TOTAL VISITORS FROM 2008:

UMNO DAHULU DAN SEKARANG 95

1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

8. Itulah UMNO enampuluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.

13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan disbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang  penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan.  Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13.  Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO.  Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan.  Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP.  Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali.  Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu.  Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO.  Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain.  Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.

 

95 thoughts on “UMNO DAHULU DAN SEKARANG

  1. Hajar Jul 10,2013 11:50 PM

    Salam YAB & diKasihi Tun,

    ”SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-88”. Semoga Tun sihat sejahtera dan dipanjangkan usia.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  2. halimmaufa Jul 10,2013 8:27 PM

    HAPPY BIRTHDAY TUN , SEMOGA DIRAHMATI DAN DIPANJANG UMUR DAN DI BERKATI KEBAJIKAN TUN DIRAMADHAN YG. MULIA INI.

    WASSALLAM
    HALIM

  3. A110118 Jul 9,2013 11:17 PM

    assalamualaikum ..

    tun, dan sepa2 yg bleh bantu
    saya mau tahu dmna .. saya bleh sampaikan cadangan teguran kpada umno secara online.
    saya cuma mau melihat melayu (bangsa nusantara) maju setanding bangsa lain .. chinese,japanese,korean dan lebih2 lagi dtnah sendiri .. dan sya percaya kita nda mau melihat perkara yg sebaliknya .. so .. minta bantuan ahaa~ …

    peribadi .. terima ksih dan taniah hormat kepada tun. sebagai perdana menteri ke-4 .. jasa dan pengorbanan amat dhargai …

  4. Rawa Lanun-Bahasa Jul 9,2013 11:24 AM

    Dear BlogAd@DrM
    Salaams

    Fasting on the last day of Syaaban; she did.

    I wish that the widow of the late YM Tengku Ismail Tengku Mohd Jewa whose biras is sick and she lives alone in Minden Heights, Pulau Pinang is given all the right informations and guidances as how to go about with her puasas and zakat and knows how to differentiate her sadaqahs as she submit her taxes and hopefully not only reading from a book.

    She has the gall to insinuate the PERKIM in Penang is mismanaged – she and the late Tengku Ismail contributes to PERKIM Alor Setar she says.

    Perhaps she is as she is because she is a chinese convert in the process of decaying senibilities; yes, that is most right.

    Distressing when someone reads Yusuf Ali and then profess to know all that is to know about life; but she gave a box of yusuf taiyoob dates. She was wonderful – and i wish her tasks be eased and her many good deeds be accepted as amal soleh at Padang Mahsyar.

    Terima Kasih

  5. Rawa Lanun-Bahasa Jul 8,2013 4:37 PM

    Dear BlogAd@DrM
    Salaams

    @salafis al nouri pulls out of interim gov – go al-jazeera
    dan untuk Sdr Karl(respect your elders
    (assosiasi minda ala rosach – mukhriz : bigdog : karl : formidable))

    Karl : “…Permainan politik UMNO kini menyamai dan sering membuat saya terfikir perangai watak Snowball dan Napolean dalam buku Animal Farm”

    Terima Kasih dan Salam Hormat

    Yahabibi Ya Ali Baba (P. Ramlee)
    terima kasih Pakcummy

    Mesir dan Youth Unemployment (umno menuju 2020 pasca pru13)

    Sekitar abad ke-7 bangsa Chin masuk ke Indonesia pada,mereka disebut sebagai “Cina perantauan”, kemudian masuk ke seluruh pelosok tanah air. terutama di pesisir utara pulau Jawa, pesisir selatan dan timur Sumatera, serta pesisir barat Kalimantan. Orang Jawa menyebut mereka (orang china) dengan sebutan “singkek” yang artinya pendatang baru namun mayoritas orang jawa tidak mengetahui arti dari kata singkek tersebut.

    para perantau china datang ke tanah air dalam kondisi miskin tidak memiliki apa-apa, sehingga mereka hidup sangat sederhana dan sangat hemat, dan seolah terkesan mereka itu kikir. sehingga sampai sekarang terkesan orang china yang berada di indonesia sangat perhitungan dan pelit.

    Orang china memilih berdagang alasan utamanya adalah untuk bertahan hidup. Bagaimana hidup di indonesia, mau menjadi petani, tanah tidak punya, mau bekerja pada orang lain, secara umum rakyat indonesia adalah bertani, bagaimana bisa bekerja kalau keahlian bercocok tanam tidak dimiliki, sedangkan karakter pedagang adalah karakter yang dimiliki nenek moyang mereka ketika merantau di indonesia. karea dianggap berdagang itu lebih mudah, berdagang tidak memerlukan kepintaran khusus, hanya membutuhkan keuletan, tahan banting dan tekun.

    “Jika kita sama rajinnya dengan orang-orang di Barat, kita tidak akan dapat menyaingi mereka,” kata Kim Woo Choong. Jika ingin lebih berhasil dari orang lain, kita tidak punya pilihan, kecuali bekerja dengan lebih keras dan rajin. Persepsi orang Cina pada perdagangan adalah positif. Dunia dagang adalah dunia yang menjanjikan kesenangan, kemewahan, dan kebahagiaan.

    Orang china beranggapan menikamati kemewahan itu masalah belakang, terpenting saat ini adalah fokus akan usahanya. pada umumnya barang yang dikonsumsi adalah barang yang kualitasnya jelek, sedangkan barang yang kualitas bagus cenderung dijual…
    http://ekonomi.kompasiana.com/wirausaha/2012/01/22/belajar-berdagang-dari-etnis-tionghoa-429430.html

    Komen:

    Dunia dagang adalah dunia yang menjanjikan kesenangan, kemewahan, dan kebahagiaan.
    (ayat hebat)

    Terima Kasih dan Selamat Mengerjakan Ramadhan Al-Mubarak

  6. Karl Jul 7,2013 9:05 PM

    Salam Tun,

    secara hakikat, tidak ada pilihan lain bila menggariskan motivasi utama yang mendorong pemimpin seperti Rafidah, Shahrizat, Azalina malahan Kamalia sekalipun dalam mengemudi kolek mereka di tengah arus sungai politik yang semakin deras dan bercabang ini.

    Kisah hewan politik kini saling tak tumpah seperti cerita kala jengking dan kura-kura yang menyeberangi air. Fitrah setengah manusia yang menyimpan sengat dan menghidang racun kepada sahabat adakalanya lebih rendah dari binatang.

    … dan kerana itu, UMNO membutuhi gembala politik yang sudah pastinya jauh lebih rakus, ganas serta lebih bebal ( dan kebal ) lagi untuk mempastikan kesemua hewan ternakan duduk di dalam barisan. Permainan politik UMNO kini menyamai dan sering membuat saya terfikir perangai watak Snowball dan Napolean dalam buku Animal Farm.

  7. Rawa Lanun-Bahasa Jul 7,2013 2:03 PM

    Dear BlogAd@DrM
    Salaams

    Sebelum memanjangkan cerita -luahan hati irama p ramlee

    bila singkek tarek harga
    bujang lapok tak ada kerja
    naik kriss keliling kampus
    mahu hidup dalam iman

    Maaf dan yang hendak dikongsikan bersama batu dan pasir Hadratul-maut.

    Pre-selection of candidates

    Shahrizat, who defeated Rafidah in 2009 for the Wanita Umno crown, says she is all for more women contesting the top position. “The more the merrier and I welcome more women to come forth and offer themselves to lead Wanita Umno.”

    Perhaps one clue to the issue of limited challengers is that there is actually a pre-selection of contenders by the very top ranks of the party.

    Party secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor is aware that there is some concern over the quality of candidates offering themselves to contest the party elections. He told The Malaysian Insider that the final decision on the list of candidates rests with his office.

    “The Umno secretary-general’s office will decide on the matter after vetting through many criteria of the aspiring contestants. We will check their track record in the party, their standing with party members and many other factors before allowing them to contest.”

    “They can offer themselves to fight for any party posts but we call the shots,” said the Federal Territories Minister. – July 6. 2013.
    By Yiswaree Palansamy and Amin Iskandar
    July 06, 2013
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/putting-the-contest-in-context-why-only-shahrizat-and-azalina-for-top-wanita/

    Ini kena buat baik dengan TAD Pro; boleh bikin filem: UMNO Menuju 2020

    Dan ini yang menguris senyuman di bibir KM Pulau Mutiara setuju menjaga eco-system Lembah Sungai Muda.

    Terima Kasih dan salam takzim

  8. Rawa Lanun-Bahasa Jul 5,2013 5:05 PM

    Dear BlogAd@DrM
    Salaams

    For badmoonrising,

    We may live to see the end of this party that has given so much

    Maybe, you will have to live very long – more than 50 years – from now.
    But then what does orang tua-tua know. Orang tua like me, we glad to know that piece of news. Alhamdulillah

    Terima Kasih

  9. badmoonrising Jun 26,2013 5:52 PM

    Salam YABhg Tun,

    The leadership now still looks very lethargic and listless as before the election.

    There must be some change in order to take the nation forward. UMNO, the leader of the coalition, must instill changes to its culture…it’s slowly becoming a hated entity and will soon become irrelevant.

    Somehow with all the personalities within UMNO, this is easier said than done.

    We may live to see the end of this party that has given so much.

    http://badmoonrisingblog.wordpress.com/2013/06/26/the-privileged-few/

  10. sentinel3 Jun 24,2013 9:24 PM

    Tun,

    Sdra wajaperak dan Rawa Lanun-Bahasa,

    Saya berpendapat Khairy walaupun dengan kelulusan Cambridgenya seperti kata mat salleh berada “in the wrong place at the wrong time”.

    Dakwaan percubaan coup d’étatnya yang gagal terhadap Najib semasa pemerintahan bapa mertuanya membuatkan masa depannya dalam politik UMNO dan negara agak gelap.

    Kemurahan hati Najib memberikan Khairy jawatan menteri Kabinet menjadi satu tanda tanya atau mungkinkah kerana Najib terdesak dan tiada pilihan atau satu percaturan politik sudah bermula?

    Saya berpendapat Mukriz lebih sesuai menjadi calon Naib Presiden atau Ketua Pemuda UMNO?Sebab itu saya lebih suka supaya semua jawatan dalam UMNO termasuk Presiden dan Timbalannya dipertandingkan supaya orang muda yang berkaliber boleh mengambil alih kepemimpinan UMNO dalam masa terdekat bagi menghadapi PRU-14.

    Adakah ini bermakna suasana politik negara dan UMNO khususnya akan menjadi lebih rancak tidak lama lagi?

    Salam Tun.

  11. wajaperak Jun 24,2013 8:03 AM

    Assallammualaikum Tun.
    [Ini bermakna Khairy Jamaluddin akan saya syorkan sebagai calun untuk kerusi Naib Presiden]
    Adakah tuan Lanun menyangka jasa Khairi terutama di bawah ‘Pak Lelah’ cukup banyak dan
    tiada..
    tiada..
    tiada..
    Rakyat membenci UMNO kerana Khairy?

    Terima kasih Tun

  12. Rawa Lanun-Bahasa Jun 23,2013 9:10 AM

    Dear BlogAd2DrM
    Salam Hormat

    saya terjumpa di http://www.youtube.com/watch?v=qFiHUnNbAjo

    Published on Jun 15, 2012

    cure for black magic contact allama qurashi on 07961186726 or +447961186726 or email allamaqurashi@hotmail.co.uk

    Black Magic ,Sihr, Si7r, Jadu ,Evil Eye, Nazar, Quran Recitation Cure ,Islam ,Islamic, Mishary Rashed Al-Efasy ,MuslimDocent,manzil ,Dua for Cure Black Magic Full,Jinn Exorcism ,Diagnosis, Treatment UK England, Sihr Jadu, Jadoo Jinni, Quranic Cure, Islam, Islamic Quran Urdu, Hind,i Hussain, Al Zahrani ,Peace Exhibitio,n s2emliam,Ruqya,Ruqiya,Rukya,Rukiya ,Jadu ,Witchcraft ,Sihr Saher ,Treatment,MANZIL AUDIO CURE,Black Magic, Cure Bandish Ka Ila,j Roohani Ila,j jaadoo ka Ilaj,islamic. muslim, evil devil ,Nazaar,Magic ,ruqyah treatment jinn possession, quran ,sheikh sudais ,blackmagic, Prophet cureofblackmagic, cureofmagic cure magic, The Cure Health,Zubzida,no palitas, spiritual healer, Know what is Black Magic, jadoo ,jinn ,sura jinn, cuer from black magic cure ,from jinn cur,e from jado,o Qurani illaj black magic magic ilaajKala Jadoo Black Magic Exists ilaj Pro Dr Muhammad Tahir ul Qadri JADU illusion Superstition pakistani indian pakistan indo-pak mazar taveed aamil baba disease Quran Shih Hadith mufti akmal sorcery mysticism rituals myth sufi rohaniat rohani tareeqa char qul quranic obsessed jinat jins jin cure Prophet What is Amulets taweez Zakir Naik haqeeqat wazifa dr.tahir-ul-qadri sahab sahib bayan dunya tona nazar fitna shaitan masail witchcraft tarot cards hyderabad JADOO JINNAT KALA AMAL DARGA PEER FAKEER SHADI KA ILLAJ Prayer to Remove Black Magic spiritual healer Know what is Black Magic jadoo jinn surya jinn cuer from black magic cure from jinn cure from jadoo Qurani illaj black magic magic ilaaj Jinn Jadu Jin Black Magic Spiritual Heal Quran kala jaadu black magic kufar haram jadoo bad doings bad thinkings unjustification bad people sehar kala jadoo idiot peopleBlack Magic: News One TV Islamabad

    Category Education

    Bisik di hati: Apakah benar djinn ada yang soleh dan ada yang kufar?
    Lagi: is this guy for real: allama qurashi
    kerana? saya hanya mahu dengar surah 72

    YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
    salaamun-salaam

    Maaf. Kenapa tidak boleh Tn Syed Mokhtar Al-Bukhari ada adek angkat baru dalam koboi Melayu di Darwin? ABN Media dapat RM500 juta pinjaman. 300,000 pelanggan untuk melukut tidak rugi tiada untung.

    Saya khabarkan kepada Sdr Isa Abdul Rahman Al-Zubaidi sepatutnya UMNO boleh berbangga kalau ada satu lagi Syed Mokhtar Al-Bukhari. Sdr Isa di Riyadh.

    MAAF. Saya melihat tak perlu jawatan tertinggi Presiden dan Timbalan Presiden ditandingi. In bermakna Khairy Jamaluddin akan saya syorkan sebagai calun untuk kerusi Naib Presiden. Sekiranya Sdr Fadil Shuib tidak ambil berat tidak mengapa.

    Terima Kasih, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan kirim salam kepada YABhg Tun Dr Siti Hasmah sekeluarga. Mohon tanya Tun Dr Siti Hasmah apakah Sdr Isa itu saperti kembar Syed Mokhtar?

    BN tidak akan tumbang selagi majoriti besar Sarawak dan Sabah bersama BN.
    BN tidak akan ada masa 2 tahun untuk memperbaiki keadaan.
    Petisyen keputusan PRU13 menghancurkan BN.

    Maaf. Kasar bahasa mengatakan Mohd Najib Tun Razak itu bak chicken rice seller.
    Maaf keran apalah yang saya tahu; saya hanya ahli umno cabok yang Ketua Bahagiannya masih simpan sebagai ahli kerana kesian tenguk kawan Chuck Alias Othman adek Pak Deris gurkha extraordinaire, Dr Mahathir.

    Keep me close BlogAd@DrM and Salaams

  13. sentinel3 Jun 21,2013 5:51 PM

    Tun,

    Sekali fikir, apa salahnya jawatan Presiden UMNO dan timbalannya dipertandingkan dalam pemilihan UMNO? Kalau PM popular, saya rasa beliau tidak perlu bimbang mengenai kedudukannya dalam parti tergugat?

    Setelah melalui pelbagai cabaran, saya berpendapat lebih elok semua jawatan dalam UMNO dipertandingkan supaya UMNO menjadi sebuah parti yang betul-betul kuat bagi menghadapi cabaran yang akan lebih mencabar pada PRU-14 nanti.

    Memandangkan situasi politik negara yang terumbang-ambing sekarang, UMNO perlu menjadi sebuah parti yang bertul-betul kuat bagi membimbing dan memperjuangkan nasib orang Melayu yang juga kini terumbang-ambing di negara ini.

    Apa yang saya sebutkan ini ada serius, kerana UMNO akan kecundang dan hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah nanti jika semua pemimpinnya dari peringkat cawangan hinggalah peringkat bahagian dan Pusat lembik macam ubi.

    Corak yang ditunjukkan oleh kepemimpinan UMNO sekarang yang lembik macam ubi dan nampak mudah beralah serta cuba memikat hati dengan berlebih-lebihan terhadap orang yang tidak sudi sungguh meloyakan bagi rakyat marhean.

    Sudahlah UMNO dan orang Melayu kini tertekan oleh kaum Cina yang rasis tetapi menuduh UMNO dan orang Melayu pula rasis, tiba-tiba golongan bangsawan seperti adik PM, si Nazir pula tumpang sekaki menghentam orang Melayu.

    Apa salahnya jika Muhyiddin sendiri bertanding jawatan Presiden? kerana UMNO betul-betul memerlukan reformasi, bukan reformasi menjadi parti tunggal BN tetapi reformasi di kalangan pucuk kepemimpinan parti tersebut.

    Seperti yang saya sebutkan, cabaran yang dihadapi UMNO akan lebih sengit dan mencabar pada masa-masa akan datang ini hinggalah menjelang PRU-14 nanti.

    Bukanlah niat buruk di hati saya sukakan kesusahan pada orang lain, tetapi pemimpin pembangkang yang seorang ini nampaknya lebih banyak perbuatan songsangnya bertambah kuat pula kesihatannya nampaknya.

    Saya rasa Tuhan akan memaafkan saya kerana membenci pemimpin pembangkang ini sebab perangai buruknya yang menyusahkan orang Melayu dan nasib serta masa hadapan orang Melayu di negara ini.

    Tun, saya tidak membenci PM tetapi memandangkan cabaran yang akan dihadapi UMNO nanti begitu besar, saya tidak kisah jika mana-mana pemimpin baharu UMNO dilantik yang boleh melindungi dan memperjuangan hak dan nasib orang Melayu di negara ini.

    Salam Tun.

  14. Orang Lama Jun 18,2013 7:10 PM

    Salam,
    Masaalah utama UMNO ialah dikaitakan dengan masalah rasuah dan penting diri sendiri.
    Terpulanglah kepada pihak pucuk pimpinan samada serius melakukan rombakan dan perubahan secara menyeluruh dari peringkat cawangan ke bahagian dan seterus nya peringkat negeri dan kebangsaan.

    Ramai golongan profesional tak dapat tempat dalam UMNO. Zaman dah berubah. sekarang tahun 2013. Kebanyakan pemimpin Cawangan dan ketua Bahagian di Selangor/Wilayah misalnya tak sesuai jadi ketua termasuk AJK sekali pun kerana terlalu ramai lebih layak. Ini pandangan ikhlas saya. UMNO Selangor/Wilayah akan terus merundum dan semakin hilang sengat dan kerusi ,tinggal kaki bangku saja sekiranya tiada langkah serius dilakukan membendung masalah ini. Ketua cawangan dan ketua Bahagian kebanyakannya hanya berminat projek2 saja. Depa tak perasan atau buat2 tak tahu yang rakyat menyampah tengok perangai depa. Ada orang tertentu dalam UMNO Bahagian yang boleh mempengaruhi siapa yang boleh jadi calun DUN dan calun Parlimen. Malahan boleh pengaruh pula siapa jadi Ketua Bahagian.Ini semua amat menyedihkan kerana ketua tidak dipilih dikalangan orang yang paling layak.Mohon maaf saya cerita perkara ini. tapi semua orang tahu termasuk bukan ahli UMNO. Zaman dahulu Ketua UMNO adalah orang sangat dihormati di kampung. Orang yang rela berkorban untuk penduduknya. Zaman dulu ada Ketua UMNO Cawangan lebih miskin dari orang kebanyakan tapi amat berjasa.

    Terlalu ramai bekas kakitangan atau pesara kerajaan dan swasta peringkat pengurusan/profesional yang mempunyai pengalaman,keikhlasan yang boleh menyumbang terhadap kemajuan UMNO tapi tidak mendapat tempat . Mungkin depa tak mohon jadi ahli bimbang kerana dah ada tanggapan yang negatif terhadap penerimaan UMNO. Tanyalah berapa ramai golongan graduan yang memohon jadi ahli UMNO di selangor dan Wilayah tapi tiada dapat keputusan . Ini semua menyebabkan depa hilang kepercayaan kepada UMNO. Nak jadi ahli UMNO pun susah sangat macam mau jadi peguam ke?

    UMNO perlu dapatkan lebih ramai ramai golongan profesional menjadi ahli dengan SEGERA!!! UMNO perlu ramai Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian dikalangan golongan pesara kerajaan/swasta daripada pengurusan tertinggi yang tiada bermasalah. Kebanyakan depa semua dah biasa dan terbukti BERSIH,CEKAP dan AMANAH!!!!! Mohon maaf saya terus terang saya kata faktor utama kemerosotan UMNO di selangor ialah berpunca daripada masalah kepimpinan peringkat Cawangan dan Bahagian. UMNO Selangor perlu ramai Ketua Cawangan dan Bahagian yang lebih baik terlebih dahulu sebelum berangan nak tawan semula Selangor. Memang tidak dinafikan ada yang bagus tapi mungkin tak sampai 5 peratus kot?

    UMNO bukannya parti untuk seseorang mencari kekayaan. UMNO adalah satu oraganisai yang sepatutnya dianggotai oleh orang yang mempunyai sifat bertanggungjawab untuk mempertahanan, memperjuang dan mengembangkan kepentingan bumiputera.Jawatankuasa Disiplin UMNO harus berani mengesyorkan pemecatan ahli2 yang bertindak bertentangan dengan halatuju UMNO yang sebenarnya . Harta pemimpin UMNO dari peringkat cawangan hingga tertinggi harus dipantau supaya UMNO sentiasa BERSIH. Salahlaku perlu dilapurkan kepada SPRM sekiranya ada bukti mencukupi. Setiap ahli harus memanatau pemimpin depa.

    Selagi tiada usaha serius membenteras gejala rasuah dan salahpenggunaan kuasa, jangan haraplah UMNO dihormati rakyat. Buat habis beras saja.

