencalunkan semula Tun bagi menangani krisis ini.
    Ramai mereka hanya pentingkan diri sendiri tetapi mengabaikan kami para pengundi @ penyokong mereka ini. Buat tatapan Tun, saya adalah kelompok ke 4, benar seperti apa yang Tun maklumkan….
    PRU 13 akan merubah segalanya…. tampuk pemerintahan negara dan pengambilalihan kuasa sebenar suara rakyat akan berlaku. PM sekarang akan menerima impak yang sebenar atau KJ yang akan lari dulu untuk selamatkan RM nya….
    Rakyat sudah celik mata, kaum Asli pun sudah pandai buat kira2, biar depa leka, kelak depa yang tak ada tanah pusaka. benarlah kata Tun, Melayu Mudah Lupa…. Jangan sampai tanah air yang kita pelihara ini dijajah oleh bangsa lain sudahlah… tak sanggup mengenang kembali jerit maung nenek moyang bertegang urat bermandi darah untuk mendapatkan kemerdekaan ini.

Leave a Reply