TOTAL VISITORS FROM 2008:

AGAMA POLITIK 17

Artikel ini telah disiarkan di dalam Mingguan Malaysia Februari 3, 2013

1. Apabila agama dijadikan isu politik, tak dapat tidak ia akan tercemar. Politik kerap kotor. Apabila yang bersih dicampur dengan yang kotor, yang bersih akan jadi kotor, bukan sebaliknya.

2. Kita sedang menyaksi pencemaran ini berlaku kepada agama Islam bukan sahaja oleh musuh Islam tetapi oleh orang Islam sendiri. Kehormatan terhadap agama, Nabi bahkan Allah sudah berkurangan.

3. Sudah ada pemuda Melayu yang sanggup berkata, “Kenapa kita perlu lindungi Nabi, Nabilah yang patut lindungi kita”.

4. Seorang lagi pemuda Melayu dalam surat kepada seorang VVIP Melayu berkata, “Allah bukan ada ‘patent rights’. Siapa pun boleh guna Allah.

5. Semasa lawatan Ratu Elizabeth ke Malaysia untuk Sidang Komanwel pada tahun 1989, baginda tidak dibenar melawat masjid Shah Alam. Alasannya ialah kerana pihak berkuasa masjid tidak dapat menentukan beliau datang bulan atau tidak. Ratu Elizabeth pada masa itu berumur 64 tahun, kerana seperti saya, baginda lahir pada 1925.

6. Sekarang kerana politik, perempuan bukan Islam yang masih boleh hamil dibenar masuk dalam masjid untuk bersyarah, untuk berjumpa Tok Guru. Wanita Islam tahu bila boleh masuk masjid. Apakah pegawai masjid sudah tentukan keadaan pemimpin wanita bukan Islam ini sebelum membenar dianya masuk masjid. Atau apakah demi undi, yang tidak bersih pun boleh dianggap bersih.

7. Tetapi yang menyedihkan sangat ialah kenyataan Nik Aziz bahawa Nabi adalah orang biasa. Ia menjadi Nabi hanya setelah meningkat umur 40 tahun. Oleh itu kenapa perlu kita sambut hari Nabi diperanakan (Maulud Nabi)?

8. Dan Kelantan pun tidak merayakan Maulud Nabi tahun ini.

9. Tetapi saya baca dan lihat gambar Nik Aziz merayakan hari beranaknya di rumah Karpal Singh dengan bersalam dengannya, untuk merayakan hari Thaipusam.

10. Jelaslah bahawa bagi Nik Aziz, Murshidul Am PAS, hari beranaknya boleh dirayakan bersama Karpal Singh. Maulud Nabi bukanlah sesuatu yang perlu kita rayakan.

11. Kalimah Allah sudah diguna untuk pancing undi. Kerana ingin dapat undi pihak tertentu dalam pilihanraya, dinyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa sahaja.

12. Kemudian apabila takut tak dapat undi pihak yang lain dengan mudah dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna selain dari dalam agama Islam. Bila ditanya kenapa dahulu kata boleh, jawabnya itu karut. Murshidul Am PAS mengaku ia mengarut.

13. Soalnya ialah apabila kenyataan-kenyataan ini dibuat, apakah ia kerana Allah S.W.T atau kerana ingin memenangi pilihanraya, ingin jadi Perdana Menteri, ingin pancing undi. Apakah kalimah Allah dijual untuk undi duniawi.

14. Di Malaysia ada hanya Sunni. Tidak ada Syiah. Kita tahu apabila ada Sunnni dan Syiah dalam sesuatu negara maka permusuhan yang ketat akan berlaku sepanjang masa sehingga ramai bunuh-membunuh berlaku antara mereka.

15. Malaysia tidak ada Syiah. Sebelum adanya pilihanraya tidak ada perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia kerana tafsiran Islam yang berbeza. Apabila pilihanraya memberi peluang untuk mendapat jawatan, elaun dan bermacam keuntungan, barulah perpecahan berlaku. Untuk mendapat nikmat duniawi maka agama diperalatkan. Maka mulalah tuduhan bahawa orang UMNO kononya kafir supaya mendapat sokongan orang Melayu lain dalam pilihanraya. Maka berpecahlah orang Islam di Malaysia seperti yang terdapat di negara Islam yang mempunyai Sunni dan Syiah. Maka berlakulah sembahyang dua imam, kubur berasingan dan lain-lain. Maka diheretlah kalimah Allah, Maulud Nabi, sembelihan orang tertentu haram dimakan dan bermacam lagi.