  15. Malaysia Bagus Jun 17,2013 1:14 PM

    Salam Tun,

    saya rasa terpanggil dengan tagline Tuan Rawa Lanun Bahasa,
    Qad “aflaha al-mu-“minuna (Q:23-1)

    Kalau boleh saya titipkan dalam blog Tun ini, sekadar pandangan peribadi saya yg masih belajar ilmu keSufian ala-Rumi dan Fansuri :

    UMNO sekali imbas bunyinya kedengaran seperti “AMANU”
    Seperti seruan yg sering kita dengar “Ya Ayyuhal Lazina Amanu
    Wahai orang yang ber-IMAN ..

    Mungkinkah sewaktu penubuhannya, telah terbetik niyat di hati pelopor UMNO untuk mengambil kira faktor maknawi yang tersirat ini? Jika benar kemungkinan ini, sangatlah mulia dan meninggalkan barakah yang tidak terhingga, hatta ke atas nama parti UMNO sendiri.

    Bagi saya, potensi terulung UMNO ialah sebuah parti yang dipenuhi dengan orang yang beriman. AMANU. Natijah kepada semua ini ialah sebuah parti yang diberkati dan dilindungi Allah kerana berjuang di landasan yang benar.

    Wa-al-ladhina hum ‘ani al-laghwi mu‘riduna (Q:23-3)

    Those who ( wa-alladhīna )
    they ( hum )
    from ( ‘ani)
    the vain talk (l-laghwi)
    turn away ( muʿ’riḍūna )

  16. Rawa Lanun-Bahasa Jun 17,2013 11:31 AM

    Dear BlogAd@DrM
    MAAF

    Sebenarnya Qod aflahal-mukminuun;
    dan petisyen keputusan PRU-13 boleh makan masa satu tahun.

    Maaf; saya melihat Mohd Najib tidak akan sedikit pun terasa perlu letak jawatan malah ahli bawah-bawahan UMNOlah yang banyak tidak tahu bersatu, bersetia dan berkhidmat kepadanya dan hanya mementingkan periuk nasi sendiri. Dan ada benarnya.

    Sedih melihat kehancuran Syria yang total.

    Maaf, Terima Kasih dan Salam Hormat
    Qod Aflahal-Mukminuun

  17. Malaysia Bagus Jun 17,2013 11:30 AM

    Salam Tun,

    ke mana menghilang semua bijak pandai di dalam UMNO? Apakah mereka pengecut atau kurang cerdik dalam mentafsir langkah pihak pembangkang dalam isu SPR dan pelbagai isu lain?

    Orang Melayu masih beruntung kerana ada nasionalis seperti Zul Nordin dari PERKASA yang lantang bersuara mempertahankan maruah Raja dan Bangsa :-

    Tulisan Zul Nordin / 17 Jun 2013 @ Utusan Malaysia

    LANGSUNG tidak disebut kuasa Kerajaan atau Parlimen untuk menamatkan atau memecat mana-mana ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)! Sekali lagi kita bertanya, mengapa dalam soal penamatan atau pemecatan mana-mana ahli SPR, ia diberi khas kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?

    Kerana SPR adalah institusi di bawah naungan Raja-Raja Melayu! Jadi cadangan pembangkang untuk memberikan kuasa penamatan dan pemecatan mana-mana ahli SPR diletakkan di bawah kuasa Parlimen adalah satu cubaan rampasan kuasa Yang di-Pertuan Agong!

    Ia adalah satu penderhakaan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

    Penggajian dan saraan

    Berkaitan soal saraan hidup dan penggajian ahli SPR, ia diperuntukkan di bawah Fasal (5) dan (6) Perlembagaan Persekutuan. Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi saraan ahli-ahli SPR, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang DiSatukan.

    Saraan dan lain-lain syarat jawatan bagi seorang ahli SPR tidak boleh, selepas pelantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya. Ini sahaja satu-satunya peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut tentang kuasa Parlimen berkaitan ahli dan institusi SPR iaitu menentukan gaji ahli SPR!

    Itu pun gaji dan syarat pelantikan ahli SPR tidak boleh dikurangkan oleh Parlimen! Kalau gaji pun tidak boleh dikurangkan, adakah logik tuntutan pembangkang untuk Parlimen diberi kuasa menyelia dan menentukan pelantikan, kedudukan dan penamatan seseorang ahli SPR.

    Jangan kata memecat ahli SPR, kurangkan gaji mereka pun Parlimen secara sahih dan jelas dilarang sama sekali melakukannya!

    Apakah maksud ini semua?

    Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan mahu memastikan kedudukan dan status seseorang ahli SPR adalah bebas sama sekali daripada Parlimen. Tidak masuk akal bagi sebuah badan yang menentukan perjalanan pemilihan seseorang Ahli Parlimen tiba-tiba terpaksa tunduk kepada badan ahli Parlimen tersebut!

    Rumusan

    Malaysia telah melalui sistem pilihan raya umum sebanyak 13 kali. Sistem pilihan raya first-past-the post sudah dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya berpuluh tahun tanpa sebarang masalah.

    Malah, sistem yang sama, institusi yang sama yang telah dilalui oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Daripada seorang politikus, sistem dan institusi yang sama menaikkan Anwar selama 16 tahun daripada jawatan Timbalan Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri!

    Selama 16 tahun Anwar menikmati hidup sebagai pemimpin UMNO menjawat pelbagai jawatan kanan dalam Kerajaan Malaysia melalui sistem dan institusi yang sama. Tidak pernah kita mendengar selama 16 tahun itu sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai sistem pilihan raya mahupun institusi SPR!

    Tetapi kenapa tiba-tiba, setelah dipecat oleh Tun Mahathir kerana akhlak rendah dan didakwa salah laku seks luar tabii, dan setelah menyertai dan mengetuai pembangkang; tiba-tiba kedengaran suara sumbang mempertikai sistem pilihan raya kita dan institusi SPR?

    Sebab itu saya ulangi sekali lagi! Kita tidak ada masalah dengan sistem pilihan raya negara ini. Kita tidak ada masalah dengan institusi SPR yang mengendali dan melaksanakan pilihan raya kita selama ini. Masalah sebenarnya ialah kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak bertamadun. Kita punya pembangkang yang demo-crazy!

    Sebab itu saya berharap kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan tekanan pembangkang untuk meletakkan SPR di bawah seliaan Parlimen. Ini adalah kerana meletakkan SPR di bawah institusi Parlimen bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, malah ia adalah satu penghinaan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong! Ia adalah satu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu!

    Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan berikut:

    1. Mengklasifikasikan mana-mana orang atau pertubuhan yang terus-menerus mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan ahli SPR sama seperti mempertikai, memperlekeh dan menghina Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong;

    2. Menjadikan tindakan atau perbuatan mana-mana orang atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan mana-mana ahli SPR sama seperti penghinaan terhadap Mahkamah atau contempt of Court, dan boleh dikenakan tindakan penghinaan atau contempt di hadapan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dengan hukuman berat!

    3. Mengenakan tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah, sama ada criminal defamation, hasutan jenayah atau di bawah mana-mana peruntukan yang bersesuaian terhadap mana-mana individu atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh atau menghina mana-mana ahli atau institusi SPR;

    4. Sekiranya individu yang terlibat adalah seorang anggota Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara), atau Ahli mana-mana Dewan Undangan Negeri, maka perbuatan mempertikai, memperlekeh dan menghina SPR atau mana-mana ahlinya sudah mencukupi sebagai suatu alasan untuk suatu prosiding dan tindakan melucutkan keahlian mereka diambil dengan segera;

    5. Memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukan yang jelas dalam suatu undang-undang yang akan melindungi institusi dan mana-mana ahli SPR daripada terus menerus dicemuh, dihina, dipertikai dan diperlekeh oleh mana-mana individu dan pertubuhan;

    6. Memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukan undang-undang yang memberi imuniti dan kekebalan kepada institusi dan ahli SPR sama seperti imuniti dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dan Ahli Majlis Parlimen;

    7. Menggubal suatu peruntukan sama seperti Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa apa-apa isu sama ada kelakuan, perbuatan atau tindakan institusi dan ahli SPR tidak boleh dibincangkan atau dibahaskan dalam mana-mana Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) atau mana-mana Majlis Dewan Undangan Negeri kecuali dengan suatu usul tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen atau DUN tersebut;

    8. Menjadikan institusi SPR sebuah badan yang diletak secara langsung dan terus di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu dengan suatu peruntukan perundangan yang jelas.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130617/re_06/Usah–rampas-kuasa-Raja-Melayu#ixzz2WRMKrnVP
    © Utusan Melayu (M) Bhd

  18. Rawa Lanun-Bahasa Jun 17,2013 11:04 AM

    Dear BlogAd@DrM
    Salaams

    Adakah benar cerita bahawa ‘UMNO Kedah tidak mahu pertandingan untuk jawatan tertinggi’? Ianya bukanlah tidak diduga. Parliamen akan bersidang pada 24hb June dan tanpa didesak BN hanya perlu adakan PRU-14 genap lima tahun.

    Apapun bulan Ramadan yang penuh barkah datang bersama musim PAU.
    Qod aflahal-mukmimun

    Terima kasih dan Salam Hormat

  19. smnoor Jun 17,2013 1:19 AM

    Melayu Mudah Lupa

    Ungkapan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad semasa perhimpunan UMNO tahun 2001 mengenai orang melayu tidak pernah lupa diingatan. Kenyataan itu adalah benar dan tidak boleh dinafi oleh sesiapa pun.
    Hari ini kita melihat banyak perkara perkara yang berlaku membenarkan kenyataan itu . Sikap lemah lembut orang melayu adalah senjata paling tumpul yang kita ada. Kita mudah mempercayai orang dari bangsa sendiri. Kita mudah memberi dari menerima.. Sehingga kita tiada apa pun masih ingin memberi. Dengan harapan akan mendapat ganjaran yang lebih. Kita mudah menerima tanpa melhat kepentingan bangsa. Tanpa bangsa ini siapa lah kita.
    Pada hakikatnya orang melayu yang memerintah boleh mencipta undang undang tetapi tidak berjaya melaksanakan undang undang tersebut. Kita boleh berlembut dengan orang luar tetapi tidak boleh dengan bangsa sendiri. Sehingga tiada langsung kepercayaan kepada bangsa sendiri. Maka terbitlah ungkapan “melayu! Mana boleh buat”. Ini berbeza dengan bangsa lain yang mati matian menyokong bangsanya dalam keadaan apa pun , dalam apa cara sekalipun. Walaupun kita sendiri tahu mereka pun banyak yang auta dan yang langsung tak boleh buat pun ada. Salah siapa ??.
    Seorang yang mempunyai keteguhan kemahuan , menjayakan bangsa , menaikkan umat ialah Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Beliau mempunyai kekuatan yang luar biasa dan tidak takut untuk menjalankan tanggungjawab. Namun masanya telah berlalu.
    Kelemahan bangsa melayu dalam menjalankan tanggungjawab dan undang undang telah dilihat oleh bangsa lain untuk mengambil kesempatan untuk menjadi juara, sedang kita masih tidak mahu berubah. Contoh paling ketara suatu ketika peguam india ingin menjadi peguam islam. Ia bukan satu kebetulan ingin mencari pekerjaan atau mendalami ilmu dibidang syariah, tetapi kerana mereka ini telah membaca, mentelaah dan menteliti sikap peguam islam yang ada yang menimbunkan kes di mahkamah dan melambatkan kes yang sepatutnya demi kepentingan islam mesti dipercepatkan. Dalam bidang sivil pun kita melihat bagaimana peguam bukan islam menjadi juara kerana mereka bekerja. Oleh itu berubahlah wahai bangsa ku.
    Satu perkara yang mesti ditekankan dalam menghilangkan kelemahan bangsa melayu adalah penggunaan perkataan “harus”. Walaupun ia hanya perkataan pendek yang di ungkapkan tetapi ianya membawa maksud yang sangat ringan dalam membuat sesuatu atau menjalankan sesuatu atau ia menunjukkan tidak tegas dan pada saya amat tidak pragmatik untuk digunakan. Harus juga membawa maksud boleh atau tidak boleh, jadi atau tidak jadi. Pada zaman ini dizaman menuju kemajuan yang mengiringi islam ia tidak boleh dipraktikkan selalu. Pengamal nya boleh dinilai keberkesanannya. Jangan disalahtapsirkan, dalam islam ada digunakan perkataan harus ianya tidak seperti yang diamalkan oleh bangsa kita. Saya amat berharap supaya pemimpim pemimpim negara tidak lagi menggunakan perkataan harus.
    Berbalik kepada pemerintahan orang orang melayu, kita berbalik kepada sejarah melayu nusantara.
    Selatan Thai – tiga negeri Patani, Narathiwat dan Yalla . Ketiga tiga negeri ini mejoriti rakyat jutaan umat melayu yang mendiami dan memerintah . Bangsa thai hanya beberapa ribu sahaja. Tetapi umat melayu yang mendiaminya tidak dapat menunjukkan kekuatan. Malah mengunci mulut kerana takut. Walaupun berbagai kezaliman dilakukan terhadap mereka. Hanya boleh menangis dan menangis. Sedangkan mereka ramai, mengapa? Mengapa takut untuk bersuara. Kekejaman yang tidak mengenal batas. Ini lah sikap orang melayu. Antara lain tidak boleh bersatu.
    Selatan Pilipina – sama juga bangsa melayu adalah majoriti tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk memimpin kejayaan. Mengapa? Kepentingan diri , tidak mahu bersatu , tidak melihat jangka panjang. Tidak mahu berbincang sesama islam untuk bersatu. Walaupun islam tetapi tidak melihat sudut islam.
    Singapura – lihat lah di Singapura kekuatan bangsa lenyap dek kerana sikap toleransi yang membuta dikalangan pemimpin islam.
    Indonesia – rata rata kita mengetahui indonnesia mempunyai umat islam yang paling ramai didunia , sedang bukan islamnya hanya lengkongan 10 % sahaja. Tetapi mereka juga tidak berjaya menegakkan islam. Panca sila telah mengahwinkan islam dan bukan islam. Kemanakah halatuju islam.
    Baru baru ini kita melihat usaha yang baik dari Indonesia saudara Yusof Kala untuk mendamaikan pemimpin melayu. Tetapi seperti yang kita tahu ianya gagal , kerana sikap. Saya bangga dengan beliau kerana walaupun berada diseberang tapi masih melihat saudara saudaranya. Diharapkan lahir lebih banyak pemimpin seperti ini.
    Orang orang melayu yang ada ditanah melayu merupakan bangsa yang menghormati orang. Begitu juga sekiranya kita pergi ketempat orang kita takut atau menghormati undang undang negara lain. Tetapi berbeza dengan bangsa lain yang tidak menghormati orang lain kecuali apa bila mereka memerlukan sesuatu.
    Maka bangsa ku yang jadi pemimpin , otak memikirkan bangsa mu, tangan menolong bangsa mu, kaki menuju kepada bangsa mu.
    Tiada sesiapa yang akan menolong mu , tiada sesiapa yang akan menolong bangsa mu, tiada bangsamu tiada lah kamu.
    Bangsa lain hanyalah menunggu kepincangan mu untuk menjadi juara dalam pada anak anak mu telah diracuni.
    “hidup islam hidup melayu”

  20. sudin Jun 16,2013 2:44 PM

    Salam Tun.

    Several major issues which Tun has brought up against the inadequacies and wrongdoings of Pak Dol’s families featuring the blatant rapes of Malaysia’s coffers during the latter’s short reign were left unattended & unanswered by PM Najib.

    Even when that budak KJ announced that he will not defense the UMNO youth chief and will not contest PRU13 after admitting his blundering idiotic ways and after realising he’s the most hated individual by the vast majority of UMNO delegates, PM Najib still chose budak KJ to contest under UMNO ticket during PRU13.

    PM Najib chose to ignore the voices and resistances of UMNO’s majority and appointed budak KJ as a minister!!

    It’s time for the UMNO delegates to decide who will be UMNO’s new president!!!

    Someone must campaign to change PM Najib’s 1Malaysia concept to a more appropriate and more deserving 1Melayu stance, and that someone will most certainly win the UMNO delegates votes to be the new UMNO President!

    DPM Muhyiddin please take note!

  21. Karl Jun 16,2013 11:50 AM

    Salam Tun,

    hampir semua pihak di dalam UMNO sendiri bersetuju bahawa UMNO adalah satu organisasi yang bermasalah.

    2. Pada pemerhatian saya, masalah yang paling menonjol ialah krisis keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang kelihatan tidak tegas dan terumbang-ambing dalam keputusannya mempertahankan hak orang Melayu terlebih dahulu, apabila ada pihak yang mempertikaikan malahan mahu memansukhkan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Hanya PERKASA sahaja yang kelihatan lantang mencabar petualang tersebut, tapi ada pula baruah politik seperti Khairy Jamaludin yang terhegeh-hegeh cuba pertahankan musuh UMNO.

    3. Masalah kedua paling menonjol ialah ada di kalangan pimpinan UMNO sendiri yang masih teruja dengan Anwar hinggakan kelu lidah bila berdepan dengannya. Malah majoriti pucuk pimpinan UMNO sendiri kelihatan ‘segan’ mahu menghentam Anwar secara terang, berani dan lantang seolah-olah ada ‘protokol tersembunyi’ yang telah dijalinkan di sebalik tabir !

    4. Kepura-puraan UMNO dalam menangini kemiskinan tegar di kalangan orang Melayu, terutamanya di luar bandar. Contohnya, penipuan skala meluas terhadap pekebun kecil kelapa sawit – hakikatnya perladangan kelapa sawit ini tidak ekonomik bagi usaha persendirian, tapi ia sengaja diwujudkan oleh pihak yang berkepentingan untuk mendapat bekalan mentah yang murah, dan akhirnya pekebun kecil Melayu yang menjadi mangsa. Di samping itu, tidak ada usaha yang telus dari ejensi kerajaan seperti MARDI untuk membuat kajian teknikal bagi membantu pemilik tanah pertanian dari rezab Melayu menjalankan usaha tani yang teepilih, sesuai dan berdaya maju. Kalau tanya orang kampung, mereka pun tak tahu apakah MARDI itu sejenis penyakit atau ejensi pertanian kerana tak pernah dikunjungi pihak tersebut.

    5. Kegagalan pemimpin UMNO di semua peringkat dalam mempertingkatkan ekonomi orang Melayu melalui bantuan kewangan mikro-kredit atau SME dari pelbagai ejensi yang sedia ada seperti mana yang dilakukan oleh usahawan Cina secara gigih melalui CGC.

    6. Sabotaj ekonomi terhadap orang Melayu secara senyap, terancang dan meluas melalui penipuan MLM turut mendapat sokongan bahkan dari pemimpin UMNO yang bergelar Menteri sekalipun. Selama 20 tahun sejak Akta Jualan Lansung diperkenalkan pada tahun 1993, sudah melebihi RM50 billion wang dari poket Melayu yang berpindah tangan tanpa apa manfaat kepada ekonomi Melayu. Makin ramai terutama staf kerajaan yang termakan janji palsu MLM hingga sanggup mencuri waktu kerja untuk mempromosi. Saya sendiri sewaktu sedang menunggu giliran di pejabat JPN di Putrajaya telah didatangi oleh seorang staf wanita Melayu bertudung yang cuba memujuk saya untuk join aktiviti haram tersebut. Ketua Setiausaha Negara kenalah pantau atau dapatkan statistik bilangan staf kerajaan yang sudah terjerat dan perlu bantuan atau kaunseling untuk keluar dari perangkap MLM.

    7. Kejayaan dalam memenangi politik semata-mata, walaupun kelihatan popular dan bergaya, tidak akan membawa apa-apa makna kepada bangsa jika hari demi hari hak dan ekuiti Melayu semakin tipis dan terus terhakis. Contohnya, komposisi pemilikan hartanah seperti yang dimajukan di Iskandar dan di kawasan yang strategik tidak ada manfaat langsung kepada orang Melayu walupun ia diuar-uarkan sebagai satu pencapaian ekonomi yang perlu dimegahkan. Soalnya, seperti selalu dilaungkan oleh blogger Sibotak – ke arah pencapaian ekonomi siapa? Kita tak perlu kepada satu atau dua billionaire Melayu yang merangkul 90% habuan ekonomi, tapi alangkah lebih baik kalau hanya 10% dari 3.2 juta ahli UMNO bergelar jutawan yang mampu melonjak ekonomi bangsa ke suatu tahap yang munasabah dan bermaruah?

    Bagi saya, situasi UMNO sekarang bukanlah pada tahap menangani FEAR lagi … tapi perlu berdepan dengan realiti DANGER yang akan menerpa pada bila-bila masa yang terdekat. Kalau boleh saya dipijamkan sedikit emosi dari filem ‘After Earth’ sebagai satu mithalan kepada kepimpinan UMNO yang sekarang ini perlu melutut ‘After GE13’, satu idea yang menjolok minda, agar pucuk pimpinan tidak lagi bergerak atas landasan yang kecut dan goyah kerana,

    “Danger Is Real. Fear Is a Choice”

  22. Hajar Jun 15,2013 7:26 PM

    Salam YAB & diKasihi Tun,

    1. Untuk Perhimpunan Agung UMNO nanti, saya harap semua jawatan dipertandingkan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden.

    2. UMNO mesti melakukan perubahan di kalangan barisan kepimpinan UMNO. Pastikan pemimpin yang tamak haloba, rasuah dan mementingkan diri diSINGKIRkan.

    3. Dalam memilih pemimpin, pilihlah yang ada jati diri Melayu/Islam dan yang berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair/Negara. Pilihlah mereka yang BERANI dan boleh memastikan kebajikan kaum Melayu terjaga. Apa yang saya nampak kaum Melayu yang sepatutnya ada keistimewaan dalam Perlembagaan sudah tiada apa-apa keistimewaan yang ”significant”. Jangan nanti kaum Melayu berasa berjauh/terguris hati dan tidak lagi menyokong UMNO. Jika berlaku ”Tsunami Melayu” di mana majoriti Melayu berpaling dari UMNO, UMNO pasti rebah.

    4. Jadi sebelum terlambat, UMNO kena kembali kepada PERJUANGAN ASAL UMNO.

    5. UMNO juga kena BERANI dalam mengatakan TIDAK kepada permintaan kaum-kaum lain terutamanya kaum Cina yang tamak dan masih tidak puas hati walaupun hakikatnya majoriti kaum Cina hidup mewah (jauh lebih baik) berbanding kaum lain di Malaysia.

