TOTAL VISITORS FROM 2008:

TINDAKAN UNTUK COVID-19 (PEMBUKAAN SEKOLAH)

1. Parti Pejuang telah kaji secara mendalam berkenaan pembukaan sekolah.

2. Hasilnya ialah kami berpendapat sekolah tidak boleh dibuka dalam masa terdekat. Kami meminta kepada Kerajaan baru supaya pembukaan sekolah ditunda sehingga wabak COVID-19 reda.

3. Dalam satu kajian yang dibuat oleh majalah The Economist, UK terdapat kenyataan seperti berikut: “Consider our Index worst performer, Malaysia”.

4. Index ini menilai prestasi semua negara di dunia dan Malaysia adalah yang terburuk sekali; bukan India, bukan Indonesia, bukan Philippines, tetapi Malaysia.

5. Ini menunjuk betapa tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional, walaupun berkuasa tanpa had undang-undang dan Perlembagaan kerana isytiharan darurat, gagal mengawal wabak COVID-19.

6. Keadaan jangkitan di Malaysia amatlah teruk. Jika sekolah dibuka guru, murid dan ibu bapa akan terdedah kepada jangkitan secara besar-besaran.

7. Kami bercadang pengajaran di semua darjah dibuat melalui TV.

8. Caranya mudah sahaja.

9. Pertama: Guru yang terbaik di Malaysia ditugas untuk mengajar melalui TV. Mereka akan mengajar seperti biasa dihadapan TV yang akan tersiar di TV di rumah.

10. Dua: Tiap darjah akan diajar oleh guru yang terbaik bagi darjah itu.

11. Tiga: Pengajaran boleh dirakam oleh guru dan murid dan diulang berkali-kali untuk mentelaah di rumah.

12. Empat: Satu panel guru perlu diadakan bagi tiap 10 sekolah dan darjah. Mereka akan menjawab soalan oleh murid di kawasan mereka melalui telefon.

13. Lima: Ibu bapa dikehendaki menentukan anak mengikuti pengajaran di TV.

14. Enam: Terdapat banyak stesyen TV untuk siar syarahan guru bagi tiap darjah. Satu stesyen TV akan diguna untuk satu darjah.

15. Tujuh: Di rumah mungkin ada hanya satu peti TV. Jika ramai anak di darjah yang berlainan, sukar semua anak mengikut pelajaran di beberapa darjah. Untuk ini TV kecil boleh diguna yang terhad kepada menerima siaran sahaja.

16. Lapan: Di belakang guru akan diadakan papan hitam atau putih untuk guru tulis atau lukis.

17. Sembilan: Meja diadakan di depan guru untuk apa-apa demonstrasi yang diperlukan.

18. Akan ada berbagai masalah pada permulaan. Semua masalah boleh di atasi, termasuk teknikal dan teknologikal.

19. Dengan cara ini semua murid dan penuntut akan nikmati pengajaran guru yang terbaik di seluruh negara.

20. Apabila wabak COVID-19 tidak lagi mengancam barulah sekolah dibuka.

21. Cara mengajar perlu dikaji semula untuk mengguna manfaat teknologi moden.

Leave a Reply