16. Saya percaya dimasa hadapan akan berlaku lebih dari ini. Agama Islam akan lebih dicemar oleh orang Islam sendiri. Jika ini disertai oleh orang bukan islam maka akan berlakulah ketegangan hubungan antara kaum dan rusuhan di Malaysia. Negara yang aman ini akan menjadi seperti negara-negara yang mana penduduk terbahagi kepada Syiah dan Sunni dan lain-lain agama.

17. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih bahaya dari permusuhan kerana agama.

18. Mungkin mereka yang memperalatkan agama akan dimakan oleh agama, Wallahualam.

17 thoughts on “AGAMA POLITIK

  1. BMarqa Mar 3,2013 11:39 PM

    Eh….eh…..eh……..bila lah nak terubah

  2. hati.kering Mar 2,2013 11:25 AM

    SURAT DARIku syaitan laknatullah UNTUKmu yang aku sayangi tetapi aku tetap membenci kamu…Catatan : Jika kau benar-benar menyayangiku , kau tak akan mengirim suratku ini dengan sesiapa pun.
    http://www.peceq.blogspot.com

  3. Farihan Han Feb 9,2013 10:09 PM

    Kalau semua Bersatu dan saling hotmat menghormati pasti akan aman…

  4. shaik mohd shaszari Feb 9,2013 4:40 PM

    Dr Jafri, ilmu yg Allah turunkan thru sumber 2 nas utk kter umat Islam bukan bleh dijual beli ngan harga murah tuk keuntungan duniwi. Apapun sy hanya berbekalkan basic agama & bukan pakar bidang agama…xperlu jd pakar pun tuk miliki akidah mantap, masakan Arab Badwi kat padang pasir just few sesi blaja agama ngan Nabi bler pulang mampu plak islam kan 1 kabilah depa. Berikrar & akui rububiyyah Allah terlintas dlm lubuk hati & fitrah manusia, tauhid ni mmg Allah dah bekalkan pd jiwa kter semua termasuk Samy Vellu or lim guan eng 🙂 walau seseorg itu kafir walau dia syirikkan & kufur pd Allah, rujuk surah az-zuhkruf ayat 87 & 9, & an-naml :14, ok itu jawapan utk soalan pertama. Soalan ke 2 xlayak sy jawab utk menyamakan nama hamba yg lemah dgn namaNya. hati2 Dr Jafri blermana anda sebut paderi khatolik juga bleh petik lebih baik sbgmana sy petik nas a`quran & hadis…jgn sampai akidah anda tergelincir jika anda fikir fakta al-kitab mereka more facts than us. Anda dapatkan buku Ahmed Deedat bertajuk Debat Islam & Kristian. Apapun isu kalimah Allah sy setuju ianya disyarat ketatkan if non Muslim tuntut nak guna, if KDN leh luluskan permit cetakan Al-Kitab dlm BM yg ada gunakan kalimah Allah, napa mereka2 melalui Umno beriya2 nak jd hero kalimah Allah, sendiri luluskan sendiri nodai, neraka paling bwh bukan diduduki org kafir tp munafik. Apapun Dr Jafri, profession spt Dr, Ir, Ar, peguam, businessman paling berjaya or apa2 pun xder yg a`quran banding dgn ANJING melainkan profession ULAMA yg tau keterangan2 ayatNya tp sorokkan tuk untung duniawi…Al-a`raf 175-176, Dr Jafri jgn rujuk Al kitab plak sure xjumpa punyer….Yg buruk dari saya & yg baik dari Allah, tuhan untuk semua…

  5. Dr Jafri Feb 8,2013 12:46 AM

    Sdr Shaik,

    satu soalan: di manakah terletaknya persamaan apabila seorang kafir dan seorang mukmin menyebut Allah ?

    Seandainya nama Sdr Shaik diguna dan dijaja oleh sekumpulan penyangak dalam satu skim cepat kaya untuk mewakili aktiviti mereka, adakah anda akan memberi izin?