    6. Kaum Cina terutamanya yang paling lantang mempertikai hak-hak Keistimewaan orang Melayu/Bumiputra yang termaktub dalam perlembagaan. Saya sarankan Kerajaan pula BERTINDAK ke atas mereka yang mempertikai dan mencadangkan hak-hak kaum Melayu/Bumiputra di hapuskan. Jika mereka boleh mengatakan yang mereka berhak untuk ada Sekolah Cina, dan sesiapa yang mencadang supaya Kerajaan menghapus Sekolah Cina dikatakan melanggar Perlembagaan, Kerajaan/UMNIO juga boleh mengatakan yang orang Cina yang mahu hapuskan hak-hak istimewa orang Melayu/Bumiputra telah melanggar Perlembagaan Malaysia. Apa yang saya nampak (sebagai pemerhati) ialah kaum Cina boleh mempertikai Perlembagaan Malaysia sewenang-wenangnya, tanpa diambil tindakan. Sebab itulah mereka dan Pembangkang sudah naik tocang.

    7. Kepada Dato’ Seri Najib, saya syorkan gugurkan saja slogan/konsep 1Malaysia sebab sedari awal lagi saya tidak nampak apa-apa yang baik akan lahir dari slogan ini kerana apabila ia diperkenalkan, ramai yang terkeliru dengan maksud 1Malaysia; yang mereka tahu, tunjuk satu jari saja; makna sebenar satu jari itupun boleh disalah-tafsirkan. Lebih baik kita balik kepada ”Bersih, Cekap, Amanah” – amat jelas maknanya.

    ”The only thing we have to FEAR is FEAR itself – Franklin Roosevelt”

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  23. Rawa Lanun-Bahasa Jun 15,2013 12:59 PM

    Buat YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Siti Hasmah, Datuk Mokhzani dan Dato Mukhriz
    Salaam Termat Takzim

    Kias Fansuri
    Since no one has ever put this song on Youtube…in the end i made my own! This got to be one of my favourate from the Legendary M Nasir. Enjoy! – DarkBlueScorpion

    M Nasir – KIAS FANSURI

    Tak sempat di papas
    Hidangan ku habis
    Bila ku terpandang

    Dia melangkah masuk
    hendak menjamu selera

    Geletar tubuhku
    Di belakang tabir
    Bila ku terdengar
    Namaku di panggil

    Dia..matanya merah menyala
    Dia..hadiahkan tubuhku
    Tujuh lacutan pedang saktinya

    Dia…

    Jangan sesekali kau ceritakan
    Pengalamanmu Yusuf
    Takut-takut mengundang bencana

    Siapa yang tahu
    Betapa berat cinta yang di tanggung
    Sehingga dia sanggup lakukan
    Biar apa saja demi mendapatkan
    Restu sultan cahaya hatinya

    Tak sia-sia azam zulaikha
    Bisa jadi cermin mengintai jiwa
    Tak sia-sia mimpi zulaikha
    Bisa jadi lorong insan bercinta

    Bisikan memujuk
    Memupuk nurani
    Lalu terbukalah
    Pintu yang menghijab

    Dia…

    Aku kenal dia lama dahulu

    Dia…

    Yang melamarku dalam mimpi

    Aaaa….

    Kias fansuri madah bersari
    Kias fansuri langit yang tinggi
    Kias fansuri mawar berduri
    Kias fansuri lembah yang sepi

    LAGU: M.NASIR
    LIRIK: LOLOQ

    Tokong Hidup itu namanya Lim Guan Eng.

    Terima Kasih dan Salam Hormat

  24. Rawa Lanun-Bahasa Jun 15,2013 11:37 AM

    Dear BlogAd@DrM
    Salaams

    One of the Pendekar Bujang Lapok meninggal baru-baru ini.
    Allah ar-Rahmaan mencucuri rohnya dengan rahmatNya

    As for sudin’s gift:
    Thank you and no thank you, sudin.
    Lainlah kalau DrM sendiri yang tauliahkan.

    Namun begitu, kenalah tanya sudin sekiranya dia ahli UMNO(Baru) dan cawangan mana.
    Saya ahli UMNO semumur hidup akan mengesyorkan antara lain Ketua Bahagian baru dan Timbalan Ketua. Kalau ada sokongan di mesyuarat cawangan nanti – alhamdulillah.

    Kemudian saya akan syorkan TSri Muhyiddin Yassin bertanding kerusi Presiden dan Dato’ Mukhriz Mahathir Timbalan Presiden. Tentunya, lebih ‘exciting’.

    Ingat, Kit Siang itu old story, sudin. Di Pulau Mutiara, ramai Melayu dan kaum lain kami dok perhati gelagat tokong hidup yang bakal jadi Perdana Menteri Malaysia.

    I am Mahathir worse nightmare! kata Rawa Lanun-Bahasa.
    Podah! keling mabuk transfer road ini – rawa lanun-bahasa kunun
    – kalau kita delete or no show nothing he can do – podah cit! kata BlodAd@DrM

    Maka, pleaselah BlodAd@DrM kasi ini lepas dari pelukan taut bak kekasih.
    (mubarakchan got away with his kerala joke, tuan)

    Terima kasih dan salam Takzim

    ps.
    it was a lightning arrestor!? subhanallah

  25. sudin Jun 15,2013 7:22 AM

    Salam Tun.

    Saya teringatkan kisah si macai ‘apanama’ ANMN yang sering dipertikai selang beberapa posting Tun terdahulu.
    Si kiddo ANMN tu ada mengaku dia Melayu dan penyokong setia kuan yu!

    Jadi memandangkan dia merupakan “the first Malay in the history of chedet to declare openly of his unequivocal support to the undisputed Melayu’s no. 1 enemy”, saya terlupa untuk melafazkan ungkapan tahniah yang semestinya diberikan kepadanya.

    Oleh yang demikian, kepada si macai ‘apanama’ ANMN aka ‘entah apabendanya’ Rawa Lanun-Bahasa saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya menjadi penerima ulung title diatas!
    Keep up your ala funky consultant grammatical ways and good riddance!
    Ingatkan ‘middleages’ aje yang mati dan boleh hidup kembali, rupa2nya ‘entah apabendanya’ Rawa Lanun-Bahasa pun adalah satu roh jelmaan!!

  26. Rawa Lanun-Bahasa Jun 14,2013 11:09 PM

    For BlogAd@DrM
    (he is in the dark it seems)

    Dr Mahathir Tells Government Not To Be Soft Anymore

    Majlis Tindakan Ekonomi Melayu : Tsunami ekonomi bakal melanda bulan Oktober ini

    Zeti Urges Nations To Be Prepared To Face Easing Of US Stimulus Programme

    Komen:

    Tentang nasib dan apa Melayu boleh buat kalau MTEM pun boleh walk out dan kata tsunami bulan oktober.
    Macam kerajaan Mohd Najib tak mesra Melayu, The Scribe.

    ps,

    The merong is a section of a composition for Javanese gamelan, a musical ensemble featuring metallophones, xylophones, drums, and gongs. Specifically, the merong is the initial part of a gendhing. A merong cannot be played on its own, but must be followed by a minggah, which may also take the form of a ladrang or other colotomic structure.

    The merong is the longest of the sections used in gamelan composition…

  27. farz Jun 12,2013 4:37 PM

    Assalamualaikum,

    Just managed to google about Omar Mustapha Ong. Shocking ! How could DSN retain this sort of evil manipulative person around him. He’s not the only one. I can understand that he wants the participation/contribution/ideas from the young people but this is just the opposite. I sincerely hope PM learns his lesson from PRU13. He should discard this sort of person immediately. Obviously, his plans backfires. This guy is far from intelligent since the result of PRU 13 is the worst in BN history. Tun, DSN dengar ke apa yang kami katakan di sini ? KJ saya boleh terima dengan harapan dia akan dibimbing ke arah yang betul. I’l spare him the benefit of the doubt. Kenapa sehingga sekarang, saya masih tak nampak perubahan pemerintahan BN semenjak dari PRU13. Apa yang rakyat mahu ialah tiada rasuah dan pentadbiran yang cekap. Jika ini dapat dilakukan tanpa menjejaskan hak orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan, BN akan berjaya mendapatkan kepercayaan rakyat. Tetapi jika begini…..takkan saya nak pilih parti yang akan ‘membunuh’ bangsa dan agama saya. Apa pilihan yang saya ada? Saya baru menyedari mengapa saya tidak teringin ke Singapura. Ini kerana saya merasakan pulau yang amat maju ini mencerminkan atau bukti fizikal bahawa Melayu jahil dan tamak. Kejahilan itu adalah penghinaan…….

  28. bada Jun 12,2013 10:03 AM

    Ayahanda TUN yang amat saya kagumi dan sayangi..

    Ini adalah pertama kali saya memberi pendapat dan komen di sini..Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan.Untuk makluman ayahanda Tun saya merupakan generasi ke 2 felda yg banyak menerima manafaat hasil buah tangan dari ayahanda Tun semasa ayahanda Tun menjadi PM.Malah saya bangga setiap kali melihat kemajuan yang ayahanda TUN lakukan untuk malaysia.PRU 12 adalah PRU pertama saya sebagai pengundi dan saya mengundi di parlimen RAUB walaupun saya berkerja di selangor.Untuk pengetahuan ayahanda TUN banyak rakan-rakan sekerja saya bertanya kepada saya kenapa penduduk di parlimen raub memberi kemenangan kepada bekas menteri pelancongan kita.Jawapan saya kepada persoalan mereka mudah..Lihatlah apa yang beliau lakukan sehingga sekarang.Kalau ada yang membaca pendapat saya di sini berasal dari kelantan pasti mereka boleh memberi jawapan kerana jika mereka mahu pulang ke kelantan pasti mereka akan melalui tempat saya ini.Tapi saya tidak nafikan terdapat kelemahan selama beliau menjadi ahli parlimen kerana pada saya tiada manusia yang sempurna kejadiannya.Namum saya dan keluarga tetap memberi undi kepada UMNO/BN.

    Namun pada PRU 13 banyak isu yang membelengu kepimpinan najib.banyak isu yang tidak dijawab atau cuba di tepis oleh beliau.beliau membiarkan orang-orang kanan beliau seperti muhiddin untuk menjawab tomahan-tomahan pembangkang.Seperti yang ayahanda Tun sedari selama 5 tahun najib menjadi PM (sebelum PRU 13) beliau banyak memberi manafaat dan melayan kerenah orang CINA berbanding orang melayu.Mungkin beliau lupa bahawa tanpa sokongan orang melayu (UMNO) sudah pasti UMNO/BN tumbang dan jadi pembangkang sekarang.Alhamdulillah UMNO/BN tetap menjadi kerajaan walaupun penuh dengan dugaan dan akhirnya juga orang CINA tanpa segan silu memperlihatkan wajah sebenar mereka.Itupun kalau najib tidak sedar lagi saya tidak tahu la ayahanda tun.Selama 5 tahun mata dan telinga kami melihat dan mendengar kelebihan yang orang cina dapat.Terdetik dalam hati saya adakah najib ingat orang melayu yang menyokong UMNO/BN nie tidak rasa sesuatu di dalam hati???Sudah pasti kami harapkan pertolongan dan peluang-peluang dari kerajaan untuk kami lebih maju dalam kehidupan.

    kawan-kawan saya yang memihak kepada pembangkang pernah berkata pada saya ‘sebenarnya UMNO sendirilah yang memusnahkan bangsa melayu’.Bila difikir-fikirkan mungkin ade betulnya.Walaupun begitu pada saya UMNO tidak salah, yang salah adalah pemimpin yang ada di dalam UMNO itu sendiri.sebagai contoh program komputer 1malaysia,dengar khabar separuh dari pengedar komputer ini adalah syarikat milik orang cina.Mengapa boleh jadi begitu??Berilah peluang pada syarikat milik orang melayu 100% untuk jadi pengedar.Saya rasa ayahanda Tun mesti tahu hakikat yang syarikat melayu pasti tidak mendapat peluang yang setimpal di dalam sektor swasta.Jadi bila ada peluang dalam sektor kerajaan mengapa kita harus memberi peluang kepada syarikat cina???Bagaimana syarikat melayu hendak berdaya saing kalau kerajaan tidak memberi peluang???

    Sekarang nie heboh di blog-blog pro kerajaan tentang perilaku penasihat-penasihat yang ada disekeliling najib contohnya yang tengah hangat sekarang adalah OMAR ONG.Walaupun OMAR ONG menyatakan yang beliau adalah melayu liberal@melayu baru tetapi pada saya ini tidak memadai untuk kita percaya bahawa beliau memperjuangkan nasib orang melayu.Ingin saya lontarkan persoalan ‘apakah bukti@tindakan beliau sebagai penasihat najib untuk membantu ekonomi orang melayu???’ kalau jawapan dari persoalan saya nie adalah jawapan yang baik, saya ucapkan tahniah tapi kalau sebaliknya bagaimana pula ayanhanda Tun???mengapa najib perlu simpan beliau lagi kalau sudah terbukti beliau hanya membantu kroni dan proksi beliau yang terdiri orang cina sahaja???

    ayahanda Tun..
    Walaupun saya bukan orang kuat UMNO tapi sudah dua kali PAU saya hadirkan diri walaupun hanya menjadi pemerhati luar sahaja.Sekarang ini sudah ada suara-suara yang mahu muhiddin mengantikan najib.Kalau tak salah saya suatu ketika dulu seawal najib naik menjadi PM dan mencetuskan gagasan 1MALAYSIA ada seorang wartawan cina bertanyakan kepada muhiddin ‘tan sri, u pilih malay 1st atau malaysia 1st?’. TANPA MEMIKIR PANJANG muhiddin menjawab ‘ i’m malay 1st’.Orang macam muhiddin la yang patut kita angkat menjadi pemimpin no 1 negara!!Saya pasti walaupun muhiddin memilih ‘malay 1st’ beliau tidak akan meminggirkan bangsa-bangsa lain di malaysia ini kerana sudah terbukiti selama 56 tahun orang melayu menjadi pemimpin no 1 negara siapakah yang menjadi kaya raya???siapakah yang bongkak dengan menyatakan merekalah yang memegang ekonomi negara???

    ayahanda Tun,
    saya harap luahan dan pendapat saya ini diberi sedikit perhatian walaupun saya sedar siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan ayahanda tun yang amat saya kagumi dan sayangi.Kalau UMNO/BN tidak berubah percayalah PRU14 kita akan jadi pembangkang ayahanda Tun.PAU pd november nanti diharap kita dapat memilih barisan pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib bangsa melayu.pertandingkanlah semua jawatan kerana kalau kita adalah pemimpin yang baik dan bagus pasti ahli bawahan akan memilih kita.Mungkin apa yang saya suarakan ini salah dan tidak sama dengan orang lain yang mungkin mempunyai pendapat yang lagi bernas dan sempurna.Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah saya sayangkan ayahanda Tun dan UMNO.

  29. Rawa Lanun-Bahasa Jun 11,2013 11:41 AM

    Dear Tun Dr Mahathir@blog admin

    The grass is indeed greener on this side of the fence.
    Said the punggok looking at the moon in the shadow
    and the cats mowed in agreement

    partin words from karkun cum anis
    so sweet and so so manis
    my love to her and sharizat

    while i recite for a reality show
    – stan get thee behind me

    a tired general let him rest
    and wish him all the best, Tun

    bila rumi menari jawi berjoget

    Golongan spt kamu dlm UMNO lah yg menyebabkan Melayu mundur kerana menganggap agama sbg penghalang kemajuan

    🙂 I (:

  30. anisa Jun 11,2013 1:32 AM

    Assalamualaikum

    Rawa Lanun-Bahasa, org spt kankurock mengajak kpd kebaikan daan beramal ibadat, bagaimana kamu boleh pula mengherdik golongan2 mcm ini.
    Adakah kamu sudah cukup amalan sehingga boleh berkata sedemikian.
    Adakah kamu menganggap golongan yg suka mengimarahkan masjid dan surau sbg lemah dan mundur.
    Golongan spt kamu dlm UMNO lah yg menyebabkan Melayu mundur kerana menganggap agama sbg penghalang kemajuan.

    Jika hendak umat Islam dan Melayu maju, perlu ikut acuan Islam.
    Jangan dipisahkan agama Islam dgn kehidupan/pentadbiran.
    Jangan hanya ambil sebahagian hukum-hukum di dlm Al-Quran yg di sukai manakala yg tidak disukai tinggalkan.

  31. Rawa Lanun-Bahasa Jun 10,2013 8:18 PM

    karkunrock,
    lu elok tabligh sama PAS. Rasa you sah tak sah you punya amal; periksa tulisan you baik-baik.

    “mereka mempunyai method yg sgt berkesan dan saya rasa kita kena belajat dengan mereka”
    mana dia? method apanama?

  32. karkunrock Jun 10,2013 2:42 PM

    salam tun,

    semoga Allah pelihara tuan,

    saya hanyalah rakyat biasa yang menjalani kehidupan mencabar di bumi bertuah Malaysia ini.

    telah memerhatikan senario politik UMNO dan saya akui masalah besar UMNO bermula dari peringkat cawangan. tamakan pangkat, harta dan takhta berlaku di mana2. UMNO tidak terkecuali. tidak kira samada dalam bentuk projek kecil seperti potong rumput, bersihkan longkang dan projek kecil lain pun boleh berebut. orang terpelajar jadi meluat dengan kerenah peringkat cawangan maupun bahagian.

    saya syorkan penerapan agama di peringkat cawangan dan bahagian. selagi manusia tidak ambil agama sebagai pegangan sampai bila pon tak kan berubah. saya suka ambil contoh usaha yg dibuat oleh org tabligh. rasanya tun dah pernah singgah di masjid jamik sri petaling. usaha yg dibuat mirip kepada usaha yg dibuat Rasulullah saw. dan kesannya saya lihat amat dahsyat. saya syorkan semua ahli baik di peringkat cawangan maupun bahagian cuba ambil bahagian dalam program yang direncanakan mereka dan kita lihat kesannya. bila org UMNO akhlak baik, tiada korupsi dan berjuang hanya utk sukakan ALLAH swt maka ALLAH akan muliakan org melayu. Jgn lah kita pandang enteng kepada golongan ini hanya kerana merekan tidak mahu terlibat politik. mereka mempunyai method yg sgt berkesan dan saya rasa kita kena belajat dengan mereka. tidak salah kita mencuba. sekian.

  33. mubarakchan Jun 9,2013 3:00 PM

    Tun

    If the Singaporean Trojan Horse DAP spent 47 long years doing nothing for the Malays, Chinese, Indians and all, at least the BN as led by the UMNO with the 13 component parties did plenty for their constituents over time from 1957.

    I look upon the legitmate victory of the BN in the 13th General Elections as a confirmation of the fact that the BN formula is the right mix of political parties for a diverse racial country like Malaysia.
    As Malaysian politics is Malay based which was admitted by a DAP leader only recently, the UMNO is one shining example of successful practical politics forged out of the sands of time.
    There is nothing wrong with the set-up. But the need to refine and upgrade the machinery is now an urgent requirement in keeping with the defence of the Putrajaya citadel which attracts the beady eyes of the Opposition for different agendas – The DAP for saving the reputation of Lee Kuan Yew. The PKR for power. The PAS for religious purposes. But the BN citadel bolstered by the UMNO will be like Mount Everest, mighty, forbidding and immovable ! To re-fashion the UMNO, the lead must rest on the desk of the Boss, the President, Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak. He is the person who is exposed to all the inputs from all sources. I remember the first generation of Malaysian leaders were inclusive and accessible. This leads to their feel for the opinions from the ground or the streets.
    After the bruising attempt of the Opposition to take power at Putrajaya by the use of all manner of means and people, it is clear that the UMNO has the work cut out for them to bolster up the defences for the next round in 2018. AND THIS CAN ONLY BE DONE WITH THE RIGHT MIX OF LIKE MINDED SUPPORTERS. Whether these are credible, reliable or loyal can only be test in practice. But with such a large font of good administrators in the UMNO, I am confident that human resources is not a problem – leading to the importance of creativity, innovation and vision. A GOOD LESSON TO BE LEARNT IS FROM THE OPPOSITION’S FAILURE TO TAKE CONTROL SINCE 1997. In JUST ONE EASY STEP, the Opposition wasted time, energy and money by running round and round the mulberry bush.

    I see the rise of the BN as led by the UMNO with the 13 component parties. Why ? It is because I see the rise of a new resurgent UMNO who had seen the pitfalls and will now avoid them. We have another 56 years given THE RIGHT MIX OF PEOPLE, THE ABSOLUTE PRACTICE OF THE LAWS, FAIR AND TRANSPARENT POLICIES, AND MOST IMPORTANT OF ALL, A BUREAUCRACY WITH FUNCTIONS NORMALLY.

  34. Rawa Lanun-Bahasa Jun 9,2013 1:24 PM

    dari luar dewan dari transfer road terdengar…

    Hingga hilang bangga diri
    Berani hidup berani mati
    Bagai musafir bertemu janji
    Ini Darwis sudah gila berahi

    Di mana berdirinya Khairy Jamaluddin dalam gerak kepala enjin keretapi mahu ditanya
    kepada siapa; dan kepada red bean army :

    Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
    Aku mabuk hakiki mendengar suaramu

    Sayang… pada mereka yang tak mengerti
    Sayang… pada hati tertutup mati
    Bagai sangkar tanpa penghuni
    Burung berharga terlepas lari


    between red beans and anai-anais from lans kopral to five-stars
    it needs only the mb of kedah to bring the house down

    oh rumi
    Bila Rumi Menari melayu berjoget

    Rindu (ya maulana)
    Kembali bertemu (ya maulana)
    Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
    Rindu (ya maulana)
    Kembali bersatu (ya maulana)
    Kembali bersatu dengan yang dikasihi

    Rindu (ya maulana)
    Kembali bertemu (ya maulana)
    Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
    Rindu (ya maulana)
    Kembali bersatu (ya maulana)
    Kembali bersatu dengan kekasih

    Ada hanya tiga naib presiden
    biar darwis berahi biar melayu berjoget di tanjung rhu
    satu untuk sabah satu untuk johor dan satu untuk ratu minang ku

    Burung berharga terlepas lari
    (kudos to china hackers, sdr xi)

  35. Malaysia Bagus Jun 9,2013 11:59 AM

    Salam Tun dan semua pembaca,

    UMNO dulu dan sekarang – bagi saya dalam apa jua pertubuhan politik, perlu ada landasan perjuangan yang tetap menuju ke destinasi yang ditentukan sejak dari awal lagi. Destinasi tersebut tidak perlu di UBAH hanya kerana kita diancam oleh bangsa petualang yang tamak dan tak akan pernah cukup atau puas selagi mereka tidak dapat memerintah Tanah Melayu ini.

