TOTAL VISITORS FROM 2008:

SOP

1. Angka kes baru sudah meningkat. Sejak tiga hari dahulu angka kes baru mencecah lebih dari 7000. Besar kemungkinan jumlah akan meningkat lagi.

2. Peningkatan jumlah ini membuktikan SOP kurang atau tidak berkesan. Tetapi ramai orang yang tidak dijangkiti. Kenapa begitu ramai yang dijangkiti tiap hari tetapi ramai yang tidak dijangkiti atau belum dijangkiti. Mungkin mereka yang mengurus wabak ini tahu.

3. Dua hari sudah semasa saya dalam perjalanan balik dari pejabat saya –Perdana Leadership Foundation (Yayasan Kepimpinan Perdana) saya lihat pekerja projek – berada ditepi jalan menunggu bas pekerja.

4. Mereka bercangkung sederet. Lebih kurang dua puluh orang beratur. Yang ternampak jelas ialah mereka tidak amal jarak sosial. Boleh dikatakan tidak sedikit pun pemisahan antara mereka disepanjang jalan. Ada yang pakai pelitup ke bawah dagu dan mungkin juga satu dua tak pakai pelitup langsung.

5. Saya tak fikir mereka sudah disuntik. Tetapi yang jelas ialah mereka tidak ikut SOP. Cara mereka dekat diri antara mereka tetap memudahkan jangkitan.

6. Saya percaya ditempat-tempat kerja lain pun cara pekerja abaikan SOP tentu begitu.

7. Tidak ternampak tandil atau overseersesama mereka yang boleh menegur cara SOP mereka.

8. SOP memang baik tetapi cara SOP diamal oleh pekerja-pekerja dan orang ramai juga tidak seperti dikehendaki. Jangkitan memang mudah.

9. Di masjid kita memang menjauhkan diri semasa sembahyang. Tetapi lepas sembahyang jemaah tidak jauhkan diri di antara mereka. Semasa keluar dari masjid, seperti biasa mereka mendekat diri antara mereka.

10. Saya berpendapat pihak polis dan frontliners lain perlu tentukan jarak sosial diamal dengan baik.

11. Memandang bahawa virus ini boleh ditiup angin, adalah lebih baik jarak perpisahan sejauh dua meter.

12. Semasa bekerja, pekerja tidak mengikut jarak antara mereka. Demikian juga ditempat beli belah.

13. Ekonomi akan merosot kerana lockdowntetapi lebih baik kemerosotan ekonomi dari kematian.

14. Saya tak hendak komen bagaimana darurat berkesan dalam pengawalan wabak COVID-19.

Leave a Reply