    Sebagai orang Islam kita selalu diperingatkan tentang niat dan perbuatan. Actions and intentions. Anda boleh memetik ayat Quran dan Hadith, malahan saya fikir paderi Khatolik pun boleh buat lebih bagus dan lebih meyakinkan dari anda, untuk diguna sebagai hujah dalam isu kalimah Allah – tapi apakah motif mereka juga sama dengan motif anda?

    Isa [a.s.] said, ‘The most wretched of all people is he who is known for his knowledge, not for his actions.’

  6. shaik mohd shaszari Feb 7,2013 9:44 AM

    Bapa Nabi bernama ‘Abdullah/hamba Allah. Bapa baginda lahir dizaman jahiliah b4 muncul baginda as rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yg menjadi pemimpin Kafir Quraish pada zaman dahulu. Quraish dizaman jahiliah juga bertawaf dgn sebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

    Lihat Hadis perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w & Kafir Quraish Mekah, seperti berikut:
    “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dgn Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail b ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dgn nama Allah), maka kami xtahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yg kami tahu iaitu BismikalLahumma (dgn namaMu Ya Allah!)”. Dlm riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w terima bantahan tersebut. Ternyata mereka gunakan nama Allah.

    Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

    Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

    Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

    Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

    Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

    `So far xder nas A`quran or hadis Nabi yg larang guna kalimah Allah oleh Non Muslim but must dikuatkuasakan sapa2 yg perintah la, terpulang, tapi KDN leh plak luluskan permit `al kitab Injil` versi BM utk guna kalimah Allah & sapa plak yg beria2 larang kalimah Allah dr diguna oleh org lain ? Neraka paling bwh bukan diduduki oleh org kafir but org Munafik !. For me, bukan isu nama Allah yg perlu utk direbut or jadi agenda besar, tapi gerakan bina semula akidah yg sejahtera & fahamkan generasi kita wajah Islam yg sebenar agar mampu bersaing & menghadapi cabaran zaman.

    Sampai bler kita nak terus hidup ngan oksigen dari saluran undang2 hingga kita yg Majoriti, yg ada TV, radio, mcm2 institusi & agensi, still takut gerakan Minoriti? Mana kehebatan Islam yg selalu kita sebut & ceritakan sejarah kegemilangannya? or sebenarnya, kita xmiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu xberkesan….Wassalam 🙂

  7. HBT456 Feb 6,2013 3:24 PM

    Stupid people ask stupid question.

    Tak minum kat sini kerana UMNO, PKR dan PAS takut hilang undi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam via IC issue that really make non-Malays lagi benci Melayu.

  8. shaik mohd shaszari Feb 6,2013 12:32 PM

    Assalam Tun,

    Untuk makluman, after mangkatnya Nabi Saw xder seorg pun dari kalangan sahabat2 yg meraikan / sambut Maulid Rasul, hanya zaman after itu muncul & berarak dijalan2 raya. Begitu juga soal Kalimah Allah yg dibangkitkan menjelang election, ianya soal khilaf pendapat, selagi xbercanggah dgn nas2 sumber agung kter umat Islam A`quran & Hadis, apapun bergantung pd penguatkuasaan kerajaan yg perintah now la & sy setuju ianya diketatkan. Suka saya nak bertanya Tun, bilamana anakanda Tun, Mirzan di lantik sbg Director San Miguel 2009-`10, apa hukumnya sbb syarikat ini terlibat produce arak, sy rujuk H.Riwayat Imam Ahmad drpd Abi Umar, Sabda Nabi Saw:
    “Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minuman, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, org yg memproses & pemakan harganya (wang hasil penjualan arak) ” Hadis ini jelas sebut semua jenis perkhidmatan berkaitan arak `HARAM` & sy percaya Saudara Mirzan termasuk dlm kategori 8 dibwh. Mohon penjelasan Tun sbb saya keliru. Wassalam.

    1. Pemerah arak

    2. Bekerja menghasilkan arak

    3. Peminum arak

    4. Pembawa arak

    5. Meminta dibawakan arak untuknya

    6. Memberi minuman arak kepadanya

    7. Penjual arak

    8. Orang yg mendapat hasil daripada arak

    9. Orang yg membeli arak

    10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya

  9. Dinsmann Feb 6,2013 6:43 AM

    In the beginning Islam is very personal. Now it is public. The masses are judging everybody. Malaysia is approaching fast into anarchy. Soon your mothers and sisters will be canned by black-clothed taliban “Islamic” guides. The day will come sooner than you think. Who will protect the rakyats. Even DS Najib is easily subdued by the extremists. BN is the only hope to change back to the way it was. Do not let UMNO be brain-washed by the holier than thou muslim clerics.