    Pucuk pimpinan UMNO ialah ibarat kepala keretapi, yakni enjin yang menarik gerabak di sepanjang landasan tersebut. Jika kepala keretapi dan enjin mulai rosak atau tergelincir dari landasan, maka ia perlulah diganti dengan enjin yang baru dan lebih baik kualiti serta berdaya tahan. Tidak ada kekebalan, dan kepala keretapi perlulah diganti jika ia gagal berfungsi seperti yang ditentukan dalam piawaian.

    Kebolehpercayaan enjin tersebut juga perlu disahkan dan diluluskan oleh pakar kejuruteraan melalui satu laporan terbuka dan disokong oleh ahli panel dari bahagian teknikal, pentadbiran dan ahli biasa. Kita tak mahu nanti berulang kes “enjin songsang” yang tak tentu arah perjuangannya tapi tetap disogok ke depan tanpa di’tapis’ terlebih dahulu.

    Kita sendiri telah lihat bagaimana “enjin sonsang” tersebut bertindak di luar batas bila mengepalai pertubuhan politik pembangkang. Memang sah dia seorang yang jiwa kacau, haru-biru dan lagak seperti “runaway train” yang melanggar semua lampu isyarat menuju kehancuran.

    Saya fikir artikel berikut amat relevan dengan situasi UMNO sekarang dan elok difahami maksud yang tersirat di dalamnya :-

    Karl | June 8, 2013 at 10:39 AM | Permalink

    Salam Tun,

    a computer geek scientist once said, “The best way to predict the future is to invent it.”

    So, likewise in politics, UMNO can invent and predict its future with high accuracy if starts to market itself proactively and reinforce its positions in the sub-urban and rural areas with true commitment beginning right now. UMNO needs to consistently doing so with the passion and tenacity of a jilted lover! Imagine your second Chinese wife just ran away with your best Chinese enemy .. haha and you begin to suspect your first, third and fourth wives are having affairs of their own too. Pardon my digressions. I cant help it, really. Otak kuning, tapi bersih and no racism intended!

    As I see it, the current UMNO is a complete set of the Malay proverbial that you can, if you like, slogan-ise into a Rukun-UMNO ada lima perkara :

    1. “Seperti pahat dengan penukul” because no work begins if there is no reward in view
    2. “Sudah terhantuk baru tengadah” got hit hard but they still don’t learn anything until
    3. “Nasi sudah jadi bubur” broken and wasted. Just because a few are corrupt and greedy
    4. “Nila setitik rosak susu sebelanga” spoils the whole of UMNO, and then we have
    5. “Seperti tikus membaiki labu.” the same people pretending to correct the situation !!!

    We at UMNO need to urgently re-invent our strategies in catering to the current affairs and future challenges. No need to dwell on the past except to learn from our past mistakes. Recuperate and move on. There is so much work to do, and not just because you want to win the GEs or woo your ex-wife back. Get a new, sexier wife lah!

    For a start, I sincerely hope the cyber troopers “Briged Anai-Anai UMNO” will gobble the Red Bean Army and recover the contaminated zones ASAP ….

    Sekian, terima kasih.

    Karl,
    Lans Koperal Anai-Anai
    Kor Semboyan

  36. Rawa Lanun-Bahasa Jun 9,2013 1:26 AM

    Howdy, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
    and Salaams

    Transgressional and racial polarization is too rich of chinese trick boxes and paper fans
    Are you not overplaying to the gallery the part about masa depan UMNO and buku komik?
    I am quite sure YABhg Tun Dr M is a living UMNO legend and alif mim nun wau is sarkas!

    On a positive note is working around a boulder is easier than having to remove it subtereaneanly speaking: siapalah yang dapat menjawat naib presiden – Khairy Jamaluddin
    knows that even an ahli pekak umno that undi itu bernilai cuma harganya ikut citarasa
    and a Pemuda cum Naib-Presiden.

    UMNO and Madinah are intertwined – in the not so far future – drones of drones
    as living subterraneanly and cutting edge technology – halally financed
    now that is small talk – a bakery and a makam of a little wali for little kids
    i have always looked forwrd to a cawangan get together the song and quorum
    and wanting an anakbumi choir of 88 voices – bersatu kita bersatu music in pure harmony

    Matrix and zion and Mjölnir in graphic high definition abn xcess
    comic book stuffs – but when silver surfer is lack of choce i wannabe ironman
    with umno emblems ironman has a heart problem – kids stuff in a song

    Bersatu Kita Bersatu
    Dengan Setia Berganding Bahu
    Jiwa Teguh Berpadu
    Kita Rumpun Melayu

    Bersama Kita Bersama
    Mendukung Hasrat Semua
    Berjasa Pada Bangsa
    Agama Dan Negara

  37. sentinel3 Jun 9,2013 12:45 AM

    Tun,

    Lambat memberi komen kerana bercuti dan Tun sudah ada topik baharu tetapi tidak apalah kerana topik Tun ini sangat menarik untuk diperbahaskan.

    Tun, pada pendapat saya, UMNO perlulah menganggap bahawa kemenangan nipis BN pada PRU-13 lalu sebagai a new lease of life bagi UMNO untuk membuat langkah-langkah pembaikan dan tindakan drastik dalam parti sebagai persiapan bagi menghadapi PRU-14.

    Antara kelemahan ketara UMNO pada PRU-13 ialah mengambil orang yang pernah tewas pada PRU-12 untuk bertanding sekali lagi sebagai calon BN pada PRU-13.

    Sebenarnya BN terlepas peluang keemasan untuk menyingkirkan dan menamatkan karier politik beberapa tokoh PKR dalam PRU-13 apabila meletakkan calon-calon yang tidak sesuai dan pernah kalah pada PRU-12 di kawasan yang sama seperti yang saya sebutkan.

    Sebagai contoh ialah di kawasan Gombak apabila orang yang pernah kalah diletakkan semula untuk bertanding melawan orang kuat PKR Azmin Ali.

    Kalau kita lihat poster-poster antara kedua-dua calon BN dan PKR sahaja kita boleh tahu awal-awal lagi calon yang mana akan menang di kawasan tersebut.

    Kesungguhan calon pembangkang meletakkan banner yang lengkap dengan gambarnya sekali di sepanjang jalan yang dilalui oleh orang ramai setiap hari (walaupun jika tidak memberi sebarang khidmat di kawasan itu) sudah jelas menunjukkan kesungguhan calon lawan berbanding calon BN yang sudah kalah awal-awal lagi dalam perang poster.

    Begitu juga di kawasan Pandan, BN kalah kerana UMNO beralah kepada parti komponen yang lebih mementingkan politik kepartian dan peribadi pemimpin MCA dengan memilih calon yang tidak be kaliber bagi menghadapi saingan calon pembangkang pada PRU-13.

    Sepatutnya, UMNO sebagai parti utama meyakinkan parti kawan bahawa betapa pentingnya mengetepikan soal-soal politik peribadi antara pemimpin-pemimpin parti komponen BN buat sementara waktu kerana BN menghadapi pilihan raya yang sengit serta mencabar yang disifatkan oleh orang ramai sebagai ibu segala PRU di negara ini.

    Malangnya perkara ini dibiarkan berlaku seperti PRU-PRU yang sebelumnya walaupun pemimpin-pemimpin UMNO tahu bahawa PRU-13 ini adalah penting untuk survival dan kelangsungan BN sendiri.

    Saya tidak tahu sejauh mana benar cakap-cakap yang mengatakan bahawa PM menggunakan khidmat nasihat politik pakar luar negara dengan belanja yang besar sebelum PRU-13 untuk membantu kemenangan BN, bagaimanapun jika benar, tindakan tersebut adalah satu kesilapan besar kerana mempercayai nasihat orang luar yang tidak tahu menahu mengenai politik negara ini.

    Mengikut Tan Sri Sanusi Junid dan Tun Daim Zainuddin, penasihat-penasihat tempatan Datuk Seri Najib juga gagal dalam peranan mereka memberikan nasihat yang berguna kepada bos mereka dalam PRU lalu.

    Tun, semasa PRU-13 lalu juga menyaksikan UMNO sentiasa dalam keadaan defensif dan tertekan oleh asakan-asakan pihak lawan sepanjang masa.

    Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO yang berkaliber dan apa sudah jadi kepada Pemuda UMNO yang senyap sepi dan sepatutnya berani menjawab segala tohmahan dan fitnah daripada pemimpin-pemimpin pembangkang?

    UMNO kelihatan lemah dengan sikap apoligik, mengalah dan sentiasa mengalah terhadap pembangkang dan pada masa sama berusaha untuk memujuk dan memberi pelbagai habuan kepada pihak yang bukan sahaja tidak sudi malah benci terhadap UMNO.

    Saya setuju dengan pendatan Tun Daim bahawa sepatutnya UMNO dan BN memberi tumpuan yang lebih kepada kawasan luar bandar dan kawasan yang BN kalah dengan nipis pada PRU-12 serta melupakan terus kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina.

    Sepatutnya PM lebih bijaksana dan menjadikan iktibar keputusan PRU negeri di Sarawak yang mana kaum Cina di kawasan bandar telah menolak BN sepenuhnya.

    Satu lagi kelemahan besar BN ialah seperti UMNO, parti-parti komponennya juga ialah seperti syaitan bisu gagal menjawab segala fitnah dan tohmahan pembangkang.

    Seperti pemimpin-pemimpin UMNO, mereka tahu pengundi bukan Melayu menolak MCA dan MIC tetapi tidak berbuat apa-apa untuk memberi penerangan dan penjelasan bagi menyedarkan mereka yang telah awal-awal lagi menolak BN bahawa tindakan mereka adalah satu kesilapan besar jika tidak mengundi BN.

    Sehubungan itu Tun, nasihat 3 sen (harga yang dibayar oleh Kerajaan Singapura kepada Malaysia bagi setiap 1,000 gelen air yang dibekalkan oleh negara ini kepada republik itu) saya kepada UMNO ialah ambillah kesempatan mulai sekarang untuk melakukan perubahan-perubahan drastik supaya UMNO terus relevan untuk orang Melayu buat selama-lamanya.

    Saya setuju dengan pendapat Tun bahawa UMNO kini kelihatan ketandusan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berkaliber untuk bukan sahaja memimpin parti itu malah orang Melayu keseluruhannya.

    Buatlah sesuatu pindaan dalam perlembagaan parti seperti membenarkan orang ramai mendaftar menjadi ahli di peringkat cawangan UMNO sama ada menerusii mana-mana bahagian UMNO bagi mengatasi birokrasi dan usaha-usaha pihak tertentu di peringkat cawangan untuk menyekat orang ramai khususnya golongan profesional daripada menjadi ahli di peringkat cawangan UMNO.

    Atau tubuhkan satu jawatankuasa menyelaras keahlian UMNO di peringat bahagian, negeri dan Pusat dimana setiap permohonan menjadi ahli UMNO di peringkat cawangan adalah automatik dan akan dipantau oleh peringkat bahagian, negeri dan Pusat.

    Saya tidak bercadang untuk memberi secara terperinci cadangan mengenai cara menambah keahlian di peringkat cawangan dan biarlah orang UMNO sendiri mencari mekanisme yang terbaik mengenai perkara ini.

    Tun, UMNO juga harus memastikan jentera-jenteranya iaitu kakitangan UMNO menjalankan tugas mereka dengan serius terutama dalam menambah keahlian UMNO.

    Mentaliti kakitangan UMNO yang juga bekerja seperti kakitangan awam kerajaan yang tidak dedikasi dalam tugas mereka juga harus dikikis jika UMNO mahu terus jadi parti yang relevan dalam politik negara.

    Tun, luahan orang ramai termasuk dalam blog Tun sendiri mengenai kesukaran untuk mendaftar menjadi ahli UMNO adalah serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan UMNO.

    Selain menambah keahlian parti, usaha-usaha berterusan harus dilakukan bagi menghubung ahli-ahli UMNO supaya mereka sentiasa tahu perkembangan semasa dan terkini mengenai parti yang mereka sertai dan merasa diri mereka dihargai oleh pemimpin-pemimpin parti mereka.

    Seorang kawan saya memberitahu bagaimana dia telah menyertai UMNO dalam kempen menambah keahlian parti yang dijalankan oleh UMNO di ibu kota tidak lama dahulu tetapi malangnya kata kawan saya ini beliau merasa seperti terpinggir kerana sehingga hari ini beliau tidak pernah menerima apa-apa surat daripada pejabat UMNO sama pemberitahuan mengenai perkembangan parti mahupun menjemput beliau dalam aktiviti-aktiviti parti.

    Seorang lagi rakan memberitahu bagaimana dia bersungguh-sungguh kerana mahu mengundi BN pergi ke pejabat UMNO yang berhampiran sebelum PRU-13 lalu untuk bertanya mengenai statusnya sebagai pengundi luar.

    Malangnya, dia dilayan seperti berurusan di pejabat kerajaan apabila seorang kerani menyuruhnya naik ke tingkat untuk mendapatkan jawapan tetapi apabila tiba di tingkat atas seorang kerani lain pula menyuruhnya turun kembali ke tingkat bawah, sebelum disuruh naik semula ke tingkat atas.

    Menurut rakan saya itu lagi, akhirnya dia diberikan sekeping kertas dengan nombor telefon pejabat UMNO yang harus dihubungi untuk menanyakan statusnya tersebut walaupun sebenarnya tugas itu menurut rakan saya boleh dibuat sendiri oleh kakitangan UMNO di pejabat itu.

    Bagaimanapun kerana semangat berkobar-kobar mahu menolong dan mengundi UMNO, dia telah menghubungi pejabat UMNO tersebut menggunakan nombor yang telah diberikan kepadanya.

    Rakan saya itu berkata, kakitangan UMNO yang bertugas di pejabat itu berjanji akan menghubunginya semula selepas itu bagaimanapun janji hanya tinggal janji sahaja dan rakan saya itu tidak menerima sebarang panggilan daripada pejabat UMNO itu selepas itu.

    Disebabkan kecewa dengan tindakan kakitangan pejabat UMNO itu, rakan saya yang merasai pengorbanannya tidak dihargai memutuskan tidak mahu pulang ke kampung halamannya untuk mengundi sebagai pengundi luar.

    Tun, mungkin sudah tiba masanya bagi UMNO memperkenalkan peraturan yang hanya membolehkan seseorang calon UMNO menjadi wakil rakyat hanya selama dua penggal sahaja kecuali bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti.

    Ini bagi mengelak pemimpin `kayu mati` dalam UMNO dan mencegah salah laku memegang jawatan dalam politik dan kerajaan bagi mengayakan diri sendiri, keluarga dan kroni.

    Salah satu sebab UMNO dibenci oleh sebahagian besar pengundi tanpa menggira kaum ialah sikap tamak haloba dan hanya mementingkan diri sebahagian besar pemimpin UMNO sekarang terutama di peringkat bahagian UMNO termasuk wakil-wakil rakyat UMNO.

    Tindakan beberapa bekas pemimpin UMNO yang sudah kaya raya tetapi bukan sahaja sanggup meninggalkan UMNO malah menyertai parti pembangkang menghentam parti yang dahulu banyak berjasa terhadap mereka kerana kecewa dan masalah peribadi menunjukkan betapa rapuhnya semangat sayangkan UMNO di kalangan pemimpin UMNO sendiri.

    Tun, buatlah sesuatu yang drastik bagi mengekang perbuatan mengsabotaj parti oleh mereka yang tidak mengenang budi dan hanya memperalatkan parti untuk kepentingan diri mereka sendiri.

    Buang kalau perlu mulai sekarang pemimpin-pemimpin yang rapuh perjuangan mereka terhadap bangsa, agama dan negara.

    Ini kerana cabaran bagi UMNO menghadapi PRU-14 nanti akan lebih mencabar kerana UMNO kini mempunyai pelbagai musuh bukan sahaja dari parti pembangkang malah daripada pelbagai sektor lapisan masyarakat.

    Terima kasih kerana sikap mementingkan diri sendiri pemimpin-pemimpin UMNO ini telah menyebabkan parti ini kini mempunyai terlalu banyak musuh yang hanya menunggu masa untuk melenyapkan UMNO buat selama-lamanya di negara ini

    Oleh itu, masih tidak terlambat bagi UMNO untuk membersihkan semula imej parti itu dan juga membersihkan jabatan-jabatan kerajaan daripada penyokong-penyokong pembangkang.

    Fikirkanlah mekanisme yang terbaik bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut jika UMNO mahu terus menjadi sebuah parti Melayu yang relevan di negara ini.

    Salam Tun.

  38. mslatipah Jun 7,2013 7:24 PM

    Assalammualaikom YBhg Tun Dr Mahathir,

    1. Sekali lagi Tun melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin2 UMNO khususnya dan orang2 UMNO umumnya.

    2. 88 kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam PRU13 tidaklah begitu membanggakan memandangkan terdapat 3 juta ahli UMNO dan 28 juta rakyat Malaysia.

    3. Betul tangkapan Tun bahawa mereka yang mengundi UMNO takut kuasa Melayu akan hilang.

    4. Mereka takut kerana sejak anak prodigi Tun mengambilalih tampok kerajaan orang Melayu merasakan kedudukan mereka tercabar.

    5. NGO2 Melayu/Islam tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Kenapa?

    6. Sebab utama adalah kerana UMNO parti yang sepatutnya mempertahankan hak Melayu kelihatan lemah sekarang.

    7. Ekoran daripada kelemahan2 ini maka tercetuslah pancar roba seperti :-

    i. Tidak menghormati ugama Islam;
    ii. Menderhaka kepada Raja;
    iii. Menderhaka kepada negara/bendera;
    iv. Tidak menghormati kepada pemimpin negara.

    8. Paling dangkal adalah Pengerusi BN terikut-ikut dengan asakan sebuah parti Cina bahawa BN menjadi parti tunggal. BN munkin tidak lagi relevan dan perlu UBAH.

    9. Bukan BN perlu UBAH tetapi UMNO yang perlu UBAH kalau masih mahu RELEVAN.

    10. Pemilih2 Melayu didalam dan luar bandar yang masih setia dengan UMNO lambat laun akan beralih parti jika pemimpin2 UMNO kelihatan hilang punca dan tidak lagi menunjukkan sifat kebolehpercayaan.

  39. CikguRahim Jun 7,2013 6:51 PM

    Pemikiran saya UMNO akan jatuh tersungkur mahupun terkubur daripada kepercayaan orang melayu sebab seperti yang TUN terangkan diatas. Perubahan menuntut pengorbanan. Ramai pemimpin yang tidak sanggup. Terlalu selesa dengan kedudukan yang ditumpangi atau lebih sesuai diraguti.

    Mungkin mereka menanti jemputan kerajaan baru suatu hari nanti ke “HOTEL BESI”. Membicarakan tentang pelbagai pengabaian tanggungjawab dan terambil lebihan ganjaran yang dibenarkan.

    Ramai Melayu bukan suka sangat dengan parti lawan tetapi pemimpin UMNO yang sedia ada memberi laluan kepada mereka. Keadaan ini jelas kita boleh lihat seperti berlaku di KELANTAN. Hampir 5 penggal masih bersama PAS. Kenapa? Keadaan yang sama juga berlaku seperti di PULAU PINANG mahupun Selangor. Mengapa? Adakah melayu sekarang sudah celik. Tapi yang pasti sudah JELIK.

    Perubahan yang dituntut bukanlah sekadar kosmestik. Tetapi perubahan secara total. Pemimpin mahupun ahli yang suka tumpang ‘kasih’ dengan UMNO harus dinasihatkan berundur, jika tidak dipecat dan sisihkan sahaja dari bersama UMNO.

    Berbagai teguran telah dibuat, berbagai usaha pelbagai peringkat telah dibuat dan macam2 lagi usaha yang dilakukan golonga veteran mahupun pemuda masa kini, namun semuanya hanyalah sekadar satu penantian yang tiada kesudahan.

    UMNO harus akui hakikat. Janganlah suatu hari nanti anak bangsa yang ditindas bangsa lain salahkan UMNO walau pelbagai usaha yang telah UMNO lakukan. Sekarangpun dah boleh lihat betapa anak muda MELAYU telah menyanjungi DAP sebagai parti yang sangat boleh diharap dan sedang berusaha menjatuhkan UMNO.

    Semoga UMNO sedar. JIKA tidak SEDAR lebih baik UMNO kalah agar MELAYU yang betul2 sayangkan Melayu akan bina semula UMNO dengan kegemilangan yang terindah suatu hari nanti.

    Cikgu Rahim Aziz
    Ahli UMNO Pulau Pinang.

  40. badmoonrising Jun 7,2013 2:55 PM

    Salam YABhg Tun,

    Itu lah UMNO sekarang Tun.

    Sedih.

    Semalam saya ke Kg Melayu Kepong menjemput anak perempuan saya di rumah kawannya. Di antara celah-celah rumah Melayu yang agak sesak tiba-tiba saya bertentangan rumah banglo sebesar-besar banglo…kebetulan itu lah rumah kawan anak perempuan saya.

    Ini lah jenis kemewahan yang jadi idaman orang-orang UMNO sekarang.

    Sebab tu lah depa semua meluat.

    Dan sebab tu lah sekarang satu lepas satu pemimpin berkepentingan UMNO begitu lantang bersuara tak bagi orang lain bertanding untuk jawatan Presiden dan Timbalan.

    Takut periuk nasi depa habis terbalik.

    http://badmoonrisingblog.wordpress.com/2013/06/07/no-contest-please/

  41. farz Jun 7,2013 11:55 AM

    Salam Tun,

    Dah banyak idea dan pendapat yang bernas dari rakyat dalam blog ini dan saya rasa tak payah saya nak utarakan lagi pendapat saya. Tetapi sayangnya idea idea ini seperti mencurah air ke daun keladi sahaja jika pemimpin pemimpin BN dan pembuat polisi tak ada yang baca blog ini. Atau jika baca pun, mereka mereka ini adalah lemah dan memang tidak berkualiti!

