TOTAL VISITORS FROM 2008:

DAP HANCUR MELAYU II 25

  1. DAP akan hancur orang Melayu – demikian dakwaan Najib dan Muhyiddin. 2. Apakah benar orang Melayu mudah dihancur sehingga sebuah parti politik pun boleh hancur orang Melayu. 3. Apa buktinya dalam sejarah orang Melayu dihancur.4. Bagi Melayu yang takut dihancur ingin saya rujuk kepada sejarah orang Melayu. 5. Ya. Memang mereka lemah dari ...

KERAJAAN MUHYIDDIN (II) 13

1. Di waktu Malaysia memilih sistem demokrasi, harapan rakyat ialah Kerajaan Malaysia akan terdiri oleh mereka yang dipilih oleh rakyat. 2. Inilah yang berlaku dalam PRU 14, apabila Kerajaan Kleptokrasi dijatuhkan dan parti-parti yang menentang kleptokrasi diangkat oleh rakyat untuk mendiri Kerajaan Malaysia. 3. Tetapi sekarang kita dapati parti yang ditolak oleh rakyat berjaya merampas ...

TELUR DIHUJUNG TANDUK 33

1. Di waktu Muhyiddin rancang untuk terima UMNO dan Najib sebagai rakan dalam parti baru, beliau janji tidak akan sentuh perbicaraan kes-kes Najib dan lain-lain kes yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO. Perbicaraan akan diteruskan. 2. Siapakah orang ini? Mereka ialah: i. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak ii. Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi iii. ...

PARTI AAD 25

1. Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik. 2. Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua. 3. Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu. 4. Nama parti ini ialah Parti AAD atau “Parti Apa Aku Dapat”. Tujuan: Memperkaya orang Melayu ...

KERAJAAN MUHYIDDIN 20

1. Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin. 2. Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional. 3. Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional. 4. Rakan dalam perikatan ini ...

BIG DATA 30

1. Di zaman informasi ini maklumat boleh diputar sehingga yang buruk menjadi baik dan sebaliknya. Kebanyakan kita belum faham kegunaan big data – atau maklumat yang amat luas dan terperinci. Tetapi sudah ada perusahaan besar dalam bidang ini. Di antaranya ialah Cambridge Analytica yang memberi khidmat analisa maklumat untuk tujuan tertentu.2. Melalui pengumpulan data yang ...

SIKAP 37

1. Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit Kerajaan.2. Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit Kerajaan.3. Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri ...

DAP HANCUR MELAYU 154

1. Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia. 2. Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah. Dalam ...

KRISIS POLITIK 236

1. Perdana Menteri mendakwa krisis politik bermula apabila saya, Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai Perdana Menteri. 2. Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan? Saya yang kononnya disokong oleh parti Kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Tun Razak dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya? Ini tidak masuk akal. 3. Yang ...