  10. HBT456 Feb 5,2013 10:01 PM

    Is Sir Mubarak Chan DS Fong Chan Onn from Batu Gajah, Melaka?

    If you are, then it’s not a surprise to me.

    This time, please let Malaysians decide real politics in the ballot boxes to “ringankan bahu BN” after few decades of hard works to stabilize race extreme conflicts from PAS, DAP and now PKR.

    Mari kta bersama-sama membina semula negara kita ke arah 1 Malaysia bersama PM Najib dan BN.

    Thank you very much, Sir Mubarak Chan and so is your mentor, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    I am signing out because I hate fake politics that do not favor yourself and the people.

  11. HBT456 Feb 5,2013 9:35 PM

    Minority like them really can make Melayu fight among themselves because of this “Kalimah Allah” power to get rich.

    If the Bumiputra insists that “Kalimah Allah” is hak istimewa Bumiputra Indian, then, UMNO will loose not only Malay Muslim votes, they also loose other race votes, especially the 2nd major Chinese votes.

    Therefore, by downgrading Mr Lee Kuan Yew is just only an excuse.

    Finally, I understand why both Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn preferred to leave UMNO.

    Finally, I undestaand why Tun Razak died in London.

    I finally understand why anak Daim and Zaid Ibrahim prefer to make investment in Singapore and the son of Tun Gafar Baba joined PAS.

    Yes, doing business is easy and safer because Singapore is ruled by Common Law.

    But, Malaysian is ruled by UMNO by increasing Muslim Pakistan and Indian via IC issuing,

    Is it within law or someone abused the naturalization immigration law for Malaysia?

    Nasi dah jadi bubur, and I will accept this new scenario with new immigrants to Malaysia.

    I am no longer angry nor frustrated because “Kalimah Allah” is only politik agama to rule Malaysia few decades back.

    My votes will go to BN because they need votes to develop the country for the benefit of all races to create jobs.

    Politics are not dirty, but politicians make them dirty.

    Be yourself and everything will be alright.

  12. HBT456 Feb 5,2013 9:06 PM

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/islamic-authority-imposing-restrictions-on-non-muslims-in-allah-row-says-interfaith-group/

    The name is with Sheik means he is a Bumiputra with Indian blood.

    I used to ask myself, why these Sheik Muslim are rich, but Melayu are poor and kind?

    Sheik is minority, why they can be so powerful and rich?

    But why today, they are so oppressive?

    Perhaps, Sir Mubark Chan can explains why?

  13. HBT456 Feb 5,2013 8:11 PM

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/5/nation/20130205192236&sec=nation

    This shows that Malaysia is known to the western world.

    After reading the comments by some Malays, it’s time not to waste my votes on UMNO in the name “Kalimah Allah” in this GE13th.

    Enough is enough!

  14. sibotak Feb 5,2013 3:17 AM

    ISLAM SUDAH DI HINA DENGAN PELBAGAI CARA
    BUKAN DENGAN SEMBUNYI MALAH DENGAN TERANG TERANGAN

    1.MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN CARTOONIST MEREKA
    2.MEMBUNUH PEMIMPINS ISLAM YG SEJATI ,OSAMA BIN LADEN
    SADDAM HUSSEIN DAN YG LAIN LAIN
    3.MEMFITNAH IRAQ SEHINGGA IRAQ PORAK PERANDA
    4.MENGAPI APIKAN SYRIA SUPAYA MEMBUNUH SESAMA
    5.MENCURI MINYAK IRAQ , MENCEREBUHI DUNIA ISLAM SECARA TERANG TERANGAN
    6.MENGHALALKAN HUKUM ALLAH DENGAN MENGELUARKAN SIJI HALAL MAKANAN
    YG SEKARANG SIJIL HALAL MERUPAKAN BAHAN KOMERSIL LEBIH DARI IMFORMASI HALAL
    7.DI SINGAPURA MUIS BERKIBLATKAN P.A.P SAMPAI MUFTI MENGELUARKAN FATWA BAHWA HALAL BAGI SI MATI MUDA MENDERMA ORGAN MEREKA SEKIRA MATI MUDA
    DAN ORGAN INI BERTUJUAN KOMERSIL YG DILAUNGI KERAJAAN KAFIR
    RAMAI DIKALANGAN PEMUDA/PEMUDI ISLAM SINGAPURA MATI BERKAPANKAN KAPAS BUKAN DILUAR TUBUH MALAH DIDALAM TUBUH
    8. PALESTIN DITINDAS SEOLAH TIDAK ADA HAK ASASI MANUSIA