  42. Rawa Lanun-Bahasa Jun 7,2013 4:34 AM

    YgBhg Tun Dr Mahathir Mohamad
    Salaams

    As an ahli UMNO Cawangan Jalan Hatin Bahagian Tanjung I would like to know what you would say to the idea of Datuk Mukhriz Mahathir getting a license from bank negara for to set up a high quality halal-toyyiban megabank in which all the royal highness Malay Sultans of Malaysia holds in good halal stock total 7% in perpetuity and petronas the other 93%
    and what would the 7% be worth? and would you be the advisor to the bank? or who in umno can do that and in the end the presence of the bank in jordan help out in the middle east in two years time?

    Alhamdulillah, my great years as rakyat Malaysia is when Dr Mahathir is around. So far, Tun Dr Mahathir’s is still among the sanest malay voice I have ever known. Panjanglah umur dan di permudahkan urusan Tun Dr Mahathir Mohamad menjaga nasib ahli UMNO yang ramai.

    No alternative – alhamdulillah
    what’s the rush?
    to the malay sultans’ bank lah

  43. mustaqimabdulrahman Jun 6,2013 9:10 PM

    salam tun…

    saya penat menulis menegur umno tapi saya umpama semut di lautan…..pada pru13….kempen pr terlalu hebat sehingga saya terpaksa menyokong 110% dan mungkin terbawa bahawa prinsip saya umno tidak akan menang….saya pk tun juga begitu tapi tun lebih kasihan kerana rakyat akan salah faham tun seolah2 tun melepas diri menyalahkan najib…..hakikatnya pada masa sebelum pru13 pendirian dan kekecewaan tun perlu diganti dengan lakonan yg menyokong dan yakin bn akan menang untuk mengekalkan good feeling serta motivasi ahli dan pengundi….

    tun,,,,,,,,,,

    saya mencadangakn transformasi umno…jika tiada perubahan umno tidak akan menang dengan pr yang lebih hebat dan lebih bijak ahli dan ketua cawangan serta bahagian nya….

    KELAYAKAN KETUA CAWANGAN : IJAZAH KEATAS…

    KELAYAKAN KETUA BAHAGIAN : MASTER KEATAS

    KELAYAKAN KETUA PERHUBUNGAN NEGERI, AJK, EXCO, PEMUDA, MT DSB : DIPLOMA KEATAS…..walaupun jawatan penting tidak memerlukan kelayakan akademik kerana demokrasi diukur oleh jmlah penyokong dan dalam konteks ini majoriti penyokong tidak punya klulusan tinggi………tetapi sudah jlas jika KETUA CAWANG DAN KETUA BAHAGIAN TERDIRI DARI BIJAK PANDAI SUDAH PASTI kepimpnan UMNO juga akan diwarnai mereka….

    senario sekarang di tempat saya di slangor kebanyakannya….

    KETUA CAWANGAN UMNO SEKARANG : KELULUSAN SPM….UMUR 60 tahun(IT moron), komunikasi rendah(faktor usia 40 keatas mengakibakan banyak org mengamalkan komunikasi sehala)….pegang jawatan sejak 20 tahun dahulu……..

    KETUA BAHAGIAN UMNO SEKARANG: SPM/DIPLOMA/DEGREE….UMUR 50 tahun(IT moderate- tak cukup nak lawan red bean army), komunikasi profesonal(faktor plajaran juga membataskan komunikasi dengan org kampung yang tak belajar tinggi…bayangkan Doktor menerangkan pada anda sakit jantung mengikut bahasa biologi…jadi ada miscom)….pegang jawatan sejak 20 tahun dahulu….

    JIKA TIADA TRANSFORMASI UMNO MAKA RAMAI ORG MUDA YG DEGREE DR MASTER dan juga kerja pakar tidak akan menyertai UMNO kerana berketuakan ketua SPM…..bila nak menang????jangan soal bila….tapi soal mimpilah nak mnang

  44. LeoSabri @ leosabri.com Jun 6,2013 2:33 PM

    Assalammualaikum WBT dan, salam sejahtera.

    Posting menarik & sgt tepat! SEDEH!!!

  45. SH TUAH IDRAKI Jun 6,2013 11:13 AM

    ASSALAM TUN.

    MAAF BERBICARA. HUJAH YANG DIBAHASKAN TUN AMAT MENARIK PERHATIAN SAYA, MUNGKIN SAYA TERLALU SENSITIF DENGAN SESETENGAH KOMEN YANG LEBIH KEPADA NEGATIF..

    SAYA SUKA MENGAJAK SEMUA KOMENTAR BERFIKIR SEJENAK..

    APABILA MELAYU MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU SUDAH PASTINYA KITA DIANGGAP RACIST ATAU PERKAUMAN.

    TETAPI APABILA CINA DAN INDIA PERJUANGKAN HAK MEREKA TIDAK PULA DIANGGAP RACIST MALAHAN ORG KITA MENGANGAP ITU ADALAH HAK MEREKA..
    HURMMM BODOHNYA MELAYU…

    ORG CINA SKRANG DAH MULA NAIK KEPALA, SEDANGKAN MEREKA BUKAN BERASAL DARI TANAH MELAYU SEKADAR DIBAWA UNTUK BEKERJA DILOMBONG BIJI TIMAH, BEGITU JUGA INDIA DIBAWA UNTUK BEKERJA DIESTET.. TAPI MELAYU KATA HURMMM “TAKPALAH BIARKAN JER DIAORANG,BUKAN DIAORANG KACAU KITA PON”

    BERBALIK PADA KISAH PAHLAWAN MELAYU HANG TUAH DAN HANG JEBAT..HURM KEPADA “Shaszari Shaik Sulaiman” KALAU TAK TAHU SEJARAH, JANGAN NAK BUAT-BUAT TAHU, KALAU ANDA SEKADAR MENONTON FILEM P.RAMLEE DAN NAK BUAT ULASAN, SAYA RASA BAIK ANDA DIAM SAJA, ATAUPUN PERGI CARI ILMU DAN PENGETAHUAN TENTANG MELAYU DAN BARULAH ANDA BERCAKAP TENTANG SEJARAH PAHLAWAN MELAYU..OKEY:)

    JADI SEKARANG POKOK PANGKALNYA BETUL KATA TUN..”MELAYU MUDAH LUPA” SEBAB DAH RAMAI ORG MELAYU TIDAK TAHU IDENTITI BANGSANYA SENDIRI..SEKADAR LANTANG BERCAKAP APA YANG DIDENGAR,BUKAN YANG DIKAJI.. ALLAH DAN RASUL TETAP DIHATI MENJADI IKUTAN DAN PEGANGAN SETIAP HARI..

    HARAP MAAF SEMUA…

    BANGSA KITA ADALAH BANGSA TERPILIH..KAJILAH SEJARAH KERASULAN MAKA ANDA AKAN TAHU DIMANA LETAKNYA KEDUDUKAN KITA…..

    ASSALAMUALAIKUM. TERIMA KASIH TUN…..

  46. observer Jun 6,2013 10:34 AM

    Tun

    sedikit pendapat daripada saya ini yang bukan ahli UMNO, sekadar orang Melayu yang setakat ini sekadar memerhatikan (observe).

    1. Evolusi: Ramai orang Melayu yang punyai tabiat, kecenderungan untuk melakukan evolusi yang negatif. Evolusi yang dimaksudkan di sini adalah perubahan daripada generasi ke generasi. Evolusi yang positif adalah di mana generasi yang seterusnya dipastikan lebih baik daripada generasi yang sebelumnya. Contohnya, sekiranya bapa seorang cikgu, anaknya pula professor. Ini adalah evolusi positif. Sekiranya bapanya berniaga mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan berkat polisi pro-bumiputra kerajaan, anaknya pula berniaga mendapatkan kontrak-kontrak antarabangsa tanpa bantuan kerajaan, tanpa kronisma dan sebagainya. Ini adalah evolusi positif yang hendak kita lihat. Generasi seterusnya semakin kuat, semakin berkebolehan, semakin cekap.

    Bangsa Yahudi mengamalkan evolusi positif generasi demi generasi selama berabad-abad. Dalam soal perkahwinan, memilih pasangan, membesarkan anak dan sebagainya, mereka memasti yang generasi seterusnya lebih kuat, lebih pantas, lebih perkasa. Itulah sebabnya Yahudi begitu sukar ditewaskan masakini.

    Malangnya, sedihnya, saya lihat banyak banyak contoh-contoh evolusi negatif di dalam masyarakat Melayu. Ada kes-kes ibu-bapanya pensyarah, professor, tetapi anaknya lemah pelajaran dan lulus universiti tempatan pun sebagai graduan lambakan. Bapa ustaz, anaknya mat rempit. Dan sebagainya.

    Evolusi negatif pun nampaknya berlaku juga di dalam konteks politik UMNO. Ahli politik UMNO masakini tidak lebih cerdik berbanding ahli politik generasi sebelumnya.

    2. Beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi memperbetulkan keadaan UMNO:

    a) Pucuk pimpinan UMNO harus bergerak agresif bagi memastikan tiada unsur-unsur bureaucracy melampau di dalam pengambilan ahli-ahli baru. Harap Tun dapat membantu di dalam hal ini.
    b) Pergerakan pengambilan ahli-ahli intelektual, contohnya golongan akademik, perlu diperhebatkan.
    c) Untuk menarik ahli-ahli yang berkualiti, UMNO harus menonjolkan imej sebagai parti yang benar-benar demokratik; proses pengundian UMNO mestilah benar-benar terbuka, tulus dan diyakini.
    d) Hentikan permusuhan UMNO dan PAS. PAS bukanlah musuh sebenar UMNO, dan UMNO bukanlah musuh sebenar PAS. Musuh sebenar orang Melayu adalah DSAI dan DAP; DSAI kerana kerakusannya, sanggup menggadai bangsa dan negara demi mengejar kuasa, putar-belit, pembohong, dsbnya, dan DAP kerana mengambil kesempatan dengan kehadiran orang2 seperti DSAI untuk mengapi-apikan orang Cina agar membenci UMNO dan BN.

    Terima kasih.

  47. Reentry Capsule Jun 6,2013 6:30 AM

    ► Cakap banyak pun dah tak guna Tun.Rasanya sudah tiba masanya kita patut memulakan gerakan Revolusi mencuci segala tahi-tahi yang telah di Pangsai kan oleh parasit-parasit di dalam UMNO ni.

    ►Najib jangan terlebih perasan dan berasa berada dalam keadaan selesa kononnya Bumiputera yang mengundinya semasa PRU13 adalah kerana dirinya yang populor dan hebat.Rakyat memilih BN kerana hendak menyelamatkan Malaysia tercinta dari jatuh ke lembah yang lebih dasyat.Bukan sebab kita semua sukakan dia sangat pun.

    ►Apa yang paling mengecewakan dan menyakitkan hati apabila individu yang dulunya menjadi perosak yang sungguh dasyat di dalam UMNO pada PRU12 dahulu masih kekal dengan jawatannya dan dilantik pula menjadi Menteri.Ditambah pula dengan tindak tanduk Ah Jib Gor Head Gor Stand yang begitu memanjakan dan membelai kaum yang telah menipunya hidup-hidup.

    ►Pada hemat saya tidak perlulah kita semua menyeru,menasihat,menegur mereka ini semua kembali ke pangkal jalan bagai nak rak.Konon dengan harapan mereka semua ini akan berubah.Mereka ini semua takkan berubah.Percayalah.Kerana kemungkaran yang mereka lakukan ini sudah sebati.Jika mereka bercakap atau berjanji untuk berubah pun itu semua hanya CAKAP-CAKAP TAHI.

    ►Sementara Tun masih ada.Kami berharap sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan dan roh UMNO seperti masa mula-mula ianya ditubuhkan dahulu.Iaitu untuk menjaga kepentingan Melayu Islam terbanyak dan bukannya hanya dua tiga kerat Melayu Kaki Bodek,Kaki Jilat,Kaki Betina,Kaki Botol,Kaki Gila Pangkat dan Kaki Sombong Nak Mampos.

    ► Sewaktu Tun hadir di Shah Alam semasa kempen Selamatkan Selangor sebelum PRU hari tu saya juga turut berada disana.Aura Tun masih hebat dan kuat walau telah bersara.Waktu nak balik saya ingat nak berdepan dan bersalaman dengan Tun untuk kali pertama.Tapi tak jadi sebab dekat sekeliling Tun saya tengok banyak sangat kaki bodek berkerumun dekat Tun.Nanti kang kalau saya dekat mau dihalaunya pulak.Maklumlah saya ni level Setinggan je.Takder Class… cakap orang Jawa.

    Sekian,

    Terima Kasih.

  48. tariqmind Jun 6,2013 3:36 AM

    Salam Kepada saudara Shaszari Shaik Sulaiman

    1. Benda dah tulis dalam sejarah dunia, fakta xyah pusing..
    http://en.wikipedia.org/wiki/Umno#History
    Buku teks sekolah, x boleh, Bangunan UMNO xjugak, Muzium Negara pon salah..

    2. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Malaysia
    http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia#History
    Siam, Portugis, Komunis, Jepun x pernah jajah Malaysia plus British,
    semua naungi Malaysia. Fakta yg cerdik.

    5. (sepertimana fitnah pelik2 pada Anwar Ibrahim)
    http://www.youtube.com/watch?v=o2genG5bQs8 – The Return of DSAI(Padayaipaa)
    http://www.youtube.com/watch?v=4Clfpld6VRc
    http://www.youtube.com/watch?v=8ATEmuZwKaQ
    semua setiausaha sulit DSAI quit job, baca sejarah setiap sorang..
    20 pengasas PKR semua quit tinggal 2 orang, 18 UMNO beli, logik2…

    Anwar Ibrahim
    Former Deputy Prime Minister of Malaysia

    Nancy Kassebaum Baker
    Former U.S. Senator

    Wim Kok
    Former Prime Minister of Netherlands

    Ricardo Lagos
    Former President of Chile

    Samantha Power
    Author and Professor, Kennedy School of Government, Harvard

    Stephen Solarz
    Former U.S. Congressman

    George Soros
    Chairman, Open Society Institute

    link http://www.crisisgroup.org/en/publication-type/media-releases/2007/crisis-group-board-calls-for-urgent-new-commitment-to-arab-israeli-peace.aspx

    byak lagi kalau nak catit, xyah susah2, baca wikipedia, pro DSAI
    http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim#Financial_crisis_and_fall_from_power
    http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim#Interim_years_.281999-2007.29

    6. Akal wajib tunduk pada Allah, dakwaan mesti diselit fakta/nas a`Quran & hadis. Penulis bukan Pelacur yg kejar upah puaskan apa disukai & pinggir hakikat sebenar. Penulis bukan penyorok barang yg keluarkan bila harga di pasaran baik/sebaliknya. Penulis bukan perakam tanpa akal yg catit apa saja tanpa fakta & fikir kesan laporan tersebut.

    7. Point lain cari sendiri.

    FirmanNYA: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) – Surah Qaaf ; 18

    Akal terbuka, minda lapang dan hati bersih maka saudara boleh menilai.

  49. tariqmind Jun 6,2013 2:27 AM

    Salam Tun,

    Tiada niat menyinggung, tapi hanya memberi pendapat sebagai pengunjung di sini,

    Kata2 Tun berkenaan UMNO sekarang ada benarnya, hakikat pemimpin UMNO sekarang lebih suka terus memelihara status, populariti, kuasa dan harta mereka untuk mengkayakan diri dan mengekalkan kroni2 mereka dalam masa sama menyekat kemasukan pemimpin baru berbakat supaya mereka kekal berkuasa. Kesannya mereka2 ini memilih untuk berada dalam parti pembangkang.

    Kalau dilihat UMNO hari ini, amat ketara sekali mereka ketandusan pelapis muda pemimpin2 UMNO berbakat yang dapat memberi hujahan, idea2, pendapat yg dapat membina akar dan keutuhan parti itu sendiri. Pemimpin UMNO yg berbakat hanya boleh dibilang jari berbanding dari pakatan pembangkang.

    Rata2 pimpinan atasan UMNO itu lupa atau tidak sedar bahawa yang UMNO dahulu dan sekarang semakin banyak perbedaannya, yang sekarang tidak akan selamanya kekal di atas, yang dahulu tidak semestinya tiada manfaat, yang lama tidak perlu bekerja keras dan yang baru suaranya tidak perlu didengar dan diberi tempat.

    Kalangan pemimpin UMNO yang tidak berminat mendapatkan idea dan suara anak2 muda, menyisihkan diri dari mengumpul idea, bakat, suara dan kreativiti belia dan intelektual sama ada individu, persatuan atau NGO, dan menceburkan diri dengan medium media baru berpaksi siber menjadikan UMNO yang diwar-warkan sedang melaui proses transformasi pada hakikatnya ‘lapok’ dinilai dari dalamannya.

    Selepas melalui proses PRU-13, iaitu waktu ‘fitnah’ terbesar dalam politik MALAYSIA untuk jangkamasa 5 tahun ini, jujur kerana kalangan pedekar siber atau cybertrooper banyak menutup mulut atau buat2 bisu dan pekak atas segala isu yang dimainkan sebelum PRU. Satu contoh adalah link ini http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/korang-nak-tau-harta-anak-tun-det-ada.html yang mana tidak boleh diakses kerana takut diambil tindakan SKMM atau sedar yang berita yang dimuatkan hanya cukup sekadar fitnah untuk menimbulkan persepsi buruk dan kerangka minda baharu atas isu politik di Malaysia semasa PRU. Bukan link tersebut sahaja, anda boleh layari lagi banyak link yang tidak dapat diakses kerana mereka juga tahu pengkhabaran mereka dibawa tanpa fakta dan info mereka tanpa usul tidak dikemaskini. Fitnah alam maya datang dari kedua-dua pihak, samada pro-kerajaan, Red Bean Army atau suara-suara pahlawan siber pembangkang.

    Walhal kita tahu hakikat ini bahawa banyak negara dan bangsa di dunia ini jatuh atas faktor fitnah berleluasa terbukti dari zaman kegemilangan empayar Rom, empayar Islam, negara komunisme, kapitalisme sehingga ke negara-negara Asia Barat, juga melibatkan Turki mutakhir ini. Bagi muslim mereka terbiasa dengan ungkapan ini iaitu “fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan”. Tapi rata-rata mereka yang bergelar Muslim memilih bersekongkol dengan penyebar fitnah, ramai dikalangan mereka terlupa firman Allah

    “Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.”
    (Al-Anfaal 8:73)

    Jika Tun berkata budaya egoisme(besar diri) dan kronisme dalam pimpinan UMNO itu menebal saya lebih merasakan budaya ini menular dalam semua parti apabila mula memegang tampuk pemerintahan. Ini baik dari pimpinan UMNO mahupun pembangkang. Atas faktor ini pemilihan pemimpin penting kerana ia mewakili tangungjawab agama, bangsa dan negara kerana soal pimpinan perlu dijawab bukan hanya sekadar perbahasan di parlimen tapi mahkamah di akhirat.

    Di kalangan muslim, soal memilih pemimpin didasarkan dua ciri utama iaitu amanah dan quwah iaitu kekuatan. Amanah lebih dekat kepada jujur, berkata benar, bertangungjwab atas prinsip syariah dan penting untuk menepati janji. Quwah itu antara dasarnya kepada bakat memimpin, mengawal selia dan mengurus pimpinan, kepintaran intelektual ilmu dunia dan akhirat serta keupayaan menghadapi tekanan. Ini disandarkan firman Allah.

    Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.
    (Al-Qasas 28:26)

    Realitinya hari ini manusia lebih suka memilih mereka yang punya tutur kata yang indah, bahasa pidatonya hebat, juga lengok suaranya menarik ramai mendengar, bukan ratusan tapi ratusan ribuan terpesona kerana faktor karisma tutur kata dan pidato. Perkiraan latar belakang, pendidikan, pengalaman dan reputasi bukan ukuran tapi tingkat minda manusia disekat kerana persona manusia membelakangkan firman Allah.

    Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).
    (Al-Baqarah 2:204)

    Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?(Al-Munaafiquun 63:4)

    Oleh sebab itu manusia lebih suka berhimpun dan mendengar syarahan bukan kerana ilmu tapi kerana faktor pemberi syarahan. Cuba sendiri ke majlis yang hidup atas dasar ilmu semata-mata yang membuka minda tanpa ada kepentingan tertentu atau jenaka pemidato atau tanpa hasutan dan dicemari menjatuhkan hukum pada manusia lain kurang mendapat sambutan.

    Sebaiknya kita merenung kembali kata-kata Allah, mencari jalan mendapatkan syurga Allah.
    Surah Al-Ashr adalah jawapan ke surga Allah dan rujukanlah Al-Baqarah ayat 177.

    Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
    (A-li’Imraan 3:133)

    Moga kita mendapat petunjuk, keampunan dan dilimpahi rahmat dari Allah Taala.
    Wasalam.

  50. san Jun 6,2013 12:51 AM

    siapakah melayu terakhir?

    sebenarnya kita lah bangsa dan kerajaan melayu itu. adakah kita menghampiri kepupusan dalam ertikata berkerajaan?

    Jajahan melayu telah ujud sejak zaman pra sejarah lagi kira-kira 2,000 tahun dahulu. Fakta yang ditutup dan dilupakan sekian lama. Seawal kurun ke 5, jajahan raja-raja melayu memerintah sehingga
    ke selatan Siam termasuk semenanjung melayu (tanah melayu). Sebahagian besar Sumatera dan Jawa barat. Pada kurun-kurun berikutnya menawan Kemboja and vietnam (kerajaan Champa) hingga Filipina. Mengekang kebangkitan kerajaan Majapahit sehingga kurun ke 14.

    Dengan kapal-kapal perang sepanjang 40 meter boleh menggerakkan 20,000 tentera. kerajaan melayu menguasai selat melaka, lautan hindi and laut china selatan.

    Kejayaan empayar melayu dalam perniagaan dan perdagangan dengan negara india and china amat terserlah. Kekayaan maharaja melayu adalah setanding dengan maharaja india pada ketika itu.

    Tulisan Melayu Lama diatas batu Talang Tuwo, Kota Kapur, Kedukan Bukit dll adalah bukti sahih. Banyak lagi bukti bahasa melayu lama terdapat di chandi borrobudor menceritakan tentang sejarah kejayaan kerajaan bangsa melayu.

    melayu akan ditelan zaman?

    ayuh saudara melayuku, dengan majoriti yang ade kita ‘kempenjatuhkan’ umno dari dalam. tidak ada sesiapa lagi boleh mengubahnya hanya kita melayu terakhir.

