TOTAL VISITORS FROM 2008:

DARURAT


1. Ternampak jelas darurat tidak berjaya mengurang wabak COVID-19. Dari 2,000 sehari di waktu darurat diisytihar, jumlah kes baharu sudah meningkat kepada hampir 7,000.

2. Hasil sebenar yang jelas dari darurat ialah kedudukan Perdana Menteri tidak boleh dicabar dan kuasa Perdana Menteri mengatasi Perlembagaan Negara dan semua undang-undang.


3. Namun dengan kuasa tanpa had ini, bukan sahaja wabak COVID-19 tidak dapat dikawal tetapi keadaan ekonomi, politik, dan sosial menjadi lebih teruk lagi. Angka prestasi ekonomi dikatakan lebih baik dari sebelum wabak, tetapi rakyat tidak sedikit pun merasai kebaikan ini.

4. Kononnya sebanyak Ringgit 600 billion sudah dibelanja oleh Kerajaan dalam masa hanya lima bulan. Tetapi di mana pergi duit ratusan billion ini. Bukan mudah untuk belanja duit sebanyak ini. Beli vaksin ke? Tak akan habis 600 billion beli vaksin. Apa harga vaksin? Siapa yang membeli? Kenapa sedikit sangat yang sudah diterima?


5. Lockdown seluruh negara memang mengundang masalah ekonomi dan sosial. Penjual makanan tetap tidak dapat berniaga. Apa kata jikalau mereka diupah sebagai tukang masak public kitchen. Kita perlu bekal rakyat yang dikurung dengan makanan.

6. Sebenarnya di U.K. hanya suntikan sekali sahaja vaksin AstraZeneca sudah dapat kurangkan kes baru sebanyak 70%.

7. Di Amerika 128 million orang sudah disuntik dan angka kes baru amat kurang. Jika benarlah suntikan menyebabkan kematian ramai, dari 128 million yang disuntik tentulah ratusan ribu yang maut. Dapatkah disembunyi jenazah yang begini banyak. Nak simpan di mana.

8. Mereka yang suruh minum air kelapa untuk selamat diri sebenarnya mengkhianati masyarakat. Merekalah yang ingin lihat ramai mati kerana tidak disuntik.

9. Sebenarnya cara terbaik untuk selamat diri dari jangkitan selain dari suntikan vaksin ialah dengan menjauhkan diri dari orang lain. Lebih dari satu meter lebih baik. Kalau perlu kerja, jauhkan diri dari pekerja lain. Bukan sahaja semasa bekerja atau sembahyang tetapi juga semasa berjalan pergi balik ke tempat kerja.

10. Menjauhkan diri dari orang lain menjadi penting kerana virus ini boleh airborne – ditiup angin. Memang susah. Tetapi tidak ada jalan yang senang melawan COVID-19.

11. Mereka yang tidak dijangkiti hingga kini ialah mereka yang amal SOP dengan baik. Tetapi mereka yang berkuasa hendaklah tentukan SOP diamal dengan baik oleh semua. Menentu SOP dipatuhi lebih baik dari mengena denda yang tidak dapat dibayar oleh orang yang sudah miskin kerana tidak dapat bekerja dan berniaga.

12. Inilah sebabnya Kerajaan perlu sediakan makanan untuk mereka yang kebuluran kerana COVID-19.

13. Jika Kerajaan punyai wang, gunakan untuk lawan COVID-19. Membekal makanan, upah untuk tukang masak memerlu peruntukan yang tinggi. Tetapi berbaloi. Tak payahlah kontrak-kontrak diberi di waktu ini.

14. Lockdown tetap akan jejaskan ekonomi. Kita tidak ada pilihan. Ekonomi yang rosak boleh diperbaiki. Kematian kerana COVID-19 tidak ada pemulihan.

Leave a Reply