    DAN BANYAK LAGI DAN YG LEBIH SEDIH DAN AMAT SEDIH
    DUNIA ISLAM SENDIRI TERGAMAK MELAUNGKAN
    FITNAH AMERIKA YAKNI PERJUANG HISBOLLAH, HAMAS, JEMAAH ISLAMIAH,TALLIBAN
    SEBAGAI TERRORISTS
    ADAKAH MEREKA TERRORIST ATAU PERJUANG ISLAM YG SEJATI
    YG SANGGUP MENGORBANKAN NYAWA & HARTA DEMI MEMPERJUANGKAN ISLAM
    SEPERTI KALIFAH ALLAHYARHAM OSAMA BIN LADEN……AL FATEEHA
    SEDANGKAN BELIAU BUKAN CALANG CALANG MANUSIA
    HIDUP BERSUDU EMAS DAN SANGGUP MENINGGALKAN KEKAYAAN BELIAU
    SANGGUPKAH KITA BERGADAI SKUTER BURUK KITA ?
    ADAKAH BILA MEREKA MENGEBOM DAN ADA MANUSIA YG TAK BERSALAH TERKORBAN KITA NAMAKAN TERRORIST ?
    APA PULA NATO MILTARY YG MENGEBOM SANA SINI DENGAN SENJATA YG MENGHANCURKAN SEGALANYA ?

    KENAPA INI TERJADI ?
    PENGANUT ISLAM TIDAK BERSATU
    MEMBENARKAN SIKAFIR MEMECAH BELAHKAN KITA
    SEUMPAMA DAP,MENYOKONG PAS, PKR UNTUK MEMECAH BELAHKAN KITA
    TIDAKKAH PEMIMPIN ISLAM BERFIKIR TENTANG KENYATAAN INI
    ADAKAH DAP AKAN MENYOKONG NIK AZIZ , ANWAR SEKIRA DAP BERKUASA KELAK
    KITA SUDAH ADA JAWAPANYA
    MARILAH KITA BERSATU
    MARILAH KITA SESAMA BERUSAHA MENYATU PADUKAN KITA BERSAMA

    INI SEHARUSNYA JIHAD KITA UMAT ISLAM SEKARANG
    MENYATUPADUKAN KITA BERSAMA
    TAK PERLU LAWAN SIKAFIR
    MERMECAH BELAHKAN KITA ADALAH MUSUH KITA SEBENARNYA
    BUKAN SIKAFIR

  15. hajar Feb 4,2013 11:09 PM

    Salam YAB & diKasihi Tun,

    1. Betul Tun, nama agama yang sedang di tonjolkan ialah AGAMA POLITIK…ini akan lebih memburukkan lagi imej agama ISLAM sebab mereka yang mengamalnya mendakwa bahawa mereka sajalah yang paling Islam di Malaysia ini.

    2. Saya sarankan supaya Nik Aziz bersara sebab beliau sudah selalu sangat melalut. Kenyataan-kenyataan beliau seringkali bercanggah & berpusing-pusing. Dia ingat orang yang melihat dan mendengar dia bercakap semuanya buta, pekak, dan dungu.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  16. shahrulnizam Feb 4,2013 8:50 PM

    mudah-mudahan apa yang ditilik YB Tun tidak akan berlaku…
    dan mudah-mudahan calon PRU13 adalah calon yang berkaliber, dan ikhlas dalam perjuangan rakyat..

  17. Dr Jafri Feb 4,2013 7:24 PM

    Tajuk entri Tun kali ni agak ironik – ‘Agama Politik’

    Apakah agama pendokong PAS iti Islam, atau Islam hanya tombak yang di ujungnya ada Quran?

Leave a Reply