  51. milshah Jun 6,2013 12:13 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya setuju dengan pandangan Tun. Ini kerana saya sendiri telah cuba jadi ahli UMNO berkali-kali tetapi tidak berjaya. Ibu saya pernah menasihati saya tidak perlulah letak masters dalam kelayakan akademik semasa mengisi borang keahlian. Cukuplah sekadar letak lulusan PMR sahaja. InsyaAllah dapat jadi ahli UMNO.

    Saya cuba bayangkan jika Tun masih muda dan cuba pula menjadi ahli UMNO pada masa ini. Tentunya Tun tidak diterima sebab Tun ada kelayakan doktor. Mungkin kerana ingin sangat berjasa Tun beralih arah menjadi ahli PAS. Bayangkan seorang pemuda berbakat seperti Tun menjadi ahli PAS, apakah akan jadi kepada UMNO?

    Saya lihat ramai rakan-rakan saya juga menjadi ahli PAS. Mereka ini terdiri dari kalangan professional. Sedangkan sehingga hari ini saya masih belum temui rakan-rakan saya yang terdiri dari kalangan professional menjadi ahli UMNO. Adalah seorang di kampung, bapa saudara saya yang lulusan SRP menjadi ahli UMNO. Dia lulusan SRP sahaja kerana malas nak belajar masa muda dulu. Yang malas nak belajar lulusan SRP dapat jadi ahli UMNO. Yang lulusan professional atau masters tidak dapat jadi ahli UMNO. Memang pelik bin ajaib.

    Bayankgan suatu hari nanti PAS akan sarat dengan ahli-ahlinya lulusan masters, PHD dan professional manakala di pihak UMNO pula sarat dengan ahli-ahlinya yang lulusan SRP sahaja. Pihak manakah akan menang di pilihanraya agaknya?

    Saya rasa apa yang Tun tulis ini adalah ‘open secret’. Ianya bukanlah satu rahsia sebenarnya. Saya rasa semua ahli UMNO tahu mengenainya. Cuma mereka lebih suka untuk berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa mengenainya.

    Sekarang Tun telah membuat teguran kepada ahli-ahli UMNO. Apakah mereka masih nak buat bodoh seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku? Perlu diingat, orang cina tidak lagi menyokong UMNO. Apakah nak tunggu orang Melayu pula tinggalkan UMNO baru nak berubah?

    Saya ingin membuat cadangan supaya untuk menarik golongan muda dan professinal, borang keahlian UMNO boleh diisi online dan selepas diisi, secara otomatik dia menjadi ahli UMNO dan layak menyerai mesyuarat UMNO. Ketua cawangan tiada kuasa untuk menghalang sebab mereka telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri. Akan tetapi ahi baru ini diberi 6 bulan pemerhatian, di mana ketua cawangan perlu mengemukan bukti mengapa orang tersebut tidak boleh menjadi ahli. Jika tiada apa-apa maklumbalas dari ketua cawangan, maka secara otomatik orang tersebut menjadi ahli UMNO.

    Kita tunggu dan lihat.

  52. rosas Jun 5,2013 11:38 PM

    YAB TUN
    The geast of Tun’s message & commentors :
    1. Ada kegusaran whether PM Najib “Doing the Right Things or Doing Things Right”
    2. UMNO masih berpegang kpd sekurang-kurangnya 3 konstruk yg pernah jadi pegangan Tun Musa Hitam : P1-Poketism; P2-Pangkatism; P3-Perutism.
    3. Ada yg menaruh harapan agar isu penyatuan & pembangunan Ummah diberi keutamaan sbg langkah memperkukuhkan kesinambungan kekuatan politik Melayu sepertimana yg terkandung dlm manifesto BN-PRU13. The Malays have long being exposed to unhealthy political turbulence since 5-6 decades resulting in severe evaporation of trust & ill-feelings amongst them. The future generation has alot to lose if the weak covalent bonding amongst malay ummah is left untreated. So far no document on Perancangan Strategik Pembangunan Ummah has been documented.

  53. Dr Jafri Jun 5,2013 7:09 PM

    Dear Tun,

    please tell PM Najib to listen … listen … listen … to what our esteemed blogger Tired just said, http://chedet.cc/?p=998#comment-114649

    Please listen to the constructive discontent clearly written therein and mirror it right away. No use for an extensive (and expensive) psychoanalysis if you still refuse to accept the facts and to delay making a correction. Take the needful steps now and act as if your life depended on it, the urgency can no longer be underestimated, like Mubarakchan said, a week is a very long time in Malaysian politics. UMNO barely escaped the Pakatan onslaught and a slight tilt of the table could mean disaster for the nation. We are not past danger zone yet.

    Anwar is never going to let off PM Najib so easily, knowing that PM Najib is awestruck by his presence, or even secretly idolises him, and is only driving in his shadow. The fact that PM Najib was on the sidelines and willing to cut a deal with Anwar on the GE Result shows how ill advised PM Najib is and the reconciliation calls that came afterwards were so meek and fake, it made him look very docile and pale compared to Anwar’s rant. Now, who is the Master, really?

    Come to think of it, PM Najib could have just delegate it to Khairy to deliver that recon donkey talk 🙂 and let him suffer at Anwar’s sick tongue.

    Another thing, UMNO troopers – are they as ever ready and vigilant as the Red Bean Army? Look at the stories and nonsense being carried by their cohorts in MalaysiaKini, Harakah, and The Star etc; and what can Shabery Cheek do, to not repeat the mistakes of his predecessor. With all the budget in hand, it is simply preposterous that the government is always seen hapless and is at every turn bullied by the amateurish moves of the Red Bean Army over and again. It only signifies the level of skill, or rather the lack of it within the govt IT agencies.

    Tun,

    all the nostalgia of the old UMNO will not do any good for us or towards reviving UMNO now. I know it is good that many readers are moved to tears by your excellent post. But we cannot be emotionally overwhelmed and successfully engaging in a CPR or any emergency procedure. Just like you can’t drive safely, if you keep looking at the rear mirror every so often. You have to look ahead for the road signs and all other indicators, or else 3 hours of safe driving will mean nothing if your mind is 30 seconds off the road. The likely consequence, as would be in GE14, may be fatal and will signal the end of the road for UMNO.

    I sincerely hope my premonition misses.

  54. Retired Gurkha Jun 5,2013 5:28 PM

    A’kum Tun

    The Issue of Hope for UMNO

    Firstly, we must address the issue of ‘trust & respect’ for ordinary party members. We love UMNO and want the party to be relevant to Malays in maintaining The Malay Agenda. Hence, genuine leaders must be chosen to lead the party. We support the new ‘direct voting system’ as part of transparent process and reform. We have to wait and see.

    Secondly, we must allow for all top posts to be contested, especially President and Deputy President. However, in order to eliminate disruption, the top two posts can ONLY be contested by Parliamentary UMNO members that won in the last 13GE. This will require ONLY Cabinet reshuffle immediately after the UMNO General Assembly. Without fear or favour, UMNO members must be given equal access equal opportunity to elect the right leaders for the party.

    Thirdly, elected UMNO leaders with the fresh MANDATE to lead the party must ensure via Supreme Council that Ministers for MOH & MOE plus key ministeries be represented by UMNO representatives accordingly. This will ensure ‘corrective measures’ can be undertaken to repair the damage inflicted to senior Malay civil servants, in particular MOH, where the former Minister (apparently sanctioned by PM) had blatantly appointed junior and incompetent Chinese candidates promoted to key positions. The Prime Minister must inform KSN to direct KSUs to follow JPA process and politely inform Ministers accordingly. Similarly, senior PTDs must be directed to act as facilitators and NOT BARRIERs to policies and programmes decided by the Cabinet. Many policies and programmes initiated by BN Government failed because of the wrong approaches taken by PTDs during implementations. To be fair to PTDs, they must be trained in project management with technical knowledge and support from professionals. There is room for improvement in the area of coordination without hidden agenda by PTDs to take over key posts held by professionals. Effective and efficient civil service requires close attention to details during implementation and constant monitoring. If not, BN Government will get the blame and highlighted by opposition as wasting public funds.

    Finally, proactive party programmes must be identified together with action plans for 14GE. The strategic action plans must be lead by individuals that will be selected as candidates in next general election. This will ensure old and new warlords in the party will be committed to implement strategic programmes accordingly.

    Hopefully, we can reform UMNO… We want peace and prosperity. We want Law & Order 24/7 and public safety & security. Basically, we want strong LEADERSHIP for UMNO to remain relevant and strong to govern this country. Majority UMNO members prepared for ‘short term sacrifices for long term gains’ including contributions in the form of ‘time, effort and money’ for the party. We still need YOU to contribute to UMNO. InsyaAllah, you’ve got your own ideas and plans for the survival of UMNO. Practically, this is just an APPROACH based on continuous involvement in UMNO as a ‘gurkha’.

    “Time will tell”

  55. Si Kitol Jun 5,2013 5:26 PM

    Assalam Tun..
    i. Saya kecewa dengan pemimpin melayu yang ada. Bila sebut pemimpin melayu terbayang DSAI (PKR), Tn. Guru Hadi Awang (PAS) dan DSNTR (UMNO).. Saya sentiasa bertanyakan pada diri saya. Kenapa kerana politik 3 orang ini menyebabkan seluruh orang melayu di negara ini menjadi kacau bilau. Kalau mereka sayangkan bangsa, agama dan negara..3 orang ini boleh duduk semeja dan saya percaya banyak perkara dapat dileraikan. Mengapa rakyat melayu terbiar tanpa haluan untuk menentukan siapa di antara 3 tokoh yang menerajui parti politik yang lebih baik? Justeru saya menjadi benci dan akibatnya saya tidak menyokong mana-mana parti.

    ii. Begitu juga ketika Yg Bhg Tun suatu ketika tidak sehaluan dengan YM Tngku Razaleigh Hamzah…saya ketika itu terpikir mengapa kerana 2 orang ini perlu mengheret seluruh orang melayu menentukan siapa Kumpulan A atau Kumpulan B yang benar, malah menghimpunkan beratus ribu melayu saban hari untuk mendengar ceramah siapa yang benar merugikan bangsa itu sendiri. Pada hal kalau lah di antara mereka benar2 sayangkan bangsa, agama dan masa depan negara, mereka boleh duduk berdua dan melakukan pengorbanan antara mereka berdua.

    iii. Perkara yang paling saya sedih, apabila Yg Bhg Tun suatu ketika dulu tinggalkan parti melayu (UMNO) maka dalam hati saya berkata..Kalau lah Dr M sendiri yang saya anggap Mahathir itu Umno dan Umno itu Mahathir pun tergamak membuat pengorbanan yang mahabesar untuk tinggalkan UMNO maka siapa lah saya untuk menyokong UMNO lagi.

    iv. Walau apa pun saya masih yakin Yg Bhg Tun boleh mengembalikan kegemilangan orang melayu jika Yg Bhg Tun mahu. Cuma apa yang saya lihat buat masa ini Yg Bhg Tun belum mahu mengubahnya.

  56. Shaszari Shaik Sulaiman Jun 5,2013 5:09 PM

    1. Umno BARU diasaskan oleh Tun M pada 13 Februari 1988, yg di HARAMKAN pada 4/2/1988, fakta mana kata Umno itu berusia 67 tahun? Ayah & Ibu berkahwin pada 1946 & bercerai talak 1 pada 1988. Pendaftaran rujuk semula Ayah & Ibu masing2 pada 1988 itu juga kini hampir berusia 25 tahun. Umno lama dah berkubur !

    2. Prof Dr Zainal Cina dari Universiti Bangsar Utama sebut, Malaya xpernah dijajah ! Hanya dinaungi British, macam mana Tun boleh kata kita di jajah ? Sahih mana nak percaya ?

    3. Bangsa Arab pernah jadi bangsa hina sebelum datangnya Islam, bunuh anak2 kecil yg ditanam hidup2. Bangsa Arab yg mula2 terima Islam pun xjuga lebih mulia berbanding non Arab tetapi yg lebih mulia disisi NYA ialah yg paling bertaqwa !

    4. Bangsa Arab di Mekah terdiri dari hamba2 kulit hitam, & pembesar2 Quraish yg Rasis & membangga2kan keturunan itu. Bila tiba Syariat `Azan`& di pembukaan Kota Mekah, Bilal bin Rabah calon Syurga, hamba kulit hitam berbibir tebal, rambut kerinting itu dipilih & di arah Nabi Saw utk panjat naik ke atas Kaabah utk laung Azan, & pembesar2 Quraish berkata`Ish x ku sangka hidup kita ini melihat Gagak hitam naik ke atas Kaabah`. Ternyata Nabi mematahkan sikap sombong & RASIS mereka selama itu.

    5. Melayu di ajar di sekolah sejak zaman penjajah dgn teks yg ada di dlm Hikayat Dongeng Laksamana Hang Tuah, bukannya penekanan nas A`Quran & hadis. Tuah dicontohi ketaatannya kpd Sultan/penguasa zalim & degil, walau diperintah larikan anak gadis org, bunuh sahabat seperguruan, & walau disuruh selam perigi taik sekalipun. Pantang Melayu derhaka! Sungguh begitu Tuah berlawan dgn Jebat secara pahlawan, xdirayu or dipaksanya Jebat serah Taming Sari baru berlawan. Sultan Melaka yg mkn hasutan itu pun xterfikir fitnah Jebat pelik2 kpd rakyat jelata (sepertimana fitnah pelik2 pada Anwar Ibrahim) walau Sultan pernah dihalau keluar Istana ! Sahih mana yg ckp Hikayat Tuah itu Sahih ? Sedangkan Hadis2 Nabi diketatkan syarat mcm2 oleh pengumpul2nya & ada yg berani palsukan demi menyokong puak/kepentingan tertentu, inikan pula hikayat itu & ini !

    6. Akal wajib tunduk pada Allah, dakwaan mesti diselit fakta/nas a`Quran & hadis. Penulis bukan Pelacur yg kejar upah puaskan apa disukai & pinggir hakikat sebenar. Penulis bukan penyorok barang yg keluarkan bila harga di pasaran baik/sebaliknya. Penulis bukan perakam tanpa akal yg catit apa saja tanpa fakta & fikir kesan laporan tersebut.

    FirmanNYA: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) – Surah Qaaf ; 18

    Sabda Nabi s.a.w; “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik & al-Tirmidhi).

    P/S; Wahai penulis, apa yang engkau tulis atas lembaranmu, ia ditulis di sisi Tuhanmu! Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, jiwamu hendaklah mendongak ke langit tinggi!!!

  57. shaik mohd shaszari Jun 5,2013 4:48 PM

    1. Umno BAHARU berusia 25 tahun, yg di HARAMKAN pada 1988, fakta mana kata Umno itu berusia 67 tahun? Ayah & Ibu berkahwin pada 1946 & bercerai pada 1988. Perkahwinan baru Ayah & Ibu masing2 pada 1988 itu juga kini hampir berusia 25 tahun.

    2. Prof Dr Zainal Cina dari Universiti Bangsar Utama sebut, Malaya xpernah dijajah ! Hanya dinaungi British, macam mana Tun boleh kata kita di jajah ? Sahih mana nak percaya ?

    3. Bangsa Arab pernah jadi bangsa hina sebelum datangnya Islam, bunuh anak2 kecil yg ditanam hidup2. Bangsa Arab yg mula2 terima Islam pun xjuga lebih mulia berbanding non Arab tetapi yg lebih mulia disisi NYA ialah yg paling bertaqwa !

    4. Bangsa Arab di Mekah terdiri dari hamba2 kulit hitam, & pembesar2 Quraish yg Rasis & membangga2kan keturunan itu. Bila tiba Syariat `Azan`& pembukaan Kota Mekah, Bilal bin Rabah calon Syurga, hamba kulit hitam berbibir tebal, rambut kerinting itu dipilih & di arah Nabi Saw utk panjat naik ke atas Kaabah utk Azan, & pembesar2 Quraish berkata`Ish x ku sangka hidup kita ini melihat Gagak hitam naik ke atas Kaabah`. Ternyata Nabi mematahkan sikap sombong & RASIS mereka selama itu.

    5. Melayu di ajar di sekolah sejak zaman penjajah dgn teks yg ada di dlm Hikayat Dongeng Laksamana Hang Tuah, bukannya penekanan nas A`Quran & hadis. Tuah dicontohi ketaatannya kpd Sultan/penguasa zalim & degil, walau diperintah larikan anak gadis org, bunuh sahabat seperguruan, & walau disuruh selam perigi taik sekalipun. Pantang Melayu derhaka! Sungguh begitu Tuah berlawan dgn Jebat secara pahlawan, xdirayu or dipaksanya Jebat serah Taming Sari baru berlawan. Sultan Melaka yg mkn hasutan itu pun xterfikir fitnah Jebat pelik2 kpd rakyat jelata (sepertimana fitnah pelik2 pada Anwar Ibrahim) walau Sultan dihalau keluar Istana! Sahih mana yg ckp Hikayat Tuah itu Sahih ? Sedangkan Hadis2 Nabi diketatkan syarat mcm2 oleh pengumpul2nya & ada yg berani palsukan demi menyokong puak/kepentingan tertentu, inikan pula hikayat itu & ini !

    6. Akal wajib tunduk pada Allah, dakwaan mesti diselit fakta/nas a`Quran & hadis. Penulis bukan Pelacur yg kejar upah puaskan apa disukai & pinggir hakikat sebenar. Penulis bukan penyorok barang yg keluarkan bila harga di pasaran baik/sebaliknya. Penulis bukan perakam tanpa akal yg catit apa saja tanpa fakta & fikir kesan laporan tersebut.

    FirmanNYA: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) – Surah Qaaf ; 18

    Sabda Nabi s.a.w; “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik & al-Tirmidhi).

    P/S; Wahai penulis, apa yang engkau tulis atas lembaranmu, ia ditulis di sisi Tuhanmu! Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, jiwamu hendaklah mendongak ke langit tinggi!!!

  58. zahlan Jun 5,2013 3:27 PM

    Salam Tun,dan sesiapa yang membaca,
    Saya amat setuju,110% atas apa Tun sebut,apabila ketua cawangan diganti,pengantinya adalah yang lebih lemah,kerana dalam UMNO,mereka masih mencantas mereka yang lebih baik dari mereka.Sebagai contoh,cuba semua lihat,AJK UMNO Bahagian Shah Alam,serta Cawangan cawangan Shah Alam.Siapakah yang menjadi AJK serta Ketua Cawangan?Jika ada yang professional atau kelulusan tinggi,boleh dikira dengan jari.Yang lain?Sama ada mereka penjual sayur di pasar atau ‘ahli perniagaan’,tapi ahli perniagaan satelah menjadi ketua cawangan atau AJK,bukan ahli perniagaan sabelum itu.Bagaimana Shah Alam nak menang?Shah Alam adalah bandar elit,ramai orang kenamaan yang tinggal,tapi jika AJK Bahagian Shah Alam dan Ketua Cawangan,penjual sayur,maka jadi rebus keledek lah UMNO.

  59. Tired Jun 5,2013 1:45 PM

    Salam Tun,

    1. Let’s be progressive not regressive; what’s done, is done; there’s nothing anybody could do about it! Enough of the blame game already.

    2. If BN wants to remain relevant in GE14 and beyond, SHE MUST go on the offensive with the Opposition NOW! DON’T BE A HYPROCITE! Don’t talk about reconciliation but retaliation; only the weak gives excuses! Don’t remain quiet! Form a team of IT savvy lawyers to flatten the Red Bean Army via whatever means and channels! If they told lies, BN must tell the truth; nothing is more gratifying than in telling or knowing the truth! DON’T BE LIKE HH: FEEDING AND SMILING TOWARDS TERRORISTS THAT HAVE KILLED OUR PEOPLE!!! Fill NST, UM, BH, and MM with nothing else but THE TRUTH! They have to swallow their own bitter pills! Forget about the Star newspaper; it’s just another mouthpiece of the Opposition (but go ahead confer them with awards, as they’ve done an excellent jobs in running down the Govt!!!)

    3. UMNO is dirty to the core and nobody could do anything about it — EVERYONE’S CORRUPTED!!! And with monies easily available and accessible, the sky’s the limit! Let them be. Form a new party that would represent Malaysians who are sincere in wanting this beloved country to protect and provide for their future generations but NO MORE SUBSIDY MENTALITY; EVERYONE HAS TO EARN THEIR KEEP THROUGH MERITROCRACY – LET’S BE PROGRESSIVE MALAYSIANS!!! Enough is enough!

    STK, Tun. Wassalam.

  60. cakkuncak Jun 5,2013 1:40 PM

    Salam Tun,

    Apa yang Tun kata kan amat lah benar dan berani. Berani kerana hampir seluruh UMNO tidak akan mengaku kepada hakikat ini walaupun telah jelas terbukti dengan keputusan PRU13 yang lepas.

    Secara peribadi saya sememangnya kecewa dengan UMNO yang seolah-olah tidak mendengar dan lebih malangnya tidak mahu menunjukkan kesediaan untuk berubah.

    Walaupun saya masih menyokong kewujudan UMNO itu relevan, namun saya terasa tidak terdaya lagi untuk membuat apa-apa pun walaupun dalam cara yang sekecil-kecilnya untuk membantu UMNO berubah.

    Ini kerana seperti kata Tun, UMNO tidak mendengar dan tidak memberi peluang kepada orang-orang ‘baru’ yang mungkin lebih baik.

    Oleh itu jika nasib UMNO cuma menjadi nota kaki di dalam buku-buku sejarah negara 10 atau 20 tahun dari sekarang, maka ianya adalah salah pemimpin-pemimpin UMNO sekarang dan bukan orang Melayu yang lain.

    Wasalam.

  61. Dr. J. Jun 5,2013 1:39 PM

    Salam Yang Amat Berbahagia Tun,

    1. Terharu saya membaca nukilan Tun. Memang pada awal penubuhan UMNO, kesemua pemimpin berjiwa rakyat seperti Tun, dan benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka.

    2. Mengenai habuan, saya sebagai ahli biasa UMNO tidak mengharapkan apa-apa habuan & dan tidak pernah dapat habuan apa-apa selain dari yang umum dapat (juga tidak mahu jadi pemimpin kerana tahu amat berat amanah yang perlu dipikul). Cuma mereka yang jadi pemimpin dalam UMNO tidak kiralah di peringkat cawangan/bahagian/ negeri/nasional saja yang ada habuan besar. Sebab itu dilakukan kerja mencantas mereka yang berkebolehan untuk jadi ahli supaya tidak rasa tercabar. Mereka ini tamak dan patut berubah sebelum UMNO rebah. Namun perkara serupa (tamak/rasuah) juga berlaku dalam parti-parti lain di dalam & luar BN; gila kuasa/wang.

    3. Saya sebagai ahli akar umbi cuma mengharapkan agar UMNO balik kepada perjuangan asal – perjuangan untuk Islam, Melayu dan Negara. Jagalah hati dan perasaan mereka yang mengundi UMNO terutamanya orang Melayu. Sebenarnya saya sudah mula rasa MELUAT melihat Dato’ Seri Najib yang masih lagi terhegeh-hegeh (selepas PRU-13) cuba mengambil hati kaum Cina. Cukup-cukuplah beri sekadar yang patut; janganlah keterlaluan kerana ini menyinggung perasaan orang Melayu yang mengundi UMNO. Jika ini berterusan saya bimbang majoriti orang Melayu akan berubah arah.

    Terima kasih Tun. Semoga Tun & keluarga sihat sejahtera.

  62. anakmudajohor Jun 5,2013 1:21 PM

    assalamualaikum…

    Tun,

    Saya amat trtarik membaca setiap ulasan Tun berkaitan UMNO Dulu Kini & Selamanya (mungkin?). saya anak muda yang memegang jawatan dalam UMNO bkn stakat d cawangan tetapi juga di peringkat bahagian. sy mmg org UMNO..sjk kecil sy mmg brniat utk mnyertai UMNO krn sy d besarkan d kalangan orang2 UMNO.

    sblm PRU 13 sy amt yakin dgn prti yang menunjangi Kerajaan. faktor PM ke 6, DS Najib yang di fokuskn sbg pemmpin rkyat malah d label sbg pmmpin yang d restui oleh Tun utk meneruskan legasi kpmpinan negara begitu kuat d hati sy. apatah lg DS Najib menrupakan BOS sy krn sy sndri brtugas d bwh jbtn beliau.

    keyakinan sy & rakan2 sgt tggi kpd DS Najib, UMNO dan BN. 2/3 dlm genggaman, itu sdh psti. tetapi sbaik shj d umumkn Pasukan Transformasi PM dlm PRU 13, sy sbg pmmpin d akr umbi sndri tkejut. apa yg d mksudkn dgn Team Transformasi ini…??? jika snarai calon yang d letakkan adlh muka2 lama yg akr umbi sdh jenuh dgn prkhdmatan mreka yg msih d takuk lama..apa kah mkna transformasi, jika calon yg d letakkan adlh calon yg tidak mendapat sokongan d prgkt bhgn & skr utk trun ke akr umbi..?? d mna kah letaknya kredibiliti DS Najib slaku Pengerusi BN yng menntukan calon shgga calon yg d pilih bkn la calon yg mmpunyai fktor WOW, akr umbi rata2 mmprtikai pmilihan calon.. tetap mreka yg stia dgn UMNO trpksa mngundi calon BN krn fktor yg Tun kata kn TAKUT ANWAR & DAP BERKUASA…! d mnakah relevannya laporan2 yg sy & rakan2 salurkn kpd DS Najib…adakah laporan2 ini d tolak tepi dan x d endahkn krn laporan2 ini tdk mmbntu mmberi keuntungan kpd org2 kanan PM…??

    terus terang, sy kecewa dgn PM ke 6 ini..dulu sy menynjungi beliau tetapi kini maaf, sy hanya skadar boleh mnghormati beliau shj. pd sy, pmbangkang mula mmijak kepala krn PM ke 6 terlalu mmberi muka kpd puak2 ini. org cina boleh mnghina org Melayu krn mereka tau walau apepon yg mereka buat mreka akn ttp mndpt tmpt d hati PM ke 6.. bgitu juga yg brlaku d Hindraf…tanpa apa2 brite akhirnya mreka mndpt pngiktrafan dlm kabinet PM ke 6…ihat shj snarai jemaah kbinet yg dkeluarkan…lgsung tdk mmberi kesan d ht rkyt.

    sy org UMNO..sy sygkn UMNO..tp mliht prkmbngn dlm UMNO ktika ini mmg benar UMNO sdh smakin parah…rata2 yg brkuasa dlm UMNO ktika ini adalah org2 yg inginkn kuasa dn hrta..ape guna jika hanya kami d prgkt akr umbi shj yg br ia2 ingin mmbrsihkn UMNO dr kotoran, tp org2 atsn dlm UMNO mngmbil sikap sebaliknya..

    sy masih mnggu seorg pmmpin yg hebat seperti Tun utk trus mnerajui Malaysia. sy masih muda dan prjalanan sy masih jauh. dlm mengharungi prjalanan akn dtg sy inginkan seorang pmmpin yg benar2 tau erti kuasa dan fhm cara menggunakan kuasa trsebut utk ank bgsa agama dan tanha air beliau.

    sy tidak mahukan seorg pmmpn yg hanya tau erti kuasa, ttap dangkal dalam mengisytilahkan penggunaan kuasa yg sepatutnya. apa gunanya, seorg pmmpin yg sering d puji kehebatannya oleh negara luar sedangkan kpmpinan beliau dlm negara d ‘telunjuki’ oleh pmbangkang. jgn hanya menjadi pmmpin yg hanya mmpu berucap brdegar2 dlm dewan PAU. ttp hakikatnya lemah dan lemau dalam mempertahankan bangsa dan agama sendiri. org Melayu inginkn pemmpin Melayu yg tegas dan istiqamah dgn kuasa yg ada, bkn seorg pmmpin yg gah d luar, ttp ht nya hanya kecil d dlm.

    maaf atas ktrlanjuran kata. sy org muda. kata2 sy utk ms dpn ank bngsa sy.

  63. hexman Jun 5,2013 12:56 PM

    Asalamualaikum Ayahanda Tun, sememang apa yang dikatakan oleh ayahanda Tun itu ada kebenaran.Saya selaku ahli yang biasa nampak perkara-perkara seperti mana ayahanda Tun berkata dan berlaku di depan mata, maka tak heranlah kalau kita hanya menang biasa dari menang majoriti. Di pucuk pimpinan negeri pun ada masaalah dalam mengkordinasi PRU memandangkan terdapat kepentingan diri sewaktu itu berlaku. Pemboikotan pemilihan pun berlaku semasa penamaan pemilihan calon memandangkan calon yang tidak ada kredibiliti diletakkan sebagai calon kerana kepentingan seseorang dalam bahagian.Golongan-golongan intelektual habis di cantas apabila mereka mahu kongsi pandangan sebab pandangan mereka boleh menjejaskan periuk nasi mereka sendiri termasuk konco-konco yang disokong.Akhirnya golongan-golongan intelektual ini diketepikan dan dibekukan supaya tidak dapat maju kedepan. Betul juga persoalan ayahanda Tun, sampai bila UMNO akan relevan di mata Melayu kecuali konco-konco yang menjahanamkan UMNO itu sendiri ? Hak orang melayu sudah terbuka bebas di kongsi kepada bangsa lain.Sekarang hanya tinggal maruah sahaja itu pun sipi-sipi nak hilang.Saya pohon dan memohon ayahanda Tun nasihatlah pemimpin kita supaya lebih tekankan perubahan orang/ahli UMNO yang supaya sikap tamak haloba ini berubah kepada utamakan kemelayuan terutama dari segi ekonomi dan agama.Kalaulah pihak Pemimpin boleh mewujudkan KPI ataupun makmal untuk mengenalpasti masaalah kerajaan dan dapat menyelesaikan mengikut masa yang diberi, maka tak mustahil jika konsep ini ditekankan dalam UMNO dari Presiden sampai ke Ketua Cawangan walaupun jawatan yang dipegang ini adalah sukarela. Kajilah semula ahli-ahli/Orang-orang UMNO demi untuk parti. Kebanyakkan maklum balas yang saya dapat terutama pengundi muda atas pagar ini,sebenarnya mereka meluat tengok gelagat ahli/orang UMNO dengan sikap takbur,sombong dan membazir.Mereka taklah salah kan parti, tetapi orang yang ada dalam parti itu sebenarnya. Maka selagi ada masaalah sebegini berlaku maka UMNO sudah tentu tidak akan jadi relevan di mata pengundi-pengundi untuk PRU 14.Saya ingin memohon maaf pada ayahanda Tun jika saya terkasar bahasa dalam mebuka isi hati saya sebagai ahli UMNO.
    Terima kasih dan wasalam

  64. MelayuCina Jun 5,2013 12:26 PM

    Aslkm Tun,

    Perkara 22. MESTI kita renung2kan.
    22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.

    Sudah banyak kali peringatan serta indikasi telah di berikan tentang kelemahan orang Melayu, namun perkara yang sama tetap di ulangi, Kenapa? Tidak kah Melayu sekarang merasa cemas? Melihatkan trend PRU13, apa yg bakal jadi kepada Melayu akan datang? Apakah kita ingin melihat perkara 22. ini menjadi Nyata? Mereka mudah Lupa…..dan mereka akan lupa lagi,,, Melayu sentiasa dalam dilema…

    Masa untuk bantu sepenuhnya kepada Melayu/bumiputera kukuhkan ekonomi, tidak perlu menjaga hati mereka yang talam 2 muka. Berikan kepada yg menyokong…kerana mereka yakin/setia dan memerlukan bantuan. Tumpukan pembangunan luar bandar. Jika kita kalah di bandar, maka kita kena kukuhkan kekuatan dari luar bandar.

    Terima kasih di atas jasa2 Tun Dulu kini dan sekarang….

  65. mgpunya Jun 5,2013 11:52 AM

    YABhg Tun,

    All party leaders starting from the bahagian up till the president should declare their assets..

  66. mgpunya Jun 5,2013 11:50 AM

    YABhg Tun,

    Terlalu banyak politik wang dalam UMNO starting from the days of you know who….
    I supposed all the wrongs, the ills and all the sins had finally caught up with them…
    Party dapat nama burok, jadi mangsa…

  67. mubarakchan Jun 5,2013 11:43 AM

    Tun

    You may recall as well as I do that Tun Abdul Razak when he was Prime Minister he gathered all the young and professional Malays around him and the UMNO. It was a time of great expectations which this group including your goodself engendered. This was the recognition of ability and talent by the ruling elite. Time goes on.
    I am confident that having gone so far, the UMNO as led by Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak will march forward as a living and viable political entity as it was before and the future. It is to be expected that problems would arise in any entity as problems are man-made and it is up to human beings to undo these. Politics is the knife-edge of the laws. Both are definitely living and viable because these deal with human problems all the time. Unlike the practice of medicine, where common diseases are commonly cured.
    UMNO as we all know is faced with 2 important constituents eg. those in the towns and the country. Besides, the UMNO apart from minding their constituents now have the unenviable job of minding the interests of the non-Malays in a fair and transparent manner.
    I am confident that the UMNO in all its years of wisdom will take the right path in dealing with its important constituents in both town and country. Different strokes for different folks.
    Some mischievous souls have called for the UMNO to open up its doors. I think this is just like disbanding the BN as led by the UMNO with the 13 component parties and surrender to the foreign backed Opposition. UMNO is a Malay legacy and heritage political party which was successfully founded since the 1940s and has brought our beloved Malaysia to what it is today and much more in the future. What more can I ask or say ?
    Unlike the Opposition which missed the JUST ONE STEP to victory since 1997 and wasted time, energy and money, the UMNO can be more viable and powerful by taking NORMAL steps and routines and be inclusive to the young and the old. For UMNO to believe in the myth of meritocracy based on academic credentials only will be like the dysfunctional meritocratic pyramid of ‘yes’ men/women with the smartes fellow on top in Singapore. This meritocratic pyramid failed miserably at the critical time. So much so, 2 Singaporean Ministers have now debunked this myth of meritocracy and included hidden talents as well in its promotion exercise. Never too late to learn !
    By being human and compassionate, even though this is not the ideal methodology of assessment, our beloved Malaysia achieved great things up to 2003 and we now look forward to more of the same from the present time.

  68. tebing tinggi Jun 5,2013 10:36 AM

    Assalamualaikum Tun

    UMNO dulu dan UMNO sekarang tiada bedzanya ,UMNO tetap denga tujuan yang sama semasa penubohanya ,yang membezakan adalah kecendrongan sesaorang pemimpin yang dipilih kadangkala lebih mengetengahkan agenda sendiri membelakangkan agenda party.
    Perbuatan sebagini yang membuatkan para ahli bawahan dan para pendokong UMNO (bukan ahli party) kecewa dan party jadi tarohanya.
    Pada PRU 13 yang lalu ,walaupon UMNO meraih lebih kerusi berbanding PRU 12 sebenarnya adalah disebabkan faktor UMNO itu sendiri bukan faktor kepimpinanya yang memang mejelekan, dimata orang Melayu . Kalau Tun mengatakan orang Melayu yang cintakan ugama ,bangsa dan negara tiada pilihan ,memanglah tepat sekali ,tetapi persoalanya berapa lama dan berapa ramai yang bolih bertahan ,sifat semulajadi manusia senang terpengaroh dan dipengarohi.
    Melayu ingin melihat perubahan pimpinan dalam Perhimpunan Agong akan datang agar UMNO tidak dipupuskan.

  69. rahim52 Jun 5,2013 10:36 AM

    Y,A.B Tun,
    Ramai yang sayang kepada UMNO dan masih percaya hanya UMNO boleh mempertahankan hak-hak dan kepentingan orang Melayu serta mengekalkan kestabilan kepada Negara. Tetapi ramai yang kecewa kepada kepimpinan kerana sifat-sifat buruk yang ditelah ditunjukan.Mereka yang berkuasa telah menyalah gunakan kuasa dan menjadi kaya sekelip mata.Menjadi Menteri boleh memiliki rumah bernilai jutaan ringgit berbanding penjawat awam lain hanya mampu tinggal dirumah teres. Kalau pemimpin UMNO boleh tunjukan sifat saperti ToK Guru Nik Aziz yang tinggal disebuah rumah yang cukop berbeda dengan pemimpin UMNO yang lain maka saya yakin UMNO akan kembali lebih kuat berbanding masa yang lalu.

    2. Zaman sekarang semua orang terdedah kepada maklumat, Mereka tahu setiap gerak geri pemimpin yang mereka pileh dan mereka berhak kepada kepimpinan yang baik. Pemimpin harus membedakan hak peribadi dan hak awam. Rakyat benci melihat anak bini terlibat dalam majlis-majlis resmi Kerajaan. Kalau ini yang tidak disukai oleh rakyat,mengapa perkara yang sama diulangi.

    3.UMNO perlu membuat muhasabah diri atau membuat analisa RICE (Reduce, Increase, Cultivate, Eliminate) iaitu satu analisa memperbaiki tanggapan atau persepsi umum kepada UMNO. Perkara-perkara yang buruk atau negative saperti penyalahan guna kuasa dan kronisma mesti di hapuskan atau dikurangkan (Eliminate or Reduce). Dalam masa yang sama UMNO perlu berusaha untuk meningkatkan atau memupok (Increase and Cultivate) perkara-perkara yang baik saperti UMNO memberi perhatian kepada usaha mewujudkan Negara berkebajikan. Analisa RICE ini dibincangkan dalam buku The Blue Ocean Strategy yang Dato Zahid Hamidi selalu sebut.

    4. Permainan politik hari ini adalah lebih kepada permainan mewujudkan persepsi. Anwar Ibrahim telah berjaya wemujudkan persepsi buruk kepada UMNO dan BN sehingga Pakatan Rakyat berjaya dapat 51% popular votes dalam PR13. BN atau UMNO berjaya mengekalkan kuasa kerana kelebihan kerusi dikawasan-kawasan yang pengundi tidak banyak terdedah kepada media internet tetapi sekiranya sesuatu tidak dilakukan maka UMNO akan kecundang di PR14.

    5. Belum tertewat kepada UMNO. Buat analisa RICE segera untuk memerangi persepsi negative pihak pembangkang. Ramai pengundi dibandar adalah penyokong tegar UMNO tetapi terpengaruh dengan kempen pembangkang yang berjaya mewujudkan persepsi negative kepada UMNO. Keadaan menjadi lebih buruk kerana beberapa personality dalam UMNO yang tidak peka dengan selera masyarakat hari ini.
    Iklas,
    Rahim

  70. Karl Jun 5,2013 10:31 AM

    Salam Tun,

    betul cakap Sibotak !

    Apalah makna pembangunan kalau yang kaya-raya nanti dan hidup senang lenang bukan orang Melayu atau Bumi tapi orang Cina yang hijrah dari Singapore, Taiwan dan entah dari cerok mana lagi? Siapa punya idea bodoh bingai yang mempersiapkan pelbagai kemudahan prasarana tahap dunia yang hanya mampu milik oleh orang asing? Babi dari seberang diusap dan disuap, anak sendiri di rumah mati kelaparan.

    Ucapan Tun yang panjang lebar ini boleh saya ungkap dalam satu ayat – bahawa masalah UMNO sekarang ialah kepimpinan yang bejat. Sedikit masa lagi yang bejat ini akan bertukar bangsat.

    Hatta, sekarang ini pun di depan mata, kita dihidangkan dengan sandiwara tolol PM Najib dan konco-konconya yang patut ditendang keluar dari UMNO di persidangan November nanti.

    Kemusnahan UMNO tidak perlukan Anwar membidik dari luar, tapi akan terjadi ‘implosion’, satu ledakan dari dalam, satu letupan dari kalangan ahli UMNO sendiri yang tidak tahan lagi dengan sikap buta-tuli pemimpin tertinggi UMNO.

    Mereka ini nanti akan mencetuskan satu REVOLUSI yang akan memberi nyawa baru kepada UMNO. Kalau tidak, jom kita pakat ramai-ramai buat parti baru untuk orang Melayu.

  71. Jangan Biarkan Jun 5,2013 10:02 AM

    Salam Tun,

    We want to hear what you have to say about those in DS Najib’s Inner Circle”, his War Room, Cyber Troopers, National Communications Team etc. Are they really helping the PM? Waiting to hear from you Tun.

  72. sibotak Jun 5,2013 8:17 AM

    Berulang Kali Saya SiBotak
    Mengatakan
    Apa Guna Pembangunan Jika Pembangunan Itu Bukan Milik Kita
    Pembangunan Hanya Merugikan Melayu
    Melayu Hanya Menang Shiok Saja

    Dengan Pembangunan IDR
    Hanya merugikan Anak Bumi Saja
    Tanah mereka di Gadai , Tanah Kerajaan Johor diberi laluan pada Bakal.Penjajah

    Apa Kenyataan nya
    Memberi laluan pada Cina Singapura Melabur diJohor
    Seumpama Mengabungkan Cina Johor & Singapura bersatu
    Mengugat Kedudukan Anak Bumi , Ketuan Melayu
    Mengugat Kedudkan UMNO sedangkan mereka dibendung olih
    DAP & PAP
    Nampaknya Perbuatan PakLah Mengizinkan IDR
    Seumpama Senjata Makan Tuan

    Melayu Perlu Ilmu
    Melayu mesti Hentikan Berangan
    Melayu Perlu menubuhkan Persatuan , Pertubuhan. Kaum
    Seperti Kaum Cina Yg Banyak Pertubuhan mereka
    Bukan hanya duduk di Masjid saja
    Masjid soal Ibadah bukan tempat Berkumpul

    Kebanyakan Melayu selalu perlu Modal untuk sesuatu
    Tapi Apa Guna Modal Wang 10 Guni jika
    Ilmu Tidak DiDada
    Wang 100 Guni pun akan Habis

    HENTIKAN IDR
    Hentikan Pembelian Tanah Anak Bumi
    Hentikan Perluasan Tanah Malaysia pada Pelabur Asing

    Pembanguna Hanya Merugikan Melayu
    Bukan Madsud Saya Tidak Mahu Membangun
    Mereka yg bangun
    Anak Melayu yg Terduduk

    Apakah Kita Tidak Bolih Bangun Sendiri
    Ilmukan anak kita bagi membangunkan Kaum Melayu

    Hidup Keling !
    Oups….”. Sorry Hidup Melayu !

  73. sibotak Jun 5,2013 2:39 AM

    UMNO tak perlu fikirkan gangguan luar sangat
    Yg perlu focus kemantapan UMNO
    Bergabung denga PAS mungkin ada baiknya

    Focus pada Kemantapan UMNO
    Secara automatis gangguan luar dapat di tepis
    Perkuatkan Kuda Kuda
    Atur Langkah sebaiknya
    Perlu prihatin pemilihan Orang Kuat UMNO
    Perlu ada Kumpulan yg ada Chemistry

    Jangan dulu nak bikin projet ini project itu
    Mantapkan Kumpulan UMNO
    Dengan orang yg berkebolihan , BerIlmu
    Baru apa project ug mendatang dapat dilaksanakan dengan Sempurna

    Jangan Hiraukan Tuduhan UMNO racists
    Sebab ini melemahkan diri sendiri
    Dan kita bakal tunduk akan permintaan mereka satu demi satu
    Yg akhirnya kita terlungkup

    Racist Wujud
    DAP , PAP pun Racist
    Tapi Sandiwara nya lain
    Siapa yg mengaku diri mereka Tidak Racist
    Merekan hanya Sandiwara

  74. Age_of_Enlightenment Jun 5,2013 2:30 AM

    Salam Tun,

    Membaca Artikel Tun dan comment2 kali ini saya sampai tiada comment 🙂

    Saya fikir cukup lah di sini sahaja bagi saya, kalau saya ke sini lagi sekadar berlegar sahaja. Saya juga nak cuba mula bisnes Tun, nak cari makan.

    Terima Kasih Tun

  75. Simpleton Jun 5,2013 1:08 AM

    Though I am not a Malay but a Sikh i have always admired you Tun..I am quite well traveled and truly appreciate the fact that you say things as they are..I sincerely believe that you have always had the welfare of the country foremost in all your dealings before/during and after yr premiership..I am very proud to be a Malaysian and truly treasure the close and loving bond that I have shared with all my malay,indian and chinese friends all thru the years..You developed m’sia quite admirably,brought in the national car(not perfect but its still ours-mines been chugging along for 9 yrs now),twin towers etc-but most importantly,you stood your ground when it came on the International arena..You gave it as good as you got it..I vividly remember the time of the fallout with Anwar and the presence of Al Gore and his reformasi chants..Chaps like Al gore do not even know the dynamics of the region and comes in with his cookie cutter statements likening the political landscape akin to Indo politics..The arrogance of the chap and the seething anger I personally felt is still palpable..Your rebuttals on hard talk made me very proud..I sincerely felt you spoke from the heart and said it as it was…In simple words-you spoke the truth..though the orang putih didnt quite agree lah…
    Anyways,you hit it on the nail in regards to Umno..Only you could come out with the statement as the above and I pray that it somehow hits a catalyst reaction for the better-before its too late..

  76. xtream Jun 5,2013 12:44 AM

    ubah marketing style, re-branding. change name to UMNI ke, UMNWAR ke, UMPAS ke..

  77. Retired Gurkha Jun 4,2013 11:20 PM

    A’kum Tun,

    Can we transform UMNO?

    No matter what, we will always support the party. Seriously, we need to put serious efforts to rejuvenate the image of the party for young Malays to participate. Sadly, based on personal experience…very rare to find UMNO leaders that know how to appreciate for the time and effort given by members or supporters. After a while, members and supporters alike would just shy away and refuse to participate any longer. Eventually, left behind a bunch of UMNO leaders returning to ‘old ways of doing things’. Capable or competent individuals will always be treated with suspicions and rarely accepted. At the end, we can only say, “it’s ok…time, effort and money can be regarded as our contributions to UMNO” or ‘pay back time’ for the sacrifices made by UMNO leaders in the past…especially education opportunity and economic progress enjoyed by all of us to date. Certainly, nobody can deny UMNO’s contribution for the success of Malaysia.

    Moving forward, we can just hope that UMNO leaders will be able to realise how to avoid the same old mistakes made…especiallly, the way members and supporters were treated. Too bad for the party…life goes on for most of us.

    Sincerely, I take this opportunity to agree and share ‘the way I see it’ based on personal involvement in UMNO as a ‘gurkha’. What’s left just HOPE.

    “Time will tell”.

  78. ayahchor Jun 4,2013 11:05 PM

    YBHG Tun,

    Apa yang Tun tulis memang betul dan ini telah berlaku lama, malah semasa Tun sebagai PM juga. Ramai anak muda yang berjaya hasil daripada DEB nampak kelemahan UMNO. Saya kira ceritanya sama seperti “Singapura dilanggar todak” Bagaimana UMNO masih lagi kuat dan boleh dibaiki dan banyak caranya

    Yang paling kecewa sekali Tun, UMNO tidak lagi berminat transformasi kampung Melayu. Saya kira British lebih baik dapat menyedia tanah rezab Melayu. Mengapakah tiada tranformasi tanah-tanah rezab Melayu. Dulu kekuatan UMNO kebanyakannya datang dari Kampung-kampung. Dulu kita bercakap kemiskinan orang Melayu di luar bandar. Bagaimanakah keadaan di luar bandar sekarang, sungguih menyayatkan hati.

  79. Jangan Biarkan Jun 4,2013 10:17 PM

    YBhgia Tun..
    Ini adalah pertama kali saya melakarkan komentar saya di laman blog Tun. Sudah sekian lama saya ingin utarakan pandangan saya sejak sebelum dan selepas PRU13. Walaupun PRU13 sudah melabuhkan tirainya, tetapi bahangnya amat dirasai apatah lagi Tsunami politik orang Cina amat jelas mengecewakan PM Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Saya amat bersimpati dengan kekecewaan yang jelas terpancar di wajah DS Najib apabila beliau mengumumkan perlunya “National Reconcialition” sebaik BN diumumkan sebaga parti yang memenangi PRU 13. Dan UMNO merupakan parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam BN.

    Persoalan-persoalan berikut menjadi tanda tanya saya sehingga ke hari ini.
    1. Mengapa DS Najib, UMNO, pegawai-pegawai dan mereka yang berada di “Inner circile” DS Najib tidak pre-empt “the Chinese Tsunami” sedangkan hal ini sedia maklum dan nampak jelas selepas PRU 12 di mana orang-orang Cina dan parti pembangkang melakukan serangan demi serangan terhadap Kerajaan terutama SPRM, PDRM and Badan Kehakiman.

    2. Apakah “those in Najib’s inner circle” masih berada rapat dengan Najib sedangkan mereka telah gagal untuk pre-empt dan merangka pelan strategi berkesan untuk melawan serangan-serangan pihak lawan dan mematahkan “the Chinese Tsunami.” Jika mereka gagal, mengapa perlu DS Najib menaruh harapan lagi kepada mereka di PRU 14 nanti?

    3. Perlukah DS Najib mengekalkan “psy-war masters” beliau jika mereka tidak dapat membantu DS Najib untuk mendapat kerusi yang lebih dari “his predecessor”? Does he need his so-called National Communications Team if the team had failed him? Is the team still relevant if it is still led by a man who is considered a has been and could not read the present political landscape. How could the team be led by a man reaching his 70s when we are talking about reforms, tackling the new and young generations etc..

    4. What is Najib going to do with the UMNO warlords who had been clinging on the power for umpteenth years and a stumbling block to Najib’s reforms and new political agenda? Are they relevant to the new era and political landscape? Why did Najib not do anything to them when the later talked about UMNO reformation when he took over the helm from Pak Lah?

    Banyak lagi persoalan yang ingin saya utarakan di sini dan saya harap mereke-mereka yang disabitkan dis ini supaya sedar bahawa masa sudah sampai untuk mereka beredar dan beri jalan kepada mereka yang lebih berwibawa dan bukan hanya untuk menjaga “temolok” mereka sahaja. Malaysia adalah hak untuk rakyat dan bukan hak untuk mereka sahaja.

  80. skytokyodrift Jun 4,2013 7:17 PM

    Assalamualaikum…saya sangat bersetuju dengan Tun dalam hal ini…kebanyakan orang UMNO sekarang ni lebih mementingkan habuan yang akan diperolehi jika orang mereka naik jadi pemimpin atau calon mereka menang. Mereka selalu berfikiran “jika orang aku naik meletop n kaya aku”. Tolonglah Tun kembalikan semangat UMNO yang dahulu yang lebih mementingkan perjuangan anak bangsa kita.

  81. khairiz Jun 4,2013 6:05 PM

    “14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan disbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.”

    – Yang nie betul, mcm dekat cawangan saye…

  82. ahmad Jun 4,2013 5:09 PM

    Tun.
    Saya setuju dengan tulisan Tun.Najib yang mengambil aleh dari Pak Lah kepimpinan UMNO sejak empat tahun dahulu telah gagal untok memulihkan image UMNO.
    Anak anak muda yang menyertai UMNO sekarang terdiri dari Mat rampit .

    Najib yang telah di beri mandat empat tahun dahulu tidak akan boleh di harap untok memulehkan image UMNO yang amat parah.

    Najib juga hanya lebeh memintingkan kepentingan kaum cina dan India dalam pentabirannya dan telah mengenepikan orang Melayu yang menjadi tungak kekuatan UMNO.

    UMNO ini party keramat dannianya lebeh besar dari Najib dan keluarganya.Najib jika ia nya tidak mementingkan dirinya perlu meletak jawatan dan memberi peluang kapada Mahayuddin untok memulehkan UMNO.

    Salam

  83. Farihan Han Jun 4,2013 5:00 PM

    patutlah susah sangat sy nak masuk unmo nie.
    11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

    13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

  84. ifanonline Jun 4,2013 4:44 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    UMNO sudah menjadi satu entiti perniagaan, bukan lagi sebuah parti politik Melayu yang memperjuangkan hak-hak Melayu. Kemasukan Melayu dalam UMNO cuma ingin mencari pangkat dan harta sahaja. Malah, ahli-ahli dan kroni-kroni bersikap angkuh mengatakan bahawa tiada parti yang dapat mengalahkan UMNO sedangkan masa dan dunia berubah. Kemunculan parti-parti baru di kalangan generasi muda yang juga sebangsa dengan UMNO dapat memberikan ‘cabaran’ kepada parti tersebut.

    Mungkin generasi ‘matang’ dalam UMNO masih ingin mengekalkan ‘status quo’ di mana sekiranya gelombang perubahan berlaku, golongan ini akan seboleh-bolehnya menyekat gelombang tersebut. Golongan ini juga lebih bersifat pendendam dan tidak mustahil mereka akan menikam belakang ahlinya sendiri.

    Kumpulan ‘deadwood’ dalam UMNO perlu digantikan dan di suntik nafas baru ke dalam UMNO.

  85. yan Jun 4,2013 3:04 PM

    Assalamualaikum didoakan Tun dan keluarga sihat walafiat hendaknya dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Saya tidak mahir berpolitik. Tetapi biar saya menyumbang sedikit pendapat. Rencana yang ditulis oleh Tun ini sangat menarik perhatian saya. Keputusan PRU sudah kita maklum. Usah dimarah pihak pihak tertentu. Sangat bagus untuk dimuhasabah diri kita.Apa yang perlu kita buat ialah tindakan. Tindakan memperkasakan UMNO agar dihormati dan disegani segenap lapisan masyarakat.

    Pertama. Back to basic. Ugama Islam . Kita mantapkan diri kita dan anak anak muda dengan ugama Islam yang suci. Agar menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin yang beriman.Kita menghormati sesama kita dan kasih sayang bertambah sesama kita. Tidak ada budaya keji mengkeji, fitnah memfitnah dan budaya politik kebencian dan hasad dengki yang melampau.

    Kedua. Perniagaan. Kalau dilihat kita memang tewas segala segi dalam aspek perniagaan. Kita belajar bagaimana Rasullulah SAW berjaya menjadikan orang Islam bejaya berniaga di Mekah dan menewaskan sistem kapitalism yang dicorak yahudi. (From raw to end produck must be controlled by muslim supported by purchasing power of muslim) Trade missionary overseas to get principality from the western and eastern technologies controlled by us with full support of present goverment. Lihat jiran sebelah, tidak mempunyai apa apa resources pun hanya berniaga atas principality boleh menguasai ekonomi rantau ini.

    Ketiga. Pendidikan. Bahasa Ingeris sangat penting. Jangan tunduk kepada tekanan.Konsisten tentang ini.Kebanyakan ilmu dunia dan koperat memerlukan bahasa ini dikuasai.

    Keempat. Budaya hidup kesederhanaan. Ini berbalik kepada konsep agama tadi. Kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Budaya British sangat meresap golongan melayu. Kehidupan sebenar tidak perlu itu semua. Kos tidak akan meningkat.

    Ini sekadar pendapat dan cadangan. Jika semua faktor diatas dikuasai, saya pasti UMNO kembali ke era kegemilangan.Saya juga ambil kesempatan secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Tun kerana dari kecil hingga dewasa saya banyak mendapat nikmat dari kerajaan yang dipimpin oleh Tun secara konsisten baik ilmu serta kehidupan. Syukur nikmat kepada Allah SWT menjadikan negara ini aman makmur dan sejahtera serta dilimpahkan rezeki yang banyak. Amin. Salam again buat Tun and family.

  86. jasinjasin Jun 4,2013 2:52 PM

    time had changes, i agree it use to be a big market, big feast and we use to be shukur for whats left with us. hope Najib settles the salary matter, it had taken too long for ransom.

  87. MARMAR Jun 4,2013 1:57 PM

    UMNO sekarang telah berubah sejak 10 tahun lalu. UMNO sekarang menjadi apa ianya bermula 2003, cuma lebih teruk setahun demi setahun. Sebab utamanya ialah Pucuk Pemimpin. Jika orang Melayu hampa dengan pentadbiran Dollah Badawi, mereka lebih kecewa dengan pentadbiran Najib. Pada PRU 14 yang akan datang, apa yang boleh UMNO harapkan ialah ‘a hung parliament’. Ini adalah senario perolehan yang terbaik untuk UMNO (best possible outcome). Jika UMNO tidak berubah inilah yang terjadi sebagai satu ‘natural course of events’.

    Tetapi UMNO tak kan berubah. Bahkan perilaku pemimpin atasan UMNO selepas PRU 13 ternyata hakikat mereka dan akan mempercepatkan senario ini. Tuduhan berkali kali terhadap pembangkang, gara gara melemahkan pembangkang dengan cara ugutan, amaran, penangkapan, pernafian – ini semua tidak akan memesrakan rakyat kepada UMNO. Tak sekali pun pemimpin melihat kepada diri sendiri. Tak sekali pun mereka menunjukkan keinsafan. Tak sekali pun pemimpin menyebut bagaimana orang Melayu harus memperbaiki diri sendiri. Tak sekali pun pemimpin menyebut malah memperincikan masa depan orang Melayu. Tetapi diteruskan bertubi kali menuduh pihak pembangkang dan terus khayal dengan pencapaian dan prestasi UMNO dalam PRU 13.

    Sesungguhnya UMNO dalam ‘self-denial’ dan akan terus berada dalam gua ini sehingga PRU 14. UMNO seharusnya melakukan pengorbanan diri. Sacrifice the parts for the sake of the whole. Tetapi siapa dalam UMNO mahu mengorbankan segala yang telah diperolehi dan dinikmati. It is rotten to the core. Jika Hang Tuah masih hidup dia akan cuma menggeleng kepala.

  88. sibotak Jun 4,2013 1:35 PM

    Dulu Lain Sekarang Lain

    Dulu Muda Pakai Minyak Wangi bernama Channel , Kelvin Klein
    Sekarang Dah Berumur pakai Minyak Angin , Minyak Kapak
    Pening Kepala

    Namun Ukhwah Melayu Mesti Bersatu
    UMNO , PAS perlu Bersatu
    Demi Kemantapan Kaum Melayu

    Tanah Johor Jangan Di Biarkan Pendatang BermahaRajalela
    Kita mesti Keras hubungan kita sama Singpura
    Yg Selama ini UMNO berlembut macam Kedi

    Perlu kita Berusaha menubuhkan Persatuan Melayu
    Bagi mempereratkan SiratullRahim kita bersama
    Menuju kepada Economy , Politik , Social , Riadah Bersama
    Jangan Asik Kita Berkumpul Di Masjid saja
    Masjid Tempat Ibadah

    Mari Melayu , Mari Islam
    Kita BerMakmum
    Mengerjakan Ibadah
    Mengejar Kejayaan

  89. RA Jun 4,2013 12:11 PM

    Assalamualaikum WBT Yg Bhg Tun,

    UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Syukur Alhamdulillah UMNO tetap utuh sehingga kini. UMNO sebuah parti politik yang telah banyak berjasa khususnya kepada orang Melayu/Bumiputra dan amnya kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, budaya dan anutan agama melalui satu gabungan parti politik dahulunya Perikatan dan kini Barisan
    Nasional. UMNO kekal menjadi tulang belakang Barisan Nasional.

    UMNO telah melalui berbagai peristiwa, diantaranya pernah dibatalkan pendaftarannya ekoran perebutan kerusi nombor satu sebagai Presiden UMNO diantara Yg Bhg Tun dan YB Tengku Razaleigh Hamzah. Dengan daya usaha Tun UMNO dapat dihidupkan semula (UMNO Baru) dan kembali aktif dan terus mendominasi Barisan Nasional. Semenjak Tun bersara (2003) UMNO telah tidak dijaga dengan sebaiknya oleh kepimpinan tertinggi UMNO pada waktu itu, UMNO terpaksa melalui zaman pahit apabila sokongan orang Melayu terhadap UMNO mula menurun. Tun terpkasa meletak jawatan sebagai ahli UMNO kerana mendapati UMNO tidak dterajui dengan baik. Syukur Alhamdulillah dengan daya usaha YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, UMNO secara beransur-ansur mendapat penambahan sokongan khususnya dari orang Melayu/Bumiputra yang dibuktikan dalam PRU ke 13 (89 kerusi Parlimen), ditambah dengan bilangan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak Barisan Nasional dapat terus menerajui kepimpinan negara Malaysia.

    Apa pun masih banyak lagi penambahbaikan terhadap UMNO perlu dilakukan. Tekanan politik dari parti pembangkang (PKR, DAP & Pas) menjadi suatu cabaran yang amat mencabar buat UMNO. UMNO perlu berubah sesuai dengan harapan YAB Presiden UMNO supaya UMNO terus relevan buat orang Melayu/Bumiputra dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Kepimpinan UMNO dari semua peringkat mestilah berusaha dengan gigih memerangi tekanan dan segala cabaran oleh pihak pembangkang. Pembangkang tidak mengira waktu dan masa berterusan menggugat kedudukan UMNO dan Barisan Nasional dengan berbagai cara termasuk merekacipta isu-isu sensitif antara kaum dan fitnah yang tidak berasas agar rakyat membenci UMNO dan Barisan Nasional.

    Semoga Allah SWT memberkati perjuangan UMNO demi bangsa, agama dan negara.
    Sekain, terima kasih dan Wassalam Tun.

  90. hamba Allah Jun 4,2013 12:01 PM

    Salam Tun

    Terima kasih di atas teguran dan pandangan Tun.

  91. fbm_ Jun 4,2013 11:48 AM

    Assalamualaikum Tun,

    1. Ingat pesan Tun, untuk agama, bangsa, dan negara.
    2. Ingat pesan penulis sajak tersebut sehingga perenggan yang akhir,
    “Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya”

    Terima kasih Tun.
    fbm

  92. Dr Jafri Jun 4,2013 11:41 AM

    Salam Tun,

    saya nampak persamaan kelangsungan UMNO sekarang ini dengan gelagat Steve Jobs yang pada suatu masa terlalu bongkak hingga beliau terpaksa disingkir oleh syarikat Apple yang dia sendiri pelopori.

    Apabila lembaga pengarah mendapati kedegilan Steve melampaui batas dan bakal merosak Apple, mereka ambil keputusan untuk melayan kerenah beliau secara kasar, kerana jika tidak dengan cara itu Steve tak akan berganjak. Steve terpaksa diberhentikan kerja ketika berumur 30 tahun dan syarikatnya bernilai USD 2 billion.

    Bukankah keangkuhan Steve turut ditiru oleh banyak pemimpin UMNO sekarang?

    Banyak pemimpin UMNO yang mahu bergayut di atas dahan pokok kuasa yang sama, tahun demi tahun, tanpa ada apa-apa tambahnilai pembaikan yang bererti terhadap sosio-ekonomi orang Melayu. Malahan ada Menteri UMNO yang bersekongkol dengan kepentingan asing, hingga sanggup mengkhianati anak bangsa sendiri ? Salah satu contoh ianya dilakukan secara diam dan tersembunyi, sila rujuk Karl @ http://chedet.cc/?p=991#comment-114580

    Tun yang bijaksana,

    pokok UMNO makin tua. Makin banyak dahan yang reput dan daun dimakan ulat serta buah yang terbit pun sudah tidak ada kualiti lagi. Atok alam pun sudah enggan bersahabat dengan UMNO kerana ia semakin totok mewakili golongan terpilih yang terlalu rakus memperkosa ladang ekonomi tapi kedekut untuk mengeluarkan zakat dan menebar infaq kepada golongan marhaen yang memerlukan. Semakin berkuasa, semakin besar kepala dan semakin tidak mahu berkongsi.

    Tapi, seperti Steve Jobs yang terpaksa telan kepahitan bila disingkir ( seperti juga Tun yang dipecat dari UMNO ) dan beberapa tahun kemudiannya kembali menerajui kegemilangan Apple, kepimpinan UMNO juga perlu belajar erti ‘humility’ untuk kembali dan menegakkan bukannya Ketuanan Melayu, tetapi ‘KEDAULATAN MELAYU‘ atau Malay Hegemony yang dapat diterima tanpa percanggahan nilai dan sejarah.

    Mereka perlu beralih kepada falsafah “Malay, then me” … “Melayu, kemudian saya” yakni, meletakkan kepentingan bangsa di tempat teratas dalam carta perjuangan. UMNO perlu betulkan diri, dan setelah itu melaksanakan program memujuk dan menerima kembali anak bangsa yang telah merajuk ikut gerombolan petualang.

    Peluang untuk itu terbuka dengan luas sekarang ini dengan terdirinya “Kerajaan UMNO”. Pertahankan hak orang Melayu dan Bumi secara progresif dan proaktif, disamping bersikap TEGAS tapi ADIL terhadap kaum yang tidak mensyukuri nikmat persahabatan Melayu.

  93. mubarakchan Jun 4,2013 11:31 AM

    Tun

    I have experience of a life-time from the 1950s with all sorts of Malaysians. I can say frankly that I had access and all officials of the Malaysian Government were easily acessible until after 2003. From then on, the very same people became ‘actsy’ (a Malaysian English word). They lost touch with the Rakyat and what is happening on the ground. Too much fun and games, I suppose.

  94. sitinur Jun 4,2013 11:16 AM

    Assalamualaikum…peribadi pm la ni amat menyeramkan saya sebagai marhein yg kais pg mkn ptg…bukan aper takot jd mcm negara lain yg pemerintah bkn muslim…muslim tertindas n susah tok mengerjakan ibadat tp klo pemimpin muslim pn klo hidong di cucok bkn muslim jugak seram seseramnyer…wasernyer lani klo dah ditetapkan saper calon pm wajib di uji kejatian jati diri kelaseran ketegasan keteguhan pendirian ckp serupa bikin n mcm2 lah yg mesti diwajibkan..cari yg bila nak beli mangga dia cuma perlu hulor duit tp dia jugak memastikan mangga di ambil dr mana…di market dipasaraya di gerai di tong sampah atau ditebangnyer pokok mangga yg diberikan kpdnyer…..klo saya jd pm dan saya tao saya jd hanya kerana org menghargai arwah bapak saya dah tentu2 saya akan berguru dgn baba tun…(bkn bodek..)dulik aper ngan pandangan org len asal negaraku teros tenang aman makmur…taaaapi…saya xlayak pn..sedo..sedo….sayer sangat sangattttttt berharap najib tidak terlalu melayan pembangkang…buatlah kerja yg diamanahkan tok memajukan lg m’sia..
    bukak lah ckit mulot tu bukan nak kuar berlian pn..(maaf kaso..xtahan sabo..)jgnla dok nk popla manjang….tolong selamatkan m’sia tanahairku…..jgn jdkan melayu bumiputra yg lemah semakin lemah spt seblom merdeka…

  95. DNA Jun 4,2013 10:54 AM

    Salam Tun,
    I almost come to tears reading this post. I am not an UMNO member, just a concern Malay who happen to be 100% agree with your views. I wish that you could read this post in the next UMNO election or make it available for all Malays to really digest these points.

Leave a Reply